Wednesday 27 February 2019

Ayat Cinta dari Tuhan


Darah luka membasahi hati ini
Perit tak terperi
Sepi ruang hati ini sepi
Tiada siapa memahami rasa ini

Mata tak mampu menangis lebih lagi
Lubuk luka menguasai
Letih...segala raga ku letih
Tuhan...tolong aku hilang rasa pedih

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan

Jatuh...kerap kali ku terjatuh
Rasa pilu bagai tiada sinar baru
Namun...dalam sendu aku tahu
Kau setia kasihkan ku...oh Tuhan ku

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Quran setia meneman

Hadirmu...
sebagai sahabat hingga hujung waktu
Namun tewas dengan nafsu
Malu...aku malu
Tuhan Kau perhatikan ku

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Kau kan temui jalan

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Kau tidak keseorangan
Seluas lebih dari lautan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan


*****************************************************

Ingatlah...di saat kita rasa tiada siapa di sisi. Rasa seolah-olah tiada pendamping. Sungguh kasih Allah tiada penghujung. Saat Dia uji kita dgn kekecewaan...sesungguhnya Dia ingin kita kembalikan kebergantungan itu hanya padaNya. Kerana fitrah manusia itu akan kembali kepada yang hak bilamana dia rasa jatuh tersungkur. Maka saat kita lalai dari mengingatiNya, tika itulah Allah uji dengan rasa kehilangan. Ira paling suka dengan kata-kata ini (yang pernah ira share sebelum ni) "Don't expect too high or you'll go down too low". Walaupun susah sebenarnya nak implement benda ni dalam hidup kita sebab dalam tak sedar kita selalu letakkan pengharapan pada sesuatu. Pasti ada walaupun sekelumit cuma. Pesanku cuma satu duhai hati...dalam sebuah pengharapan yang mungkin menapak dalam diri tanpa sedar, jangan pernah sesekali lupa untuk sandarkan pengharapan itu pada Yang Esa kerana Dia yang memegang hati-hati kita, Dialah yang membolak-balikkan hati kita. Kembali pada Allah, mohon dan mengharaplah hanya pada Allah. Moga hati-hati kita tidak jatuh ke kancah kekecewaan yang terlampau. Moga Allah temukan kita dengan hikmah yang terbaik dalam setiap apa yang kita lalui.

Saturday 16 February 2019

Anxiety - Part II

I thought anxiety is normal among us. Everyone has their own anxiety. Perbezaannya ialah anxiety terhadap apa. I never thought that anxiety is an illness. But when it happened to me then I realized...it is not a simple thing. To pass through it is not an easy task. Sebelum ni ira ada tulis tentang anxiety...that I was in a critical anxiety, about what had triggered me to be in this situation. Anxiety ni sekali imbas, it is like a phobia. Contohnya bila kita takut dengan kegelapan, takut akan tempat sempit, takut ditinggalkan keseorangan. Bila kita berada dalam situasi tu, it makes us feel nausea, it makes us tremble, it makes our heartbeat race fast. It is a sign of anxiety. See the similarities? But to be exact...anxiety ni bila seseorang tu overthinking, afraid of what will happen in future, afraid of what others think about him/her. 

Dan ira tergolong dalam semua yang ira nyatakan di atas. First of all...ira memang tak suka tempat gelap, tempat sempit, tinggal sorang-sorang (I mean perasaan takut ditinggalkan). Contoh mudah, dulu ira takut naik lif especially sorang-sorang. Lagi sanggup naik turun tangga dari diberi pilihan untuk naik lif. I feel suffocated in that small space. Sampai sekarang pun ira still tak akan naik lif bila sengsorang. Kalau berteman ok la cuma ada jugak beberapa kenalan yang pernah tanya "syira takut naik lif ke?" Thank you sebab pay attention to me. Termalu seketika bila ada orang tegur macam tu. Nampak sangat ke?

