Wednesday, 16 May 2018

Memori Ramadhan


Ramai rakan-rakan facebook shared this post so...ira pun nak cerita jugak la! Diari Ramadhan Syahirah Shofe semasa di asrama. 


SMK Agama Sik

First time puasa tanpa keluarga. Macam syahdu giler ah first day berbuka tu (kedah cuti 1st Ramadhan, sempat la bersahur di rumah tapi time berbuka dah kat dewan makan asrama). 5 tahun di smkas, kenangan yang sangat berharga. Kenangan puasa macam-macam ragamnya. Pagi-pagi pukul 4 macam tu dah dengar suara pak guard or alunan ayat-ayat al-Quran di corong speaker yang ada di setiap dorm. Punya la semangat pegi dewan makan nak bersahur dengan mata separuh buka, muka mamai baru bangun tidur sarung jubah turun makan. Kadang-kadang dengar la geng dewan makan laung : "bangkit cheq ooo...bangkit makan sor" (loghat sik, sahur = sor). Masa form 5, kebetulan bilik sebelah dewan makan. Bila dengar geng dewan makan kejut sahur, kitorang pun dengan gigihnya laung tepi tingkap tanya menu hari tu. haha... Masa form 2 kot, ada roommate ira yang memang susah sangat nak bangun sahur walaupun setiap malam sebelum tidur beria dia pesan minta dikejutkan nak sahur sama-sama tapi hampeh. Bila kejut dia pagi-pagi dihulurnya thermos suruh ambilkan air panas nak bancuh susu je. Nasib baik roommate awak ni baik hati tau! Setiap kali balik dari dewan makan mesti ambilkan air panas naik bilik siap bancuhkan susu, sediakan kurma semata-mata nak pastikan che roommate sorang ni bersahur. Sweet tak i? haha... Time form 5 pun sama, ada roommate yang susah nau nak bangun sahur walaupun tu lah azam dia tiap-tiap malam. Macam-macam cara dah kitorang buat nak kejutkan dia tapi boleh kira berapa kali je yang dia bangun. *menaip sambil senyum sorang-sorang ingat semua memori ni (^_^)*. 

Ini baru kisah bangun sahur...belum berbukanya lagi. Lepas sahur and wash up, ira dengan few students (tak ingat sape) seolah-olah berlumba sape yang naik surau dulu. Setiap hari lepas wash up mesti tengok lampu surau and lampu laluan tangga ke surau tu dah buka ke belum (kalau surau dah on tp jalan gelap lagi means ada la budak laki yang dah naik surau). Ira pun tak tau macam mana time tu boleh berani sangat naik surau sorang-sorang pagi-pagi buta walaupun on the way naik tangga tu laju semacam je (penakut jgk sebenarnya. haha...). Tapi bila dah sampai surau, mesti selalu dengar suara sorang senior ni baca al-Quran. Terus hilang rasa takut yang berlari naik tangga tadi tu. Tenang je dengar suara lunak dia mengalunkan ayat-ayat al-Quran. Admire betul dengan lantunan suara dia. hehe...

Masa nak berbuka, lain pulak ceritanya. Sebelum 6.30 dah terpacak kat depan dewan makan. Bukan tak sabar, tapi malas nak beratur panjang kalau turun lewat. Setiap kali ambil makanan, ira mesti sedia satu tupperware sebab nak tapau kuih dan buah. Air pulak tak pernah nak ambil guna cawan, sokmo tapau satu botol bawak pegi prep. Kalau kat rumah ira jarang berbuka dengan nasi, biasanya mak akan masak makanan lain macam bihun goreng ke apa-apa la yang penting bukan nasi. So bila kat asrama berbuka dengan nasi, memang ira makan sikit je la. Kuih, buah tadi bawak pegi prep lepas terawih. Itu pun kadang-kadang classmate yang tolong habiskan. Aktiviti lepas ambil makanan berbuka pulak...kitorang lepak dekat pondok cendawan sebelah pondok guard sambil kacau pak guard tu request lagu la, kacau member yang jaga kedai asrama la. Ada saja ceritanya, tak pernah bosan hari-hari lepak kat situ. Kadang-kadang tawaf satu sekolah ambil angin kononnya sambil singgah kantin sekolah sebab nak guna public phone, call rumah! hehe... Dah berbuka, masing-masing macam berlumba habiskan makanan cepat-cepat naik surau sebabnya taknak berebut tunggu turn nak ambil wuduk. Memang zaman muda remaja ni keje berlari sokmo. haha...

