Sunday 27 September 2015

Salam Aidiladha

Alhamdulillah...Allah izinkan kami sekeluarga berpuasa sempena hari wukuf di Arafah. Ya Allah...berkatilah keluargaku ini. Limpahilah rahmat dan kasih sayangMu. Peliharalah keluargaku ini dalam lembayung redhaMu. Dalam keadaan kesihatan abah yang kurang mengizinkan namun Allah permudahkan ibadah puasanya. Peliharalah kesihatannya, sembuhkanlah dia seperti sedia kala. Ira senang hari nie, ira gembira dan ira tersenyum. Seawal kecoh dapur sahur kami hingga berbuka. Steam ikan siakap, tomyam campur, rendang ayam, ketupat, kari daging, nasi impit & kuah kacang. Meriah betul...! Kekalkanlah kebahagiaan keluargaku ini hingga ke jannahMu ya Allah. 

Solat maghrib berjemaah dengan abah. Takbir raya yang bergema di segenap ruang istana kecil kami ini disambut dengan suara kecil permaisuri hati dan puteri-puterinya. Ada nada sayu dalam ketap bibir suaranya. Sungguh aku panjatkan kesyukuran padaMu ya Allah kerana telah berikan kekuatan pada abah untuk terus bertahan dalam dugaanMu. Aku ingin terus di sisi mereka. Teringat cerita mak waktu dia kecil, si anak bongsu ditanya sampai bila nak dok dengan mak ayah dan jawabnya..."sampai tua". Aku juga ya Allah...izinkan aku untuk terus berbakti pada mereka selagi hayat dikandung badan. 

Di celahan hening pagi...
belum pun waktu subuh berlabuh
nada sayu kedengaran
dari sebatang tubuh kerdil yang berdosa
kedengaran suara dalam nada syahdu
menadah tangan merapatkan jari jemari
air mata tidak diundang
membasahi pipi tanpa henti
bibir bergetar menahan sebak di dada
menahan lontaran suara merayu dan mengharap
di sejadah lusuh aku milikMu
ya Allah...
terasa bagai menghitung hari
lepasilah aku dari ujianMu
andai langkah lalu menapak dengan dosa
itu bukan aku yang sengaja mencipta
sudilah diberi ampun dan maaf
sementara kita masih mampu berbicara
sementara langkah masih ada
sementara nyawa masih dikandung badan
dalam bicara kadang bertingkah
dalam gurauan kadang keterlaluan
dalam pendapat kadang bercanggah

Pagi Aidiladha kami di rumah...pagi raya kami dengan abah walaupun bukan Aidilfitri. Setelah sekian lama pagi raya kami tanpa abah. Kecoh pagi raya seolah-olah tika 1 syawal. Seawal 7 pagi semua dah kelam-kabut bersiap dan kemaskan barang-barang untuk balik kampung selepas solat sunat Aidiladha. Siapkan abah pada pagi raya dengan jubah dan lilitan serbannya, tolong mak kat dapur packing segala juadah, riuh-rendah adik-adik, semuanya...buat ira tersenyum. Tepat jam 8 kami sudah turut serta bertakbir di masjid khairiah, Masjid Al-Muhsinin, Kg Raja. Seusai solat, terus bergegas ke kampung mak dan abah sibuk uruskan hal-hal masjid. Tengah hari baru abah sampai ke kampung termasuklah adik-beradik, sepupu-sepapat sebelah mak. Riuh rendah rumah kampung separuh bata dan papan itu dengan suara cucu-cicit tokcik Leha berlari sana-sini. Sungguh tak menang tangan melayani tetamu yang berziarah. Baju raya..? Yes...dengan baju cantik tu la anak-anak dara Hj Shofe ni bersilat cekak musang dan segala yang sewaktu dengannya di dapur. Rebus ketupat, nasi impit, kari, rendang, sambal, goreng bihun, bertenggek di sinki tak berganjak sebab tak pernah kering dengan periuk belanga pinggan mangkuk cawan gelas. Lenguh kaki tangan berkerja di tambah baju cantik dah jadi baju comot. Itu tak buat korban tahun nie. Kalau ditambah dengan korban lagi tak menang tangan dibuatnya. Selepas asar baru semua anak menantu cucu cicit mak aji Leha bersurai. Sepatutnya cousin ira buat bbq kat rumah dia tapi sebab makteh (mak sedara belah abah) buat korban jadinya kitorang bergegas ke kampung abah pulak. Sampai semua dah tersedia dengan daging bakar, ulam sambal, tinggal cuci tangan dan ngap aje. Solat maghrib berjemaah penuh ruang rumah makteh. Kemudian kecoh dengan abah tolong paksu siapkan graf untuk thesis dia. huhhh...dah lama tak buat keje pakai microsoft excel. Jenuh jugak la nak belek balik benda alah tu. Lewat kitorang balik malam tu. Kakak dengan si kecik dah balik dengan mak. Ira dengan adik balik dengan abah. Sampai rumah abah lencong ke surau katanya nak tengok lembu sebab esoknya tumbang 5 ekor untuk masjid. Dah sampai abah suruh balik jalan kaki sebab ada urusan kat surau. huhu....suraunya depan rumah je lintas padang. Dalam adik yang tengah sibuk nak ambil gambar lembu sekali lembunya bangun. Terkejut punya pasal berterabur kitorang lari balik. Dah sampai depan rumah, tekan-tekan loceng, bagi salam masih jugak pagarnya belum dibuka. haha...terkurung kat luar kami tunggu mak buka kunci. Kecoh dengan adik tak sudah-sudah.

 gambar pagi raya takde
gambar korban takde
gambar lepak kat luar pagar rumah ade
haha...

