Wednesday 26 December 2018

Anxiety + Triggered Thing

Anxiety...what is anxiety? 
"Anxiety is a feeling of unease, such as worry or fear, that can be mild or severe. Everyone has feelings of anxiety at some point in their life – for example, you may feel worried and anxious about sitting an exam, or having a medical test or job interview" (credit to Mr Google. hehe..)

Sejujurnya...ini juga apa yang ira faham tentang anxiety. Tapi ira tak pernah fikir bahawa anxiety ni boleh jadi sesuatu yang serius dan yang paling tak sangka bila ira pun terjebak dengan anxiety ni. Alhamdulillah kelmarin dipertemukan dengan seorang sahabat yang dah lama tak jumpa. Tak ingat dah last jumpa dia bila erm...maybe last year I think. Noor Syahirah...bakal kaunselor inshaAllah. Dia la sahabat sebelah meja, sebelah katil, sekelas, sebilik, siap kongsi nama lagi sampai masa sekolah dulu ada ustaz panggil kitorang 'syahiratain - 2 syahirah'. haha... Niat asalnya nak tolong dia penuhkan jam kredit praktikal kaunseling. Plus memang dah lama teringin nak buat ujian psikologi ni. So...here we are ~~

I just did one set of questions about DASS - Depression, Anxiety, Stress Scale. And the result is...my anxiety at the highest stage. Erm...quite critical I guess. Ira sendiri tak pernah rasa yang ira punya anxiety ni tinggi. Tapi tak dinafikan la ira jenis yang cepat gemuruh, panik, overthinking kadang tu. But I'm not expect it was at the highest peak. Kawan ira cakap, anxiety atau apa-apa masalah psikologi sekalipun mesti ada puncanya. Dan tugas kita adalah untuk selami diri sendiri dan cari punca tu. Maybe parenting problem, relationship, or there's something happened that triggered us to be anxiety. While sharing each other story, knowledge and opinion...that thing came to my mind. Dalam hati terdetik.."sebab tu ke aku jadi macam ni?". Anxiety can lead us to be such a pessimist person, low self esteem. Kadang-kadang mungkin kita pernah dihukum sedemikian yang menyebabkan kita mula menerima "yes...aku memang macam tu". Baik yang dikatakan, maka baiklah jadinya. Begitu juga sebaliknya. Ira rasa ira tau apa yang triggered sangat dalam hidup ira yang mungkin menjadi penyebab kenapa ira punya anxiety tinggi atau bahasa mudahnya feeling insecure, takut nak mulakan sesuatu yang baru, terlalu risaukan apa pandangan orang terhadap ira walhal everyone is fine. 

****

Bagai terngiang-ngiang kata-katanya waktu itu...

Pagi itu seawal subuh ira tersedar dek deringan telefon menandakan ada mesej masuk. Seperti kebiasaan capai telefon, niat di hati sekadar nak tengok jam tapi terpandangkan mesej darinya. 

"why you so negative syahirah? why you so selfish? Think about others and stop thinking about yourself! Don't be so egoistic..."

Hanya kerana saya minta  untuk undur diri, hanya kerana saya minta untuk tidak jadi bestie awak lagi, hanya kerana saya minta awak not holding me anymore, hanya kerana saya minta awak focus hanya pada dia. Dalam kesedihan saya yang cuba pujuk  hati sendiri, tapi itu yang awak balas pada saya. Saya cuma harap awak faham dan terima tapi awak salahkan saya being too negative without realising betapa hancurnya hati saya pada setiap permintaan saya tu. Awak tak nampak  kesedihan dan kekecewaan saya melainkan hanyalah di sudut pandangan awak, saya  tak boleh terima apa yang sedang  berlaku antara kita. Awak tahu tak...sebab saya terima jurang yang mula terbina antara  kita tu la saya buat keputusan macam  tu. Supaya saya ada benteng agar saya tak terjatuh dalam jurang tu. Tapi takpe la awak...saya dah cuba yang  terbaik untuk awak.

Awak tak tahu macam mana teruk saya menangis pagi tu baca mesej awak. Sampai hari terakhir saya berhadapan dengan awak pun, awak tak pernah tahu cerita ni. Berjurai air mata saya baca setiap bait kata dari awak. Sakitnya hati ni Allah je tahu. Subhanallah...Allah tak tinggal saya sorang-sorang masa tu, kakak-kakak saya ada di sisi saya terpinga-pinga tengok adik diorang yang satu ni bangun tidur terus menangis teresak. Dipujuknya saya sehingga reda, gagahkan diri berwuduk dan sujud padaNya, cuba raih ketenangan dariNya. Ya Allah...sungguh hati saya sangat kecewa masa tu. After almost 3 years I know you...there's never, tak pernah walau sekali you talk to me with such a harsh words even via msg. Masa tu saya nak sangat tanya awak,

"Pernah tak selama awak kenal saya, saya pentingkan diri saya sendiri lebih dari orang lain? Pernah tak saya letakkan ego saya lebih dari orang lain? Pernah tak saya marahkan awak atau sesiapa melebihi had yang sepatutnya? Pernah tak saya bencikan sesiapa sehingga saya lupa segala kebaikan yang pernah ada pada dia? Pernah tak saya tak terima apa yang awak cakap atau nasihatkan saya? Pernah tak saya biarkan setiap salah saya pada awak tanpa kata maaf?" 

