Saturday 24 May 2014

Malam Tautan Kasih '14

Alhamdulillah...akhirnya kami masih berpeluang untuk sama-sama berkumpul menjayakan Malam Tautan Kasih Pemikir. Walaupun tak semua ahli pemikir yang dapat menghadirkan diri ape pun...semuanya berjalan lancar. Last minute planning...

Kadangkala apa yang kita rancang tak semestinya kita dapat. Kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan segalanya. Sebelum nie...alhamdulillah dah 3 kali kami berusaha untuk kumpulkan semua pemikir namun perancangan tak seindah yang digambarkan. Ape pun...semuanya masih berjalan teratur cuma hati yang adakalanya ingin berbalah. Yea...kalau ikhlas kenapa nak marah..? Sayang...setiap manusia ada kekurangannya. Kita mungkin cuba jadi yang terbaik namun adakalanya hati kita tak seiring dengan apa yang dilafazkan. 

~1st gathering pemikir @ sg congkak~
muslimin pemikir
*gmbar muslimat xtau la terselit kt mna. hehe...
~2nd gathering pemikir~usrah day~

~3rd gathering pemikir~taman botani~
erm...not sure mana yg lain
 ~last night gathering~malam tautan kasih~

Alhamdulillah...our planning goes well. Pengisian tazkirah dari saudara Aiman, Ustaz Nizam & kak Hani. In shaa Allah semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya. 



little Uqasha Mujahid. Jadi anak yang soleh nanti ye
 dad and mom to be. hehe...

The most enjoyable moment last night...game!!! The best one...masa main sambung perkataan ikut abjad jadikan sebuah cerita. Seriously...enjoy giler. Thanks kepada semua yang bertungkus lumus jayakan program nie. Moga ukhuwah yang terbina berkekalan. 


Friday 23 May 2014

Sejarah Tamadun Islam


Kemasyhuran Seni Bina dalam Dinasti Nasrid...tajuk assignment Sejarah Tamadun Islam ira for this sem. Hmmm...untuk siapkan assignment video nie tak tahu la dah berapa banyak kali ira record my own voice.
Sekali record bunyi motor lalu....
Sekali lagi record lori pulak yang lalu....
Elok dah steady dekat nak ending record fon pulak bunyi....
Record lagi...bunyi buku jatuh pulak....
Tak putus asa record lagi...boleh pulak salah skrip....
hampir fed up tapi teruskan usaha...member ira sambung pi nyanyi lagu alhambra pulak dah...
huhu....dugaan betul nak record suara for this video. Itu baru suara....kalau record full face lagi haru biru agaknya. Mana nak gelak tengok camera...nak gelak tengok camera man...gelak salah skrip. haiiii....macam-macam. Setelah hampir tak tahu berapa kali take akhirnya berhasil jugak record suaralatar untuk video nih.

Sem nie...hampir setiap assignment berasaskan video. Confuse sekejap...ira nie amek usuluddin dan falsafah + multimedia ke..? huhu...the problem is...ira tak pandai buat video. Luckily Nazatul Aqilah...my kakyong selalu dok ngadap segala video yang menyusahkan nih. Alhamdulillah...dia banyak sangat tolong ira setelkan pasal video. Seriously nak nangis rasa kalau assignment yang diberi perlu disertakan video. Hmmm...nampaknya nak tak nak ira kena belajar buat video. Tunggu la balik cuti nanti ira belajar ye. Sekarang tak dapat sebab banyak sangat keje. 

Next week...even dah last sesi pembelajaran tapi time nie la lecturer berlumba-lumba nak adakan test. 
Hari isnin - test Kajian Perbandingan Agama Masa Kini dan meeting workplace
Hari selasa - kuiz Hubungan Etnik
Hari khamis - test Logik dan Pemikiran Kritis
Maharat - video tak siap lagi...!!!!!

Sabar ye ira...seminggu je lagi lepas tu ira balik kedah...!! Home sweet home. First time ira balik masa study week. Entah la...walaupun first paper is Logik dan Pemikiran Kritis...even susah subjek tu tapi ira tetap nak balik. Adakalanya berbelah bahagi jugak fikir nak balik nie. Risau dan sememangnya patut dirisaukan pun sebab confirm kat rumah tak buka buku...tak namanya nak study. Tak tahu kenapa ira rasa macam dah lama sangat kat sini....dah lama sangat tak balik rumah. At least member lain ada jugak balik waktu Labour Day, Wesak Day. Ira...? Tercongok kat sini haaa....sayu hati memandang mereka-mereka yang balik. Nak marah...? Nak nangis...? Untuk apa..? Suka hati deme la nak balik pun. Dah kenape ira tak balik kan...? 

