Sunday 30 August 2015

Awak~~

Awak...saya tak tahu antara kita siapa yang lebih dahulu berubah. Tapi awak dan saya...kita sama-sama berubah. Awak dengan jalan awak dan saya dengan jalan saya. Kita sama-sama expect more than what we have. Awak expect saya to be a bestie like this and that and I expect you to be like this and that. Saya tahu...expectation will ruined the friendship but still I expect you to be the person I know before. Always be by my side...always be there in any situation I have. Saya tahu saya selalu negative...saya terlalu banyak berfikir dan saya tahu semua tu destroy my inner self. Awak...jika ditanya apakah ini yang saya inginkan? Tidak...sama sekali tidak kerana saya tak sanggup pun untuk terima hakikat kehilangan awak. Tapi saya nekad. Kenapa? Bila awak cakap dia jeles. I know where my place is. Awak cakap it's normal to be jealous. Nope! It's not normal. Macam mana untuk saya terus jadi bestie awak dalam keadaan saya tahu dia jeles. Macam mana untuk saya terus jadi bestie awak dalam keadaan hati saya tak tenang. Saya tak nak awak pergi. Saya harap awak terus jadi bestie saya tapi saya tak boleh.Terus terang saya sendiri seolah-olah tak kenal awak. Mungkin awak jugak rasa benda yang sama. Seolah-olah awak dah tak kenal saya. Awak tahu tak sakitnya bila saya seolah-olah trying to get your attention almost everyday. Awak tahu tak betapa tak tentu arahnya saya hanya untuk fikir ayat mulakan conversation antara kita. Saya rasa macam saya dah lama hilang awak dan yang paling sakit saya hilang bicara awak. Kalau dulu saya boleh cari awak bila-bila pun. Saya boleh nangis depan awak. Saya boleh cerita everything tapi sekarang tak. Saya sedih tapi saya takde awak. Saya nak bercerita tapi saya tak tahu nak mula dari mana. Bila difikir lagi dan lagi...saya tak nampak jalan lain melainkan berhenti jadi bestie awak. Awak kawan saya...awak sahabat saya...awak best friend saya tapi saya tak boleh jadi bestie awak dengan melukakan hati orang lain. Andai saja...hanya saya yang terluka. Andai saja...hanya saya yang menyimpan rasa hati ini. Mungkin...saya boleh terus berpura-pura kuat di hadapan awak. Tapi bila saya tahu dia cemburu...bila saya tahu dia terasa hati. Tak mungkin...tak mungkin untuk saya biar awak terus jadi bestie saya. Tanpa saya sendiri sangka...sungguh saya sangat-sangat terluka. Lebih dari apa pun untuk lepaskan awak pergi. Mungkin awak cakap saya terlalu negatif untukdiri saya sendiri dan terhadap orang lain. Tapi bila ditanya mereka dan mereka ini yang terbaik. Tapi untuk yang terbaik ini...saya tak tahu berapa lama saya perlu untuk bangun semula. Saya doakan awak bahagia...saya doakan awak sentiasa gembira tanpa saya di sisi awak yang seringkali terlalu banyak susahkan awak. Saya dan awak perlukan masa. Bahkan saya lebih-lebih lagi. Saya perlukan masa untuk berfikir. Saya perlukan masa untuk saya sedar dan berubah menjadi diri saya yang dahulu. Saya ingin menjadi Syahirah yang dulu. Tolong saya...agar saya kembali menjadi Syahirah yang dulu.

Tuesday 25 August 2015

Dear...

Awak....
Yes! Awak...yang hanya saya dan awak mengetahuinya.
Atau mungkin....ada yang lain mengetahuinya? Saya tak pasti.

Saya minta maaf kerana buat permintaan ini pada awak.
Saya minta maaf kerana saya pentingkan diri.
Saya minta maaf kerana saya ego.
Saya minta maaf kerana saya tak ingin disakiti.
Saya minta maaf kerana saya tak ingin dikecewa.
Saya minta maaf kerana memilih jalan ini.
Saya minta maaf kerana kembali pada awak.
Saya minta maaf kerana gunakan awak.
Saya minta maaf kerana buat awak rasa serba salah.
Saya minta maaf kerana saya tak kuat.
Saya minta maaf kerana saya tak mampu sendiri.
Saya minta maaf atas semuanya.

Tapi tolong saya...saya mohon untuk awak tolong saya.
Saya takde jalan selain awak.
Tolong kembali jadi dinding saya.
Tolong kembali jadi penjara hati saya.
Tolong kembali jadi kunci hati saya.
Tolong kembali jadi pagar hati saya.

Saya tahu...bergantung harap pada Dia itu selayaknya.
Tapi saya perlukan awak.
Saya perlukan awak untuk melangkah ke hadapan.
Saya perlukan awak untuk kembali menjadi saya yang dahulu.
Jadi tolong saya...walau hanya seketika.
Saya mohon...untuk awak ada bila saya perlukan awak.
Saya tak kisah andai saya bukanlah sandaran awak.
Tapi saya mohon...izinkan saya untuk bersandar.
Izinkan saya untuk menangis di sisi awak.
Izinkan saya untuk tersenyum dan ketawa.
Saya tahu...bukan ini yang awak nak.
Tapi boleh tak saya mohon....untuk awak bertahan.
Bertahan dengan kerenah saya yang egois.
Bertahan dengan kerenah saya yang pentingkan diri.
Suatu hari nanti...saya akan pergi.
Saya akan tinggalkan awak.
Tapi sehingga itu saya mohon.
Tolong ada di sisi saya bila saya perlukan awak

Terima kasih kerana hadir...
Terima kasih kerana ada di sisi...
Terima kasih atas semuanya...