Secondly...ira ada masalah yang sangat serious when it comes to overthinking, especially in what others think about me and what will happen in future. Memang tak dinafikan we need to think about future, we need to care about others thinking but when it is going overboard I know I was in a serious anxiety mode. Ira terlalu kisah dengan apa yang orang lain fikir tentang ira sebelum sempat pun ira buat atau cakap sesuatu. Ira terlalu risau apa tanggapan orang pada ira and of course it is in a negative way. Ira tak tahu macam mana nak tukar into a positive thinking. Ira selalu pendam apa saja yang berlaku sebab ira terlalu susah nak letakkan kepercayaan pada orang. I just let others know what I want to show. Ira lebih selesa dengan kelompok kecil mereka-mereka yang betul-betul rapat dengan ira untuk ira ceritakan everything. And of course mereka itu yang lebih 10 tahun kenal ira (you know who you are. Ok dah stop! Jangan nak senyum lebih-lebih. Ingat ira tak tahu? Mesti kembang semangkuk baca statement ira ni. hehe...). And all this buat ira susah nak adapt dengan suasana baru, buat ira susah nak open up to people who are willingly to hear me out.

The most difficult thing to do is to start a  new relationship. It is difficult to build trust for others. Dan of course susah sebenarnya untuk seorang syahirah buat apa sahaja keputusan dalam hidup dia. Pernah I ask here and there just to make a simple decision. Kadang-kadang the decision is out there but then ira akan fikir balik betul ke apa yang ira buat ni? Ira mula takut kalau keputusan tu makan diri ira balik. Ira mula takut what if and what if and what if. But then satu pintu kesedaran diketuk "sesungguhnya 'kalau' itu adalah permainan syaitan". Astaghfirullah...I really hate this anxiety when it comes to that extend. Jangan pernah persoalkan sebuah takdir kerana dalam apa pun keputusan, Allah is there yang telah menetapkan qada dan qadar dalam perjalanan kehidupan kita. Susahnya jadi seorang syahirah bila her anxiety is at the top hill.

Ira selalu doakan supaya Allah tetapkan hati ira dengan apa jua keputusan yang ira dah buat. Ira terlalu takut andai ira persoalkan takdir yang ira lalui. Moga Allah pelihara hati ini agar tak terjatuh ke lembah keraguan. Moga Allah hilangkan prasangka yang adakalanya mencari ruang untuk bertapak dalam fikiran ini. Moga Allah hilangkan rasa was-was yang ada ketikanya berlumba untuk bersarang di hati ini. Moga Allah hadirkan kekuatan untuk ira lawan segala penyakit hati yang bermaharajalela ini. Sungguh kita sebagai hamba terlalu kerdil di hadapanNya. Kembali padaNya, sujud padaNya kerna itulah sebaik-baik penawar.

I always love this quote :
           "Don't expect too high or you'll go down too low"

Dan baru-baru ni ira got this new quotes :
      "Rahsia yang kekal rahsia". Faham tak? Mesti tak kan...? Sebab this quote ada cerita di sebaliknya dan ia adalah rahsia. Sorry...nak share tapi rahsia. Guane tuh? hehe...

One more thing :
         "Complicated but interesting". Kadang-kadang seronok jugak bermain dengan kata-kata. One of my ways to release the ketegangan I think. Erm...maybe one of my ways to express my feeling. Walaupun kadang-kadang jenuh orang nak interpret the data. Ampunnn...sebab ira bukanlah sejenis orang yang mudah nak berdepan dengan orang lain. Kinda introvert...if you search about introvert then you'll know that it is somehow menyumbang jugak kepada this anxiety.

Will search another solution and therapy untuk singkirkan perasaan anxiety ni supaya ia tak mengganggu my psychology for sure. And to improve myself too. Doakan ira k... Thanks to this Mr Blog yang selalu, sentiasa, always ada for me untuk luahkan everything either it is published or not.

See you when I see you... (^_~)

Tuesday 12 February 2019

Cousin got Engaged!