Banyak sangat cerita. Almaklumlah 5 tahun kan...rindu sangat-sangat bumi smkas, bumi tarbiah, yang banyak sangat mengajar dan mendidik ira. Tempat jatuh bangun seorang insan bernama Syahirah binti Muhamad Shofe. (^^,)


SMK Agama Kedah

Dua tahun berpuasa di asrama smkak, yang pasti suasana yang berbeza dari smkas. Yela...lain sekolah lain la caranya. Waktu sahur, sangat la malas nak turun. Sanggup lagi makan roti or biskut je kat bilik dari turun dewan makan. Roommate ira masa tu tak rajin sangat nak turun dewan makan pagi-pagi buta makanya ira pun malas la. huhu... Kadang-kadang je semangat turun bila ada member yang kejut pagi ajak turun sama-sama. Kalau sorang-sorang memang tak sampai dah la dewan makan tu. Kalau kat smkas, tadarusnya selepas maghrib. Kat smkak tadarusnya sebelum start kelas pagi. Setiap pagi akan penuhlah surau dengan bulatan masing-masing. Kerenah berbuka di smkak, tak pernah nak turun awal ambil makanan. Kadang-kadang je rajin turun awal. Mungkin time tu perasan senior kot. haha... Mostly weekend kitorang berbuka kat bilik je. Walaupun menyalahi peraturan asrama, tapi tak kisah pun. Senyap-senyap berbuka kat bilik bawak bekal dari rumah or beli kat bazaar sebelum masuk asrama time minggu balik kampung. hehe... Bila difikirkan balik, kerja nakal apa yang ira tak buat masa form 6? 'Fly' semata-mata nak makan cendol pernah, 'fly' balik rumah waktu bukan minggu balik kampung pernah, bawak phone, ponteng prep, lambat keluar asrama (almost setiap pagi), tak pegi surau, balik asrama waktu sekolah, banyak lagi la. Sampai member yang sama-sama dari smkas pernah cakap "syahirah ni sejak-sejak form 6 ni makin banyak akai noh". hehe...ampunnnn. Mungkin dah lama sangat dok asrama jadi mula nak memberontak dengan peraturan-peraturan yang ada. But still...I miss the moments in smkak. Walaupun nakal, hilang syahirah yang ayu (ayu ke?) tapi it was fun! Bila lagi nak create memori macam ni. 

_______________________________________________________________


Kenangan...
seiring waktu ia berlalu pergi
namun kenangan itu tetap subur berseri
dibajai ingatan dari hati
setiap detik yang dihargai
sebuah perjalanan yang mematangkan diri
jatuh bangun terus berdiri
sebuah kehidupan yang perlu diharungi
susah senang yang medepani
menjadi memori terindah tika ini
saat engkau menoleh kembali
setiap mehnah yang telah kau lalui
itulah diari kehidupan saat ini
menjadi memori terindah untuk diingati
_______________________________________________________________

Buat mereka yang berkesempatan membina kenangan-kenangan indah ini, hargailah ia! Mungkin tika ini kita mengeluh kesusahan, rimas dengan peraturan yang dirasakan mengongkong pergerakan diri. Namun semua rungutan ini menjadi satu kenangan yang bakal dirindui. Dan ira merinduinya sekarang. Moga kekal dalam ingatan buat selamanya in shaa Allah.

Thursday, 5 April 2018

Diary Sri Cempaka

Dah lama sangat tak selongkar blog ni and guess what...I found this! MashaAllah....lama gila dah cerita ni. Hampir dua tahun hilang dalam simpanan. Enam bulan tempoh yang rasanya singkat tetapi banyak sangat benda yang kita buat sama-sama. All the memories...(ok x semua but almost everything) sya coretkan di sini. Moga menjadi tatapan kita dalam mengimbau sebuah perjalanan kehidupan di rantau orang. * saja tak nak delete the intro I wrote down here. Bukti punya la lama dah sya tulis baru teringat nak pos. Wuaaa...berkurun dah weh! Sampai two of us got married already (Mabrook 'alaik!!) *

********************************

Anyeong! 

Dah seminggu kat rumah, baru kali nie rasa macam ada idea nak menaip di laman blog. I was totally lost for a while. Lost gara-gara tak boleh nak move on dari 'Scarlet Heart'. Ok...bukan nak cerita pasal 'Scarlet Heart' sekarang. I'm gonna write about our stories. Yes...ours! Our six months together with all the emotions and obstacles but at last we did it!!

Erm...macam mana nak mula ye. At first, sya (using 'sya' instead of 'ira' sebab sek kita semua panggil 'sya') bukan ditempatkan bersama korang. Sya datang seminggu kemudian. Tapi sya tahu sedikit sebanyak cerita korang. Hari first lapor diri without knowing anything. Masa tu semua kosong. Tak tau apa-apa pasal penempatan, tempat tinggal, semua blur je masa tu. Alhamdulillah, sekurangnya ada jugak tempat berteduh atas ehsan kak khairani, bos korang (taski), so you stayed at taski for 3 days? (betul tak? tak ingat. hehe...). I know it was uncomfortable, tidur kat pejabat kan, sape je yang suka, sape je la yang selesa. Dalam masa yang sama, you are struggling to find a place to stay. Going here and there. I know it was tiring. Alhamdulillah, Allah permudahkan and here we are, Apartment Sri Cempaka. Sorry I was not there when you are facing those tough days.


Maka bermulalah "Diari Sri Cempaka"...

