Tuesday 31 December 2013

Suka vs Cinta

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. 
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
  
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum..

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...
Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu...
Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis...
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, 
umpama kita membuang telinga kita...
Tapi jika kita cuba menutup mata, cinta berubah menjadi airmata..
  
setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, 
cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.
Tetapi, hakikatnya Cinta kepada Allah swt adalah lebih hakiki dan abadi

CINTA ibarat sebuah rumah....
Tak perlu cantik..
Tak perlu mewah..
Yang penting.. kita bahagia didalamnya..

Cintakan bunga, bunga akan layu
Cintakan manusia, manusia akan mati
Cintakan Allah , akan kekal abadi <3

 p/s: copy paste...apabila kebosanan melanda diri...jari sibuk nak menaip di laman blog tp ketandusan idea nak menulis. takde kena mengena dgn yg masih hidup atau yg telah pergi menghadap Illahi. errr...macam takde kaitan pulak. hehe....(^_^)V

<3

Saturday 28 December 2013

Riadah~Kajaians 4's'

this is what 4's' stand for...(^_^)
On this stress week...study week...busy with revision. Alhamdulillah...we manage to have fun with this simple 'riadah'. Excited sebenarnya bila member ira cakap dia ada racket. Dah lama sangat tak main badminton. To be honest...I'm not good in badminton but...the only game yang ira follow is badminton and I was influenced with my dad actually who really love badminton. My dad really good in playing badminton, bowling, takraw and ntah pape game lagi yang abah terror main. Abah seorang yang sangat aktif bersukan tapi sekarang dah kurang la...he's already 52 years old. He's not well enough to active in those game. Tapi...abah ira ni pantang diajak...main tak ukur pada diri sendiri. Kalau datang mood dia nak main tu jangan halang la. Takde abah nak dengar cakap four princesses dia nih. Kitorang pulak jadi peneman setia follow je abah pegi main kat mana-mana especially badminton and bowling. Selama dok ikut abah dari kecik sampai la sekarang tak pernah pulak terlintas nak belajar main betul-betul. Bowling....tak pernah try even once. hehe...

okay....back to our riadah 4's' ni...hehe..seronok betul bila masing-masing bersemangat nak tunjuk skill main badminton padahal hampeh. yela...dah lama tak main. Pukul angin jangan cakap ar. BUT...! ada tapi ye...at first only lorh...lama sket main dah steady masing-masing siap semangat nak kira mata lagi. haha...tapi in your dream je la. Pengadil sibuk main fon....tak fokus. memang hancus punya pengadil betul

 muka-muka bosan pengadil. sabor je la ira nengok telatah diorang nih. 

Seriously...penat sebenarnya main ni. Bukannya penat dok hawing racket badminton tu tapi penat dok gelak kat gelagat masing-masing. Adoyaiii...sakit perut den guling-guling gelak dekat court (ok..ni hyperbola...=P). 

Dear beloved che roommate, Syahirah Yusof, and adik-adik ira sayang, Syahira Yusoff & Sarah Saari. Love all of you so much lorh...Thanks for bring happiness and joys in my life! After this...lets make badminton as our routine k...no excuses...!!! (^_~)

 apabila 'keeksaitedan' menguasai diri. err...konpius sat nie excited main badminton ke excited bergambar

ok...seems like I gotta go. diorang dah sampai lorh. daaa...see u later my dear...(^_^)


Thursday 26 December 2013

Study Week Time...

Finally study week memunculkan dirinya. Means...final exam is just around the corner. For this sem, seriously everything kucar-kacir. Dah masuk study week but still terasa macam ada yang belum setel. Psychology test yesterday...and its on study week. I should have class today but it has been cancelled and will be held tomorrow. The problem is...in the evening!! Ouch...my critical time to sleep. Besides of sleepy...more to malas actually. Petang kotttt...huhu... 
Inhale....Exhale....fuhhh....keep calm Syahirah~~~