Saya tak tahu jawapan pada semua persoalan saya. I just don't want to answer that. Saya rasa awak kenal saya lebih dari diri saya sendiri. And guess what...after all those harsh words, I still replied you with kata maaf. I'm sorry for being selfish, I'm sorry for being negative, I'm sorry for being egoistic. And what did you replied me...? No kata pujuk, no sincerely apologies. But you just happy to think that I am fine, to just go on with our remaining life as a student, hoping to be together strive for success. Saya tak tahu apa perasaan saya masa tu. Semuanya kosong...looking at your happy face, like nothing happen seriously hurt me more! Tapi saya tak pernah ada kekuatan untuk berdepan dan luahkan segala rasa sakit hati yang terbuku. Di setiap kali saya berhadapan dengan awak, di setiap kali itulah hanya kata maaf yang lahir dari bibir saya. Sehingga saya sebati menyalahkan diri sendiri atas semua yang terjadi. 

Awak kata saya yang putuskan persahabatan tu... Yes, I did sebab saya tak nak jadi orang ketiga dalam hubungan awak. Salah saya ke bila saya nak undur diri? You always said that I am your bestie... But nope! I can't be your bestie anymore and you won't accept that. So what? You want me to stay and at the same time handling those jealousy? You want me to stay and after that what? Facing all those kata-kata sinis. Siapa sebenarnya yang pentingkan diri? Siapa sebenarnya yang ego? Awak cakap awak tahu apa yang tersirat dalam hati saya walaupun saya tak pernah ungkapkannya. Tapi awak selfish kan...awak biar saya sendiri lawan segala rasa rawan yang bersarang di hati. Awak tak nak lepaskan saya sedangkan awak tahu saya tak kuat dah nak hadap semua tu. Cukuplah saya bertahan jadi hipokrit semata-mata nak jaga hati awak, walaupun hati saya terluka yang teramat sangat. Cukuplah atas segala ketabahan yang cuba saya bina untuk penuhi permintaan awak, be there for you. Ketabahan yang saya bina dengan setiap titis air mata yang gugur gara-gara melihat senyum dan tawa di wajah awak.

Dan saat itu...saat saya lepaskan awak. Saat saya menangis tanpa segan silu di hadapan awak. Saya masih mengharapkan kata-kata maaf dari awak. Tapi tak...awak tak pernah mengalah dalam menegakkan ego awak. Sampai saat saya berlalu pergi, tiada sepatah kata pun lahir bibir awak. Saya tak minta banyak...cukuplah awak ungkapkan kata maaf sebab sakitkan hati saya, sebab pernah bagi harapan pada saya. Tapi takde...terima kasih awak. Terima kasih untuk kenangan tiga tahun yang pahit di pengakhirannya. Saya maafkan awak atas semua keterasaan hati, atas semua keterlukaan saya, atas semua kesedihan saya, atas semua air mata yang saya bazirkan untuk awak. Terima kasih untuk semua kata bak sembilu awak yang tanpa sedar memakan diri saya hingga kini. Saya fikir saya dah lama buang semua tu rupanya tanpa sedar bara api itu belum padam sepenuhnya bahkan mula merebak perlahan-lahan dalam diri saya. Menanam satu sifat negatif dalam diri saya. Membuat saya jatuh sejatuhnya hingga sukar untuk saya cari jalan keluar. 

****

Insan itu...kini sedang berbahagia dengan pilihan hatinya. Duhai hati...lepaskanlah semua yang pernah terbuku, yang membungkam di jiwa. Tutuplah semua kisah silam yang telah pun jadi sejarah dalam hidupmu. Apa yang terbentang di hadapan...itu yang perlu dihadapi. Jangan pernah menoleh kembali meratapi khilaf semalam sebaliknya, turn a new chapter in your life. Kau takkan pernah tahu apa yang menanti di depan sana jika kau takut untuk melangkah. Tiada kebahagiaan dan kesenangan tanpa jalan yang penuh onak dan duri. Duhai syahirah...I love you with all my heart. So please, I'm begging you to forgive and forget. Bukanlah kemaafan jika engkau tidak melupakan. Lepaskanlah kesakitan itu dan kau akan temui penawarnya. 

Let this entry be the last one I talked about you. Awak dah bahagia dengan hidup awak. InshaAllah saya pun sedang cari kebahagiaan saya. Syahirah will be fine... (^_^)



Monday 26 November 2018

...nukilanku...