Abang Bomba...I Need You

The first story ever...baru berapa hari check in rumah dah berlaku satu incident. Bila difikirkan balik...kelakar kot. haha... Nak dijadikan cerita grill pintu stuck, yang kat luar tak boleh masuk, yang dalam tak boleh keluar. Sampai kena panggil bomba la alkisahnya nak buka grill tu. Siap abang bomba minta senarai nama yang ada kat dalam rumah, masuk list mangsa kejadian rupanya. Ingatkan yang kat luar tu mangsanya. haha...yela dah yang kat luar yang susah hati tak boleh masuk dalam rumah. Yang kat dalam nie relax je bahagia kat dalam rumah tu. Bila difikirkan balik betul la tu. Yang kat dalam rumah nie, if anything happen korang tak boleh keluar kan. Bila ingat kisah nie, mesti buat tersenyum sendiri. Ada je kisah sri cempaka ni, baru sangat kot masuk rumah tu dah tak pasal-pasal abang bomba datang, guard pun tahu tu rumah sek puan belako (betul ke pronunciation dia nih. hehe...).

p/s : simpan lagi gambar ni. hehe...
Lepas kejadian tu baru sya pindah ke bangi. Masa tu tengah kecoh dua orang sudden withdraw the contract. Bila sya transfer ke bangi dan ditempatkan di wadah, isu nie macam hangat jugak la. Bos dan staf wadah semua tanya pasal kes nie tapi sya tak tahu cerita sangat so buat dunno je. Sya punya transfer nie pun banyak spekulasi. Yela...elok-elok kat kedah tetiba minta tukar ke bangi tak ke pelik. Orang lain semua nak balik negeri sendiri tapi sya sibuk nak datang bangi. haha...I have my own reason tapi bila banyak spekulasi nie 'senyum tak perlu kata apa-apa'. (^_^)

Lepas tu sekali lagi terperangkap dalam rumah masa Yan, kawan ukm kitorang datang tidur kat rumah. Kebiasaannya sya pegi pejabat naik bas je tapi hari tu yan offer nak hantar pegi pejabat so relax je la pagi tu padahal sya la yang paling rushing pepagi nak siap kejar bas. Tapi punya terlebih relax sampai tak perasan kunci rumah ada dengan Wahi. Elok dah siap nak keluar tengok grill berkunci, cari kunci rumah tak jumpa. Adoyai...tak pepasal korang kena patah balik rumah sebab nak bukakan kunci. Nasib la rumah dengan pejabat korang dekat je. Dah satu hal kena tunggu bas sekali lagi. Memang penunggu tetap bas smart selangor tu kita nih.

Diary Ramadhan 

Malam pertama Ramadhan, Dayah ngan Yana balik kampung. Tinggal la kami berlima. Malam tu excited dah masing-masing siap nak pegi terawih kat surau al-Islah depan tu. Semua dah siap bertelekung nak keluar rumah dah tapi tiba-tiba housemate kitorang pengsan! (memang dia tak sihat masa tu and tengah tunggu cousin dia datang nak pegi hospital). Bila dah pengsan tak sedarkan diri camtu kitorang pun ape lagi, gelabah cuak semua ada. Nasib la masa tu Serena Tijary ada kat rumah. Terus decide nak pegi hospital. Semua yang bertelekung terus ganti tudung capai yang penting and keluar rumah. But then after this and that, kitorang ke hospital putrajaya. Sampai je hospital dia pengsan balik so terus masuk zon merah. Maka jadi penunggu yang setia la kitorang berempat kat hospital tu sambil tahan lapar. Nak cari makan tak tahu jalan sangat putrajaya tu. Hospital pun semua dah tutup. Lepas solat maka bergelandanganlah kitorang, dah tak kisah dah terjelepok kat lantai masing-masing dengan lapar dan mengantuknya. Hampir pukul 3 pagi jugak baru selesai tunggu result test dan housemate kitorang tu pun boleh balik. Then kitorang berpecah, dia dengan cousin dia dan kitorang terus balik cari makan, Lapar weh!! Alhamdulillah rezeki dugaan malam puasa, kitorang dapat makan free kat restoran barra masa tu. Subhanallah...indahnya nikmatMu.

It's Barra Times dan semuanya free. Dengan muka ngantuk blur je bila diorang cakap semua tu free. Alhamdulillah rezeki awal Ramadhan.

Sepanjang Ramadhan ni, lepas housemate kitorang tu dah sihat sikit, berjangkit pulak dengan yang lain. Lepas sorang, sorang demam. Take turn sehati sejiwa betul kita ni sampai orang kat office semua pelik tengok memasing diam je, selalunya riuh rendah penceria suasana. Lepas sorang, sorang amek mc. Ada satu malam tu dah ke hospital kajang pulak kita ni. Dalam satu malam je ke klinik dan hospital. Terima kasih banyak-banyak dengan Yan masa tu. kalau takde dia, tak tahu la mana nak mintak tolong. Hampir 12.30 pagi jugak la baru selesai semua. Dugaan...tapi dengan dugaan dan ujian ni yang buat ukhuwah itu makin erat kan.