Raya kedua, tumbang 5 ekor untuk masjid. Raya ketiga, tumbang lagi 2 ekor untuk surau. Sibuk la semua pergi tolong gotong-royong memasak. Daging korban orang hantar rumah sampai penuh peti. 2 hari dapur tak berasap makan kenduri korban, hari nie terlebih rajin siap bakar daging. Kecoh dibuatnya, sekali angkat sekali masuk mulut. Last-last dari separuh periuk, tinggal satu mangkuk je. haha... 

Petang tadi abah kerah semua tolong dia. Bersihkan reban ayam, sapu semua dedaunan yang berguguran~~angkut semua tanah baja ke pokok-pokok pisang. Ira pun dah lama tak buat keje berat angkut-mengangkut nie. Lepas maghrib mula la abah pun tak sihat balik sakit satu badan. Ira pun dah lenguh bahu semua. Kakak jadi mangsa tolong urut. Berkerut-kerut tahan sakit. huhu...almaklumlah puteranya takde, yang ada puteri-puteri sekalian je. Dari kecik kitorang dah terbiasa buat semua kerja walaupun secara zahirnya orang akan cakap tu kerja lelaki tapi kitorang jugak la yang buat. Abah selalu cakap, anak lelaki takdak jadinya anak perempuan kena belajar buat semua benda baik kerja perempuan mahupun kerja lelaki dan abah akan selalu tunjuk yang dia boleh buat kenapa anak-anak dia tak boleh. Jangan sesekali bagi alasan kekuatan tak sama. Walaupun abah sendiri tau tapi dia takkan terima alasan tu. Biar tergolek senget-senget nak buat kerja pun dia akan biar dan tengok sejauh mana puteri-puteri dia ni boleh buat. Bila pergi mana-mana, orang selalu cakap untung mak abah anak perempuan semua. Alhamdulillah...semoga kami semua sentiasa jadi permata hati mak abah, penawar duka mak abah. Dua perkara yang ira suka dengar orang cakap. Salah satunya bila orang cakap seronok tengok mak dengan puteri-puteri dia nih. Semua kaki mengekor makanya semua kawan mak abah kenal kitorang. Dan yang keduanya bila orang cakap ira dengan kakak macam kembar. Ok...I really like it..!! Sebab ira suka sangat dengan kembar. haha...

Makanya...berakhirlah cuti raya kami sekeluarga. Esok abah dah start keje, kakak dan adik dah start kuliah, si kecik pun dah start sekolah balik dan ira dengan mak kembali sibuk ulang-alik ke sana sini. 

Ya Allah...aku tahu kesihatan abah belum pulih sepenuhnya namun berikanlah dia kekuatan. Aku tahu mak jugak tidak begitu sihat seringkali bergegas ke sana sini uruskan perihal suami dan anak-anaknya namun berikanlah jua dia kekuatan. Aku tahu adik masih diuji dengan dugaan yang aku sendiri tak mampu nak tempuhinya namun berikanlah jua dia kekuatan. Aku tahu kakak juga diuji dengan sesuatu yang tidak diduga olehnya namun berikanlah dia kekuatan. Dan aku...Kau uji dengan sesuatu yang tidak dilihat pada zahirnya namun berikanlah juga aku kekuatan kerana aku tidak boleh sesekali nampak lemah di hadapan mereka, aku tidak boleh sesekali kelihatan kusut di hadapan mereka. Apa jua yang sedang aku lalui sekarang ini biarlah ia menjadi rahsiaku denganMu ya Allah. Apa jua yang sedang aku hadapi sekarang ini, biar seberat mana sekalipun hati ini, ringankanlah wajahku dengan senyuman dan gurau senda agar aku bisa membahagiakan mereka. Ya Allah...dugaan yang Kau timpakan ke atas kami ini tidak seberapa dibandingkan dengan mereka yang lebih berat ujiannya namun bantulah kami untuk terus kuat menempuhinya. Tiada daya kekuatan kami tanpa pertolonganMu. Engkau uji pada sesuatu yang mampu kami tempuhi namun kami takkan pernah mampu tanpa keizinanMu. Hanya padaMu kami berserah. Permudahkanlah segalanya. Amin ya Rabb....


Sunday 20 September 2015

Mikraj Cinta

Langit malam bercahaya
Yang terlihat limpahan sinarannya
Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu
Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya
Tuhan tetapkanlah jiwa hati kami semua
Sehingga bertemuMu menatapMu nanti di sana
Tuhan temukanlah pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu menghadapMu di syurga
Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu
Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya
Bukalah mata hati bukalah cermin mimpi
Moga jalanku tidak keliru berkelana mencariMu
Tuhan temukanlah pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu menghadapMu di syurga
Ya Tuhan sembuhkanlah jiwa-jiwa yang berduka
Kembali berbicara dan mengukir senyuman 
Tuhan temukanlah dengan hikmah 
Mikraj cinta...


