Thursday 25 December 2014

Dear...

Dah lama rasanya tak menulis di sini. Takde idea nak tulis apa walaupun dalam fikiran ni macam-macam benda melonjak-lonjak nak keluar...hati ni berdetak-detak nak lepas. Kurang seminggu akan berhadapan dengan first paper exam for this sem. Tak bersedia sebenarnya tapi masih jugak malas nak menghadap buku. Tak macam sem-sem lepas, rasanya kali ni kritikal kemalasannya. hope for this week datang la mood rajin study ira nih. Parah kalau dok bersantai sangat nih. Walaupun lima paper je tapi killer jugak subjeknya. Pitam jugak nak study. 

Dear...dah sem 5 rupanya ira kat ukm ni. Macam-macam benda terjadi. Macam-macam benda berlaku dalam hidup ira. Antara sedar atau tidak, ira makin berubah dari sehari ke sehari. Yeaa...manusia akan sentiasa berubah sehingga saat kematian menjengah. Ira tak nafikan benda tu. Cuma bezanya kita berubah ke arah kebaikan atau keburukan. Ira sedar terlalu banyak salah silap khilaf yang dah ira lakukan. Untuk undur kembali masa adalah sesuatu yang mustahil. Yang tinggal hanyalah masa depan untuk kita corak. Namun, manusia seringkali alpa. Kesilapan yang sama bukan semuanya menjadi pengajaran. 

Ira...
Entah...
Ira rasa macam bukan diri ira yang dulu. Ira rasa macam banyak sangat perubahan dalam diri ira. Ira taktau nak definisikan perubahan ira ni suatu perubahan yang baik atau sebaliknya. Ira rasa khilaf sangat dengan apa yang ira buat tapi untuk suarakannya ira taktau macam mana. Ira tak yakin orang akan faham. Hidup ira, budaya ira berbeza dari orang lain walaupun dari sudut luarannya ira ok. Ira mungkin boleh go on dengan sesiapa sahaja. Tapi ada batas yang perlu ira jaga. Pada pandangan orang lain, it might be simple thing yang tak perlu diperbesarkan pun. Tapi dalam hidup, budaya, keluarga ira...semua tu perlu dititikberatkan. Dan...ira rasa macam ira dah langgar prinsip ira sendiri. Tak guna nak sembang itu ini jika akhirnya benda tu makan diri sendiri. Ira perlu undur diri tapi ira taktau macam mana. 

Banyak benda yang belum setel dalam hidup ira. But one thing...slowly I'll manage it. Walaupun sakit yang ira rasa tapi mungkin ini yang terbaik. As usual ira tak mampu nak mulakannya. Slowly I'm getting use with it walaupun adakalanya ira rindu kenangan lama but at the same time, I need to let it go. Now, another thing keep bothering me. How...when...? I don't have the answer. 

Saturday 15 November 2014

tears drop in the rain


no one ever sees
no one feels the pain
tears drop in the rain
I wish upon a star
I wonder where you are
I wish you're coming back to me again
and everything's the same
like it used to be
I see the days go by
and still I wonder why
I wonder why it has to be this way
nothing stays the same
like it used to be
I don't know which way to choose
how can I find a way to go on?
I don't know if I can go on without you
even if my heart
still beating just for you
I really know you are
not feeling like I do
and even if the sun
is shining over me
how come I still freeze?
I wish that I could fly
I wonder what'd you say
I wish you're flying back to me again
and everything's the same
like it used to be


Friday 31 October 2014

My Day...30th October



Again...surprise on my birthday. I don't know how to express my happiness. Really appreciate everything. Kakak-kakak yang sentiasa ceriakan hari ira. Banyak sangat yang ira belajar...banyak sangat pengalaman ira dengan korang. JMT is the best memory I ever had in ukm. 


Seriously...ira tak suspect pape pun walaupun kakyong dah terlepas cakap pasal celebrate birthday ni. Niat keluar semata-mata nak buka puasa je but its turn out to be my birthday celebration. Penat nak menghabiskan kek bila dah order nasi sepinggan. *buka puasa kan...* If there's anyone asking me who's the most I love the moment I'm here...in ukm. That person will be my kakak-kakak. Walaupun ira lebih menjadi seorang pendiam bila dengan kakak-kakak. Unspeechlessable taktau apa yang nak dimerapukan. Orang cakap...seseorang tu jadi pendiam bila dia nak rahsiakan sesuatu tapi ira jadi pendiam dengan kakak-kakak sebab I became a good listener  more than be a talkative. Walaupun kak atin pernah cakap ira ramai kawan lain kat ukm ni. yeaa...betul lah jugak. kajaians...pkmk...tapi hati ira always be jmt ladies and be with my kakak-kakak. Really love it...to be adik-adik dalam kalangan jmt ladies. hehe...