Sebelum start study week nie...ira terfikir something bout my study group. Is it still continue like before or not. Dunno why but my instinct strongly feel that there's no more study group for this sem. yeaa...different modules, different attitude, different.........entah la ape lagi yang different. By the way...alhamdulillah it is just my bad feeling. Our study group will be continue as usual. (^_^)
After test semalam kitorang divide topic untuk masing-masing baca and this study group will start on Friday after solat Jumaat. erm....to be specific at 3 pm. 
Ya Allah...permudahkanlah urusan kami. Kami merancang...Engkau menentukan. Kami berusaha...Engkau memberi. Ya Rabbi...kurniakan kami kefahaman dalam menimba ilmu. Hanya Engkau tempat kami bergantung harap. Hanya kepadaMu kami bertawakal.

slip exam. fuhh...cuak pulak rasa
Two papers on my first day exam. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) & Perbandingan Agama. Now...I'm trying to focus on TITAS and syafawi aka hafazan. Perbandingan Agama....ira lost. Tak tahu nak study ape. TITAS ni pun terkontang-kanting jugak sengsorang tapi...bila diusahakan untuk baca dan faham In shaa Allah boleh. huh...positive your mind Syahirah!!

guna stick note ni teringat zaman form 6.
buku ira semuanya penuh dengan stick note berwarna-warni
tafsir al-Quran yg setia bersama ira since f6.
my former tafsir exactly like this, brown in colour, hilang masa festival kt sekolah.
then...terpaksa la beli baru but seriously I love the former one
sebab ira kumpul duit sendiri just to buy that + i put my precious key-chain on that.
ape pun...semoga ia menjadi manfaat kepada pemilik barunya yang ira tak tahu sape

Done dua bab TITAS + half of another bab. Fuhh....nampak tak chaiyok-chaiyok baca TITAS. Tapi semangat berkobar-kobar tu dah malap sekejap itu yang mengadap blog pulak ni. hehe...
Dalam dok belek my list...whoaaa...banyak jugak eh my writing. tak sedar pun even mostly merapu merepek je but...here I can write anything I want. Errr...for those who always visit this blog sorry la ye balik-balik it just...my story.

dear diary...always there me--my--mine
Dear diary....
thanks for always be there...special for me to write anything that I can't say.
Smile--> laugh--> happiness--> tears--> sadness.....every single feel that my heart can't say

ok...baru terperasan jam. Almost 12 am. Fine...Syahirah buka buku balik!! My sweetie mood...please behave with me.



Tuesday 24 December 2013

pembahagian agama-agama di dunia

Menurut para sarjana Barat dari kalangan antropologist dan sosiologist, agama-agama di dunia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu spiritualisme dan materialisme. 

Spirititualisme ialah agama yang menyembah sesuatu zat yang tidak boleh diperhatikan secara lahiriah. Spiritualisme ini pula terbahagi kepada dua iaitu monoteisme iaitu menyembah Tuhan yang satu seperti agama Islam dan Yahudi. Manakala politeisme ialah menyembah banyak tuhan seperti agama Kristian Hindu. 
Monoteisme ialah agama yang mempercayai satu zat Yang Maha Esa dan tidak menyembah selainNya. Kepercayaan ini tidak boleh digapai oleh pancaindera serta disampaikan oleh perantaraan nabi dan Rasul. Kitab-kitab suci seperti Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran merupakan panduan yang dipegang oleh umat manusia. 

Materialisme ialah kepercayaan terhadap tuhan yang dilambangkan dalam benda-benda seperti patung-patung manusia, binatang dan berhala. Mereka mempercayai roh nenek moyang atau pahlawan mampu membantu dan melindungi mereka melalui upacara khusus seperti amalan korban. Agama ini terbahagi kepada dua iaitu animisme yang bermaksud kepercayaan kepada roh yang berkuasa dalam kehidupan manusia. Manakala dinamisme ialah kepercayaan kepada kesaktian pada benda seperti alam, binatang dan persekitaran manusia. Hal ini dikemukakan oleh seorang sarjana Inggeris iaitu Edward Burnett Tylor yang menyatakan bahawa setiap di dunia ini bernyawa dan mempunyai roh.
Sebagai contoh, agama Hindu menyembah binatang iaitu lembu kerana mempercayai ianya sebagai sumber rezeki. Agama Majusi pula menyembah matahari dan menganggapnya sebagai kuasa teragung kerana ianya adalah sumber yang menyinari bumi. Agama lain ialah Kristian yang menganggap nabi Isa a.s. sebagai tuhan atas mukjizatnya yang boleh menghidupkan orang yang telah mati, menyembuhkan mata si buta, menukarkan pasir menjadi burung dan boleh bercakap ketika masih bayi. 