Ya Tuhan...
salahkah aku untuk berharap walau sekelumit
agar semuanya kembali seperti sedia kala
salahkah aku untuk berharap walau sebesar zarah
agar semuanya kembali seperti asal
salahkah aku untuk berharap 
agar segalanya pulih
Ya Tuhan...
walau seperti apa pun yang kucuba
yang terzahir hanyalah kekeruhan
walau seperti apa pun yang kulakukan
yang terzahir hanyalah kemusnahan
walau seperti apa pun yang kuusahakan
yang terzahir hanyalah perpisahan
lagi dan lagi...
Ya Tuhan...
hati ini lelah dengan alasan
jiwa ini sakit dengan perasaan
Ya Tuhan...
hati ini lelah dengan permainan
jiwa ini sakit dengan kekecewaan
Ya Tuhan...
hati ini lelah dengan keterpaksaan
jiwa ini sakit dengan keegoan
Ya Tuhan...
hati ini dahagakan ketenangan
jiwa ini dahagakan kedamaian
Ya Tuhan...
genggamlah hati ini
peluklah jiwa ini
Ya Tuhan...
izinkan hati ini meraih keampunanMu
izinkan jiwa ini meraih cintaMu
Ya Tuhan...
hati ini penat bersedih
jiwa ini lelah menangis
Ya Tuhan...
hati ini hanya Engkau yang tahu
jiwa ini hanya Engkau yang tahu
Ya Tuhan...
tutuplah pintu hati ini
kuncilah jiwa ini
Ya Tuhan...
dekatkanlah hati ini dengan sang bunga
jangan pernah hampirkan jiwa ini dengan sang kumbang
Ya Tuhan...
peliharalah hati ini
lindungilah jiwa ini
Ya Tuhan...
hati ini tak ingin lagi mengenali
walau sahabat sekalipun
jiwa ini tak ingin lagi mengenali
apatah lagi yang selebihnya
Ya Tuhan...
hati ini tak pernah kuat untuk berpisah
jiwa ini tak pernah kental untuk berpisah
Ya Tuhan...
walau beribu kata dihulur
walau beribu nasihat diungkap
hati ini sangat terluka untuk menerimanya
jiwa ini terlalu sakit untuk menerimanya
Ya Tuhan...
kembalikan aku yang dulu
kembalikan senyumanku yang dulu
kembalikan telatahku yang dulu
kembalikan keceriaanku yang dulu
Ya Tuhan...
jangan ragut senyuman yang sentiasa menghiasi wajah ini
jangan ragut senyuman yang sentiasa sembunyikan kedukaan ini
jangan ragut senyuman yang mampu mengaburi semua
senyuman itu...
kekuatanku tika ini
senyuman itu...
penemanku tika ini
Ya Tuhan...
ampuni keterlanjuranku yang mencintai pada yang tidak selayaknya
ampuni khilafku yang menyayangi pada yang tidak selayaknya
ampuni silapku yang lalai dari mengingatiMu
ampuni salahku yang leka dari mencintaiMu
ampuni aku yang alpa dari mencintai kekasihMu
Ya Tuhan...
perit rasanya kehilangan itu
sakit rasanya perpisahan itu
Ya Tuhan...
apakah ini teguranMu atas keterlanjuranku
melepasi batas yang kugariskan
apakah ini teguranMu atas keterlanjuranku
melepasi prinsip diri
apakah ini teguranMu atas keterlanjuranku
melangkaui prinsip diri yang sekian lama kupertahankan
Ya Tuhan...
aku tewas...
tewas dengan prinsip yang kugariskan
tewas dengan pegangan yang kutetapkan
hanya kerana aku menyayangi pada yang tidak selayaknya
dan kerana...
aku ungkapkan sayang pada yang tidak selayaknya
Ya Tuhan...
jangan biarkan mereka jatuh sepertiku
jangan biarkan mereka tersungkur sepertiku
cukuplah aku yang merasainya
cukuplah aku yang melaluinya
Ya Tuhan...
mereka mungkin tidak mengerti
mereka mungkin tidak fahami
Ya Tuhan...
aku jauh maka dekatkanlah kembali
Ya Tuhan...
aku lalai maka sedarkanlah kembali
Ya Tuhan...
tetapkanlah jiwa hati ini
Ya Tuhan...
temukanlah pengakhiran yang terindah
Ya Tuhan...
sembuhkanlah jiwaku yang berduka
agar kembali berbicara dan mengukir senyuman 
Ya Tuhan...
temukanlah dengan hikmahnya

Monday 14 September 2015

Dear Kakyong...


She is Nazatul Aqilah
She is Hamra' Aqilah
She is Kakyong
(^_^)V
Dari sebelum masuk ukm, ira dah kenal dia melalui facebook. Kecoh dia buat semua orang senang nak dekat. Masa tu ira cuma tau nama dia Hamra' Aqilah dari Perak, sama-sama ambil jurusan Usuluddin dan Falsafah. First time ira jumpa dia masa daftar kuliah dekat fakulti. Masa tu baru ira tau nama dia nie sebenarnya Nazatul Aqilah. Kecohnya dia masa chatting, lagi kecoh bila depan mata. That moment...jadi saksi terjalinnya sebuah persahabatan. Ke mana-mana mesti dengan dia. Dah macam belangkas, kembar siam pun ada. Kat mana ada dia, kat situ la ada ira. Apa-apa pun mesti cerita dengan dia. Tapi sebenarnya ada jugak la rahsia yang ira simpan dari dia. hehe...jangan marah eh kakyong. Sekejap je ira mampu simpan rahsia tu.