Menelusuri sebuah ceritera
Ombak badai dan onak duri menerpa
Hikayat sang pendeta berbicara
Dihiasi dengan madah pujangga

Fikiran terpaku melihat keindahan maya
Alam yang tiada tolok bandingnya
Zahirnya terlihat di ruang mata
Indah terlukis sebuah panorama
Lantas rasa syukur membias sukma

Seindah sinaran pagi menghiasi
Ukiran senyuman mula meniti
Baik suka atau duka yang mengiringi
Hiasinya dengan kerendahan hati
Ikhlas diri bakal mengiringi


ira_maezuki
1.36 a.m
27 Nov 2018

Kakak Big Day

It has been a year...

Setahun yang lalu, masih terbayang kesibukan kami sekeluarga menguruskan segala hal berkaitan majlis perkahwinan. Puteri sulung Hj Shofe bakal mendirikan rumahtangga. Perasaan...excited? Sape je la yang tak excited kakak sendiri nak kawen kan. Persiapan...boleh dikatakan everything kitorang take part bahagi tugas setelkan satu per satu semua kelengkapan nak majlis. Disebabkan abah ira ni jenis yang detail orangnya...kitorang punya persiapan pun dahsyat. Macam nak buat majlis rasmi besar-besaran je lagaknya. Siap dengan hitam putih budget majlis, list barang-barang nak dibeli, list perkara yang perlu dibuat, list jemputan. And I be the mastermind behind all this. Rasa macam jadi pengarah program pun hado. Sampai cousin, makcik pakcik pakat kata "lepas ni majlis kakcik senang la dah ada pengalaman tau dah nak buat apa". hmmm....takpe kakcik is so excited and happy doing all this walaupun tak tau berapa kali berkelai dengan abah sebab kami dok cut budget tapi abah dok tambah macam-macam. hehe...ampunnnnnn!

Majlis kakak tapi kami yang pusing sana sini buat survey. Keluar masuk kedai tengok barang nak buat goodies, keluar masuk butik teman kakak survey baju pengantin, keluar masuk kedai survey kad kahwin murah. Pokok pangkalnya boleh dikatakan habis pusing keluar masuk semua kedai kat area sungai petani termasuk yang berdekatan dengannya. Itu belum lagi tengok preparation rumah nak buat kenduri. Biasanya orang renovate rumah sebab nak kenduri kan? Tapi kitorang tak...abah memang dah renovate rumah sikit-sikit dari dulu. Cumanya...misi mengemas dan membersih dan mencuci setiap pelosok rumah. That's our job. Kitorang punya mengemas tak tahu nak rate skala yang keberapa. Nak bagitau betapa dahsyatnya kami mengemas, kalah geng tukang cuci. Sampai barang-barang dalam stor pun punggah balik, kemas balik yang mana nak simpan or buang. Memang besar-besaran la mengemasnya. Nasib baik masa tu kakcik tak kerja tau! Adik pun tengah cuti tunggu nak konvo masa tu so semua bertungkus-lumus jalankan misi mengemas tahap dewa kita ni. Kami berdua (ira dengan adik) je sebenarnya buat kerja mengemas ni semua sampai masa tu rasa macam nak buka cleaning service company. haha...

Everything went smoothly sehingga meniti hari-hari menjelangnya majlis kakak. Perasaannya...I don't know. Since kitorang adik-beradik bukan jenis yang sharing feeling-feeling ni semua. But I know kakak is nervous but happy at the same time. Ira tau abah dan mak happy tapi dalam masa yang sama sedih jugak nak lepaskan puteri sulung mereka ni menjadi tanggungjawab sang suami. Erm...Ira dan adik-adik pun sama, excited tapi sedih la jugak kakak dah kawen tak leh dah nak spend time macam selalu. But at the same time...we are too busy to concern about this feeling-feeling things. 

25 November 2017

Saat lafaz sakinah itu diungkapkan...kakak sah bergelar seorang isteri kepada suaminya (tak tau berapa kali ira taip dan delete nama abg ipar sendiri. Sorry...it's still awkward to call him abg taufik tapi nak tulis nama je macam tak kena pulak. Jadi husband kakak je la eh. hehe...). Lepas selesai majlis akad di masjid, jamuan makannya di rumah. Adat tuan rumah kan...tak menang tangan nak layan tetamu walaupun hakikatnya saudara mara terdekat dan jiran sebelah-menyebelah je. huhu...Tuan rumah jadi orang last dapat duduk dan jamah hidangan. Sekali dengan bestfriend ira terheret sama jadi tuan rumah tak bertauliah. Dia punya jadi tuan rumah tu sampai siap sinsing lengan baju tolong cuci pinggan mangkuk periuk belanga la bila semua tetamu dah balik. Terharu ooi bila dia offer nak tolong, Sikit lagi nak nangis. Thank you soooo much