Attack...!!! fine...jadik mangsa tepung rupanya. Beia-ia ke Putrajaya rupanya ini plan korang ye. Kanak-kanak ribena betul berlari kejar-kejar dengan tepung. At the moment I forget everything yang menyerabutkan. The moment when I can laugh out loud. The moment when I can really be myself. The moment when I appreciate it so much. Love it...love all of you. I don't know how to express my love to these kakak-kakak bila ira jadik pendiam among them. But I really want to tell you how much I love you. Like I always said...more than words can say. *sebab ira takde perkataan nak diungkapkan sebagai tanda sayang ira*



Dan....cerita kitorang. Lepak sampai ke kl sedar-sedar dah pukul 3 pagi just playing dare or truth. Padahal dah masuk ukm boleh pulak pusing keluar balik. The most killer question for me...who is my crush...suka, sayang atau cinta. Soalan nak kenakan orang namanya nih. aiyark...! This and that...thanks for everything and....the cute present. Thank you. (^_~)

Wednesday 29 October 2014

~together~



living day by day
clashing in this world when these things get hard
when you feel like you're just one single person
out of the countless people
when I see your eyes looking at me lovingly
I feel special
when you hold me in your warm embrace
all my scars on my body heal
when we're together
everything becomes alright 
painful memories disappear
when we're together
I get happy again
without knowing I put on a smile
when bitterness washes over me
when I suddenly feel like I'm alone
at the moment when everything feels strange
and I suddenly have no confidence
your voice that believes in me and gives me courage 
allows me to go out in the world again
the fact that you are a step behind me 
always watching over me is so precious to me
when we're together
everything becomes alright 
painful memories disappear
when we're together
I get happy again
without knowing I put on a smile
like this just the way we are right now
if you are by my side
whatever hardship may occur
i can win over it
when we're together
everything becomes alright 
painful memories disappear
when we're together
I get happy again
without knowing I put on a smile

Izah's wedding



Third wedding of SMKAS batch 8....

Alhamdulillah berkesempatan jugak untuk hadir ke walimah Puan Izah Farhani & suami. Sahabat yang tak lekang kecohnya dari awal perkenalan, yang selalu menceriakan suasana dengan celotehnya. Glad to be with you on this precious day in your life dear...


Kita merancang dan Allah sebaik-baik perancang. Akad nikah yang sepatutnya berlangsung jam 10.30 pagi berganjak ke 12.00 tengah hari. You know dear...terpalit sekelumit kecewa tika mengingatkan ira tak sempat berada dalam majlis barakah nie namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Mendengar saat lafaz sakinah itu, ira tumpang bahagia. Dengan sekali lafaz, Izah menjadi suri hidupnya. Be a good wife dear. Ira doakan rumah tangga kalian bahagia till jannah dalam rahmat dan kasih sayang Allah. 


Kitorang dah macam bridemaids kat belakang nie tunggu akad nikah izah. haha...tumpang nervous sekali kengkonon feeling like a bride. 




Alhamdulillah...since last day form 5 rasanya dah lama tak jumpa member SMKAS dan Allah temukan kami dalam walimah sahabat nie. Glad to meet you even though just for a while. 


Cerita pengantin...berkejar-kejar kitorang dibuatnya dengan pengantin sorang nih. Selesai akad sibuk nak bergambar. Selesai makan sibuk pulak nak tukar persalinan. Dah jadik misi kidnap pengantin pulak kitorang nie terkejar sana sini. Pengantin hilang...!!! Semua sibuk call tanya mana pengantin perempuan. Pengantin paling sempoi I ever met. Crown baru terpacak sekejap dah dibukanya, bunga tak sempat pegang dah dicampaknya, handphone...dah macam ira pulak jadik operator tolong pegang, the groom here the bride there. But...dear Puan Izah Farhani & husband..! Barakallah..! Congratulation for your wedding...! I'm soooooo happy for both of you. One more thing..! You're soooo adorable dear Izah Farhani walaupun kelam kabut je pengantin sorang nih. Tak terucap betapa bahagianya ira atas perkahwinan korang nih (fine..this is over. haha...)