*Ingat tak kakyong...masa first sem dulu aku pernah demam panas, demam teruk then aku sambung bercuti kat rumah makcik aku. Kira seminggu jugak la tak masuk kelas. Bila dah sihat, balik ukm, macam-macam soalan ko tanya aku sebab ada orang tu cari ko tanya pasal aku. Well...masa tu ko la kawan paling rapat dengan aku. Then...terbongkarlah rahsianya. Lepas tu ada je yang ko nak kenakan aku kan. Sabar je la layan telatah ko, idea nakal ko but honestly semua tu buat aku tersenyum sendiri bila ingat balik. 

Kakyong jugak yang hulur tangan ajak study group sama-sama masa nak exam. Kakyong dengan hujah sejarah dia tak boleh dipisahkan. Kakyong dengan nota peta minda colorful dia pun tak boleh dipisahkan. Seriously...best study dengan kakyong. Dari awal sem sampai la penghujungnya, apa-apa tugasan selalu buat dengan kakyong. Dialah partner ira dalam setiap assignment. Masa dia tengah relax, ira siapkan assignment sikit demi sikit and bila masa dah suntuk baru la kakyong terkocoh-kocoh nak siapkan. haha...always last minute punya kerja tapi kerja last minute kakyong ni always menjadi. Bila ada assignment yang perlukan video editing, ira cuci tangan. huhu...serious tak pandai tapi kakyong la penyelamatnya. 

*Ingat tak kakyong...masa kita buat assignment Sejarah Tamadun Islam yang pasal Kota Nasrid tu. Pensyarah suruh buat video aku dah cuak dah. Confirm serabut punya nak siapkan. Tapi ko la bertungkus-lumus siapkan video tu. Ingat tak masa kita nak rakam suara nak buat ala-ala dokumentari. Sekali rakam moto lalu la, buku jatuh la, salah skrip la. Macam-macam hal jadi but at the end setel jugak. Siap dapat pujian lagi video kita tu.

Kakyong nie, walaupun sebaya dengan ira, anak sulung lagi tapi sangat manja, sangat keanak-anakan. Dia buat ira be a sister for her. Layankan kerenah dia, layankan telatah dia dan semua tu ajar ira erti sabar, ajar ira untuk jadi matang for her. Tapi dulu la...sebelum kakyong kahwin. Lepas kahwin kurang sikit keanak-anakan dia tu. yeke? hehe...not sure hilang ke tak tapi yang pasti ira mula rasa she be a sister for me.

*Ingat tak kakyong...masa kita pergi Kem Smart Solat kat Durian Guling dulu. Masa tu kakyong tak sihat, tak nak makan. Aku ambilkan makanan, aku suapkan ko. Ingat lagi tak kak atin cakap macam mana la aku boleh layan ko. Sabar betul layan kerenah ko. haha...jawapan aku satu je. Sebab aku sayang ko. Aku suka layan ko like adik-adik masa tu.

Masa first year tu jugak ko handle family day pemikir with your husband. Masa tu la permulaan dia kan? kan...kan? haha...

surat kakyong masa main surat-surat family day tu
Dalam sebuah perhubungan itu, mana yang tak pernah bergolak, mana yang tak pernah dilanda badai. Sedangkan hubungan kekeluargaan pun adakalanya goyah apatah lagi sebuah persahabatan tanpa pertalian darah pun. Ira pernah marah kakyong, ira pernah terasa hati dengan kakyong, ira pernah pendam rasa hati dengan kakyong, ira pernah menangis kerana kakyong. Pernah suatu ketika ira rasa kakyong jauh, ira rasa kakyong hilang dan atas alasan itu emosi ira tak stabil bila dengan kakyong. Ira pulak jenis yang suka memendam rasa dan kerana itu ira mudah melenting bila dengan kakyong. Maaf sangat-sangat. 

*Nak tau tak kakyong...masa ko cakap ko nak kahwin. Truthfully, sincerely...aku antara orang yang paling bahagia. Sape yang tak suka kawan baik nak naik pelamin ooi...! haha...tengok ko punya keeksaitedan uruskan hal-hal kahwin ni serious aku pun excited. Tapi sayang...tak berkesempatan untuk ada dengan ko masa hari bahagia korang. In shaa Allah doa aku sentiasa mengiringi korang semoga bahagia hingga ke syurga.


Masa kakyong dah kahwin...happy sangat untuk dia. Tapi dalam masa yang sama sedih jugak la. Kahwin dah kakyong...so lepas ni tak boleh dah la nak manja-manja gila-gila dengan dia. Tapi sebenarnya...tekaan ini meleset sama sekali. Walaupun dia dah kahwin but still dia ada dengan kitorang bahkan #tuan pun dah sama kecoh dengan #puan. Tak tau nak cakap sape tiru sape ni. Korang tau tak...both of you are the most cute couple I ever met. Both of you are sooo sweet together. 

