Saturday 28 June 2014

Epilog Sekeping Hati


hari ini aku menjadi saksi sekeping hati kecewa
hari ini aku menjadi saksi sekeping hati terluka
hari ini aku menjadi saksi sebuah harapan hancur 
sungguh cinta manusia itu menyakitkan
sungguh cinta manusia itu banyak dugaannya
sungguh cinta manusia itu tak semanis yang disangka
jika ditanya pernahkah hati ini terluka..?
jika ditanya pernahkah hati ini kecewa..?
mungkin ya...mungkin tidak
Allah sahaja yang tahu

jika ditanya bagaimana untuk bangkit dari kenangan silam..?
aku sendiri tertanya-tanya
apakah aku punya jawapan itu..?
apakah aku layak untuk memberi jawapan..?
rasanya hanya satu jawapan yang ada
kembalilah mencari cinta Allah
cinta itu yang tidak pernah menyakitkan
cinta itu yang tidak pernah mengecewakan
cinta itu yang sentiasa memberi kekuatan
cinta itu yang tidak akan pernah tinggalkan dirimu
harapan demi harapan yang tidak akan pernah hancur berderai
tiada yang lebih hebat dari cinta kepadaNya
cinta manusia itu sementara 
sedangkan cinta Allah kekal selamanya
aku sering dipersoal tentang cinta manusia
aku sering diasak tentang ikatan sebuah perkahwinan
namun setiap kali itu aku berundur
bukan kerana aku tidak percaya 
bukan kerana aku tidak yakin
cinta manusia itu pasti hadir
seiring dengan cinta pada Sang Pencipta
namun aku belum mampu mencapai cinta Agung itu
bagaimana mungkin aku menggapai cinta manusia
yang pastinya terlalu banyak dugaan dan cabaran
andai cinta Tuhan aku tidak mampu pegang erat
bagaimana mungkin untuk aku bertaut kemas pada cinta manusia
aku menjadi saksi pada hati-hati yang sering disakiti
aku menjadi saksi pada ikatan perkahwinan yang dipersiakan
aku menjadi saksi pada anak kecil yang diabaikan
aku juga menjadi saksi pada raut wajah ibu yang dibasahi air mata
bukan aku ingin menyalahkan
cuma aku belum mampu untuk menjadi saksi
diri sendiri diperlakukan sebegitu

ira_maezuki

Ramadhan Kareem

Ramadhan...
tanpa sedar ia kembali
hampir setahun berpisah kini bertemu semula
sungguh aku rindu
bulan penuh barakah ini
madrasah yang mendidikku sekian lama
adakalanya aku seakan lupa
lalai dan leka dengan janji yang pernah ku bina
saat meninggalkan madrasah ini setahun yang lalu
tanpa sedar kuulangi kesilapan lalu
seringkali kusalahkan diri
seringkali juga aku berazam untuk terus berubah
namun setiap kali itu 
ada ketikanya aku tersungkur
kucuba menggapai tangan-tangan untuk kembali berdiri
kucuba mencari kekuatan untuk kembali mengorak langkah
namun adakalanya aku tumpas
masih adakah ruang-ruang untuk aku cerobohi
masih adakah walau sekelumit zarah untuk aku cuba selami
mencari kembali aku yang dulu
mencari kembali sisa harapan yang kukhianati
ya Tuhan...
tiada daya aku selain memohon dariMu
tiada kekuatan aku selain mengharapkanMu
jangan Engkau berpaling dari hambaMu ini
jangan pernah Engkau jemu mendengar keluh kesahku
sungguh aku ini terlalu kerdil
sungguh aku ini hina di hadapanMu
peganglah aku...peluklah erat diriku
jangan pernah tinggalkan aku 
walau sejuta kali kesilapan aku lakukan
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
sesungguhnya Engkau Maha Penyayang
sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani
ya Ramadhan Kareem...
kembalilah sebagai madrasahku
kembalilah untuk membina kekuatan diriku
kembalilah untuk mencari diriku yang hilang
setahun ini ada antara mereka 
yang tidak berkesempatan bertemu denganmu
yang pergi menghadap Yang Maha Esa
dan aku...
antara mereka yang bertemu kembali 
menyulam kasih dan cinta
jadikanlah madrasahku kali ini yang terbaik 



final exam done...!