Ok...dah macam jauh je melalut. Lari topik dah nie. Ira undur diri dulu ye...sebelum hati nie makin sayu memikirkan rindu yang bertandang. 

Wednesday 21 May 2014

Malam Darul Aman '14

Malam Darul Aman '14 (MDA'14) --> dinner kedah

Last program untuk sesi 2013/2014. Hampir setahun ira sibukkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK). Kadang-kadang ira rasa macam ira dah terlalu penat untuk teruskan dengan apa yang ira lakukan sekarang tapi untuk undurkan diri ira rasa tak mampu. Ira dah jatuh hati dengan semua yang ira lakukan. Walaupun tak sehebat mana...tak segah nama-nama persatuan lain namun di sini ira belajar banyak perkara. Paling penting di sini terbinanya sebuah ukhuwah yang mana ira tak dapat kat tempat lain. 

MDA'13 merupakan program pertama ira dalam PKMK sebagai programmer. Dari situ ira belajar selok-belok menguruskan sesebuah program. Nampak simple tapi untuk memastikan semuanya berjalan lancar tak semudah yang disangka. Kali nie ira uruskan bahagian pendaftaran dan cenderamata untuk MDA'14. Betullah setiap yang kita lalui ada susah senangnya ada pahit manisnya. Untuk kali nie...gara-gara menyiapkan VIP gift ira sampai 3 malam tak tidur. huhu...salah sendiri sebenarnya. Sape suruh tangguh keje jadi last minute. 

Hampir 3 hari 3 malam ira tak tidur dan tak dapat rehat yang secukupnya. First night ira sibuk siapkan assignement Sejarah Tamadun Islam (STI) yang perlu dihantar keesokan harinya. Second and third day and night..all out siapkan VIP gift ni. 

gigih betul ira siapkan semua ni sampai tak cukup rest. tapi tak cukup rest bukan sebab ni je. termasuklah sambil siapkan assignment dan fikirkan pasal test.

Hari Sabtu dari pagi kitorang dah start perkampungan MDA untuk siapkan keje yang belum siap dan selesaikan segala masalah yang belum selesai. Walaupun sibuk dan kelam kabut siapkan segala urusan MDA sepanjang hari ni, sempat jugak ira selitkan masa lepak dengan kakak-kakak kat putrajaya for red bull air race event. Alhamdulillah kitorang diberi kesempatan ni dari salah seorang member 1 charity yang bekerja dengan red bull. Dia dapat banyak tiket free so dia kasi kat kitorang. Sepetang kitorang lepak kat putrajaya then berkelah di Taman Botani. Kak Nor-Tie semangat betulkan packing makanan untuk kitorang. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi larikan ira sekejap dari keje yang bertimbun. 

 always be my luvly kakak-kakak

 first experience...nice memory

And...the day has come..! Last preparation MDA'14. fuhhh....penantnya jangan cakap la. Sangat...sangat penat tambah ira dah masuk hari keempat berjaga bersengkang mata. Esoknya lepas MDA ni ira ada test maharat dan workplace. Mana dengan outline belum siap...rasa macam nak pengsan nak pitam pun ada. Dah lama ira tak buat keje giler macam nie. Seriously no more stay up berhari-hari tanpa rehat with coffee bertan-tan. Caffeine dah terover dos dalam badan nie gara-gara nak bertahan untuk berjaga. For the whole day kitorang bertungkus-lumus siapkan segala keje termasuklah setup tempat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kekurangan yang terselit tu alhamdulillah dapat di'cover' dengan profesionalnya. 

 photo booth

setup tempat
 persembahan nasyid dan qasidah

At the end...alhamdulillah semua berakhir dengan sempurna. Tragedy motor farhana je yang menjadi permasalahan at the end of this lovely night. Boleh pulak lock tayar motor dia patah dalam. Nasib la geng-geng laki tak balik lagi. Makanya berkelah kami semua kat situ menanti motor farhana diselamatkan sehingga hampir pukul 2 pagi.  Kenangan yang tak mungkin dilupakan for this MDA'14. 

 muka masing-masing yang penat dan ceria dalam keterpaksaan. hehe...

