Saturday 17 March 2018

SMKAS_Love_Story

Firstly...sekalung tahniah buat semua adik-adik yang baru je ambik result spm masing-masing. Banyak 'A' atau xde 'A' sekalipun bukan penentu segalanya. Moga setiap satu darinya menjadi motivasi seiring mengorak langkah meniti satu lagi perjalanan penuh berliku. Alang-alang hari ni ceritanya riuh kakak-kakak tunggu result adik-adik sekalian, ira jadi terpanggil nak mengimbau kenangan-kenangan zaman nakal ira dulu. MashaAllah...banyak sangat bitter-sweet moment zaman sekolah dulu rupanya. Kalau nak list semua ni mungkin sampai esok pun tak lena. haha...

Ira malas nak taip panjang-panjang. Tapi sangat sangat sangat nak share conversation kita. (kita = teman rapat ira dari zaman sekolah sampai la sekarang). Memandangkan ira malas nak buat konklusi kegigihan kita dok imbau kenangan ni (walaupun berdua ja, yang lain dah ghuyub) makanya ira screenshot je la. (oups...abaikan wallpaper wasap ira tu k. haha...). 



* Dont worry, ira dah move on cuma biasa la kadang-kadang dok mengimbau kenangan manis bercinta dengan math zaman dahulu kala. hehe...


* Alkisahnya jam loceng bunyi azan tu bila kitorang tak balik masa weekend sebab warden cakap boleh pilih nak balik ke tak. Makanya geng kitorang ramai jugak la tak balik then semua lepak tidur bilik ira. Sebelum tidur gigih nak set alarm la, pesan member suruh kejut la sebab esoknya ada qiamullail. Sekali semua tak sedar. Siangnya pakat buka cerita tanya sapa yang tutup alarm sebab dengan bunyi tapi semua tak ngaku and the mysterious part is nobody ngaku set alarm tu. Ok cuak!. Esoknya terus dah tak sentuh jam tu. hehe...

 
* Hujung-hujung detik menghampiri spm, cikgu-cikgu bagi homework bertimbun-timbun dengan harapan melalui homework tu kitorang ulangkaji la. Tapi ampunnnn....banyak copy paste dari buat sendiri. huhu...


* Kena panggil rollcall tengah sedap dok tidur itu biasa. Kena bebel lebih dari sejam berdiri kat tengah asrama pun biasa. Kena denda ketuk ketampi 100x (lebih sebenarnya sebab bila tak sama kena ulang balik) pun biasa. Denda apa yang tak pernah kena? Tapi denda tu semua jadi kenangan manis yang buat kita tersenyum sekarang bila ingat balik (walaupun kena denda atas kesalahan orang lain. Redha je...).


* Makan di Dewan Makan Asrama bukanlah menunya sedap sentiasa dan bukanlah setiap masa masakannya sedap. Tapi nasi mentah pun kitorang boleh telan tanpa sakit perut (dah kebal dah), makanan masin pun telan macam biasa sampai ustaz pernah tegur macam mana kita makan sebab ustaz ambik makanan student masa kat DM pastu masin gila sedangkan muka kitorang tak berkerut sikit pun, makan macam takde apa je lagaknya. Kitorang bersyukur dengan apa yang ada ustaz. hehe...





* Ampunnn....semua yang pernah jadi mangsa bajunya dilempar dulu sebab tinggal kat bilik iron, bilik basuh. Mangsa-mangsa yang kelam-kabut lari turun tangga takut kena denda bayar RM1 bila lambat. Mereka yang selalu kena bebel dengan ira time perhimpunan sebab tak beratur betul-betul, bersembang, tak bawak Al-Quran, dan macam-macam lagi la bila tiba-tiba cikgu suruh buat spotcheck. huhu...ampunnn...saya hanya menjalankan tugas. 


* Tak sopan betul puteri-puteri smkas ni. Eh, ada je yang sopan santun tapi yang penting ira tak tergolong dalam golongan ayu lemah lembut tu la. haha...




Ok...dah mengantuk tak tau nak buat ulasan apa lagi. Conversations kita...tak jemu ira ulang baca and senyum sorang-sorang. Ni baru cerita kisah nakal kita. Belum lagi masuk kisah 'cinta monyet'. Eh tak...'crush' je kot, takde bercintanya pun. Masuk bab ni lagi riuh kecoh nak membahan orang. Tapi itu punya cerita eksklusif. Bahaya share kat sini. haha...