Jika dilihat pada zaman moden, masih terdapat segelintir masyarakat yang mempercayai barang-barang lama seperti keris sebagai satu keramat lalu memujanya. Pemujaan yang dilakukan diyakini mampu menghindarinya dari ditimpa wabak dan bencana. Islam melarang sama sekali umatnya mempercayai perkara-perkara tahyul sebegini. Ianya membawa kepada syirik kerana menyekutukan Allah.

Walau bagaimanapun, fitrah manusia sebagai hamba ialah kembali kepada Tuhan Yang Esa. Apabila dicampakkan manusia itu di tengah-tengah lautan dan tiada tempat bergantung maka dia akan kembali kepada Allah untuk memohon pertolongan. Selain itu, empirisme iaitu melihat sesuatu dengan pancaindera bukanlah kayu ukur pada sesuatu kepercayaan. Sebagai contoh, oksigen untuk bernafas tidak dapat dilihat oleh pancaindera namun ianya wujud.

Kesimpulannya, sebagaimana firman Allah dalam surah ali Imran ayat 19 yang bermaksud: "sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam." Melalui pemikiran akal sekalipun, dapat diketahui bahawa segala benda yang dijadikan asbab penyembahan itu tidak mampu memberikan manfaat kepada manusia, Sebagai contoh, kisah nabi Ibrahim memusnahkan berhala raja Namrud dan meninggalkan berhala yang paling besar memegang kapak. Apabila ditanya siapa yang memusnahkan patung-patung tersebut, maka nabi Ibrahim mengarahkannya untuk bertanya pada berhala yang memegang kapak itu. Jelas di sini bahawa melalui akal sahaja manusia dapat berfikir bahawa mustahil patung berhala yang diperbuat daripada batu mampu bergerak apatah lagi memusnahkan patung-patung yang lain.

_______________________________________________________________

Finally done for my test tomorrow. Done here means...alhamdulillah I really understand this. May Allah ease everything tomorrow. Errrr...this morning perhaps. Its almost 4 am already and 6 hours left for the test. One more question...but I'm too sleepy to write it here. Thanks to my bestie for giving me this draft and...I have adding some or...little perhaps. 

Monday 16 December 2013

Birthday Girl --> Aishah Sanusi


HAPPY BIRTHDAY...!!
Susah betul nak caghi gambaQ hg ni tau dak..?? huhu...nasib la birthday girl fobia dengan camera. hape nak buat. Jadik la macam aku dengan Dilla yang pantang nampak camera kan sonang. Nisa'...! toksah dok senyum-senyum sangat sebab hg pun 2x5 ja fobia dengan camera. haaaa....kan dah lari aim sebenaQ aku nak menulih nie. 

To my beloved friend...Nur Aishah binti Sanusi. Happy Birthday dear...! May Allah ease your journey. Nak tau dak...hg la sahabat yang sentiasa buat aku tersenyum dan tertawa. Dalam sedih...aku mampu tersenyum. Dalam tangis...aku mampu tertawa. Hg jugak la sahabat yang sentiasa merapu merepek buat aku, Dilla dan Nisa' tersenyum bila masing-masing stress dengan macam-macam benda. Paling penting...! hg la jugak sahabat yang paling banyak berahsia tapi kalau bab korek rahsia orang...hg la yang paling expert. Kalah spy professional. Sampai ke lubuk hati paling dalam hg gali. haish....

nah Qeta sebijik! nak sangat hadiah Qeta kn..?? this is my dream car tahu..?! hehe
pantang nampak range rover kat jalan memang berangan tak sudah la
 chah!! pilih satu ja tau. hat satu lagi bagi kat aku

jom buat bilik camnie! amek sorang satu site. aku cup hat atas tu dengan Dilla.
hampa dua tinggi melayut dok kat bawah diam-diam. haha...
Kalau bab berangan masing-masing tak mau mengalah. Angan-angan yang paling aku ingat...if kita berkesempatan study at the same place, live in the same house. All of us....that is the wonderful moment. Dilla as makcik2 sila jadik tukang masak ye sebab Dilla kan suka masak. hehe...Nisa' as eyang jangan nak kacau sangat. Eyang jaga laundry je basuh-membasuh. And...kita chah..?! Aku tak kigha! aku nak Qeja goyang kaki so hg kemaih ghumah naaa...XD