Wednesday 14 May 2014

With all my heart


reflected on the mirror
the buttons of my shirts are in the wrong buttonholes 
even with these little things
I truly long for you
the time we cannot spend together
has deepened our love
if I'm at a loss in words 
I'll just kiss you lightly on your cheek 
the days longing for each other
quickly passes by
so fast, so fast, only
I miss you, my thoughts are always with you 
once again, I want to give my heart to you
if you call me, I'll go to you
by mere moments
your heart may be hurt
I want to comfort your hurts
which cannot be healed alone
if I cannot be by your side
I'll just hold you shadow in my heart
hold in my heart, and
all the days, my thoughts are always with you
from the bottom of my heart
I will never let go of your heart again
if you cry, I'll go to you
I want to always stand by your side
if it is your wish 
I'll try every means
I want to grant your future
your eternal dreams
I wish, I miss you 
my thoughts are always with you
from the bottom of my heart
for countless times, to heart
I'll smile for you
even though sad or happy
I want to smile by your side
with all my heart
find me and I'll be there for you 


~lirik lagu~takde keje~back to work~ (@_@)

MARAK '14

Dalam sibuk dengan macam-macam keje...sempat jugak kitorang menyelitkan masa masing-masing for our date last night. Sorry ye Mr. & Mrs. Assignment...ira tak layan awak kejap. Satu malam je...lepas nie ira give full attention for you eh. 

bukan senang nak dapat makan best waktu kat sini...=P
MARAK (Malam Anugerah Rahim Kajai) atau lebih mudah lagi...dinner kolej sebenarnya. Masuk kali nie dah dua kali ira attend this lovely dinner. Lovely dinner when you ignore your surroundings and make it like your own casual & elegant dinner. Best sebenarnya bila buat hal sendiri kat meja sendiri abaikan sekeliling macam kita je yang ada kat situ. hehe...

the most wonderful kajaians
2 tahun bersama...hope till the end we'll be together. Walaupun sem depan semua sibuk dengan macam-macam benda. huhu...waktu lepak jangan lupa ye. Just another one year for us to spent time together, merapu, merepek, dan entah apa lagi. Enjoy our moments...have a happy day...wonderful time...and awesome kajai moments. 


One more thing yang paling best with this sporting kajaians is...semua sibuk nak jadi princess. From last year bilik ira dah macam bilik mak andam. Semua datang siap sini and...posing jangan cakap la. Kalau ira jadi camera woman lenguh dah agaknya tangan ni dok klik klik.

abes baik punya port dah agaknya pintu ni
*sebenarnya ni je background sehabis cantik*

 dah balik dinner pun sibuk lagi nak ngadap camera

best roommate ever!! luv u dear...
ira pun nak jadi princess of the night jugak. walaupun tak suka warna merah but for this night...dikecualikan. 

*cerita semalam*kajai in my heart*best roommate ever*tak tau nak citer ape lagi* ok bye....

Monday 12 May 2014

Buatmu Ibu

the best mom ever
bersinar kau bagai cahaya
yang selalu beriku penerangan
selembut sutera kasihmu 
kan selalu kurasa dalam suka dan duka
kaulah ibuku cinta kasihku 
terima ksihku takkan pernah terhenti
kau bagai matahari yang selalu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu
bagaikan embun kau sejukkan 
hati ini dengan kasih sayangmu
betapa kau sangat bererti 
dan bagiku kau takkan pernah terganti
pengorbananmu sunguh sangat bererti 

Semua orang sibuk make a wish...penghargaan untuk ibu. *jealous jugak* I wanna make something for my mom. Its not about celebrating mother's day. Just appreciate your mom whether it is mother's day or not. You should appreciate her each time in your life! Tiada kata yang mampu mengungkapkan penghargaan atas pengorbanan seorang ibu. Tiada nilai yang mampu dikira untuk membalas jasa seorang ibu. I miss you mom...so much! There's no word to say. Thank you so much for being the best mom to us. Always be with us from our born till now.