2005 - 2018 : 13 years and still counting...zaman nakal, zaman tak matured, zaman kuat merajuk, zaman apa lagi la yang boleh disenaraikan yang pernah kita lalui. Moga semuanya jadi kenangan terindah kita dulu, kini, selamanya. Saaaaayang hampa sangat sangat sangat!!  ^_^ 


Tuesday 13 March 2018

...‘Kenen’...


Gigih jugak la sebenarnya Ira nak cari balik komik pasal ‘kenen’ ni tapi tak jumpa pulak. Mungkin ada yang pernah terbaca Islamic Comic pasal topik ni. Kalau ada yang tau kat mana nak cari bagitau Ira k.

Apa itu ‘kenen’?
‘Kenen’ ni asal dari dialek orang utagha kot kalau tak silap. Bahasa mudahnya, ‘kenen’ ni macam usik-mengusik sesama kawan tentang couple. Contohnya :
     “Betul dia suka kau la”
     “Dia asyik tengok kau je. Sah la memang dia suka kau”
     “Eh, sama pulak baju korang hari ni. Berjanji ke? Kuat instinct nih? Ada jodoh nih.”
Dan kata-kata yang seumpama dengannya.

Hati seorang wanita itu lembut dan mudah terusik. Walaupun bersungguh-sungguh dia cuba menafikan segala usikan, menganggapnya sebagai gurauan semata-mata. Tapi jika ‘kenen’ itu seringkali diajukan padanya…pasti ada hati yang terusik. Pasti terdetik walau sekali :
       “Betul ke dia suka aku? Diorang main-main je ni”
       “Eh, apesal aku gelabah pulak depan dia ni. Selalu ok je. Aku suka dia ke?”

Sejauh mana hati seorang wanita itu tidak terusik dengan kata-kata yang berbunga-bunga? Yup! Niatnya untuk bergurau, suka tengok kawan kita blushing, suka tengok kawan kita gelabah nak menafikannya. Tapi sedarlah dalam penafian yang lahir dari bibirnya, ada taman sedang mekar dalam hatinya. Hati-hati!! Kerna ‘kenen’ ini mampu menjerumuskan seseorang itu ke kancah zina hati.
          
Adakah kita ingin menjadi asbab kepada terlukanya hati seorang teman jika dalam diam hatinya mula terbina sebuah harapan? Adakah kita ingin menjadi asbab kepada gugurnya air mata seorang teman apabila bunga yang mula mekar angkara ‘kenen’ itu layu berguguran? Walau tidak parah, pasti sedikit sebanyak hati terguris bila gurauan itu menyimpang dari hakikat realiti yang sebenar. Sakitnya hanya yang melalui merasainya. Cakap mudah :
        “Alaaa…aku main-main je. Kenapa kau serius sangat?”
        “Aku tau kau dengan dia takde pape pun. Saje nak ngusik kau.”

Jujur…Ira juga pernah melalui situasi yang sama. Terjatuh hati angkara ‘kenen’ teman-teman. Dan kerananya Ira pernah menangis kecewa. Kelakar kan? Kenapa pula kau nak menaruh harapan pada yang tak pasti? Dan jujur pada ketika itu, wajah-wajah mereka yang sering ‘kenen’kan Ira mula bermain di ruang mata. Terdetik di hati…

“Kalau kau tak ‘kenen’ aku, mesti tak jadi macam ni. Mesti aku tak kecewa macam ni.”

Cup! Cup! Pada kawan-kawan yang terasa hati lepas baca ni…mohon bersabar dulu. Cerita belum habis.

Antara yang paling sukar bukan sahaja dalam nak memujuk hati sendiri, tapi juga bilamana kau nak berlagak biasa di hadapan mereka yang seringkali ‘kenen’kan kau. Bimbang terdetik rasa bersalah di hati mereka melihat keadaan kita yang kecewa. Tahu...rasa itu tak mampu disembunyikan. Dan malu mula bertandang. Ya Allah…malunya menangis akan sesuatu yang tidak pasti.

Masa ni…I’m coming back to my sense. Dah kenapa pulak kau nak salahkan orang lain? Sepatutnya kau salahkan diri sendiri kerana terlalu mudah hanyut dengan gurauan dan usikan mesra teman-teman. Bukannya kau tak tahu hakikat dan realiti yang sebenarnya. Kenapa masih juga kau biarkan hati dan perasaan kau terbuai dengan mimpi indah itu? Kenapa? Dan hati bagai diketuk keinsafan. Kembali padaNya, muhasabah diri, fikir semula apa yang telah kau lakukan. Allah…benarlah hati wanita itu sensitif, mudah terusik. Maka kau yang perlu berusaha untuk menetapkannya. Apa yang perlu kau lakukan? Mohon pada Allah Yang Maha Kuasa, yang memegang hati-hati manusia, yang membolak-balikkan hati manusia. Mohon ditetapkan hatimu dari anasir-anasir yang melalaikanmu. Jangan hanyut dengan keindahan yang bersifat sementara itu.