People always said to grab the bride's flower to be the next one. haha...got it..! Just kidding. Pengantin sibuk ke sana sini kitorang sibuk berebut bunga nih. Satu perkara yang sentiasa bermain di fikiran ira masa attend walimah nie is my kakyong. Janji terpaksa dimungkiri atas urusan lain tak dapat bersama di hari bahagia kakyong. soooo sorry...


First time dapat kebenaran drive sendiri dan cerita kami...hari sesat sedunia. Dari awal pagi Chah dan Katy sesat cari rumah ira tak jumpa. Dua tiga kali terlepas simpang. Then, kitorang pulak sesat cari rumah Nisa'. Pusing-pusing tak jumpa-jumpa sampai tuan rumah pulak kena cari kitorang. hehe...Padahnya tak pernah drive sendiri. Memang jadik makcik-makcik la nak mengingat jalan. The best moment...lepak kat rumah Nisa'. Lack of it...without Adila Syahira. Miss you dear...In shaa Allah ada rezeki jumpa lagi. 

*best moment with all of you. Appreciate it so much..!!

Saturday 18 October 2014

~waktu yang berlalu~

seseorang pernah berkata 
"biar pandai mencuri masa jangan andai mencuri hati"
masa itu ibarat pedang jika kita tidak memotongnya 
maka ia akan memotong kita
aku berlari...aku mengejar
umpama berjuang di acara balapan
namun tiada garisan penamatnya
aku mengintai di celahan waktu
mencari ruang untuk aku melangkah
namun hampa tetap menguasai 
aku gagal lagi untuk memintas
sinar harapan kembali
tika melihat bayangan waktu
seolah melambai menanti kehadiranku
kuhulurkan tangan untuk menggapai
namun aku tetap tersungkur
bersama redup pandangan waktu yang berlalu
terasa ingin berhenti
dari menganyam mimpi dan angan
sungguh aku tidak mampu
kau terlalu jauh di hadapan
tetapi aku masih di sini
mencari sisa kekuatan
untuk kembali ke medan pertarungan
gelanggang mencantas masa
agar aku bisa menjadi juara
di penghujung jalan sana

ira_maezuki

(kelas Yahudi Kristian)
bila kerja semakin menimbun di kala aku sangat kesuntukan namun ketika itulah aku masih perlu berjuang mengejar waktu yang semakin pantas berlalu
*orang take note masa kelas tapi ira lain pulak jadinya. tingtong tak tido semalaman dan keesokan harinya pening dengan kelas yang entah pape


Sunday 3 August 2014

~Riang Ria Raya~

Akhirnya Syawal menjelang tiba setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, melatih diri dengan dugaan yang mendatang. Riang ria meriahnya raya dirasai. Bak kata abah...raya orang Melayu tak boleh lawan. Barang semua nak tukar baru, kuihnya berbalang-balang, rumah kalau boleh berwarna-warni dihiasnya...macam-macam persiapan menjelang raya. Kata abah puasa sebulan tu yang buatkan semua teruja menyambut ketibaan Syawal. Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk melalui semua ni. Meriahnya aidilfitri ira tahun ni bila semua adik-beradik balik beraya sini except keluarga maklang. Raya macam ni baru berpeluang nak kumpul ramai-ramai walaupun sekejap je tapi bermakna.

as usual pagi raya without abah. *ganti pakngah sat mencelah pun ok la*
petangnya baru beraya dengan abah. nampak je kereta abah masuk macam dah lama x jumpa semua kelam kabut keluar
Walaupun adik-beradik mak 3 orang je tapi cucu tokcik Leha ni ramai. Penuh rumah bila semua berkumpul lepas solat raya. Raya pertama yang sibuk dengan tetamu tak sudah-sudah datang berziarah. Tuan rumah especially anak dara yang ramai ni la yang terkejar-kejar kat dapur. Mak-mak sekalian sibuk dengan anak masing-masing. 
bila cucu maktok ber'selfie' maktok pun kena tempias sama. hehe...
(gambar 1st tu semua dah jadi mak2 ayah2 tp mcm bkn pun hado)
cucu perempuan hjh Zaleha (^_^)V
dari malam raya sibuk kemaskan rumah maktok ni
sorang lg cicit hilang. ummi dia ckp spring dia x pernah patah lompat berlari x henti2
Ikatan persaudaraan itu tidak akan pernah putus walau hampir setahun tidak bertemu, hanya sebentar cuma bertanya khabar, ziarah-menziarahi sudah memadai. Selagi mana silaturahim itu kita jaga in shaa Allah semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya. Ya Allah...berkatilah keluarga ini, peliharalah ikatan ini, izinkan kami berkasih sayang keranaMu.