Did you know how much I miss you..? Chah, Dilla, Nisa'...seriously aku rindu our moment kat smkas. Rasa macam sat sangat masa berlalu. La ni masing-masing bawak haluan sendiri...kejar cita-cita sendiri. Hope this ukhuwah till Jannah. Hope this friendship always in Allah bless. 

disebabkan makcik Dilla & eyang Nisa' ni susah benor nak keluaQ skali terpaksa la aku masukkan dua gambaQ. pueh caghi hat dok skali ni pun. 

Aku tau...lately semua orang busy, sibuk nak siapkan assignment, presentation. Besa la...dah hujung sem kan. Masing-masing dah start stress dengan macam-macam benda last minute nih. But dear...remember one thing...Allah sumber kekuatan kita. Saat kita rasa seolah-olah terjatuh dan tersungkur. Bangkitlah dan terus mengorak langkah. Jangan toleh ke belakang tetapi maju ke hadapan. Biar apa jua aral yang melintang jangan pernah putus asa. Allah sentiasa ada bersama hambaNya tetapi kita yang selalu lupakan Dia. Pohonlah kekuatan dariNya agar kita terus mampu berjuang dalam menuntut ilmu ini. Biar jatuh bangun kita dalam menuntut ilmu ini menjadi saksi kejayaan kita suatu hari nanti. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Biar kita susah sekarang tetapi senang di kemudian hari.

~sweet memories~always in my heart~friendship 0513~

Saturday 7 December 2013

one happy family!! ^_^

 this two photos make me smile through all night. really miss home so much
kata-kata abah yg buat ira x kering gusi dok gelak...=D

 Ni kli ptama abah send gmbar mlalui fb....so kecoh skit la dgn adik poppet tu....bcause 'poppet' explain but i'am not understand...

'Poppet' talk to much....still bla bla

Sometimes she asleep....but also bla bla......apapun syifa adalah pghibur ktika sunyi....so abah didn't give permission utk dia brcuti di umah maktok....tkut sunyi basi....

Syifa bgun pgi ckup awal..... jam 9.30 am...abah kta lewat....but she said at 10.00 am above baru lewat...huh peninggggg budak ni....

miss everyone...
with mom...

and dad...

Actually...baru sebulan ira kat sini but I miss them already especially that luvly kid...Syahidah. Rasa macam nie la satu-satunya gambar dia yang tersenyum lebar. Selalunya kalau nak bergambar, syidah senyum paksa rela je. Disebabkan always concern everything at home sampaikan abah pakai baju baru pun boleh perasan. Abah takkan beli pape benda baru untuk diri dia sendiri if takde anak-anak follow untuk pilihkan and kasi pendapat padahal  pilihan dia tu dah ok sangat dah. Untuk kitorang pun banyak abah yang pilihkan. hmmm...rindu sangat kat semua. 



 ayam kitorang kat rumah yang tak tau bape ekor ntah + 9 ekor anak ayam. hehe...penternak berjaya upanya abah den nih...

 ikan 12 ekor kot tak silap

Kucing jiran sebelah punya. my adik, Syifaa paling suka jaga kucing. Besides of dia memang suka kucing, dapat upah plak tu tolong jagakan kucing-kucing jiran ira. Sebabnya...jiran ira nie busy. Selalu ke sana sini kadang-kadang seminggu takde kat rumah ape lagi...seronok la dia memain ngan kucing-kucing yang ntah baper ekor ntah. erm...any other pet yang ira tertinggal tak eh...
haaaa!!! burung!!! yang nie...my mom suka. Pagi ke...petang...tabur jer makanan kat laman tepi rumah tu confirm kejap lagi ada jer burung yang turun makan. Then...mula la sesi pengenalan..."abah...tu burung apa?"

 this is my 'pet'. If lama tak balik...sakit jugak la nak trim

In shaa Allah..nanti after final and program ira balik. Mak cakap kalau nak balik, balik je la tapi...masa tu tengah study week. Kalau balik tak jadik la study week, jadik holiday week namanya. huhu...

~miss everything so much~