Setelah hampir 3 minggu struggle for final exam...alhamdulillah akhirnya selesai jugak. Dengan itu maka berakhirlah jua sem 4...hampir 2 tahun ira di bumi ukm. Susah senang pahit manis sepanjang ira bertatih menimba ilmu dan pengalaman di ukm. Sepanjang ini jugak menyaksikan jatuh bangun ira, tangis dan tawa mengharungi segalanya. Tidak pernah sunyi dari diuji sukarnya menimba ilmu pengetahuan, sukarnya dalam mencari sebuah pengalaman, sukarnya mempertahankan sebuah persahabatan, sukarnya untuk tetap teguh dengan sebuah pendirian, sukarnya menguruskan soal hati dan perasaan. Namun...Allah masih beri kekuatan itu. Dia tak pernah tinggalkan ira. Hanya ira...yang seringkali lupa, leka, lalai dari terus mengingatiNya. 

hmm...bila syahirah & syahirah start kemas barang inilah jadiknya. macam tongkang pecah bilik dibuatnya. the best moment bila habis final...packing...! erm...walaupun sebenarnya packing barang nie sebelum habis exam. hehe...
Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu...going home..!! Sampai je rumah pagi khamis tu mak cakap malam nanti abah buat majlis yasin tahlil so...tak sempat rehat betul dah kena kemas rumah, tolong mak masak. Dari pagi sampai la malam buat keje. huhu...penat sebenarnya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sampai ira tertidur lepas majlis sedangkan yang lain sibuk layan tetamu. sorry eh...tak tertahan nak tongkat mata ni. 

 huh...nasib la semua benda abah order katering je. so...kitorang cuma perlu kemas rumah, arrange perabot & masak bihun, puding. best giler balik rumah terus dapat makan bihun goreng mak masak ni. memang best in the world la. hehe...

hmmm...one thing happened that night. Elok je habis baca yasin, tahlil, sempat jugak abah buat usrah dengan kawan-kawan dia tetiba mak dapat call dari kawan Syifaa. Diorang gtau adik masuk wad Hospital Sultanah Bahiyyah. Terpaksa mak abah tinggalkan majlis dekat kitorang and rushing pegi Alor Setar. Nasib adik-beradik sebelah abah semua ada. Diorang la yang banyak tolong kemas everything, packing semua. Thanks a lot..! Dah setel semua baru pakat balik rumah masing-masing. Pakcik siap tunggu kitorang kunci pintu, masuk rumah, baru dia gerak balik. Malam tu mak abah tak balik. Esoknya baru balik sekali dengan Syifaa. Dia cuti seminggu sempena Ramadhan. Actually...nothing serious with her and dia tak kena tahan wad pun. Masuk ER je sebab muntah banyak kali. Salah makan agaknya. hmmmm...for those who are giving information...thanks a lot but next time cerita la apa yang sebenarnya jadi. Jangan la buat ayat suspen sangat sampai buat orang salah faham, gelabah. Apa pun...alhamdulillah apa yang berlaku bukan seperti yang kitorang jangkakan. 

penat sangat buat keje seharian gini. hari tu pun sekali macam ni jugak. sampai rumah terus kena buat keje for gathering like this.

Saturday 14 June 2014

Wish it was you...!

