Saturday 16 January 2016

Projek Kahwin..!!

Ehhh...Projek Kahwin pulak. Macam kite yg nak kahwin. hehe...

Dua minggu lepas ira sekeluarga menyibukkan diri tolong apa-apa yang patut untuk walimah sepupu ira. Setelah sekian lama kitorang tak meriah dengan kerja-kerja nak kahwin ni...excited pun hado. Dua hari sebelum majlis kitorang dah penuhkan rumah maktok kat kampung tu. Maktok pun excited jugak bila semua anak cucu penuhkan rumah dia. hehe... Hilang sakit dia layankan anak cucu. Errr...sekejap je sebabnya semua benda dia nak buat lepas tu mula la sakit balik. Semua kena alert dengan apa sahaja yang belum setel supaya maktok tak capai and buat benda tu. Seronok...!! Lama tak balik kampung ramai-ramai macam tu. Nak tidur malam sibuk nak pasang kelambu, cari tilam bantal selimut semua. Sebelum tidur bukan main panasnya kalau boleh nak masukkan kipas dalam kelambu tapi dah masuk pukul 4 pagi mula la semua menggigil cari selimut, rebutkan selimut tarik sana sini. haha... Sabor je la.

Chef in da house...!! Tak cukup dapur sampai ke luar masaknya. ok...yg ni ira tukang jaga apinya. Jaga api je la. haha...nak masak kang jd lain pulak.
Goodies bag in making..! Maka bermula la cucu-cucu mak aji leha sibuk nak mengisikan goodies bag ni semua. Ini tak sampai separuh yg ada. Maaf la cicit-cicit sekalian tak sempat nak snap picture. Hyperactive sungguh tak boleh nak kejor. haha...

4 dara pingitan mak aji leha siap sedia utk berkhidmat!! hehe...jdk 'flower girl' la kita ye...
hmmmm....mana goodies bag yg lain ntah. huhu...
*love purple sooooo much!!
Nampak tak ketokohan jadik penyambut tetamu kat situ. haha...berpanas tak sudah kita hari nie. Ops..! Sibuk-sibuk tak sempat nak bergambar dengan mak pengantin. Maaf la ye kakchaq. hehe... Best sangat luangkan masa dengan kakchaq sembang macam-macam sambil layan tetamu yang hadir. Banyak nasihat yang kakchaq share especially soal perkahwinan, rumah tangga. Bab nak mengusik pun ada jugak. haha... Almaklumlah...cousin semua dah kahwin tinggal kita-kita nie haa yang belum berpunya. Sabar ye...nanti-nanti bila sampai masanya ada la tu. Masa tu...kakchaq mesti kena tolong ok. hehe... Cousin yang sangat awesome..!! Dari dulu rapat sangat bila berjumpa mesti ada saja ceritanya. Walaupun jarang jumpa tapi keakraban tu tak hilang sebabnya...kakchaq sangat peramah dan selalu ada saja topik untuk diajak berbual. Masa kat ukm dulu, selalu kakchaq datang jenguk ira. Terasa macam budak asrama outing pun ada. haha...

 ok...dah penat menunggu sebenarnya time nie. 
*pengantin baru nak makan kita sibuk ber'posing' kat belakang ni. hehe...

cari port nak rehat. Rumah cousin ira nie just a simple rumah kampung yg telah di'renovate'kan jadi modern dan sangat cantik. Ni kat tengah2 rumah dia and there's no roof here. Boleh la bajet malam-malam amek angin sambil tengok bulan bintang kat sini. hehe...
Oh ye...gambar pengantin eh...? Maaf la...gambar pengantin eksklusif sangat sampai tersorok entah ke mana. Tinggal yang jauh je...huhu



Sekian cerita kahwin ira... ^___^

Hari nie...ira berkonvoi ke walimah member smkak. Alhamdulillah...barakallah...!! Semoga bahagia hingga ke jannah. Part paling best bila pergi kenduri kawan-kawan nie adalah apabila rumah kenduri jadi tempat mini reunion geng-geng sekolah. 6 biji kereta semuanya. Fuhh...nak tunggu sorang-sorang tu berdondang sayang perut nie dah lapor bebenor. Apa pun...semua dah selamat. hehe...

gegurl team..!!
Ehh...ni sapa yg nikah ni? haha...
Konvoi kita yg awesome. Thanks guys...! 
 