Alhamdulillah semua selamat mengerjakan ibadah umrah dan pulang ke tanah air semalam. Seronoknya dengar cerita pengalaman mengerjakan umrah. Satu perasaan dan pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Moga kita semua berkesempatan untuk jadi tetamuNya suatu hari nanti

Sebelum balik...dalam pelukan salam, mak sedara bisik ke telinga ira :
"Makndak doa kat kakcik masa kat Jabal Rahmah...moga Allah permudahkan jodoh kakcik"

Allahu...bergetar rasa hati. Sebak di dada dengar ungkapan ikhlas dari makndak. InshaAllah...Allah akan temukan jodoh seseorang tu tepat pada waktunya. Mungkin pada ketika tiada siapa yang menjangkakannya. Jodoh itu rahsia Allah. Rahsia yang tiada siapa mampu rungkai melainkan Dia Yang Maha Kuasa, yang memegang dan membolak-balikkan hati manusia. Jodoh pertemuan, ajal maut...mana dulu yang menghampiri kita? Dan kedua-duanya perlukan persiapan diri yang mana kedua-duanya bakal kita bawa ke alam sana. Jika Allah temukan jodoh di dunia ini, moga ia menjadi barakah dan salah satu asbab untuk melangkah ke syurgaNya. Jika ajal yang mendahului, moga Allah rahmati sebuah perjalanan hidup di dunia yang singkat ini. 

Terima kasih sebab ingat dekat anak sedara makndak yang sorang ni. I'm so glad to be remembered. Bila kau jadi the one yang orang risaukan...don't get offended. Alhamdulillah ada orang concern. Tipu la kalau cakap tak terasa hati langsung bila orang sibuk tanyakan itu ini. Erm...not really terasa hati. It just that I don't really like it when they ask my mom too much. Kalau tuju kat ira, I don't mind it at all. Biarlah mereka dengan soalan-soalan mereka. Sungguh ira sendiri tak pernah ada jawapan pada soalan-soalan tu. Ira lebih selesa berdiam diri. Senyum je tak perlu cakap apa-apa. Well...senyum tu kan sedekah. Or else...ask them for a du'a. Mana la tahu ada di antara yang bertanya tu makbul doanya. hehe... I just take it as a medium diorang nak beramah mesra and of course soal jodoh is one of the topic after 'belajar mana? kerja mana?'  It's normal la kan. 


It was a week before keluarga makndak berangkat mengerjakan umrah. Alhamdulillah their only one daughter got engaged. Everything was in rush sebab nak selesaikan semua benda sebelum tunangnya on duty (tentera) and before berangkat ke tanah suci Mekah. Surprised and excited jugak balik rumah tengok dah siap ni haa. Why? Sebab abah dari dulu pesan 'no pelamin!' alih-alih eh, boleh pulak. Ini tidak adil! haha...takde lah kitorang ok je dengan abah punya rules. 

Always be my favorite couple
Tahniah cousin!! One step closer~~
Bila sepupu-sepupu yang lagi muda dari kau take another step while you are in a relaxing mode, of course you'll be mangsa keadaan. Sehari suntuk kena bahan. Paling tak best bila disuruh makan sireh pinang. Haih...nasib baik tak suruh mandi bunga sekali. I was like...serious ar kena makan ni? Orang tua-tua cakap, supaya lepas ni jodoh kita pulak sampai. Sayur pun ira tolak tepi inikan sireh pinang? Ayat yang diulang-ulang "lepas ni kakcik pulak". InshaAllah doakan yang baik-baik ye. Abah punya statement dah tak nak komen dah. Scary punya statement. Adoiii... Ira tahu semua orang nak yang terbaik untuk ira, siapa je yang doakan yang negatif kan? Mesti la yang baik-baik aje. Maaf sebab pernah kecewakan ramai orang. Maaf sebab pernah kecilkan hati semua. When I decide to reject this one guy. Sorry for rejected even without knowing him. Bukan setakat belum kenal, nama dia pun ira tak tahu apatah lagi tengok gambar. Ira terus bina tembok sebelum sempat pun pintu diketuk. Masa tu ira tahu ramai yang terasa hati dengan ira. Ramai yang kecewa bila ira stick to my stand. Pujuk la macam mana pun but I strictly said no! And the worst part bila ira bersungguh nangis depan mak explain this and that. Thank you sebab dah tak ungkit cerita tu. Thank you sebab semua orang still ok dengan ira. Walaupun part mengusik tu of course tak boleh tinggal. "Kepada awak yang saya tak tahu pun siapa. I know mesti paksu bagitahu my decision as u got my number already. But it was stopped before u take any step. Sorry". Huduhnya lahai perangai masa tu...