Balik Kampung...ho ho ho Balik Kampung 
  
Balik raya!!!! Semangat nak balik kampung. Macam-macam lagu dah berkumandang kat B-2-2 Sri Cempaka tu. Rasa macam rumah kita la yang paling riuh sekali. Kalau bab karaoke ni tak payah cakap la macam-macam lagu keluar. Biar salah lirik, lari tempo pun janji hati banyak senang maaa. Actually lagu raya nie dari awal Ramadhan lagi dah memenuhi segenap ruang B-2-2 ni. Azimah dan Sya la yang selalu menyumbangkan lagu tuh. haha... Walaupun berkali-kali ditegur salah lirik, lari tempo tapi tetap jugak lirik yang salah tu la keluar dari mulut kitorang nie.

Dalam tak sedar sampai ke penghujung Ramadhan kita habiskan sama-sama. Waktu sahur riuh kejutkan semua orang walaupun hakikatnya makan roti gardenia sejuk letak tuna je. Ok la tu...mewah sikit makan nasik berlauk. But mostly Sya tak sudah-sudah dengan roti tuna tu je la and bancuh Oligo Coco. Dah macam menu wajib waktu sahur dah. Then kita berbuka pun sama-sama. Tiap-tiap petang sampai rumah singgah bazaar. Area rumah kita tu ada dua bazaar, satu betul-betul dekat dngan rumah and another one kat office taski. Dok ulang dua bazaar tu la sampai kadang tu tak tahu dah menu apa nak berbuka. (Bukan malas masak ok!! Cuma takde dapur actually. huhu...). Terawih kita mostly dekat rumah berjemaah. Tu antara saat-saat tenang berada kat rumah, bila kita solat berjemaah.

Keletah masing-masing bila Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya, mesti la masing-masing sibuk nak beli tiket balik kampung. Walaupun isu nak minta cuti dengan tuan haji pun macam-macam jugak kerenahnya. Tapi sape je boleh halang kan. Pejam mata je la elaun nak kena potong ke apa yang penting balik kampung! Tu agenda utama!.

3 org nie balik dulu! Dayah, Azimah, Yana.
Eh...yana is missing! Can't find picture all of us. huhu...
Hari last dekat Bangi before balik cuti raya, tiga orang dah balik dulu. Disebabkan diorang yang nak balik ni amek cuti half day makanya, kitorang yang lain pun kira half day jugak la. Teng teng! Oups..!! hehe...Bukan selalu kitorang mengelat macam nie. Lagipun kat office taski ni dah takde orang dah. Semua dah cuti dulu. Office Sya pulak, kira dah dapat keizinan la half day tu. So...larikan diri pegi hantar anak-anak nie nak balik kampung. Then Sya, Wahi, Anis and sorang lagi kawan ukm kitorang, Ira (Nama dia syahira jugak), decide pegi berbuka dekat Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Alih angin before balik kampung nie. Nak jadi cerita boleh pulak kitorang terlajak so sesat la kejap kat putrajaya tu. huhu...Nasib la berjaya jugak kembali ke pangkal jalan. Dugaan hari tu, berpuasa dengan cuaca yang rasanya panas sangat hari tu lepas tu boleh sesat pulak tapi alhamdulillah semuanya selamat dan terkawal. Tapi elok sampai masjid lepas singgah bazaar memang terlentok la masing-masing sementara tunggu masa berbuka. huhu...nampak sangat penat tu.
*surrender...struggling to find the pictures but I just can't find it. huhu...misplace I think*

Ceritera Syawal

Orang lain cuti raya kejap je tapi geng kita ni sampai seminggu punya cuti. Almaklumlah semuanya merantau, time cuti macam ni la nak ambil kesempatan stay kat rumah lama sikit. lagipun takde kerja yang mustahak perlu disiapkan sementara cuti raya tu. Tapi memang berderet la program menanti. Jadual full dengan program office masing-masing. Yang paling banyak mesti la jamuan raya. Maaaakan je keje kita naik cuti tu. Jamuan raya sana sini, sape yang jemput in shaa Allah sampai la. Pejabat sendiri pun tak terlepas dari organize jamuan raya. Sya yang bukan dari taski pun minta excuse kononnya nak tolong apa yang patut kat korang. Panjang akal betul! hehe...



Puan Khairani's Comrade. hehe...bos yg happening & sporting
Hotel KK

YTP dengan Hotel KK, Kajang ni tak dapat dipisahkan. Apa saja meeting, bengkel dan yang sewaktu dengannya mesti buat dekat Hotel KK. Selalunya Anis la yang jadi mangsa. Sokmo kursus kat Hotel KK tu. Sekali Wahi dengan Sya kena heret bermalam kat sana sebab tolong di Bengkel Penulisan Buku Teks Diniy. Sebenarnya best je datang sini sebab boleh lari dari office kejap. Ngelat je kejenye. Bukan ngelat...tapi dari dok kat office yang takde keje apalah salahnya Sya melarikan diri kan. hehe... Itu pun tertangguh satu hari sebab nak deal dengan bos punyalahhhh susah.