Tuan...mohon jaga sahabat baik saya ni baik-baik ok
this is soooo cute. ops..! mohon curi gambar korg ye. hehe...
aku doakan korang bahagia selamanya till jannah
Walaupun kakyong dah kahwin...tapi dia selalu ada untuk ira. Macam yang ira cakap, lepas kahwin ni kakyong is more like kakak for me. Bila ira sedih, ira cari dia. Bila happy pun ira cari dia. Bila sunyi ira masih cari dia. Bila ada masalah pun ira akan cari dia dan akan selalu jadi peneman kakyong selama mana kakyong perlukan ira. Bila-bila pun in shaa Allah I'll be there for you. hehe...maaf tuan. Saya 'culik' puan kejap ye. Saya tau tuan akan selalu jaga sahabat saya ni kan. Tuan akan selalu ada dengan dia temani dia kan. Ira doakan korang bahagia, dimurahkan rezeki, dpermudahkan segala urusan. 

Kakyong ni...selalu pujuk ira bila ira nangis, selalu faham ira walaupun ira tak cakap pape dekat dia dan yang paling ira hargai sangat kakyong utamakan ira dari orang lain. Dia...isteri orang tapi dia masih jadi sahabat ira. Terima kasih kakyong....

*Kakyong ingat tak...masa aku kena marah dengan orang pejabat kolej sebab masalah pendaftaran. Teruk aku nangis masa tu. Sedih sangat bila kena tuduh macam-macam sedangkan sistem yang problem masa tu. Tau la aku ni murah sangat dengan air mata. Konon-konon awalnya pura-pura ok tapi last-last dari dalam pejabat lagi aku dah nangis. Lepas tu dah balik bilik pun tak boleh berhenti nangis. Pastu aku terus decide pegi cari ko kat bilik. Keluar macam orang lari dari rumah sehelai sepinggang. errr....tak sehelai sepinggang sangat la sebab fon tak boleh tinggal. Sampai bilik ko sambil nangis-nangis cerita dekat ko. Lepas tu ko kupaskan mempelam, tengah nangis pun boleh lagi dok makan pelam tu. haha...

*Kakyong ingat tak...kes kita nak pergi floria. Ko tanya aku ok ke tak. Kalau buat macam ni boleh ke tak. You asked me this and that. You cared bout me. Seriously masa tu aku tengah down, aku tengah sedih, aku tengah risau tapi ko ada dengan aku, ko jaga hati aku dan ko buat aku tersenyum lagi dalam tangis. 

*Kakyong ingat tak...masa last day kat ukm. Aku balik bilik dalam keadaan pipi basah dengan air mata. Terus aku peluk ko tanpa sebarang kata. Ko tak sihat masa tu tapi you give me a big hug. Aku tau ko tertanya-tanya kenapa aku nangis macam tu, ko pelik kenapa aku nangis teruk macam tu. Tapi ko biar aku nangis dalam pelukan ko, ko biar riba ko basah dek air mata aku, ko pujuk aku dengan penuh tanda tanya. Terima kasih sebab ada dengan aku masa tu. Aku tak tau apa akan jadi without you at that time. Waktu yang singkat itu walaupun tak sepenuhnya tapi jujur ko dah tenangkan aku, ko kurangkan gelisah hati aku.

3 tahun yang berlalu terasa begitu singkat perjalanannya. Bagai baru semalam kita hulurkan salam perkenalan. Bagai baru semalam kita bermain dan bersuka ria. Bagai baru semalam kita ke sana sini luangkan masa bersama dan kita tiba jua di pengakhirannya. Saat-saat akhir bersama Latihan Ilmiah yang kita habiskan bersama. After final exam, buka puasa sama-sama. Lepak kat rumah kakyong buat tesis. Gigih masing-masing menaip dengan earphone tersumbat di telinga. Nak bercakap sesama sendiri kena main baling-baling kertas sebab semua dalam dunia masing-masing. Plan nak masak untuk sahur tapi last-last bangun minum air sejuk je. haha...setelah semua susah payah yang kita lalui akhirnya selesai juga pengajian kita di ukm ni. Maka dengan ini diisytiharkan tamatlah Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah).


tahniah...akhirnya segala penat lelah membuahkan hasil
Lepas ni...masing-masing dengan haluan sendiri tapi moga ukhuwah ini tetap utuh. Mungkin jarang bersua, mungkin kita jarang berbicara tapi ingatlah kakyong sentiasa ada dalam hati dan fikiran ini. Terima kasih untuk 3 tahun ini. Terima kasih untuk semuanya dan maaf untuk segala kekurangan diri ira. Halalkan apa-apa yang terlebih terkurang antara kita dan ira dah halalkan semuanya serta maafkan segalanya. Terima kasih sahabat...

awak tau tak awak kesayangan saya?
awak tau tak saya sayang awak sangat-sangat?
awak tau tak saya akan selalu rindu awak?
awak tau tak saya tak akan lupakan awak?
*Kakyong ingat tak...dari awal aku kenal ko soalan wajib ko tanya aku hampir setiap hari. "Sayang aku tak?" dan setiap kali itu jawapan aku "tak." Jujur...aku sayang ko sangat-sangat dan aku yakin ko tau tapi ko selalu buat-buat tak tau sebab nak aku cakap 3 perkataan keramat tu kan? Yes...I do admit. "I love you" "aku sayang ko" "aku rindu ko". Aku tak pernah berhenti menyayangi ko kerana ko sahabat aku. Moga persahabatan ini till jannah sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Kenapa aku tak pernah ungkapkan sayang? erm...sebab aku suka ko tanya soalan tu sebenarnya. Aku suka dengar soalan tu. Aku suka tengok keterujaan ko setiap kali ko tanya soalan tu. Sayang itu...tak semestinya perlu diungkapkan. Cukuplah dengan perbuatan yang buat ko tau dan sedar aku sayang ko sangat-sangat. Aku takut sebenarnya untuk ungkap sayang kerana aku takut kehilangan orang yang aku sayang. Ko tau aku cengeng, ko tau aku mudah menangis, ko tau aku murah dengan air mata, ko tau aku sangat sensitif. Terima kasih sebab pinjamkan kekuatan ko, terima kasih sebab kuatkan aku bila aku rasa lemah. Terima kasih untuk semuanya. 