26 November 2017

Pagi tu masih segar di ingat ini, seawal subuh hujan lebat mencurah-curah membasahi bumi. Abah dah mula susah hati memikirkan majlis kenduri yang bakal berlangsung. Alhamdulillah hujan berhenti seiring mentari pagi. Seawal pagi tu jugak sepupu-sepupu (abang-abang) sebelah mak datang tolong adjust balik khemah dan kerusi meja untuk kenduri. Syukur sangat-sangat diorang semua sampai awal. Almaklumlah kami sek-sek puan belaka ni tak boleh fikir dah nak buat apa ditambah dengan kudrat yang tak seberapa (itu pun rasa macam kitorang ni masuk kategori hakak sado dah. hehe...). Alhamdulillah sepanjang hari cuaca elok sangat. Majlis berjalan lancar dan selesai dengan jayanya (ada macam ayat mc tak? hehe...). Sepanjang majlis, ira dengan adik tak sempat makan langsung. Nasib baik dah suruh mak abah makan dulu lepas majlis bacaan tahlil. Last-last kami dua yang tak sempat nak jamah nasi sepanjang hari. Tetamu yang hadir tak putus-putus, tak sempat nak rehat, nak duduk apatah lagi nak makan. Ulang-alik keluar masuk rumah ke sana sini penuhi permintaan semua orang. Yela...tuan rumah je yang tau segala semua benda ada kat mana. Itu pun syukur sangat-sangat ada sepupu-sepupu yang membantu dari awal majlis sampai habis. Kalau tak lagi tak menang tangan kami dibuatnya. 

Selesai majlis petang tu, penat belum hilang dah mula mengemas sikit-sikit apa yang patut. Like I said...abah ira ni perfectionist, dia tak suka semak-semak, serabut-serabut ni. Kalau orang lain, habis majlis tu kemas sikit-sikit je. Tapi kitorang tak, malam tu jugak siap mop lantai, cuci periuk sikit-sikit tu biasa la tapi siap pakej lap kering dan simpan sekali tau, then ubah balik segala kedudukan sofa dalam rumah, tak tau nak list kerja mengemas apa lagi yang kitorang buat malam tu sebelum tidur. Sampai kaki rasa dah tak boleh berjalan dah masa tu. Lembik lutut, sakit tumit, lenguh kaki, semua la. Bila semua dah masuk tidur, baru la ira dengan adik dah macam tikus mondok selongkar periuk kat dapur baru nak jamah makan. Di saat semua yang lain masuk bilik tidur, perut kitorang kriuk-kriuk berbunyi, baru sedar "kita tak makan lagi la hari ni. Harapkan makan makanan sampingan je kat bawah khemah sambut tetamu tadi". Dedikasi betul adik-adik pengantin ni buat kerja sampai lupa nak makan. 

Ralat : we are too busy sampai takde proper gambar full family. hmmmm...

 adik-adik yg caras ketinggian kakak-kakak


 still gegurls jugak semuanya... ^_^

tenkiuuuuu... #kawankakcik

cousin paling awesome

welcome to our family abg taufik!! 
Maafkan adik-adik yang masih awkward nak panggil abg taufik jadi tak berapa nak bunyi abg. haha...

Banyak sebenarnya gambar-gambar dalam simpanan. Tapi sebab malas nak cari and upload it here so...yang ini aje lah. See you when see you in another entry k... (^_~)


Friday 9 November 2018

Ukhuwah yang Dirindui

Bila seorang Syahirah berbicara tentang ukhuwah...

Smart IQ Group...
Smart Triple IQ, Smart IQ Quranic Centre, Smart IQ Yatim House...

Sejujurnya ira tak pernah tahu apa-apa tentang Smart IQ. But thanks to my adik I got to know the advertisement of job vacancy. So ira apply ja walaupun masa tu ira tau position tu lari jauh sangat dari bidang ira. It's accounting sedangkan ira lulusan Pengajian Islam. Jauh kan bidang tu? Bila dapat panggilan interview cuak jugak. Serious I know nothing about account. Just the basic one la. Dan yang mendorong ira masa tu cuma my passion. Dunno why I love accounting so much (it's actually numbering I guess. hehe...). After few days I got a call from Ust Azki telling me that I got the job! Blur habis masa tu coz I didn't put any hope through the interview. 

Maka...bermulalah kisah ira di Smart IQ. Separuh bulan pertama yang agak awkward untuk sesuaikan diri dengan kawan-kawan baru, tempat kerja, my duties. Banyak sangat benda baru sebenarnya. Alhamdulillah slowly getting adapted by the new surroundings. Then lepas raya ira pindah alor setar. Mungkin sebab stay sebumbung serumah dan semua 'se' yang angkatan dengannya lah so I'm getting closer and closer to everyone. Dah mula faham tugas-tugas kerja. Dari seorang syahirah yang shy-shy cat dah mula pandai merapu meraban. haha... Oh ye! Lupa nak cakap office ni semua staf perempuan so guess what? Riuh dia tu tak payah cakap. Sama-sama masuk air, sama-sama sekepala. 

Perkenalan yang terlalu singkat dalam kamus persahabatan kita tapi membawa kenangan indah yang tercatat dalam diari kehidupan ira. Persinggahan yang sebentar cuma namun doa ira moga ukhuwah ini berkekalan hingga ke akhirnya. Jika dihitung tambah tolak darab bahagi, rasanya tak sampai tiga bulan pun ira kenal dengan semua. Terima kasih sebab terima ira, banyak tunjuk ajar untuk ira. 