Dan Ira mula faham baik buruknya sikap suka ‘kenen’ orang ni. Tak salah untuk bergurau tapi setiap gurauan ada batasnya. Dan Ira mula berjanji pada diri untuk tidak ghairah ‘kenen’kan sesiapa terutamanya sahabat yang Ira sayang dunia akhirat. Ira taknak jadi asbab kecewanya hati seorang sahabat. Tak sanggup rasanya Ira tengok dia menangis gara-gara usikan Ira. Dan buat diri sendiri…kuatlah! Jangan mudah sangat hanyut. Kau punya prinsip, maka pegang ia seerat mungkin. Jangan prinsip itu hanya mainan bibir tapi laksanakannya! Moga kau terus tabah duhai hati. Walau berapa kali pun kau tersungkur, moga kau terus bangun menjadi wanita hebat. Aminnn…



Wednesday 7 March 2018

Kerna Syurga Bukan Percuma

Jarang sekali untuk Ira duduk menulis tentang mana-mana buku yang Ira baca. Mungkin pernah…hanya apabila ada yang bertanya. Tapi kali nie Ira terpanggil untuk menarikan jari-jemari di papan kekunci ini.

Kerna Syurga Bukan Percuma

Baru tengok tajuk, tangan ini laju mencapainya di rak buku. Seperti selalu…sukar untuk lepaskannya kembali. Cuba letak dan berinjak ke rak-rak lain namun tetap juga hati ini terpanggil untuk kembali membelek naskhah yang judulnya sahaja cukup untuk menarik perhatian Ira. Hampir sebulan buku ni tersimpan kemas dalam almari buku di rumah tu, baru kali ni Ira berjaya habiskannya. *skill habiskan bacaan cepat-cepat dah berkarat. Banyak sangat iklannya*

Buku ini mengisahkan watak Khairul Rafeeq, seorang pelajar tingkatan 5 yang jauh menyimpang hidupnya dari landasan agama. Terkapai-kapai sendirian mencari arah tujuan hidup yang sebenar. Semakin jauh apabila insan-insan yang sepatutnya bertindak sebagai pembimbing beralih arah menjadi penghukum. Seorang yang panas baran, sebut saja kenakalan apa yang tidak dilakukannya. Namun di sebalik perkara negatif tentang Khai, Ira tertarik dengan sikap penuh santunnya dia melayan seorang ibu.
    
Watak ‘Abang Surau’ yang tidak putus asa cuba menarik Khai untuk kembali ke jalan syurga. Sentiasa murah dengan senyuman. Ayat yang sering diulang-ulang “Syurga bukan percuma”. Dan setiap kali Ira baca ayat ini…Ira mula persoalkan diri sendiri “Apa yang dah Ira buat untuk meraih SyurgaNya?” *Allahuakbar…Moga Allah ampuni setiap hambaNya yang terleka*

Watak seorang Ketua Surau yang pada hemat kita haruslah seorang yang indah akhlaknya, tinggi ilmunya. Namun, kita tak boleh nafikan bahawa ada yang mengambil kesempatan atas dasar tiket agama. Mereka yang menjadi penunggang agama, yang mencemarkan imej-imej ustaz. Disebabkan latar cerita dalam buku ni mengisarkan kehidupan pelajar sekolah, Ira pun rasa macam Ira balik pada umur belasan tahun.

Kisah sebuah perjalanan anak muda yang meniti jalan-jalan untuk kembali padaNya. Jalan yang indah di penghujungnya tak semudah yang disangka. Jatuh bangun dalam membina iman dalam diri diuji dengan kehilangan. Lalu dipersoalkan “kau berubah kerana apa? Manusia atau Allah..?”  Banyak lagi plot cerita yang rasanya much better kalau korang baca sendiri. Mungkin tak semua bakal meminati bahan bacaan santai sebegini tapi pada Ira cukup untuk mengetuk pintu hati yang adakalanya terleka dengan nikmat dunia ini. Dan sepanjang Ira menghabiskan bacaan ini, ada seperkara yang tak lekang dari bergayutan dalam fikiran ini. In shaa Allah Ira luahkan kemudian.

Kerna Syurga Bukan Percuma…cari ia! Genggam ia! Fitrah manusia imannya turun naik tapi di mana usaha kita untuk betulkannya. *tersentak sendiri sambil taip ayat ni. Di mana imanku?*

In shaa Allah akan dapatkan jilid yang ke-2 soon