Curi bergambar di saat orang lain kalut kat luar. hehe...ampunnn satgi kami sambung sinsing lengan k

Sempat jugak posing before pelamin dibuka. With my sisters...missing si kecik yang tak suka bergambar. Kakak-kakak dia semua pantang nampak camera. Laju ja masing-masing kalau bab detect camera ni.
p/s : padahal masa ni siap nak keluar pergi ofis siapkan kerja. Dengar je nak ambil gambar kalut pakat masuk balik. haha...


Tadaaa...this cute little aisyah yang laju je datang bila kita buka front camera with sticker. Padahal kalau orang nak ambil gambar dia masam je manjang taknak senyum. So...this is the trick nak ambik gambar budak-budak. Bukan budak je, yang besor panjang pun suka main front camera sticker ni sebenarnya. hehe... 

Tuesday 5 February 2019

Vietnam Trip with SUC

Sabar Ukur Consultants...sedar tak sedar dekat 5 bulan dah kot ira kat sini. Rasa macam baru je ira datang office nak ambik pelan abah. Dah sampai office baru abah call cakap bos tengah cari staff baru so abah recommend ira kat bos. Alang-alang dah pegi office tu nak suruh interview sekali la. I was like what? "Abah...kakcik mai sehelai sepinggang kot. Tak bawak apa pun, pakai pun tak proper". Tapi abah kata takpa pergi je tengok bos nak cakap apa. Maka masuk la office Sabar Ukur ni dengan awkwardnya cakap nak ambik pelan SADA. Nasib baik at the same time bos keluar dari bilik dia dan minta ira tunggu. Kalau tak, tak tahu la macam mana nak cakap kata nak jumpa bos tu. huhu... Alhamdulillah a week after that ira setel dengan tempat kerja lama dan lapor diri kat sini. Now slowly getting adapted with the surroundings. Slowly getting along with the staff here. Dah mula faham selok-belok kerja kat sini. Dah mula faham kerenah bos dan lain-lain. Alhamdulillah everything goes well. And now...apa yang ira nak cerita kat sini ialah my first trip with Sabar Ukur Consultants. 


Ni second time ira berjalan keluar dari Malaysia. First dulu pegi Singapore program u dan masa tu senangnya dapat keizinan abah. Terkejut jugak bila abah tak tanya banyak terus izinkan. Kali ni...boleh tahan banyak kali jugak ira tanya dan fikir. Sampai ira dah buat keputusan tak join trip kali ni. But guess what...abah izinkan!! Excited jugak sebenarnya. Maka bermulalah kembara Vietnam selama 4 hari 3 malam. Naik flight dari Penang terus ke Ho Chi Min. Pagi-pagi dah riuh dengan budak-budak ni sebab semua nak ikut hantar ira ke airport. Sepanjang jalan riuh rendah masing-masing. Dah sampai airport misi menunggu yang lain-lain sampai. Abah macam biasa, dah jumpa bos tu kira boleh tunggu lama la punya bersembang. 


Around 11 kitorang check in, lepas tu sangkut kat autogate passport sebab tak boleh detect tumbprint. Beratur balik kat manual. Then terus masuk tunggu untuk boarding. Almost 2 hours kot dalam flight sebelum sampai vietnam. Turun flight lining up boleh tahan jugak sementara nak selesai tu. 

Safely arrived
Keluar tu jumpa dengan tourist guide kitorang, En Ahmad. Then naik bas ke tempat makan. Lapar seh...tapi sempat jugak lelap sekejap dalam bas walaupun perut tengah tahan lapar. Sampai tempat makan masing-masing senyap sunyi nampak sangat kelaparan tu. Lepas makan terus ke masjid terbesar di Ho Chi Min (tak ingat nama masjidnya).


To be honest...ira kurang berkenan kalau orang ambil gambar curi gini. Ok istilah baik sikit, gambar candid. Erm...tengok pada siapa yang snap the picture jugak la. Untuk kes ni...seriously ira tak suka. But still I love the photo la. Gambar sendiri siapa tak suka. So ira make sure ira dapat the gambar and orang tu delete gambar ira.