Temasya Sukan Taski

Sekali lagi Sya jadi tetamu kehormat Taski, volunteer actually, to be a part of tenaga kerja untuk melaksanakan Temasya Sukan Taski. Sehari sebelum kejadian kita dah kat tempat kejadian (eh...banyak betul kejadiannya). Kita la yang angkut barang, kita la yang buat track, kita la yang buat serba-serbi. Jejaka melayu terakhir kononnya kalau bab nak minta tolong susahnyaaaa lahai. Daripada sakit hati nak suruh diorang buat, kita buat sendiri je la.



Hari kejadian, pagi-pagi dah merempit dengan Wahi. Yang lain-lain naik kereta kak Khai. Nasib baik kak Khai pinjamkan kereta dia. Kami nie adat merantau semua pakai public transport je belum ada yang empunya mobil lagi. Sampai je padang, lagi kelam-kabut kita dibuatnya. Nak dijadikan cerita, PA System tak function. MashaAllah gelabah takyah cakap ar. Mana nak handle budak-budak, mana nak menjawab dengan parents, mana nak start majlis. Semuanya tunggang-langgang. Tapi alhamdulillah sesi perasmian pembukaan tetap berjalan seperti yang dirancang walaupun lompong di sana sini. Bila dah start acara, lain pulak masalahnya. Budak tadika kan... Hampir 8 buah tadika untuk satu temasya. Faham aje la macam mana nak handle. Tenaga cikgu dan kitorang yang ada pun rasa macam tak cukup nak kepung. Sorang jaga hadiah, sorang jaga speaker, sorang jaga balapan, sorang jaga camera, sorang jaga budak, sorang jaga garisan penamat, pokoknya sana sini la kena jaga walhal tenaga kami berapa orang la sangat. Campur tangan waris lagi la tak payah cakap. Serabutnya lahai...Tapi apa pun alhamdulillah berjaya selesaikan hingga ke penghujungnya. Dah habis majlis and kemas-kemas semua balik rumah pakat terlentang belaka. Penat berlari sana sini tengah padang. huhu...

The Bees' in the house (^_~)


Muktamar Nasional

Selesai kerja-kerja di taski, disibukkan pula dengan urusan persiapan Muktamar Nasional Wadah. Boleh dikatakan hari-hari jugak la meeting di Anjung Rahmat. Bila dah namanya meeting tu, balik malam la jawabnya. Nasib baik bukan kat rumah. Kalau tak confirm dah kena bebel dengan abah sebab asyik balik malam je. Makin bertambah kesibukannya bila tiga program serentak diadakan selama 2 hari 1 malam berturut-turut. Pejabat punya tahap kecahnya barang-barang tak payah cakap la. Baru je kemas, eh dah sepah balik. Sya uruskan bahagian jemputan, pendaftaran, surat-menyurat, kewangan. Pejabat atas Wadah tu dah macam post office dah penuh dengan surat-surat jemputan yang perlu dihantar.

meeting + makan = tak boleh dipisahkan. hehe... 

Sepanjang program nie ditemani dengan housemates Sya yang sama-sama volunteer jadi ajk. Nasib baik ada korang. Kalau tak sunyi la Sya nak ke sana sini sorang-sorang. Hari pertama program dimulakan dengan Muktamar di Kolej Darul Hikmah. Sehari sebelum program dah sibuk kat sana untuk persiapan tempat. Hari program pulak pagi-pagi lagi kami dah terpacak kat sana uruskan pendaftaran. Nasib baik ramai yang jaga bahagian pendaftaran. Tak menang tangan dibuatnya dengan urusan pendaftaran dan duit. Duit kot....cuak pegang duit banyak-banyak ni.


Selesai je urusan pendaftaran, kitorang rushing ke Bangi Golf Resort pulak. Tengok apa yang patut untuk Majlis Makan Malam nanti. Kelam-kabut lari sana sini sempat jugak curi-curi balik wash up siap-siap untuk majlis malamnya. Macam biasa masih di meja pendaftaran. Sampai makan pun dekat meja pendaftaran. Sambil tunggu majlis habis boleh la rehat sekejap sambil kemas kini balik borang-borang pendaftaran yang dah tunggang-langgang tu. Risau ada yang tak kena untuk post-mortem nanti. Majlis selesai dalam pukul 11.00 malam tapi....untuk ajk masih belum selesai. Sekali lagi rushing ke Hotel Bangi-Putrajaya untuk program esok. Atas ehsan Tuan Haji Kamin (bos Sya), dia kasi kereta dia untuk mudahkan kitorang ulang alik. Almaklumlah...kami ni mesra public transport je. Nasib baik Sya ada lesen. Kalau tak ma'assalamah je la. hehe... Kemas-kemas apa yang patut masuk kereta terus pecut ke Hotel Bangi-Putrajaya untuk sesi briefing program esok. Campur masa tunggu sorang-sorang sampai, then briefing, lepas tu melencong sikit, makanya dekat pukul 2.00 pagi jugak la baru boleh balik.