Selepas sehari suntuk di rumah maktok, balik rumah arwah tokwan pulak tapi sampai je takde orang. Rupanya semua dah pegi beraya kat kebun pakcik. Kitorang pun beraya kat kebun jugak la jawabnya. 

ni gambar raya paling mahal sekali.
*special punya kambing ada rambut. tak tau la baka mana kambing ni
Raya kedua mula berkonvoi dengan adik-beradik sebelah abah dari rumah ke rumah dari pagi sampai malam. Memang sakan la raya ira tahun ni. 

half of hjh tom's family stop by rumah paklong
Abah pun ambil peluang ni untuk buat kenduri kumpul sesama adik-beradik. Makanya 4 ekor ayam kitorang disembelih buat masak gulai ayam kampung pun sodap. Bab masak-memasak ni dari lepas subuh dah mula sedia bahan, set up tempat, macam-macam la. Paling best pengalaman nak tangkap ayam untuk disembelih. Yang ni ira surrender...adik dengan abah je yang kejar ayam tu. Tapi adik pun tak banyak membantu sebab asal ayam lari ke arah dia alih-alih dia pun lari sama. Geleng kepala je la kitorang nih. 

betul la ayam2 ni kena bergambar kenangan sebelum raya. lps raya semua dah jadi lauk. hehe..
sesi masak-memasak bawah pokok
*berkelah sakan
 lepas jumaat pakat kumpul and makan..! dan jumaat kali ni abah suka sangat sebab ramai anak lelaki dia ikut pegi masjid sekali

Belum cukup siang hari dengan ayam kampung, ikan bakar, malamnya jamuan dinner kat rumah paksu pulak. Keje kitorang makan je satu hari nie. Alhamdulillah...kita merancang dan Allah telah tentukan yang terbaik untuk semua. Paling gembira...bahagia bila dapat berkumpul bertukar-tukar cerita. Sepupu-sepapat yang tak berapa nak rapat pun boleh duduk bersembang sekali. That is the best moment. May Allah bless everything. Hope this happy moment last forever. Maafkan salah dan silap, hilangkan gelisah dan gundah di hati, sucikan ketidak puasan sesama sendiri, in shaa Allah hidup kita diberkati dalam lembayung kasih dan cintaNya. 

***SALAM AIDILFITRI~~~MAAF ZAHIR BATIN***

Wednesday 23 July 2014

Ramadhan pergi...Syawal menanti

Ku singkap tirai Ramadhan
tika anak bulan kelihatan
bulan penuh rahmat dan barakah
langkah ku susun penuh rapi
bertatih di bulan mulia ini
mencari sekelumit rahmat dan kasihMu
mengemis keampunan dariMu
ketenangan cuba ku raih
dalam kealpaan mengejar urusan duniawi
aku cuba untuk kembali bertaut
pada kasihMu yang tak pernah luput
dalam tak sedar sebulan berlalu
Ramadhan bakal melabuhkan kembali tirainya
dan aku...
apakah akan bertemu lagi 
Ramadhan akan datang?

apakah masih diberi kesempatan 
beribadat di bulan mulia ini?
yang lebih baik dari seribu bulan
kini jendela Syawal bakal dibuka
kemeriahan terasa di sana sini
pelbagai persiapan mula dibuat
namun sedarkah kita
bezanya persiapan Syawal berbanding Ramadhan
moga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir
moga Ramadhan akan datang
kita masih berkesempatan melewatinya

Saturday 19 July 2014

~ceriteraku~

Cuti sem kali nie dihabiskan dengan praktikal. To be honest I love to stay at home more but I need to be here. Sabar je la for two months only. Masa yang dihabiskan untuk praktikal nie jugak secara tidak langsung dah drag my time with family and my precious time to help my mom at home. Hujung minggu je yang ira ada untuk tolong mak kat rumah dan dua hari setiap minggu tu tak cukup untuk ira ringankan beban mak hari-hari buat keje rumah. Tapi difikirkan balik sampai bila ira boleh stay kat rumah je. Later, I'll be an official employee no matter what. Let this practical be my experience then. 