My favorite picture, taken by my favorite person, at my favorite place (^_~)
Bookstreets!!! Sebelum ke vietnam ni, adik ira yang semangat search pasal ho chi min. Bila dia jumpa tempat ni dan bagitahu kat ira, I was like...hati tak keruan. Ok over! haha... I'm just hoping to be here sebab tempat ni takde dalam tentatif kitorang. Bila tetiba turun bas dan mata dijamu dengan pemandangan ni, I was so excited. That feelings...the excitement when u stroke the books with your fingers. Even semua buku kat situ in vietnamese, tak faham pun tapi I can't hide my happy face I think. I don't know how to describe it. Mungkin itu yang dinamakan 'bibliophiliac syndrome'. You just happy to be surrounded by books. Kalau boleh nak lama-lama kat situ. I am lost in my own world. 

In front of Saigon Central Post Office
Setelah penat ke sana sini seharian baru la kitorang check in hotel. Masuk bilik boleh landing atas katil rasa macam dah tak nak pergi mana-mana dah. Penatnya seharian ke sana sini. Tapi sekejap je landing, wash up dan solat kemudian terus turun untuk makan malam. Walaupun masing-masing penat sebenarnya tapi ada hati jugak nak berjalan di sepanjang night market area hotel tu. Kat sini kitorang stay di Hotel Aluna yang mana sepanjang jalan tu setiap malam akan ada night market. Meriahnya setiap malam tak pernah luak dek orang ramai. Tiga malam di sini, setiap malam tu la kitorang berjalan keluar masuk kedai tawar-menawar harga. Ira...sekadar menemani. I love spending time with them, I love jalan-jalan ambik angin malam, the best part kat Night Market ni ialah observing people around you. Lepas tu tetiap malam minum vietnam coffee. Bangun tidur breakfast dengan coffee nak tidur malam pun penutupnya coffee jugak. Lepas tu hyper sengsorang. Kalau bab shopping ira surrender. Not my interest. Sampai ramai yang tegur "sya tak beli apa-apa?", "pelik la sya tak shopping", "banyak-banyak ni takdak yang berkenan ka?". Alaaa...ira tak pelik kan, just not a typical maybe. Ira masuk kategori rare je kot. hehe.... Ira tak minat shopping-shopping ni dan ira jenis yang susah nak berkenan dengan satu-satu benda. Tapi kalau ira dah suka pada sesuatu tu, memang ira tak lepas. Dari zaman belajar, kawan-kawan semua jenis kaki shopping dan ira of course kaki ngekor tapi ira sekadar cuci mata je tak membeli pun. 


Night Market view... Masa ni sebab vietnam punya team bola menang boleh masuk final. Memang meriah sungguh malam tu. By the way...budaya orang vietnam ni kat atas jalan lebih banyak motosikal berbanding kenderaan lain. Kelajuan hanya pada kadar 40 km/j, kalau jalan besar yang asing dengan moto boleh 60 km/j dan highway 80 km/j. Lepas tu pulak, hon akan sentiasa kedengaran di sepanjang jalan. Sebab apa? Hon tu sebagai isyarat minta laluan. Pasar malam moto boleh lalu tau. Kalau kat Malaysia ni pasar malam jangan harap la moto nak lalu, kena marah ada la tambah-tambah kalau hon tak berhenti. Tapi bab nak lintas jalan kat sini rasanya kalau sorang-sorang failed. huhu... tak berani. Kalau tunggu orang berhenti baru nak melintas jawabnya sampai sudah la kau tak lintas. They're not like Singapore, kau angkat tangan kenderaan akan berhenti bagi laluan. Kat sini kau kena redah je dan moto tu semua akan mengelak dari kau. Boleh bayangkan tak? 4 hari 3 malam kat sini buat kitorang pun dah lali dengan bunyi hon kenderaan.