Macam biasa esoknya pagi-pagi kita dah keluar dengan semangat "Last dah ni. Habis nanti boleh rest". Halsuitta!! Meja pendaftaran menanti...Walaupun hari nie dah macam tingtong sebab dah letih sangat tapi wajah masing-masing tetap perlu senyum. Lagipun pendaftaran hari ni tak peningkan kepala sangat. Duit-duit pendaftaran semalam pun dah simpan so takde la macam risau sangat duit hilang ke apa. Boleh relax makan-makan masa seminar dah mula. Sepatutnya sampai petang tapi untuk housemates Sya sampai tengah hari je. Esok keje kan. Fuhhhh...nasib baik Sya dapat cuti esoknya sebab Tuan Haji cakap "kesian dah dekat dua minggu sibuk sangat kat office tu". So tengah hari balik hantar korang, Sya masih kat sana sampai habis program. Alhamdulillah selesai semuanya dengan aman. Bersedia untuk post-mortem la pulak.


Dusun Tuan Haji

Merdeka! Merdeka! Merdeka kita di dusun Tuan Haji Abd Rahman. Serena pun merdeka jugak, keluar ‘wad’. Kalau tak boleh keluar ‘wad’ tu…tak sampai dah kita dusun tuan haji. Itu pun lepas ‘doktor’ warning jangan bawak lebih dari 80km/j. Makanya sehabis santai yang mungkin drive pergi Batu Pahat. Kak Khai follow belakang. Risau anak-anak dara ni nak jalan jauh dengan keadaan kereta yang tak berapa ok. Gigih jugak lah ye. Hehe… Sampai je terus bersila canggung melantak durian. Perghhh…sedap gila durian kampung. Lepas satu, satu dikopeknya. Makan tak ingat nak drive balik kejap lagi. Haha… Lepas makan, tuan haji ajak masuk dusun dia pulak tapi hujan punya pasal, azimah je yang follow kot tak silap. Excited betul. Itu baru excited tengok dusun durian, belum lagi tengok pokok rambutan, kedondong, kacang tanah. Seronok layankan kak khai yang memang asal dari bandar. Nak balik tu kereta lain siap berbekalkan durian tapi serena is so sorry…tak sanggup nak tahan bau durian dalam kereta. Udah ler yang naik serena ni migraine belaka. Kang nak tahan bau durian sampai bangi tu jenuh kita. Masa pergi Dayah yang drive, balik sya yang drive bertemankan playlist wahi + cuaca mendung hujan gerimis dekat highway bawak 60-70km/j. Layan betul. Haha… Masa balik takde yang temankan kita. Si viva tu…ingatkan nak follow kita sebab kak khai terus balik kampung. Tapi ditinggalnya kita lepas sya break emergency sampai berdesing bunyi sebab tak perasan kereta dia break kat depan. Wuaaaa…. (TT_TT) Cuak kot…! Tapi act cool sebab takut korang cuak jugak. Mula la mulut sya bercakap tak henti nak hilangkan nervous kejap tadi. Huhu… Puas makan durian, malam tu migraine menyapa. Haha…sendiri buat sendiri tanggung la. Apa pun…still best dapat makan durian free. Hehe…




Checklist Sri Cempaka

Sedar tak sedar...6 bulan kita habiskan masa bersama. Mula mengenal satu sama lain. Trying to understand each other. Tempoh 6 bulan yang cukup untuk buat kita kecoh bila berkumpul. Ada saja yang diriuhkan. Antara best moments kita...bila semua sibuk nak buat checklist. Erm...tak semua berjaya dilaksanakan tapi banyak jugak kenangan kita ke sana sini. 
  • Nasi ayam penyet! Misi nak cari ayam penyet ni boleh dikatakan satu bangi kita pusing try ayam penyet mana yang best. Mana je orang suggest in shaa Allah sampai la kita. 
  • Seoul Garden! Actually misinya bukan Seoul Garden tapi steamboat but we end up berbuka puasa kat Seoul Garden, The Mines (masa ni bukan bulan puasa la). Orang lain dah keluar masuk kita masih lagi kat situ. 

  • ICT! Sebelum balik kampung masing-masing, last minute plan ke Shah Alam. The main is nak pegi ICT. Sebenarnya lebih kepada nak spend time sama-sama je. Nanti dah balik kampung masing-masing, tak tahu la bila lagi boleh jumpa kan.