Setiap kali hujung minggu pasti ada saja cerita kami anak-beranak. Disebabkan sekarang ni bulan puasa...nak raya...so cerita utama shopping la..! Bila dah start shopping hmmm...seharian jadiknya. Hampir semua kedai masuk tapi pilihannya tak dapat jugak. Well...with all princesses sabar je la abah layankan kerenah kitorang. 


Dari dulu ira suka sangat perhatikan gelagat orang sampai kadang-kadang terleka dibuatnya. Penat berjalan cari tempat duduk perhatikan gelagat ayah-ayah layankan kerenah anak-anak bila ibu-ibu semua dah hilangkan diri shopping. Kelakar jugak tengok gelagat diorang nie yang mana anak kecik sibuk nak main, yang penat berjalan, yang menangis cari ibu dia, yang main kejar-kejar dengan anak pun ada. Hyper betul budak-budak nie. Kesian tengok ayahnya penat layankan diorang. 

wrong choice wearing heels while shopping
pantang ada port bleh duduk mesti stop dulu
When it comes to abah shopping anak-anaknya pulak la yang kena sabar layankan. Disebabkan selalu ikut abah sedikit sebanyak kitorang belajar about his style, or specifically guys outfit. Masa nie la memahami perasaan abah layan kitorang shopping. Dia sorang layan kitorang berlima but kami berlima cuma nak follow dia sorang je. Then should be ok la. hehe...

One thing yang selalu orang tanya especially time bulan puasa & raya nie sebab time nie je yang selalu jumpa orang. Bila pergi bazaar and terawih especially mesti ada aje yang tegur ira dengan kakak ni kembar. Seperkara lagi bila orang tahu kitorang adik-beradik semua perempuan. Ayat first keluar "untungnya mak dia anak perempuan ramai". Dah biasa sangat dah dengan ayat-ayat nie. 

my sis, my partner and most important...my TWIN..!! (^_~)
 we're glad to be your daughters... (^_^)






Saturday 28 June 2014

Epilog Sekeping Hati


hari ini aku menjadi saksi sekeping hati kecewa
hari ini aku menjadi saksi sekeping hati terluka
hari ini aku menjadi saksi sebuah harapan hancur 
sungguh cinta manusia itu menyakitkan
sungguh cinta manusia itu banyak dugaannya
sungguh cinta manusia itu tak semanis yang disangka
jika ditanya pernahkah hati ini terluka..?
jika ditanya pernahkah hati ini kecewa..?
mungkin ya...mungkin tidak
Allah sahaja yang tahu

jika ditanya bagaimana untuk bangkit dari kenangan silam..?
aku sendiri tertanya-tanya
apakah aku punya jawapan itu..?
apakah aku layak untuk memberi jawapan..?
rasanya hanya satu jawapan yang ada
kembalilah mencari cinta Allah
cinta itu yang tidak pernah menyakitkan
cinta itu yang tidak pernah mengecewakan
cinta itu yang sentiasa memberi kekuatan
cinta itu yang tidak akan pernah tinggalkan dirimu
harapan demi harapan yang tidak akan pernah hancur berderai
tiada yang lebih hebat dari cinta kepadaNya
cinta manusia itu sementara 
sedangkan cinta Allah kekal selamanya
aku sering dipersoal tentang cinta manusia
aku sering diasak tentang ikatan sebuah perkahwinan
namun setiap kali itu aku berundur
bukan kerana aku tidak percaya 
bukan kerana aku tidak yakin
cinta manusia itu pasti hadir
seiring dengan cinta pada Sang Pencipta
namun aku belum mampu mencapai cinta Agung itu
bagaimana mungkin aku menggapai cinta manusia
yang pastinya terlalu banyak dugaan dan cabaran
andai cinta Tuhan aku tidak mampu pegang erat
bagaimana mungkin untuk aku bertaut kemas pada cinta manusia
aku menjadi saksi pada hati-hati yang sering disakiti
aku menjadi saksi pada ikatan perkahwinan yang dipersiakan
aku menjadi saksi pada anak kecil yang diabaikan
aku juga menjadi saksi pada raut wajah ibu yang dibasahi air mata
bukan aku ingin menyalahkan
cuma aku belum mampu untuk menjadi saksi
diri sendiri diperlakukan sebegitu