Wednesday 13 January 2016

Dear...

Dalam meniti arus kehidupan ini...pasti ada yang datang dan pergi dari hidup kita. Ada suka dan duka yang mewarnai perjalanan ini. Adakalanya kita perlu memilih antara dua sama ada suka atau tidak walaupun pilihan itu suatu yang menyakitkan dan cuba dielakkan. Ada ketika kita diuji dengan sesuatu yang tak tergapai dek akal. Kerana apa? Yang mengatur hidup manusia itu...DIA! Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Mungkin apa yang kita inginkan itu bukanlah yang terbaik sebaliknya yang kita cuba elakkan itu adalah yang terbaik buat diri kita. Kerana apa? Kita hanya mampu merancang tetapi DIA yang menentukan. 

Aku memilih...walau aku tidak pasti dengan pilihan ini. Yang aku harapkan semoga pilihan ini adalah yang terbaik buat semua. Mungkin pada pandangan mereka aku egois, pentingkan diri. Mungkin pada pandangan mereka aku cuba lari dari kenyataan. Mungkin...! Tapi Engkau Maha Mengetahui...semoga apa yang aku lakukan ini ada hikmahnya di kemudian hari. 

Hati...sakit sebenarnya melepaskan sesuatu yang kau tahu bahawa kau tak mampu. 
Hati...perit sebenarnya menjadi seorang egois dan hipokrit. 
Hati...pedih rasanya menyakiti insan yang aku sayangi.
Hati...bila dia terluka sungguh aku turut merasainya.
Hati...bertahanlah agar dia bisa pergi tinggalkan aku.
Hati...tabahlah walau segenap memori menginjak rasa.
Hati...kuatlah walau rasa seolah kau tidak mampu

Kata-kata yang dahulunya seringkali menjadi air penyejuk duka kini ibarat bara api yang menanti waktu untuk meletuskan lavanya. Kata-kata yang dahulunya sering memujuk aku tika diselubungi kesedihan kini ibarat minyak yang disimbah dalam api marak. Puas sudah kupujuk rasa hati tapi belum masanya lagi untuk aku terima. Kerasnya hati ini...! Tertutup sudahkah pintu hati ini? Segala kenangan manis seakan hilang ditutupi sepalit memori hitam. Ibarat penyakit yang merebak ke segenap ruang memori menukarkan bebola gembira menjadi kesedihan dan kemarahan. 

Aku tahu kau kecewa. Pastinya kau kecewa dengan hati ini yang terlalu keras untuk melupakan semuanya, degil untuk memaafkan segalanya. Aku tahu pastinya kau kecewa dengan setiap amarahku. Aku tahu pastinya kau kecewa dengan setiap perubahan diriku.  Sungguh aku juga lelah...mungkin caraku salah tapi aku cuma mengharapkan dengan begini aku mampu lepaskan semuanya. Hanya apabila kau juga lelah dengan aku. Hati ini rawan dengan setiap perhatianmu. Hati ini runtun dengan setiap bicaramu. Hati ini luluh dengan setiap tutur kata dan nasihatmu. Aku takut...sungguh aku takut kelihatan lemah. Sedangkan kini aku jauh dari sekadar kelihatan lemah bukan? I'm worst...look terrible, miserable. I tried to look fine but I don't even know how to act in front of you and I hate this. I hate myself in this situation!! 

Bila hati dan fikiran tak seiring...pertimbangan rasional hilang diganti emosi. Hati dan fikiran yang tidak sehaluan menzahirkan sesuatu di luar jangkaan. Mustahil untuk aku undurkan waktu dan mustahil untuk aku kembalikan semuanya. Apa yang berlaku telah pun berlaku dan aku tak akan pernah mampu untuk perbaikinya.