Kenangan Sri Cempaka
  • Olimpik Rio! Ok ni bukan checklist. Tapi kenangan paling best dan paling riuh kita. Sya yang bukan jenis follow sukan sangat ni pun terjebak sama. Time tengok badminton paling riuh. Sanggup tunggu sampai 3 pagi semata-mata nak tengok badminton. Bukan badminton je, segala macam sukan kita tengok. Gigih nau! haha... Dia punya tahap riuh tu rasa macam rumah kita je yang bising. Almaklumlah...foreigner belako jiran kita. Diorang tak tengok Olimpik Rio kot. hehe... Time tengok bola pun sama naik ja riuhnya. Sya yang tak layan bola pun boleh tunggu sekali (walaupun masa final Kedah vs Selangor tu nak habis dah boleh sya tertidur malas nak tunggu and kedah menang! Yeayyyy!!! And selangor tak cuti sila pegi keje ye masing-masing. hahaha...)
  • Serena Tijary! Walaupun dah dimamah usia Serena tu tapi banyak jasa dia. Ke sana sini dia bawak kita. Susah payah dengan dia tu korang lebih mengetahui. Sehabis baik kita cuba jaga dia. Ingat lagi masa mula-mula dapat Serena, tengok tangki air dia je sampai kering. Enjin takyah cakap la. Dalam hati fikir "ish3...diorang bawak serena ke sana sini tak pernah check ke?" 

  • Kedai Maktok! Favourite place nak beli makan petang-petang. Memang pelanggan tetap betul. Kadang main order dari office je. Ni bila kita dah takde hilang regular customer maktok. hehe...
  • Haa! Sebelum terlupa... Nina! Macam mana boleh muncul nama nina pun tak tahu la. Rasanya Azimah dengan Nina tu takde sipi-sipi bunyi sama pun tapi guard Sri Cempaka tak sudah-sudah panggil Nina. Rasanya kita antara residents yang paling riuh kat situ kot sampai pak guard pun kenal. Ramah terlebih pulak tegur setiap kali keluar masuk. Kadang pelik tengok kita keluar masuk keretanya lain-lain. Sekejap dengan serena, kadang jalan kaki, kadang skuter pink, ada sekali balik naik myvi. haha... Kami menumpang ehsan orang je. Bila ada program lain-lain la kereta yang dibawa baliknya. But still...thanks a lot sebab kita antara yang mudah nak keluar masuk walaupun takde pass kereta (kamcing dgn guard kan? haha...
  • Smart Selangor/Rapid KL! Sometimes...it's Grab Car or Taxi. Bersyukur sangat-sangat to all this public transport yang sentiasa ada untuk kitorang ke sana sini especially Smart Selangor and Rapid KL. Pergi keje naik bas ok! Sampai rasanya driver bus tu semua dah kenal kita. Sekali naik berderet ja 5-6 orang. Bersyukur sangat Smart Selangor is free uolls!! (Jimat. hehe...). Sya pulak dari rumah pagi-pagi lepas subuh dah menggila rushing siap mesti keluar rumah paling lewat 6.50 a.m. so that I can catch up with 7 a.m. punya Smart Selangor ke Hentian Kajang and then got on Rapid KL at 8 a.m. Kadang bebai sebab Rapid KL buat hal tak gerak 8 a.m. so that sya akan lambat sampai ofis. Balik kerja pulak terpacak kat depan Hospital al-Zahraa tunggu Rapid KL nak balik. Berpanas berhujan kat situ. Kadang hampir sejam berdiri. Kadang rasa nak nangis sebab penat sangat pastu bebai tunggu bas lambat gila (tak ikut schedule dia betul-betul). Tapi subhanallah...Allah bagi sya kesabaran yang cukup tinggi untuk hadap semua tu for 6 months. Walaupun kadang-kadang sampai je rumah sya terus nangis sebab penat sangat-sangat. Sya ingat lagi korang pernah cakap kalau korang kat tempat sya, rasa macam nak give up je. Yes...so do I. Sya pun banyak kali rasa nak give up. Tapi sya kuatkan hati. This is what I choose...so nak tak nak hadap je la. And I have you! Housemates yang happening. (^_~)
Hmm...kalau nak senaraikan semua tak tau berapa panjang lagi karangan Sya ni. So...Sya stop kat sini dulu la. Apa kata korang pulak yang tambah. hehe... Apa pun... kenangan kita walaupun singkat tapi bermakna. Susah senang yang kita harungi sama-sama. Segala ketidakpuasan hati, segala rasa yang terbuku di hati, bila kita jauh dari family, kita cuma ada satu sama lain untuk saling meluahkan. Walaupun tak mampu nak hulurkan tangan untuk membantu, sekurang-kurangnya mampu meminjamkan telinga untuk mendengar segala keluh-kesah. Moga itu dapat mengurangkan walaupun tidak menghilangkan. Sya doakan yang terbaik buat semua, moga masa depan yang cuba kita corakkan ini sentiasa dalam rahmat Allah. Susah yang kita lalui sebagai pelatih SL1M yang orang di luar sana tak tahu (yang cuma tahu nak condemn), let them be! Moga kesusahan ini memberi kesenangan buat kita satu hari nanti in shaa Allah. 


Glad to meet you...gadis sri cempaka. (^_^)

 Hope the memories of sri cempaka will remain forever. Satu persinggahan buat kita si perantau yang mencari secebis pengalaman, cuba mengorak langkah dalam arus dunia yang tak mengenal erti simpati. Tempat berteduh yang melindungi diri bukan sahaja pada zahir panas dan hujan, tapi membalut emosi yang kekadang goyah dek sepak terajang sebuah realiti. Moga semuanya mematangkan kita dalam mencorak sebuah masa depan.