Izinkan ira untuk menyingkap kembali kisah kita...kisah yang ira tinggalkan hampir tiga bulan sudah. Tak pernah tak rindu dengan celoteh riuh rendah kita. Sesekali video call tu...riuhnya masih sama macam dulu. Makin hebat mereka sekarang...inshaAllah bakal jadi insan hebat satu hari nanti. 

QIAMULLAIL PERDANA

Sempat dua kali ira join program ni. Kali pertama masa bulan puasa and the other one seminggu sebelum ira resign. Masa fist time tu...rasanya ira la fasi paling sopan layan budak-budak tu. haha...well, baru lagi kan. Takkan jadi singa dah. Cuma kelam kabut for sure layan kerenah masing-masing especially masa nak berbuka puasa, kerah tidur, waktu sahur. Seronok tengok budak-budak ni berselera betul makan masa berbuka dan bersahur. Ingatkan waktu pagi susah nak kejutkan sorang-sorang bangun qiam dan sahur sebab tak larat nak bertempik suruh tidur malam sebelumnya. Alhamdulillah...mudah sebenarnya bangun tak banyak kerenah. Para fasi yang berat mata sebab tak cukup tidur dan rehat. 

Second time haaa...ustazah syahirah dah tak ayu ok. Suara dah kalah speaker dah masa ni. Nampak tak how well I am adapted with Smart IQ. haha... Ingat lagi ira marah budak-budak laki sebab tak tidur then kacau kawan yang lain. Yang dah besar siap bawak fon main game. Elok dok beletiaq suruh tidur, jangan kacau kawan lain, jangan buat bising, jangan dok request minum air banyak-banyak lepas tu kalut nak p toilet beramai-ramai, tetiba ustaz lalu kat belakang. Allahu...betul-betul ingat ustaz dah balik sebenarnya sebab tu volume kui naik. Terkesima seketika...tapi lepas tu ustaz pesan "Sya tolong tengok-tengok depa ni nah. Esok nak bangun awai" Ok dapat green light! haha... Dah namanya budak-budak jumpa kawan pulak tu memang takdak maknanya la masing-masing nak tidur. Tak larat nak larang, suka hati la nak tidur ke tak. Yang penting ustazah tidur dulu. Penat...tapi tak mampu nak tidur lena sebab risaukan anak-anak ni entah apa yang dibuatnya sampai 3 pagi ada lagi yang keluar ulang alik ke toilet. Nasib baik kejut qiam semua bangun tak banyak akal. Kalau tak siap la sorang-sorang! Actually...ustazah tengah sedih tau nak tinggal korang. Sebelum balik, boleh pulak budak-budak ni cakap "Kami tau kalau mai qiamullail ustazah semua garang tapi takpa kami syok". Pandai budak-budak ni nak bodek. hmmm...ustazah marah sebab sayang tau!



KELAS HAFAZAN MINGGUAN

Setiap Jumaat ira mengajar di Masjid Tandop. Setiap Sabtu ke Masjid Kepala Batas. Terus terang ira tak minat mengajar sebenarnya. That's why la ira tak jadi cikgu. hehe... tapi untuk kelas weekend je ni ok la. Hari jumaat kelas ira budak-budak kecik yang hafazannya dari juz amma. Agak menguji kesabaran sebab budak-budak kan. Macam-macam ragam. Ada yang nak bagitau pergi toilet pun nangis dulu, ada yang belum kenal huruf jadi kena fokus lebih sebab diorang menghafal melalui pendengaran. Ada budak yang hyper, kita leka sekejap pun dia dah kacau budak lain. Ada yang kita ralit sikit je dah terlentang or meniarap kat belakang. Ada jugak budak-budak yang sopan, baik. Subhanallah...sejuk rasa hati tengok diorang. 


Kelas sabtu pulak mengajar budak-budak dah besar yang hafazannya dah masuk juzuk 1. Alhamdulillah tak banyak kerenah. Senang sangat mengajar diorang ni. Cuma rajinkan diri dengar segala cerita diorang je. Memang banyak cerita masing-masing. My last day was like..."Awat ustazah tak ajaq kami dah? Ustazah nak pi mana pulak lepas ni? Ustazah tak payah la pindah. Ajaq la kami lagi. Ustazah baik...ustazah tak garang". Hai laaa anak...ustazah hati cengeng tau kalau semua merengek macam ni. Maaf...ada masa nanti ustazah datang jenguk k. 

 

JAMUAN RAYA SMART IQ YATIM HOUSE 



Smart IQ Yatim House secara rasminya menjaga kebajikan lima pelajar tahun 4 hingga 6 yang mana mereka ini adalah anak kepada ibu tunggal. SIQYH menjaga kebajikan mereka selengkapnya dari sudut pembelajaran, makan pakai, sumbangan keluarga dan semuanya la. Moga usaha ini diredhai Allah. Nampak tak semua bunga kat situ kecuali ustaz seorang. Ustaz selalu cakap...anak perempuan saya ramai ni nak kena jaga. Berat tanggungjawab ustaz. hehe...Terima kasih sekali lagi sebab terima saya kat sini, banyak yang saya belajar dari ustaz especially dalam memberi tanpa mengharapkan balasan. 