Friday 21 August 2015

Like an Idiot

memori perit itu...seakan bergayutan di ingatan minda
walau puas sudah aku tepis...puas sudah aku tangkis
seakan cemburu akan ketenangan dan kebahagiaan yang ku kecapi
ia kembali mengusutkan kelancaran dan keharmonian fikiran
sungguh kenangan itu mencacatkan catatan diariku
ingin sekali aku padamkan semuanya
ibarat pemadam yang membersihkan karbon pensel
ibarat liquid yang menghilangkan dakwat pen
andai saja ingatan ini semudah itu untuk dihilangkan
namun ia mustahil bahkan aku tidak mampu
andai saja masa itu boleh diputar kembali
ada ketikanya aku ingin memilih untuk tidak mengenali dirimu
kerana sakit yang kurasa ini membunuh kegembiraan yang pernah ada
bukan aku tidak hargai...bukan aku kecewa...
tapi aku khuatir membawa kebencian
aku seakan patung boneka di hadapanmu tanpa hati dan perasaan
apa salahnya andai kau lepaskan aku pergi
mungkin sakit yang kurasakan...mungkin kecewa yang kutanggung
sekurangnya aku tidak membenci
sungguh aku menyesal mengungkap rahsia hati itu
ingin saja kuputarkan masa dan delete memori itu
andai saja aku bisa....pasti!!
akan kubuang detik memalukan itu
kenapa begitu mudah aku perbodohkan diri di hadapanmu
seolah seorang wanita yang begitu rendah martabatnya
bagai seorang wanita yang hilang rasa malunya
umpama seorang wanita yang diinjak maruahnya
kerana aku bukan aku yang begini
aku yang menginjak dewasa dalam mempertahankan prinsip diri
siapa sangka merendahkan martabat diri sendiri
sungguh syaitan itu bertepuk tangan
melihat seorang lagi anak adam tewas dengan nafsu
bersoraklah syaitan melihat seorang insan tewas dengan perasaan
pergi...! tolong lepaskan aku agar aku bisa bernafas
dalam kemelut dan gelodak jiwa yang menyesakkan ini
aku tewas...aku mengaku aku tewas
bukan tewas dengan rasa kasih, sayang dan cinta
tapi tewas dengan rasa ketidakpercayaan yang menguasai
tewas dengan jarak dan awkward yang terbina
aku kecewa....sangat kecewa kerana aku hilang senda gurau itu
aku hilang perhatian itu dan kini aku turut kehilangan bicara
"it is hurt to get through all days trying to be natural, appreciating but none of it worth"



Wednesday 12 August 2015

Dear bestie...

Knowing you for this past years is one of the great thing happened in my life. Walaupun banyak sangat benda jadi yang buat this friendship upside down but still...we managed to overcome it. Errr...not us but its you perhaps who always tried to overcome everything. I don't know what I've done to maintain this friendship. Rasa macam banyak benda yang saya buat put this friendship at the edge of hill. Sometimes I feel like I don't deserve to be your bestie...I don't deserve your care...your attention coz I don't repay you with the same things. I received a lot from you till it makes me feel uncomfortable. Saya penuh dengan negative thinking. Kadang-kadang saya tak peduli pun apa yang awak cakap...apa yang awak nasihatkan walaupun apa yang awak cakap tu ada betulnya. Saya ada ego yang sangat tinggi bila dengan awak walaupun jauh di sudut hati saya mengakui kebenaran kata-kata awak. What's wrong with me? I don't know. I don't have the answer. Kadang-kadang saya macam tak hargai pun bila awak ada dengan saya. Saya macam tak peduli pun apa yang awak buat. But...please know that I do appreciate you a lot. Awak yang ceriakan hari suram saya. Awak yang dengar setiap amarah saya. Awak yang layan setiap cerita saya. Awak yang selalu ada di setiap tangis saya. Saya bukanlah orang yang biasa berceloteh mengadu itu dan ini tapi tanpa sedar awak mula buat saya bercerita dengan awak. Awak mula buat saya mengadu dengan awak pada hal-hal remeh. Awak tahu kekurangan saya...one of it saya tak suka bagi hadiah kat orang. Saya tak pandai pilih hadiah. So...please know the fact that I appreciate you a lot. 

I'm not expert in doing such thing like this but I love to make present on my own coz that's my way to appreciate people around me. this is the only birthday present that I give you right.

saya tak tahu kenapa saya boleh turutkan aje apa kata awak. apa yang awak suruh dalam tak nak saya buatkan jugak. 
hmmm...awak bakal baca entry blog saya nie dulu or awak bakal dapat this present dulu?

apa ada dalam nie? awak tengok sendiri la nanti. Maaf its not perfect. Lain yang saya nak buat tapi lain pulak yang jadi tapi sebab saya memang niatkan buat nie untuk awak jadi saya pejamkan mata bagi jugak dekat awak.

awak nak sangat bintang yang saya buat hari tu kan...? saya bagi satu botol kat awak. its include that so called farewell letter tapi...itu task awak. silalah rajinkan diri to unfold that blue star. There are 8 stars that have my notes on it. Pastu...pandai-pandai la awak buat balik bintangnya ye.

Walaupun saya dah cakap banyak kali tapi saya nak jugak tulis...saya sangat hargai awak jadi sahabat saya, temani saya sepanjang di ukm ni, sentiasa ada di sisi saya when things get rough. Saya marah awak...saya cuba jauh dari awak...saya buat macam-macam that makes me don't deserve your care but still you're always be there for me sampai saya takde alasan untuk cari gaduh dengan awak. Seriously...there's a statement. I love it so much... 

"Don't worry when I fight with you, worry when I stop because it means there's nothing left for us to fight for"

Sincerely,    
Syahirah Shofe