fuhhh....kalah tesis punya mengarang. Time nak mengarang tesis takde pulak idea mencurah-curah macam ni. Padahal niat asalnya nak tunaikan request kakyong untuk up entry blog pasal tesis kakyong ni. Last-last dah macam sesi throwback pulak. Kalau nak throwback betul-betul ni tak cukup page sebab banyak sangat. Maka dengan itu, ira akhiri penulisan kali ini setakat ini dahulu. Nanti rasa nak up entry blog lagi, ira mengarang lagi ye. 

Love you muchos....!!! 

Monday 7 September 2015

Awak~~



Dear awak...

I admit saya stalker awak. boleh macam tu? dan awak pun tahu kan yang saya selalu tengok tumblr awak. Yes..."be careful what you wish for". Awak dah pernah pesan pada saya sebelum nie. Hati-hati dengan apa yang kita cakap sebab setiap percakapan kita itu adalah satu doa dan bila satu hari apa yang kita sering ungkapkan itu terjadi, jangan pernah salahkan orang lain sebaliknya diri sendiri. Awak kenal saya lebih dari orang lain. Saya rasa awak kenal saya lebih dari orang lain. But yeah...sekadar rasa hati sendiri *bak kata orang kedah syok seniqi* 

Saya ralat sebenarnya...sebab awak tak faham atau awak tak nak faham kenapa saya buat apa yang saya buat sekarang. Pada awak...saya tak sepatutnya buat begini. Tapi pada saya...inilah yang patut saya buat lama dulu. Yes...I do admit I can't move on. Not now...I don't know how long it will take kerana hati wanita itu lembut sifatnya walau sekeras mana pun hatinya dan saya...juga seorang wanita. 

Awal perkenalan saya dan awak...saya tak tahu kenapa begitu mudah I put my trust on you sehinggakan saya ceritakan sejarah pahit dalam hidup saya tanpa segan silu tapi semakin lama saya mengenali awak tanpa sedar kepercayaan itu terhakis bahkan turut menghakis kepercayaan untuk mereka yang lain. Awak tahu pandangan saya seperti apa dan kini kepercayaan yang tipis itu juga seakan hilang. Saya tak marahkan awak...saya tak salahkan awak kerana setiap kali saya marahkan awak saya sentiasa sedar itu bukanlah diri saya yang sebenarnya. Saya sentiasa dikuasai emosi pada setiap kali saya marahkan awak atau salahkan awak. Saya sedar setiap apa yang berlaku berpunca dari diri saya sendiri. Dari awal perkenalan sehingga ke akhirnya. Takdir Allah itu tiada siapa yang mampu menghalang tapi adakalanya hati kecil yang dikuasai nafsu dan dihasut syaitan ini ligat bertingkah. Menyalahi sesama sendiri. Tidak boleh begini dan begitu. Andai saja begini dan begitu. Saya...seakan orang gila menyusun kepingan-kepingan hati yang hancur dek perbuatan sendiri. Aneh kan...bukan kecewa dengan perbuatan orang lain tapi kecewa dengan perbuatan sendiri. 

Don't worry because I won't blame you. I choose it...I want it. Right? deserve me! Saya minta ruang untuk berfikir sebelum nie, saya minta ruang untuk cuba cari diri saya yang hilang tapi saya tersedar...bukan ruang yang saya pinta tapi sebenarnya saya dah hempaskan cermin kaca ke batu yang keras. Walau macam mana pun saya cuba untuk cantumkannya kembali...saya tak mampu. 

Our promise...clarify things tapi saya tak pernah tunaikan *tak semua*. Semua yang terbuku dalam hati saya bagaikan memberontak minta dilepaskan pada kali terakhir kita bersua kerana rahsia hati ini hanya saya dan Allah saja yang mengetahuinya. Mungkin kata awak...kita di situasi yang sama tapi pada waktu yang berlainan tapi sedarlah hati kita berbeza dan situasi kita juga berbeza. Saya cuba...tapi rasanya saya tewas. Tewas dengan permainan sendiri dan awak...takkan pernah faham rasa itu atau awak pura-pura untuk tidak mengerti. 

Don't look back? Mudah...mudah untuk mengorak langkah, tersenyum dan tertawa melalui jalan-jalan yang terbentang di hadapan tapi tak mudah untuk terus memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Saya jatuh...bukan pada yang cetek lubangnya tapi lubang dalam yang licin dindingnya, yang sukar untuk saya berpaut keluar. Hati saya juga seperti manusia biasa yang adakalanya goyah. Walau sejauh mana saya pergi, walau sepantas mana saya lari...saya tersungkur jua. Seakan anak kecil berdengket-dengket mengatur langkah saat terjatuh tika bermain. Saya terlalu asyik bermain dan tanpa sedar terluka dan berdarah namun masih juga tersenyum dan tertawa sehingga waktu saya lelah bermain...terasa peritnya luka itu. Saat terluka...saya juga seperti anak kecil yang inginkan pujukan. Mungkin dengan hanya sebiji gula-gula, si anak kecil boleh lupakan kesakitannya tapi saya...masih dahagakan pujukan kerana saya bukan anak kecil yang bersih hatinya. Hati ini berat...jiwa ini sakit dan tak semudah itu untuk saya bangun dan lupakan semuanya. 