Bila tenaga kerja semua gegurl...semua benda kami buat. Takpe...kami kategori wanita-wanita sado. haha...Nasib baik suaminya Raudhah ada. Jadi la sorang jejaka tolong ustaz angkat benda-benda berat. Kalau tak memang kami ja la yang berangkut semua. 

MAJLIS PERPISAHAN

Terima kasih untuk kesekian kalinya sebab raikan ira untuk ke tempat kerja baru. Terima kasih sebab usahakan majlis perpisahan ini. Excited jumpa balik semua even baru seminggu je tinggalkan Smart IQ. Maaf tak mampu nak buat ucapan panjang-panjang. Hujan lebat...sebak sangat tak mampu nak bendung rasa hati. Sedih, terharu, sayang, rindu...semua rasa bercampur aduk. Setiap kata yang ingin diluahkan bagai tersekat. Di sini ira belajar banyak sangat benda. Ira doakan yang terbaik untuk semua. Doakan ira jugak k...

Actually tak jumpa gambar kita ramai-ramai. Ampunn...gambar ni je yg ada
SESI THROWBACK



Ingat tak ada satu  petang tu kita bawak anak-anak pergi Jubli Perak berkelah, bagi makan ikan, main giant bubble, main itu ini. Lepas tu balik dinner dekat Nasi Lemak Royale Anak Bukit. Time dinner tu sorang dah taknak makan sebab nak demam katanya, lepas makan pulak tetiba sorang cakap nak muntah then sorang lagi mula sesak nafas. Yang terzahir di bibir masa tu "Ya Allah anak aku!".  Dah la kita je masa tu. Ustaz takde, kak hani takde, kak ma takde. Terus rushing pegi klinik nasib baik takde orang dah kat klinik tu. Sekali masuk semua terus. Doktor pun terkejut. haha... Maaf, kami risau sangat. Alhamdulillah semua ok. 


Ingat tak masa ni kita pi jamuan raya exco. Nak jadi cerita tayar kereta sangkut pulakkk. Punya la santek-santek kita ni haaa last-last pakat letak beg sebelah lawan tolak kereta. The worst part is...weolls gegurl and each guy yang lalu kat tempat kita pandang je?! Fuhhh...menguji kesabaran betul. Yang dah kenyang tadi pun lapar balik tau. Tengah panas, baju kurung bagai tolak kereta. Innova pulak tu. Pakcik rela pun tak tolong kita. Sabo je la...hampir setengah jam bertungkus-lumus sambil cuba tarik perhatian jejaka yang lalu untuk tolong tapi hampeh. Nasib baik akhirnya Allah hadirkan insan-insan baik hati (geng pejabat tanah pokok sena kot tak silap) lalu sebelah kitorang tanya kenapa then tanpa fikir panjang terus turun beramai-ramai tolong tolak kereta keluar. Ya Allah...terhutang budi sangat-sangat. Kalau tak..tak tahu la lama mana lagi kami kat situ. 


My last program with STIQ...bawak bebudak ni semua pegi petro sains. These two from my five 'anak'. Belajar rajin-rajin ya sayang, jadi anak solehah, bantu mak & family. Jangan lupa tau pesan kak sya. Kak sya sayang semua! Sangat!!

rindu makan berjemaah kita ni (TT^TT)

rindu biskut cornflake sedap kak kim (TT^TT)

rindu celoteh kak mun (TT^TT)

rindu partner cakap sgsorg ni. I pun dah mula ckp sgsorg tau skng. penangan buat akaun kot. haha...
 rindu semuaaaa....(TT^TT)

Wednesday 16 May 2018

Memori Ramadhan


Ramai rakan-rakan facebook shared this post so...ira pun nak cerita jugak la! Diari Ramadhan Syahirah Shofe semasa di asrama. 


SMK Agama Sik

First time puasa tanpa keluarga. Macam syahdu giler ah first day berbuka tu (kedah cuti 1st Ramadhan, sempat la bersahur di rumah tapi time berbuka dah kat dewan makan asrama). 5 tahun di smkas, kenangan yang sangat berharga. Kenangan puasa macam-macam ragamnya. Pagi-pagi pukul 4 macam tu dah dengar suara pak guard or alunan ayat-ayat al-Quran di corong speaker yang ada di setiap dorm. Punya la semangat pegi dewan makan nak bersahur dengan mata separuh buka, muka mamai baru bangun tidur sarung jubah turun makan. Kadang-kadang dengar la geng dewan makan laung : "bangkit cheq ooo...bangkit makan sor" (loghat sik, sahur = sor). Masa form 5, kebetulan bilik sebelah dewan makan. Bila dengar geng dewan makan kejut sahur, kitorang pun dengan gigihnya laung tepi tingkap tanya menu hari tu. haha... Masa form 2 kot, ada roommate ira yang memang susah sangat nak bangun sahur walaupun setiap malam sebelum tidur beria dia pesan minta dikejutkan nak sahur sama-sama tapi hampeh. Bila kejut dia pagi-pagi dihulurnya thermos suruh ambilkan air panas nak bancuh susu je. Nasib baik roommate awak ni baik hati tau! Setiap kali balik dari dewan makan mesti ambilkan air panas naik bilik siap bancuhkan susu, sediakan kurma semata-mata nak pastikan che roommate sorang ni bersahur. Sweet tak i? haha... Time form 5 pun sama, ada roommate yang susah nau nak bangun sahur walaupun tu lah azam dia tiap-tiap malam. Macam-macam cara dah kitorang buat nak kejutkan dia tapi boleh kira berapa kali je yang dia bangun. *menaip sambil senyum sorang-sorang ingat semua memori ni (^_^)*. 