ira_maezuki

Ramadhan Kareem

Ramadhan...
tanpa sedar ia kembali
hampir setahun berpisah kini bertemu semula
sungguh aku rindu
bulan penuh barakah ini
madrasah yang mendidikku sekian lama
adakalanya aku seakan lupa
lalai dan leka dengan janji yang pernah ku bina
saat meninggalkan madrasah ini setahun yang lalu
tanpa sedar kuulangi kesilapan lalu
seringkali kusalahkan diri
seringkali juga aku berazam untuk terus berubah
namun setiap kali itu 
ada ketikanya aku tersungkur
kucuba menggapai tangan-tangan untuk kembali berdiri
kucuba mencari kekuatan untuk kembali mengorak langkah
namun adakalanya aku tumpas
masih adakah ruang-ruang untuk aku cerobohi
masih adakah walau sekelumit zarah untuk aku cuba selami
mencari kembali aku yang dulu
mencari kembali sisa harapan yang kukhianati
ya Tuhan...
tiada daya aku selain memohon dariMu
tiada kekuatan aku selain mengharapkanMu
jangan Engkau berpaling dari hambaMu ini
jangan pernah Engkau jemu mendengar keluh kesahku
sungguh aku ini terlalu kerdil
sungguh aku ini hina di hadapanMu
peganglah aku...peluklah erat diriku
jangan pernah tinggalkan aku 
walau sejuta kali kesilapan aku lakukan
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
sesungguhnya Engkau Maha Penyayang
sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani
ya Ramadhan Kareem...
kembalilah sebagai madrasahku
kembalilah untuk membina kekuatan diriku
kembalilah untuk mencari diriku yang hilang
setahun ini ada antara mereka 
yang tidak berkesempatan bertemu denganmu
yang pergi menghadap Yang Maha Esa
dan aku...
antara mereka yang bertemu kembali 
menyulam kasih dan cinta
jadikanlah madrasahku kali ini yang terbaik 



final exam done...!

Setelah hampir 3 minggu struggle for final exam...alhamdulillah akhirnya selesai jugak. Dengan itu maka berakhirlah jua sem 4...hampir 2 tahun ira di bumi ukm. Susah senang pahit manis sepanjang ira bertatih menimba ilmu dan pengalaman di ukm. Sepanjang ini jugak menyaksikan jatuh bangun ira, tangis dan tawa mengharungi segalanya. Tidak pernah sunyi dari diuji sukarnya menimba ilmu pengetahuan, sukarnya dalam mencari sebuah pengalaman, sukarnya mempertahankan sebuah persahabatan, sukarnya untuk tetap teguh dengan sebuah pendirian, sukarnya menguruskan soal hati dan perasaan. Namun...Allah masih beri kekuatan itu. Dia tak pernah tinggalkan ira. Hanya ira...yang seringkali lupa, leka, lalai dari terus mengingatiNya. 

hmm...bila syahirah & syahirah start kemas barang inilah jadiknya. macam tongkang pecah bilik dibuatnya. the best moment bila habis final...packing...! erm...walaupun sebenarnya packing barang nie sebelum habis exam. hehe...
Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu...going home..!! Sampai je rumah pagi khamis tu mak cakap malam nanti abah buat majlis yasin tahlil so...tak sempat rehat betul dah kena kemas rumah, tolong mak masak. Dari pagi sampai la malam buat keje. huhu...penat sebenarnya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sampai ira tertidur lepas majlis sedangkan yang lain sibuk layan tetamu. sorry eh...tak tertahan nak tongkat mata ni. 

 huh...nasib la semua benda abah order katering je. so...kitorang cuma perlu kemas rumah, arrange perabot & masak bihun, puding. best giler balik rumah terus dapat makan bihun goreng mak masak ni. memang best in the world la. hehe...

hmmm...one thing happened that night. Elok je habis baca yasin, tahlil, sempat jugak abah buat usrah dengan kawan-kawan dia tetiba mak dapat call dari kawan Syifaa. Diorang gtau adik masuk wad Hospital Sultanah Bahiyyah. Terpaksa mak abah tinggalkan majlis dekat kitorang and rushing pegi Alor Setar. Nasib adik-beradik sebelah abah semua ada. Diorang la yang banyak tolong kemas everything, packing semua. Thanks a lot..! Dah setel semua baru pakat balik rumah masing-masing. Pakcik siap tunggu kitorang kunci pintu, masuk rumah, baru dia gerak balik. Malam tu mak abah tak balik. Esoknya baru balik sekali dengan Syifaa. Dia cuti seminggu sempena Ramadhan. Actually...nothing serious with her and dia tak kena tahan wad pun. Masuk ER je sebab muntah banyak kali. Salah makan agaknya. hmmmm...for those who are giving information...thanks a lot but next time cerita la apa yang sebenarnya jadi. Jangan la buat ayat suspen sangat sampai buat orang salah faham, gelabah. Apa pun...alhamdulillah apa yang berlaku bukan seperti yang kitorang jangkakan. 

penat sangat buat keje seharian gini. hari tu pun sekali macam ni jugak. sampai rumah terus kena buat keje for gathering like this.