Our second day is going along Mekong River. Perjalanan dari hotel ke Sungai Mekong lebih kurang dua jam. Sampai kat Sungai Mekong, kitorang perlu naik bot. One thing yang ira suka buat bila naik bot tapi sebab ramai orang ni ira jadi segan pulak. Actually ira suka pejamkan mata, just nikmati angin sepoi yang menghembus lembut ke wajah. Feel the ketenangan. Discover this masa dulu suka naik cruise kat The Mines, Serdang. Memang best sangat. Dia macam satu ketenangan hilangkan segala kekusutan. 


Our first station...tempat madu lebah. Teh herba campur dengan satu sudu kecil madu lebah asli, campur dengan limau nipis, campur dengan sunflower seeds. Tadaaa....sedap! Lepas tu dia bagi kitorang rasa jelly apa entah. Erm...with honey is ok. Kalau jelly tu je rasanya tak boleh masuk tekak kot. Sebelum naik bot balik untuk ke station lain dah dia keluarkan ular pulak. Ok ira angkat kaki dulu...diorang yang lain-lain ni berani betul. Ni kalau ada adik ira pun keberanian boleh tahan jugak tu. 


Kemudian naik balik bot dan turun semula kat satu station ni then kitorang kena exercise jalan kaki sampai ke hujung naik sampan untuk balik ke bot semula. First turun kat tempat proses gula-gula kelapa dan apa lagi entah. Lepas tu going all the way kiri kanan tempat jual barang kraf tangan, beg-beg. Membeli-belah lagi diorang ni. Sampai bos cakap perempuan ni kalau dah boleh shopping tu tak reti berhenti. "Bos...saya tak ok. Baik je saya kat belakang ni haa tak beli apa pun". Maka berjalanlah kitorang sepanjang perjalanan tu berhenti sekejap kitorang dihidangkan dengan buah-buahan tempatan. Lepas tu berjalan lagi hingga ke jeti sampan. Seriously ingatkan nak kena dayung sendiri sampan tu balik ke bot. Memang rasa macam tak sampai-sampai je ke bot. Eh salah rupanya, kitorang jadi penumpang sampan je la! hehe...


Hi there...best jugak eh topi vietnam ni. Best nak posing. hehe...
Sabar Ukur Comrade..!

Lepas dari Sungai Mekong, sempat lagi singgah ke sini shopping again. Ira dah tak nampak apa dah. Actually ada la berkenan jugak dengan this one baju kurung cotton. Cantik sangat corak dia tapi sebab dah penat, takde mood nak mencari dan membelek so here I am main camera orang. Sapa suruh bagi camera kat ira. Kan dah jadi suka hati nak snap gambar apa, gambar sapa.  

Our third day here...travel to Chu Chi Tunnel. Tempat bersejarah bagi Ho Chi Min City. Somehow like kubu perang. Hampir 25 tahun askar vietnam dahulu kala korek kubu ni sepanjang 250km. Panjang kalau nak cerita sejarahnya. Sila google sendiri lah ye. hehe... tak banyak gambar yang boleh ira kongsikan as I record most of our journey here so takde gambar sangat. Pengalaman berharga kat sini, going through the terowong sepanjang 200 meter je. Memang kecik sangat terowong tu dan gelap sangat. Actually ira memang tak suka gelap, tak suka tempat sempit tapi memikirkan dah sampai kali ni kalau tak cuba bila lagi nak dapat peluang ni kan. Ira masuk siap jadi dua kali dah sebab mira tak boleh nak go on sampai habis, kitorang patah balik but still ira nak try jugak sampai hujung so masuk balik. The first one ira ok sebab ada orang kat depan. But the second one, ira panik sebenarnya sebab takde sapa kat depan and it was so dark. Masa tu jantung dah berdegup laju, tangan dah menggigil. Dalam kepala ni cuma fikir takpe dekat je nak sampai hujung dah and at the same time ada orang suluhkan lampu kat belakang so I manage to the end. Tapi elok keluar tu je terus peluh sejuk, rasa nafas tak lepas. Nasib baik lepas tu kitorang duduk sekejap dihidangkan dengan ubi rebus dan teh. Ulangkali ira tuang teh kat cawan sendiri. Memang dahaga sangat berjalan kat situ tak bawak air dan ira memang suka teh herba ni plus sebenarnya nak redakan gelisah hati, nak redakan rentak jantung yang dah hilang tingkah. Bila dah reda sikit kitorang mula bergerak ke bas semula. Tapi baru nak ok masuk bas rasa macam berkuap sangat sebab baru start enjin terus dah nak jalan. Ira jadi sesak dada balik. Nasib baik dekat je sampai kat tempat makan. Nak suap nasi pun tangan menggigil tak hilang lagi. Lepas makan pergi solat, buka tudung sekejap, rest for a while, ambil nafas balik, tenang diri balik baru slowly ok and normal balik. 