Ini baru kisah bangun sahur...belum berbukanya lagi. Lepas sahur and wash up, ira dengan few students (tak ingat sape) seolah-olah berlumba sape yang naik surau dulu. Setiap hari lepas wash up mesti tengok lampu surau and lampu laluan tangga ke surau tu dah buka ke belum (kalau surau dah on tp jalan gelap lagi means ada la budak laki yang dah naik surau). Ira pun tak tau macam mana time tu boleh berani sangat naik surau sorang-sorang pagi-pagi buta walaupun on the way naik tangga tu laju semacam je (penakut jgk sebenarnya. haha...). Tapi bila dah sampai surau, mesti selalu dengar suara sorang senior ni baca al-Quran. Terus hilang rasa takut yang berlari naik tangga tadi tu. Tenang je dengar suara lunak dia mengalunkan ayat-ayat al-Quran. Admire betul dengan lantunan suara dia. hehe...

Masa nak berbuka, lain pulak ceritanya. Sebelum 6.30 dah terpacak kat depan dewan makan. Bukan tak sabar, tapi malas nak beratur panjang kalau turun lewat. Setiap kali ambil makanan, ira mesti sedia satu tupperware sebab nak tapau kuih dan buah. Air pulak tak pernah nak ambil guna cawan, sokmo tapau satu botol bawak pegi prep. Kalau kat rumah ira jarang berbuka dengan nasi, biasanya mak akan masak makanan lain macam bihun goreng ke apa-apa la yang penting bukan nasi. So bila kat asrama berbuka dengan nasi, memang ira makan sikit je la. Kuih, buah tadi bawak pegi prep lepas terawih. Itu pun kadang-kadang classmate yang tolong habiskan. Aktiviti lepas ambil makanan berbuka pulak...kitorang lepak dekat pondok cendawan sebelah pondok guard sambil kacau pak guard tu request lagu la, kacau member yang jaga kedai asrama la. Ada saja ceritanya, tak pernah bosan hari-hari lepak kat situ. Kadang-kadang tawaf satu sekolah ambil angin kononnya sambil singgah kantin sekolah sebab nak guna public phone, call rumah! hehe... Dah berbuka, masing-masing macam berlumba habiskan makanan cepat-cepat naik surau sebabnya taknak berebut tunggu turn nak ambil wuduk. Memang zaman muda remaja ni keje berlari sokmo. haha...

Banyak sangat cerita. Almaklumlah 5 tahun kan...rindu sangat-sangat bumi smkas, bumi tarbiah, yang banyak sangat mengajar dan mendidik ira. Tempat jatuh bangun seorang insan bernama Syahirah binti Muhamad Shofe. (^^,)


SMK Agama Kedah

Dua tahun berpuasa di asrama smkak, yang pasti suasana yang berbeza dari smkas. Yela...lain sekolah lain la caranya. Waktu sahur, sangat la malas nak turun. Sanggup lagi makan roti or biskut je kat bilik dari turun dewan makan. Roommate ira masa tu tak rajin sangat nak turun dewan makan pagi-pagi buta makanya ira pun malas la. huhu... Kadang-kadang je semangat turun bila ada member yang kejut pagi ajak turun sama-sama. Kalau sorang-sorang memang tak sampai dah la dewan makan tu. Kalau kat smkas, tadarusnya selepas maghrib. Kat smkak tadarusnya sebelum start kelas pagi. Setiap pagi akan penuhlah surau dengan bulatan masing-masing. Kerenah berbuka di smkak, tak pernah nak turun awal ambil makanan. Kadang-kadang je rajin turun awal. Mungkin time tu perasan senior kot. haha... Mostly weekend kitorang berbuka kat bilik je. Walaupun menyalahi peraturan asrama, tapi tak kisah pun. Senyap-senyap berbuka kat bilik bawak bekal dari rumah or beli kat bazaar sebelum masuk asrama time minggu balik kampung. hehe... Bila difikirkan balik, kerja nakal apa yang ira tak buat masa form 6? 'Fly' semata-mata nak makan cendol pernah, 'fly' balik rumah waktu bukan minggu balik kampung pernah, bawak phone, ponteng prep, lambat keluar asrama (almost setiap pagi), tak pegi surau, balik asrama waktu sekolah, banyak lagi la. Sampai member yang sama-sama dari smkas pernah cakap "syahirah ni sejak-sejak form 6 ni makin banyak akai noh". hehe...ampunnnn. Mungkin dah lama sangat dok asrama jadi mula nak memberontak dengan peraturan-peraturan yang ada. But still...I miss the moments in smkak. Walaupun nakal, hilang syahirah yang ayu (ayu ke?) tapi it was fun! Bila lagi nak create memori macam ni. 