I wish it was you
the person who will laugh with me
I wish it was you
the person who will walk with me
I wish it was you
on our way back home in the late evening
the one person who will passionately hug me
I'm afraid it will all disappear if I tell you
so I've hidden these words without anyone knowing
I really wish it was you
do you know how I feel..?
because my love is like breathing
I can't hide it
I can't let go of you
who is turning away right now
it hurts but for you
I need to say goodbye now
there is just so much to say
but I can't say it and I miss you so I call your name
I wish it was me
the person who is next to you right now
I can't let go of you
who is turning away right now
it hurts but for you
for now for you
I need to say goodbye


"I just wish it was you even though its not gonna happen"
-ira_maezuki-
*flower boy next door*
*korean drama*

Monday 9 June 2014

Sesi Cari Jodoh

Rehat sebentar sebelum sambung balik untuk ulangkaji subjek Kepimpinan dan Pengurusan Islam. Exam paper ni esok ye...jangan nak rest lama-lama sangat ira.

Actually...there's something happen yang buat ira tak lekang dari senyuman...nak ketawa pun ada...geli hati sebenarnya. Ok...ceritanya macam nie. Baru-baru nie mak dan abah tengah sibuk carikan calon untuk cousin ira...abang iwan. Kisahnya bermula apabila adiknya kak jie dah ada orang datang risik dan in shaa Allah akan langsungkan dalam masa terdekat so mak teh ira nak langsung sekali dengan abangnya. Tapi...masalahnya abang iwan nie belum lagi ada calonnya. ermmm...bukan takde tapi mak teh ira tak setuju sebab katanya calon abang iwan tu jauh orang pahang so cousin ira nie suruhlah mak dia carikan calon. Dah tu...mak abah ira sekali ter'drag' untuk sama-sama cari calon kat abang iwan. huhhh....apa lagi...kecoh la bila kakak cerita yang mak abah tengah tolong carikan calon untuk abang iwan. hehe...

abang iwan & kak jie
(norhazwan & nor izzaini)
Bahagian pertama cerita ira ok lagi la walaupun kitorang agak excited our cousins nie dah nak kawen...!! 

Bahagian kedua cerita ira....bukan excited tapi kelakar. Baru 5 min ago mak mesej suruh call so ira pun kelam kabut la call ingatkan ada hal apa. Rupanya soalan mak..."kakcik...kalau ada orang tanya kakcik nak tak?" err...blur sat. Tanya apa...nak apa. Then mak cakap...kawan kepada auntie Liza, cousin mak, mintak tolong dia carikan calon then auntie Liza teringat kat kitorang so dia tanya mak. Orangnya 27 tahun...doktor jugak sama hospital dengan auntie Liza. Namanya erm...tak tau, tak tertanya pun. First reaction...ira dah gelak dulu. haih....mak pun dah berjangkit dengan sesi cari jodoh ni ke? aiyark....sabar ye...anak-anak mak ni belajar tak habis lagi. Kalau dah habis pun kitorang nak keje dulu. Paling penting...ira belum terfikir lagi la pasal kawen nih. Macam mana la anak mak ni nak kawen. Masuk dapur je pun malas. hmmmm...let me get ready first k. Nanti kalau ira dah sedia betul-betul dah ready nak kawen ira cakap ye. Masa tu kalau ira takde calon...don't worry sape je pilihan mak ira setuju. Deal k...?

ok...back to work. Study balik cepat...!! haha...

Wednesday 4 June 2014

Short Study Week @ Home

After a while...I'm coming home. Yea...even though it just few days at home. Actually...nie la first time ever ira balik rumah masa study week. Sebelum nie...tak pernah balik walaupun dalam hati meronta-ronta melihat mereka-mereka yang balik. Jealous!! hehe...dan kali nie peluang untuk ira pulak balik. Tak tau kenapa rasa macam lama sangat ira kat sini kali nie. Padahal jika dibandingkan dengan sem-sem sebelum nie sama je tempoh keberadaan ira kat sini. Errrr...jeles dengan kakak agaknya. Asal call akak dah sampai rumah. Asal ada event je akak balik. Paling terasa masa demam hari tu. Dalam fikiran terlintas kalau kakak confirm awal-awal mak dah pegi amek bawak balik. Seriously jealous...! Tapi apa boleh buat...redha je la. To be honest...happy sangat boleh balik walau sekejap dan...balik nie without doing any revision of course. Actually...terselit jugak sedikit rasa bersalah disebabkan ira planing awal study group tertangguh tapi bila difikirkan balik...sebelum nie group member yang lain balik tinggalkan ira but still ok je. Just for a while ira balik rumah dah macam gelabah kucar-kacir pulak semua. hmmm...macam dah tak boleh balik before exam kalau gini caranya. Yea...apart from that my mom pun bising jugak sebab anak dia sorang nie macam endah tak endah je nak exam. Errr....mood study kat rumah tak sampai. 

