Sunday 29 January 2017

Family Escape Vacation @ Langkawi Island


Langkawi Island!! Here I come again....^_^

Got this opportunity 'coz abah ada kursus kat sini so apa lagi...ngekor lah! hehe... Actually bukan kitorang je. Last minute planning dengan makteh and makndak for this short vacay. Glad to be here again!! Really love this island. Errr...sebenarnya memang suka island pun tak kisah la mana-mana. hehe...

So...first thing first bila sampai Langkawi ni of course la check in hotel and bermalas-malasan tunggu abah habis kursus. Today is the last day. Yang lain-lain awal-awal dah keluar jenjalan. Kitorang je bergolek terlentang kat bilik hotel. haha...It's friday, so abah direct pegi solat jumaat lepas habis kursus and guess what? Mesti la anak-anak cilik dia yang tak sober-sober nih habiskan masa kat swimming pool. 
Puas punya berendam then turun ke tepi pantai plak.
Love beach soooo much!!


Sampai abah balik solat jumaat baru la masing-masing siap naik bilik. Bagi abah rehat kejap sebelum keluar. Errr...sepetang jugak la. Dah boring kat bilik kitorang keluar jalan kaki je sekitar situ then pegi cari makan. Nasib la kedai semua dekat-dekat je. Lapor sebenarnya. hehe...

Lepas maghrib baru kitorang keluar. Itu pun pegi rumah sepupu abah. The best thing is...kitorang dapat makan ikan fresh dari laut. hmmmm....dapnyee!! Diorang turun laut siang tu dah siap masak pun untuk kitorang. Sampai rumah dia tu kiranya terus bersila letak nasik dalam pinggan je. *bukan gelojoh k. haha...* One more thing...belakang rumah dia laut! Masha Allah...best sangat. tenang je rasa angin laut malam-malam. Tapi tak nampak mende la malam gelap gelita tu. 


Kenduri betul namanya nih. huhu...dua malam dinner kat rumah dia.

Memandangkan balik pun dah lewat tambah hujan plak so kitorang terus balik hotel je. Yang lain-lain naik bilik tapi ira dengan adik lepak kat lobby dengan abah. Adakalanya abah terlalu sibuk dengan kerja-kerjanya. Adakalanya bila tinggal berdua dengan abah, kelu rasa lidah ini untuk bersuara. Tapi...all those moments are the best one. Sebab ira masih ada tempat bergantung, yang sentiasa tahu apa yang terbaik buat ira walau adakalanya berselisih pendapat, ada ketikanya berselisih faham. Tapi...syukur alhamdulillah ira masih ada insan bergelar abah yang sentiasa ada di sisi anaknya dalam sedar atau tidak. Lepak sekejap borak-borak dengan abah lepas tu pi pekena teh tarik secawan sampai kedai dah nak tutup baru la naik bilik. hehe...


2nd day which is last day jugak kat langkawi ni *baru la namanya short vacay*...

Disebabkan kitorang punya so called vacation ni kejap je so everything was briefly planned. Seawal pagi dah check out dari hotel. First destination...Wildlife Park! Dalam banyak-banyak tempat kat Langkawi ni, sini pulak yang kitorang datang kan. Well...sebelum nie kitorang datang, dah naik cable car Gunung Mat Cincang tu, pusing sekitar cable car discover cutie rabbits. Tidur kat Pantai Chennang aka Malaysian Hawaii. Tak tahu la sape yang bagi nama ni. Maybe sebab kawasan ni full of mat saleh kot. Masa tu dah habis pusing dah kawasan sini dengan abah. Pastu pegi Tanjung Rhu, tempat ni best tengok sunset! Tempat sejarah macam Beras Terbakar, Makam Mahsuri pun kitorang dah pegi. Dataran Lang pun tak tahu berapa kali pusing. Malam-malam kitorang lepak makan kat kedai tepi laut lepas tu siap boleh singgah playground. And of course la tak boleh lupa Haji Ismail Group kat Pekan Kuah, Chocolatoooo!!! 

Dengan sengajanya snap picture ni sebab nak jealous kan someone. haha...teruk nau perangai. 

Chocolate Heaven for chocolate lover!!
Today's family gathering at Wildlife Park. hohoho... I'm sure mesti akan ada yang tanya best ke pergi Wildlife Park. Banyak lagi tempat lain boleh pegi kan? Yes! Serious best!! Only if you know how to appreciate the nature. 

You are sooo chantek encik dan puan merak...(^_~)
Eit awak!! Sampai sini awak datang?! Ish..ish..dah jom balik!


Sejak-sejak dok bela ayam itik nie, we are so immersed with binatang ternakan. haha... Seronok tengok anak-anak ayam itik nie ikut mak dia.

Tiga dara pingitan, princesses Haji Shofe




Puas pusing Wildlife Park nie, kitorang ke Underwater World. Tema hari nie Flora & Fauna. hehe...nengok binatang je keje kita hari nie k. Tapi little bit disappointed la pegi sini sebab dah tak macam dulu. Boleh dikatakan half of the way diorang cut. Erm...katanya sebab ada hidupan laut yang mati so diorang terpaksa decide tutup laluan lama tu. Kalau tak...they go all the way to the sea. Boleh bayangkan tak? It was so wonderful to be under the real sea. 

Bila abah dah start fikir nak bela Lion Fish pulak. hmmm...

Pingu! Pingu! You are soo cute!! 


Is there any pearl in that giant shell??

Love waterfall so much
Family Short Vacation end...


Udah-udah ler tuu. Moh kita balik. Lain kali kita datang lagi k.