Tuesday 1 September 2015

Catatan suka duka "Hijau Lumut"

Pasti ada yang tertanya-tanya, "kenapa 'Hijau Lumut'? 'Hijau Lumut' tu ape?" haaa...meh sini cheq nak habaq..."Hijau Lumut tu...Latihan Ilmiah yang perlu disiapkan oleh setiap pelajar pra siswazah UKM sebagai syarat untuk menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kenapa Hijau Lumut...? Sebabnya....itu warna hard cover Latihan Ilmiah kitorang bila dah dijilidkan. 

Catatan suka duka "Hijau Lumut"....
hmmm...tak tau dari mana nak mula. Rasanya terlalu banyak cerita suka duka dalam nak menyiapkan Latihan Ilmiah nie. Tempoh sebenar...hampir setahun dalam masa dua sem untuk selesaikan semuanya. Tapi as usual...always jadi last minute baru nak siapkan. Mana tidaknya, dalam tempoh sesi pembelajaran tak terkejar untuk siapkan Latihan Ilmiah nie dengan kelas, assignments, program itu ini, persatuan dan macam-macam lagi. At last...after final exam baru la masing-masing berikan tumpuan penuh untuk siapkan Latihan Ilmiah nie. Habis je final exam...dalam tempoh yang singkat itulah masing-masing menumpukan perhatian penuh untuk siapkannya. Dalam bulan puasa...first time puasa di ukm and the last one too. Nak dikatakan duka tu idok ler sangat. Well...it is such a sweet memory hanging out there for the last time. Cuma ada ketika bila rindu bertandang...tewas jugak. Rindukan kampung halaman...rindu nak balik rumah. Dengan keadaan yang memaksa untuk stay up hampir setiap malam, memang dah kalah burung hantu kot. Siang tido malam berjaga dan yang paling terkesan sekali adalah emosi. My emotions...mix up kejap sedih, kejap frust, kejap happy, kejap marah. Everything jadi kucar-kacir. Kalau buat list emosi ira sepanjang nak siapkan Latihan Ilmiah nie huhhh...tak tahu la apa jadi. 

Di saat yang lain dah siapkan Latihan Ilmiah diorang, kami masih di sini. Menghabiskan saki baki waktu yang ada di ukm tercinta. hehe...tercinta sangat. Sayang betul nak tinggalkan ukm nie tu yang orang dah balik tapikami masih di sini. Dengan wifi yang tak berapa betul, duit keluar macam air, makan minum tak tentu arah bahkan tidur apatah lagi. Tapi itulah dia...kehidupan kami di penghujungnya. Air mata...? Usah ditanya...hampir kering menangis saat emosi tidak stabil. Menangis untuk menghadapi sebuah perpisahan walaupun zaman teknologi sekarang boleh mesej, whatsapp, call, fb, instagram dan segala yang sewaktu dengannya. Namun, semuanya berbeza kerana kita tidak lagi bersua dan segalanya terbatas. Jarak bakal memisahkan. Yes...doa penghubungnya and we can always contact each other tapi tetap terasa perpisahan itu. Tak tau nak susun berapa episod drama air mata kitorang sepanjang tempoh nie. Tangis dalam tawa...itulah kami. Sedih namun masih tersenyum...itulah kita. Ingin sahaja ku peluk erat semuanya kerana korang kenangan terindah ira yang mencorakkan hidup ira di bumi ukm nie. 

Akhirnya...di saat-saat akhir, siap jugak Latihan Ilmiah ira walaupun ira tak pasti bagaimana keputusannya. Ira redha...semoga semuanya peroleh kejayaan dunia akhirat. Dan akhirnya...ira juga melangkah meninggalkan bumi ukm. Terima kasih untuk 3 tahun ini. Terima kasih tak terhingga untuk semuanya. 

This is our 'Hijau Lumut' task...yang lain tak sempat nak snap. Just got these four

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji atas limpah dan kurnia-Nya, atas nikmat yang telah diberikan. Dialah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar penyelamat umat akhir zaman, Nabi Muhammad s.a.w. Kesyukuran tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana latihan ilmiah ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada mak dan abah, Hj Muhamad Shofe bin Hj Abdullah dan Hjh Zalila binti Hj Md Yusof, serta kakak dan adik-adik tersayang, Syazwani, Nurul Syifaa dan Nurul Syahidah yang telah banyak membantu dalam memberikan sokongan moral serta doa sepanjang ira bertungkus-lumus menyiapkan Latihan Ilmiah ini. Lebih-lebih lagi mak dan abah yang banyak membantu dari sudut kewangan sepanjang menghabiskan saki-baki waktu di ukm tanpa sebarang income sebaliknya duit yang keluar bagaikan air menguruskan keperluan harian dan lain-lain. Tambahan pula, dengan kerisauan mereka yang seringkali bertanyakan perkembangan Latihan Ilmiah ira. Tidak pernah jemu mengambil berat saban hari, mendengar keluh kesah puteri mereka ini. 