By the way balik tengok rumah....its almost totally different. hmmm...bila abah dah start renovate rumah. Makanya abes semua dia nak tukar. Alhamdulillah...murah rezeki akhirnya tercapai jugak impian abah dengan angan-angan rumah nie. Angan-angan akhirnya menjadi kenyataan. 

I love it when my room has been organized well...
errr...not me only but us perhaps. 4 princesses of hj shofe & hjh dalila...(^_^)
living room...my study port

I wish...I could have my own house just like this adding with a mini library in shaa Allah...semoga angan-angan ira pun akan tercapai satu hari nanti just like abah. 

One thing we suffer for this house is...hari-hari kerjanya bersihkan segala habuk. hmmm...penat sebenarnya tapi kadang-kadang seronok jugak especially when doing this with my younger sister, Syifaa. Abah sangat tak suka biarkan rumah berhabuk walaupun hakikatnya memang takkan bersih pun selagi rumah tak siap renovate tapi...tu la abah. Nak tak nak hari-hari la kitorang kena bersihkan rumah lagaknya macam nak raya je.

keje ira balik rumah petang-petang basuh laman rumah. nampak mudah tapi penat sebenarnya. Thanks to abah, ira tak payah nak exercise jogging satu taman. Cuci nie je dah buat ira rasa macam pusing padang 10 round. huhu....*hyper betul perumpamaannya

kain batik pun kain batik la...lencun tak payah cakap janji keje siap dan abah balik keluar kereta dengan senyuman. huhu....bagus tak anak abah ni. (^_~)
Soalan klise orang tanya kat abah..."renovate rumah nie nak kenduri ke?" (-_-)" 
Adoyaii...pakcik makcik abang kakak...takde kena-mengena abah renovate rumah sebab nak kenduri ke apa. Puteri-puteri hj shofe & hjh dalila nie belajar tak abes lagi. Kerja apatah lagi...selalunya ira la yang jadik mangsa soalan cepu cemas nie dengan alasan "selalu kan student pengajian Islam ni kawen awal?" makcik pakcik kakak abang...mungkin majoriti yang kawen awal nie student pengajian Islam tapi untuk ira...bagi la ira peluang nak jaga mak abah dulu sebelum ira fikir untuk jaga orang lain yang hadir dalam hidup ira. Bagi la ira peluang nak ringankan beban abah keje cari duit belanja kitorang semua sejak ira kecik sebelum ira fikir untuk belanjakan duit urusan kenduri-kendara dan orang-orang lain dalam hidup ira. Bagi la ira peluang nak capai apa yang ira impikan selama nie sebelum ira fikir untuk seiringkan impian ira dengan teman hidup ira nanti. Masih banyak yang belum ira lakukan untuk mak abah...masih banyak yang belum ira capai. Please...stop this assumptions. Penat nak menjawabnya especially bila berkumpul ramai-ramai maka keluarlah soalan thriller nih. Lagi thriller soalan nie nak fikir macam mana nak jawab daripada teka watak mana satu antagonis dalam novel thriller Ramlee Awang Murshid. huhu...

Abah...dia buat semua nie sebab nie impian dia. Dah lama dah nie baru berpeluang untuk dia tunaikan impian dia sendiri. Paling penting...kami ada dalam impian abah...sentiasa ada dalam doanya...hati dan fikirannya. Thank you so much for everything u have done to us.