Saturday 14 June 2014

Wish it was you...!

I wish it was you
the person who will laugh with me
I wish it was you
the person who will walk with me
I wish it was you
on our way back home in the late evening
the one person who will passionately hug me
I'm afraid it will all disappear if I tell you
so I've hidden these words without anyone knowing
I really wish it was you
do you know how I feel..?
because my love is like breathing
I can't hide it
I can't let go of you
who is turning away right now
it hurts but for you
I need to say goodbye now
there is just so much to say
but I can't say it and I miss you so I call your name
I wish it was me
the person who is next to you right now
I can't let go of you
who is turning away right now
it hurts but for you
for now for you
I need to say goodbye


"I just wish it was you even though its not gonna happen"
-ira_maezuki-
*flower boy next door*
*korean drama*

Monday 9 June 2014

Sesi Cari Jodoh

Rehat sebentar sebelum sambung balik untuk ulangkaji subjek Kepimpinan dan Pengurusan Islam. Exam paper ni esok ye...jangan nak rest lama-lama sangat ira.

Actually...there's something happen yang buat ira tak lekang dari senyuman...nak ketawa pun ada...geli hati sebenarnya. Ok...ceritanya macam nie. Baru-baru nie mak dan abah tengah sibuk carikan calon untuk cousin ira...abang iwan. Kisahnya bermula apabila adiknya kak jie dah ada orang datang risik dan in shaa Allah akan langsungkan dalam masa terdekat so mak teh ira nak langsung sekali dengan abangnya. Tapi...masalahnya abang iwan nie belum lagi ada calonnya. ermmm...bukan takde tapi mak teh ira tak setuju sebab katanya calon abang iwan tu jauh orang pahang so cousin ira nie suruhlah mak dia carikan calon. Dah tu...mak abah ira sekali ter'drag' untuk sama-sama cari calon kat abang iwan. huhhh....apa lagi...kecoh la bila kakak cerita yang mak abah tengah tolong carikan calon untuk abang iwan. hehe...

abang iwan & kak jie
(norhazwan & nor izzaini)
Bahagian pertama cerita ira ok lagi la walaupun kitorang agak excited our cousins nie dah nak kawen...!! 

Bahagian kedua cerita ira....bukan excited tapi kelakar. Baru 5 min ago mak mesej suruh call so ira pun kelam kabut la call ingatkan ada hal apa. Rupanya soalan mak..."kakcik...kalau ada orang tanya kakcik nak tak?" err...blur sat. Tanya apa...nak apa. Then mak cakap...kawan kepada auntie Liza, cousin mak, mintak tolong dia carikan calon then auntie Liza teringat kat kitorang so dia tanya mak. Orangnya 27 tahun...doktor jugak sama hospital dengan auntie Liza. Namanya erm...tak tau, tak tertanya pun. First reaction...ira dah gelak dulu. haih....mak pun dah berjangkit dengan sesi cari jodoh ni ke? aiyark....sabar ye...anak-anak mak ni belajar tak habis lagi. Kalau dah habis pun kitorang nak keje dulu. Paling penting...ira belum terfikir lagi la pasal kawen nih. Macam mana la anak mak ni nak kawen. Masuk dapur je pun malas. hmmmm...let me get ready first k. Nanti kalau ira dah sedia betul-betul dah ready nak kawen ira cakap ye. Masa tu kalau ira takde calon...don't worry sape je pilihan mak ira setuju. Deal k...?

ok...back to work. Study balik cepat...!! haha...