Saturday, 17 March 2018

SMKAS_Love_Story

Firstly...sekalung tahniah buat semua adik-adik yang baru je ambik result spm masing-masing. Banyak 'A' atau xde 'A' sekalipun bukan penentu segalanya. Moga setiap satu darinya menjadi motivasi seiring mengorak langkah meniti satu lagi perjalanan penuh berliku. Alang-alang hari ni ceritanya riuh kakak-kakak tunggu result adik-adik sekalian, ira jadi terpanggil nak mengimbau kenangan-kenangan zaman nakal ira dulu. MashaAllah...banyak sangat bitter-sweet moment zaman sekolah dulu rupanya. Kalau nak list semua ni mungkin sampai esok pun tak lena. haha...

Ira malas nak taip panjang-panjang. Tapi sangat sangat sangat nak share conversation kita. (kita = teman rapat ira dari zaman sekolah sampai la sekarang). Memandangkan ira malas nak buat konklusi kegigihan kita dok imbau kenangan ni (walaupun berdua ja, yang lain dah ghuyub) makanya ira screenshot je la. (oups...abaikan wallpaper wasap ira tu k. haha...). 



* Dont worry, ira dah move on cuma biasa la kadang-kadang dok mengimbau kenangan manis bercinta dengan math zaman dahulu kala. hehe...


* Alkisahnya jam loceng bunyi azan tu bila kitorang tak balik masa weekend sebab warden cakap boleh pilih nak balik ke tak. Makanya geng kitorang ramai jugak la tak balik then semua lepak tidur bilik ira. Sebelum tidur gigih nak set alarm la, pesan member suruh kejut la sebab esoknya ada qiamullail. Sekali semua tak sedar. Siangnya pakat buka cerita tanya sapa yang tutup alarm sebab dengan bunyi tapi semua tak ngaku and the mysterious part is nobody ngaku set alarm tu. Ok cuak!. Esoknya terus dah tak sentuh jam tu. hehe...

 
* Hujung-hujung detik menghampiri spm, cikgu-cikgu bagi homework bertimbun-timbun dengan harapan melalui homework tu kitorang ulangkaji la. Tapi ampunnnn....banyak copy paste dari buat sendiri. huhu...


* Kena panggil rollcall tengah sedap dok tidur itu biasa. Kena bebel lebih dari sejam berdiri kat tengah asrama pun biasa. Kena denda ketuk ketampi 100x (lebih sebenarnya sebab bila tak sama kena ulang balik) pun biasa. Denda apa yang tak pernah kena? Tapi denda tu semua jadi kenangan manis yang buat kita tersenyum sekarang bila ingat balik (walaupun kena denda atas kesalahan orang lain. Redha je...).


* Makan di Dewan Makan Asrama bukanlah menunya sedap sentiasa dan bukanlah setiap masa masakannya sedap. Tapi nasi mentah pun kitorang boleh telan tanpa sakit perut (dah kebal dah), makanan masin pun telan macam biasa sampai ustaz pernah tegur macam mana kita makan sebab ustaz ambik makanan student masa kat DM pastu masin gila sedangkan muka kitorang tak berkerut sikit pun, makan macam takde apa je lagaknya. Kitorang bersyukur dengan apa yang ada ustaz. hehe...





* Ampunnn....semua yang pernah jadi mangsa bajunya dilempar dulu sebab tinggal kat bilik iron, bilik basuh. Mangsa-mangsa yang kelam-kabut lari turun tangga takut kena denda bayar RM1 bila lambat. Mereka yang selalu kena bebel dengan ira time perhimpunan sebab tak beratur betul-betul, bersembang, tak bawak Al-Quran, dan macam-macam lagi la bila tiba-tiba cikgu suruh buat spotcheck. huhu...ampunnn...saya hanya menjalankan tugas. 


* Tak sopan betul puteri-puteri smkas ni. Eh, ada je yang sopan santun tapi yang penting ira tak tergolong dalam golongan ayu lemah lembut tu la. haha...




Ok...dah mengantuk tak tau nak buat ulasan apa lagi. Conversations kita...tak jemu ira ulang baca and senyum sorang-sorang. Ni baru cerita kisah nakal kita. Belum lagi masuk kisah 'cinta monyet'. Eh tak...'crush' je kot, takde bercintanya pun. Masuk bab ni lagi riuh kecoh nak membahan orang. Tapi itu punya cerita eksklusif. Bahaya share kat sini. haha...

2005 - 2018 : 13 years and still counting...zaman nakal, zaman tak matured, zaman kuat merajuk, zaman apa lagi la yang boleh disenaraikan yang pernah kita lalui. Moga semuanya jadi kenangan terindah kita dulu, kini, selamanya. Saaaaayang hampa sangat sangat sangat!!  ^_^