Wednesday 13 November 2013

Hinduisme

Kelas Perbandingan Agama by Dr Jaffary Awang

* Sejarah awal kemunculan Hinduisme tidak dapat dikesan malah tiada doktrin yang jelas berkaitan Hinduise. Namun terdapat beberapa pendapat yang menjelaskan kemunculan Hinduisme:-
1) muncul disebabkan oleh sekelompok masyarakat yang menetap di Lembah Indus
2) datang daripada bangsa Arian iaitu bangsa yang menguasai sebahagian besar benua India
* Sejarah kemunculan Hinduisme ini dirumuskan oleh Barat berdasarkan pengalaman mereka dalam konteks Kristianiti.
* Antara faktor yang menyebabkan sesuatu itu dianggap sebagai agama ialah pegasas, kitab (susur galur), sejarah. Namun faktor-faktor ini tidak dapat dikenal pasti dalam Hinduisme. 
* Walau bagaimanapun, Hinduisme tetap berkembang malah Barat mengiktirafkannya berasal dari sejarah sekelompok masyarakat berasal dari Lembah Indus.


Konsep Ketuhanan
* Hinduisme mengamalkan konsep ketuhanan bersifat monotisme (satu tuhan) yang bersandar pada Dvaita Vedanta tetapi terserah kepada penganutnya dalam menentukan bagaimana upacara penyembahan dilakukan.
*Konsep lain yang terdapat dalam Hinduisme:-

1) Dharma : etika, peraturan dan tanggungjawab


2) Samsara : proses kehidupan seorang manusia (kelahiran-kehidupan-kematian-kehidupan semula)
3) Karma : perlakuan/akibat dari perlakuan tersebut
4) Moksha : pembebasan individu daripada lingkaran samsara

Anggapan agama lain terhadap Hinduisme berdasarkan amalan mereka:-
- politisme (pelbagai)
- pentisme (jelmaan)
- monisme
- ethisme

Amalan-amalan ini menyebabkan munculnya pelbagai aliran:-
1) Avanta Vedanta : merupakan penyebab utama kewujudan alam berasal dari konsep Brahman 


Brahman : Tuhan yang tidak berjasad serta dianggap berada di luar keupayaan manusia untuk memikirkannya


Kesedaran awal penganutnya mengetahui bahawa adanya tuhan adalah melalui elemen atman (roh/jiwa)


2) Samkhya : pengamalan bersifat ethistic (tidak bertuhan)

3) Bhakti : pengabdian
* Pegangan aliran ini ialah :
=) Brahman merupakan kuasa teragung dan berpersonaliti sempurna
=) Brahman boleh dihubungkan dengan Vishnu, Siva atau Shakti
=) Brahman dianggap sebagai entiti penting dan berbeza dengan sifat kemanusiaan (kekal/tidak sama)
=) Individu boleh mencapai kebebasan (liberalisasi) dengan syarat mendekati tuhan - konsep moksha

_______________________________________________________________

Selama hampir dua bulan dan entah berapa minggu dah belajar Perbandingan Agama dengan Dr. Jaffary Awang nie, Ira rasa this is the first time Ira boleh fokus till the end of the class. Hinduisme...banyak sangat istilah yang buat kitorang tercengang dalam kelas. Sincerely...ira tak sabar nak tunggu kelas seterusnya. In shaa Allah, I'll pay more attention in the class after this. Nie nota yang sempat ira create dalam kelas. Banyak lagi input-input lain yang perlu ira sendiri cari.

"Ya Allah...kurniakanlah kami kefahaman yang mantap dalam menuntut ilmu. Permudahkanlah segala urusan kami"

6.56 am
p/s : semalaman tak tido akibat penangan 
coffee after a long time I haven't drink it 
skang dh tingtong. ZzzZ...

No comments:

Post a Comment