Wednesday 4 June 2014

Short Study Week @ Home

After a while...I'm coming home. Yea...even though it just few days at home. Actually...nie la first time ever ira balik rumah masa study week. Sebelum nie...tak pernah balik walaupun dalam hati meronta-ronta melihat mereka-mereka yang balik. Jealous!! hehe...dan kali nie peluang untuk ira pulak balik. Tak tau kenapa rasa macam lama sangat ira kat sini kali nie. Padahal jika dibandingkan dengan sem-sem sebelum nie sama je tempoh keberadaan ira kat sini. Errrr...jeles dengan kakak agaknya. Asal call akak dah sampai rumah. Asal ada event je akak balik. Paling terasa masa demam hari tu. Dalam fikiran terlintas kalau kakak confirm awal-awal mak dah pegi amek bawak balik. Seriously jealous...! Tapi apa boleh buat...redha je la. To be honest...happy sangat boleh balik walau sekejap dan...balik nie without doing any revision of course. Actually...terselit jugak sedikit rasa bersalah disebabkan ira planing awal study group tertangguh tapi bila difikirkan balik...sebelum nie group member yang lain balik tinggalkan ira but still ok je. Just for a while ira balik rumah dah macam gelabah kucar-kacir pulak semua. hmmm...macam dah tak boleh balik before exam kalau gini caranya. Yea...apart from that my mom pun bising jugak sebab anak dia sorang nie macam endah tak endah je nak exam. Errr....mood study kat rumah tak sampai. 

By the way balik tengok rumah....its almost totally different. hmmm...bila abah dah start renovate rumah. Makanya abes semua dia nak tukar. Alhamdulillah...murah rezeki akhirnya tercapai jugak impian abah dengan angan-angan rumah nie. Angan-angan akhirnya menjadi kenyataan. 

I love it when my room has been organized well...
errr...not me only but us perhaps. 4 princesses of hj shofe & hjh dalila...(^_^)
living room...my study port

I wish...I could have my own house just like this adding with a mini library in shaa Allah...semoga angan-angan ira pun akan tercapai satu hari nanti just like abah. 

One thing we suffer for this house is...hari-hari kerjanya bersihkan segala habuk. hmmm...penat sebenarnya tapi kadang-kadang seronok jugak especially when doing this with my younger sister, Syifaa. Abah sangat tak suka biarkan rumah berhabuk walaupun hakikatnya memang takkan bersih pun selagi rumah tak siap renovate tapi...tu la abah. Nak tak nak hari-hari la kitorang kena bersihkan rumah lagaknya macam nak raya je.

keje ira balik rumah petang-petang basuh laman rumah. nampak mudah tapi penat sebenarnya. Thanks to abah, ira tak payah nak exercise jogging satu taman. Cuci nie je dah buat ira rasa macam pusing padang 10 round. huhu....*hyper betul perumpamaannya

kain batik pun kain batik la...lencun tak payah cakap janji keje siap dan abah balik keluar kereta dengan senyuman. huhu....bagus tak anak abah ni. (^_~)
Soalan klise orang tanya kat abah..."renovate rumah nie nak kenduri ke?" (-_-)" 
Adoyaii...pakcik makcik abang kakak...takde kena-mengena abah renovate rumah sebab nak kenduri ke apa. Puteri-puteri hj shofe & hjh dalila nie belajar tak abes lagi. Kerja apatah lagi...selalunya ira la yang jadik mangsa soalan cepu cemas nie dengan alasan "selalu kan student pengajian Islam ni kawen awal?" makcik pakcik kakak abang...mungkin majoriti yang kawen awal nie student pengajian Islam tapi untuk ira...bagi la ira peluang nak jaga mak abah dulu sebelum ira fikir untuk jaga orang lain yang hadir dalam hidup ira. Bagi la ira peluang nak ringankan beban abah keje cari duit belanja kitorang semua sejak ira kecik sebelum ira fikir untuk belanjakan duit urusan kenduri-kendara dan orang-orang lain dalam hidup ira. Bagi la ira peluang nak capai apa yang ira impikan selama nie sebelum ira fikir untuk seiringkan impian ira dengan teman hidup ira nanti. Masih banyak yang belum ira lakukan untuk mak abah...masih banyak yang belum ira capai. Please...stop this assumptions. Penat nak menjawabnya especially bila berkumpul ramai-ramai maka keluarlah soalan thriller nih. Lagi thriller soalan nie nak fikir macam mana nak jawab daripada teka watak mana satu antagonis dalam novel thriller Ramlee Awang Murshid. huhu...

Abah...dia buat semua nie sebab nie impian dia. Dah lama dah nie baru berpeluang untuk dia tunaikan impian dia sendiri. Paling penting...kami ada dalam impian abah...sentiasa ada dalam doanya...hati dan fikirannya. Thank you so much for everything u have done to us.