Tidak lupa juga, jutaan terima kasih dititipkan kepada penyelia, Ustaz Wan Haslan bin Khairuddin, yang memberi tunjuk ajar sehingga Latihan Ilmiah ini berjaya disempurnakan. Termasuklah juga rakaman ribuan terima kasih kepada pustakawan-pustakawan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah membantu dari segi pencarian maklumat dan rujukan di samping memberi ruang untuk ira menimba ilmu dengan pelbagai rujukan yang ditempatkan di situ. Bahkan juga memberi ruang ira lepak, habiskan kerja, habiskan masa di situ. Sepanjang tiga tahun di ukm, PTSL bukanlah suatu tempat yang gemar ira pergi apatah lagi untuk habiskan masa. Tapi, jika diimbau kembali saat pertama kali menjejakkan kaki di bumi ukm. Saat awal semester, perpustakaan itulah permulaan perkenalan ira dengan pemikir sekalian. Walaupun hakikatnya semua bertapa di situ gara-gara tugasan tapi ira suka saat-saat pertemuan pertama kita di sebalik rak-rak buku itu. 



*start korang terus hilang ayat formal ira. haha....
Seterusnya, sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada teman-teman seperjuangan saya terutamanya dari Jabatan Usuluddin dan Falsafah khususnya Nazatul Aqilah, Fatin Afiqah, Nur Shakyla, Siti Maryam Anajat dan Amnah (my sweet JMT ladies) sebab sentiasa ada dengan ira dari awal perkenalan kita hingga ke akhirnya. Pasang surut kita, gelak tawa dan tangis kita, itu pengubat ira yang sentiasa buat ira mampu untuk bangun semula. Kerana ira tahu...ira kesayangan korang kan? Dan korang sentiasa jadi kesayangan ira walau apa pun jadi. 


Penghargaan juga buat awak yang tolong ira ketika ira hilang punca terlebih frust padahal its all emotions only. Bila emosi ambil alih kewarasan akal kan. Tak terbalas rasanya bahkan sangat terhutang budi. 

Dear bestie...I don't know what to say sebab dah banyak kali sangat ira say thank you right? But still...thank you for always be by my side when time get rough. Thank you for being there whenever I got too emotional. Thank you for everything you had done for me. Till the very last moment....thank you so much for these 3 years. Ira tak tahu macam mana ira nak balas kebaikan awak. Even when others talk bad about you, I don't know why I'm still accepting you. Even when others said that's the best to leave you, I don't know why I'm still holding you back. Just knowing that I do cherish our moments and its the best memories for these 3 years either it is sweet or bitter.

Dear pkmkians especially Nurnajaa Azwa, Farhana, Noor Hafizah, Noor Syahirah and Siti Shakira Wahida. You are the best mates ever...terima kasih sebab sentiasa mengikuti perkembangan Latihan Ilmiah ira walaupun masing-masing dah selesai bahkan dah balik rumah pun. Terima kasih sebab bagi semangat kat ira pada ketika ira rasa frust, rasa down. Terima kasih for everything dear. Tidak lupa juga pada encik ydp yang turut sama ambil berat bertanyakan perihal Latihan Ilmiah ira termasuklah Atiqah dan Azah yang selalu ceriakan hari ira dengan cerita praktikal masing-masing. 



Dear Kajaians especially che roommate sayang, Nursyahirah, yang jadi peneman setia ira sepanjang 3 tahun nie. Nadia, Wahidah, Raihan, Munirah, dan adik-adik sayang ira, Noor Syahira dan Siti Sarah. Terima kasih untuk stay up sama-sama, habiskan masa sama-sama, encourage each other walaupun setiap kita berlainan fakulti, berlainan jabatan dan berlainan modul. Thank you so much dear. Ira sangat-sangat hargai setiap detik waktu yang kita luangkan bersama, setiap cerita suka duka kita, terima kasih sebab jadi pendengar setia ira. 


And the last one...for my dearest Adila Syahira, Khairun Nisa' and Nur Aishah. Terima kasih sebab sudi ada dengan ira walaupun korang jauh. Terima kasih sebab sudi dengar semua masalah ira especially sepanjang nak siapkan Latihan Ilmiah nie. Terima kasih sebab tak pernah tinggalkan ira dalam apa jua keadaan sekalipun. Terima kasih sebab masih jadi sahabat ira for these 10 years. 


oh ye...the last one. Awak...terima kasih sebab ceriakan mood saya walaupun awak cakap awak tak buat pape tapi awak la satu-satunya yang boleh hentikan tangis saya...like always. Walaupun awak cakap awak kadang ada kadang hilang, tenggelam timbul dalam hidup saya tapi terima kasih sebab ada bila saya perlukan awak. Maaf andai saya susahkan awak and thank you for everything. 

Terima kasih sekali lagi atas segalanya. Sekian, wassalam.

*Tetiba rasa macam nak buat penghargaan panjang lebar kan. Terima kasih semua kerana hadir dalam hidup ira dan korang semua dalah kisah suka duka ira yang mematangkan ira dalam pelbagai aspek. yea...walaupun kadang-kadang ira rasa macam ira is getting worst but thank you. Thank you and thank you sebab ada dalam catatan perjalanan hidup ira.