With our tourist guide here. Love his explanation...
Told you right...I'm not that so 'ayu'. Kalau bab memanjat ni rugi la lepaskan peluang. hehe...

Alhamdulillah hari ni kitorang balik awal makanya sempat la pusing-pusing cari vietnam roll. Erm...quite ok la. Lepas tu yang lain-lain terus pusing-pusing pasar malam while ira dengan mira balik bilik mandi solat dulu sebab makan malam pun lewat sikit hari ni. For the last one, pusing habis-habisan malam tu. Guess what I bought for me?


Di saat yang lain-lain rambang mata with so much things. Di saat yang lain-lain sibuk memilih tudung, telekung, baju, kain pasang but I am just happy with these two pairs of earrings. Adding to my collections. Dah kira macam hadiah wajib for dear self every year setiap kali birthday. Hmmm...ni dah beli birthday tahun ni earrings lagi ke? Kenapa bukan emas? Sapa tak suka emas cheq ooi...cuma tak pernah jumpa design yang berkenan di hati. Mungkin kena kumpul duit and customize kot. Lagipun kalau emas tak boleh main tukar-tukar selalu.

Malam terakhir di Ho Chi Min. Sebenarnya dah terlelap pun selepas naik turun lift pergi bilik-bilik lain. Disebabkan barang ira tak banyak so relax je tak kemas apa lagi. Sementara diorang kemas barang tu, ira dah sempat terlelap dah tapi terkejut bangun sebab dengar suara mira dengan shu datang bilik tengah riuh bagitahu dah turun timbang beg masing-masing. Dah sekali bangun tu segar terus mata, boleh pulak merantau ke bilik kak nurul. Niatnya nak temankan jiha iron baju je. Tapi dah sampai tu faham-faham la sangkutnya sampai dekat 3.30 pagi baru balik bilik masing-masing. Ira pulak mata segar sampai dekat nak subuh dah baru terlelap. Sedar-sedar tengok luar dah cerah (kat sana awal sejam dari waktu Malaysia), apa lagi kelam kabut bangun solat subuh mandi. Turun breakfast sekejap then naik balik tunggu yang lain-lain mandi ira sempat lelap sekejap (cover balik yang semalam tak boleh tido). Pukul 9.00 pagi kitorang setelkan everything make sure takde barang tinggal dan turun ke lobi. Check out hotel pukul 10.00 pagi, sempat la check balik beg semua.

Finally, bertolak ke airport. Dah sampai airport kelam kabut pulak nak check in luggage sebab mostly geng lelaki pakat-pakat over limit. Baru la masa tu nak adjust everything. Finally setel jugak baru boleh check in. Naik flight ira dah  mengantuk sangat. Memang letak kepala terus tidur. Tahu-tahu dah nak landing. Turun flight yang lain-lain pergi tunggu luggage masing-masing while ira satu-satunya perempuan kat situ yang takde luggage. Ok...sendiri rasa diri sendiri weird. haha... Lepas selesai everything baru la gerak keluar, tunggu kereta, singgah solat, lepas tu on the way balik singgah makan dulu sebelum terus gerak balik ke rumah masing-masing. That's the end of my first trip with Sabar Ukur Consultants. Thank you for this memorable trip and experience. Such a nice one trust me.


 

Tak pernah tak riuh diorang ni semua. I am so glad to know all of you. Having fun with you. Enjoy days by days with everyone. Getting to know you more and more. Thank you for this memories. Thank you for helping me to get along with all of you since I was so awkward with everyone before. Thank you for everything. Being alone thinking and remembering my days getting close with everyone make me terharu actually. Hope there're more memories to create.