_______________________________________________________________


Kenangan...
seiring waktu ia berlalu pergi
namun kenangan itu tetap subur berseri
dibajai ingatan dari hati
setiap detik yang dihargai
sebuah perjalanan yang mematangkan diri
jatuh bangun terus berdiri
sebuah kehidupan yang perlu diharungi
susah senang yang medepani
menjadi memori terindah tika ini
saat engkau menoleh kembali
setiap mehnah yang telah kau lalui
itulah diari kehidupan saat ini
menjadi memori terindah untuk diingati
_______________________________________________________________

Buat mereka yang berkesempatan membina kenangan-kenangan indah ini, hargailah ia! Mungkin tika ini kita mengeluh kesusahan, rimas dengan peraturan yang dirasakan mengongkong pergerakan diri. Namun semua rungutan ini menjadi satu kenangan yang bakal dirindui. Dan ira merinduinya sekarang. Moga kekal dalam ingatan buat selamanya in shaa Allah.

Thursday 5 April 2018

Diary Sri Cempaka

Dah lama sangat tak selongkar blog ni and guess what...I found this! MashaAllah....lama gila dah cerita ni. Hampir dua tahun hilang dalam simpanan. Enam bulan tempoh yang rasanya singkat tetapi banyak sangat benda yang kita buat sama-sama. All the memories...(ok x semua but almost everything) sya coretkan di sini. Moga menjadi tatapan kita dalam mengimbau sebuah perjalanan kehidupan di rantau orang. * saja tak nak delete the intro I wrote down here. Bukti punya la lama dah sya tulis baru teringat nak pos. Wuaaa...berkurun dah weh! Sampai two of us got married already (Mabrook 'alaik!!) *

********************************

Anyeong! 

Dah seminggu kat rumah, baru kali nie rasa macam ada idea nak menaip di laman blog. I was totally lost for a while. Lost gara-gara tak boleh nak move on dari 'Scarlet Heart'. Ok...bukan nak cerita pasal 'Scarlet Heart' sekarang. I'm gonna write about our stories. Yes...ours! Our six months together with all the emotions and obstacles but at last we did it!!

Erm...macam mana nak mula ye. At first, sya (using 'sya' instead of 'ira' sebab sek kita semua panggil 'sya') bukan ditempatkan bersama korang. Sya datang seminggu kemudian. Tapi sya tahu sedikit sebanyak cerita korang. Hari first lapor diri without knowing anything. Masa tu semua kosong. Tak tau apa-apa pasal penempatan, tempat tinggal, semua blur je masa tu. Alhamdulillah, sekurangnya ada jugak tempat berteduh atas ehsan kak khairani, bos korang (taski), so you stayed at taski for 3 days? (betul tak? tak ingat. hehe...). I know it was uncomfortable, tidur kat pejabat kan, sape je yang suka, sape je la yang selesa. Dalam masa yang sama, you are struggling to find a place to stay. Going here and there. I know it was tiring. Alhamdulillah, Allah permudahkan and here we are, Apartment Sri Cempaka. Sorry I was not there when you are facing those tough days.


Maka bermulalah "Diari Sri Cempaka"...

Abang Bomba...I Need You

The first story ever...baru berapa hari check in rumah dah berlaku satu incident. Bila difikirkan balik...kelakar kot. haha... Nak dijadikan cerita grill pintu stuck, yang kat luar tak boleh masuk, yang dalam tak boleh keluar. Sampai kena panggil bomba la alkisahnya nak buka grill tu. Siap abang bomba minta senarai nama yang ada kat dalam rumah, masuk list mangsa kejadian rupanya. Ingatkan yang kat luar tu mangsanya. haha...yela dah yang kat luar yang susah hati tak boleh masuk dalam rumah. Yang kat dalam nie relax je bahagia kat dalam rumah tu. Bila difikirkan balik betul la tu. Yang kat dalam rumah nie, if anything happen korang tak boleh keluar kan. Bila ingat kisah nie, mesti buat tersenyum sendiri. Ada je kisah sri cempaka ni, baru sangat kot masuk rumah tu dah tak pasal-pasal abang bomba datang, guard pun tahu tu rumah sek puan belako (betul ke pronunciation dia nih. hehe...).

p/s : simpan lagi gambar ni. hehe...
Lepas kejadian tu baru sya pindah ke bangi. Masa tu tengah kecoh dua orang sudden withdraw the contract. Bila sya transfer ke bangi dan ditempatkan di wadah, isu nie macam hangat jugak la. Bos dan staf wadah semua tanya pasal kes nie tapi sya tak tahu cerita sangat so buat dunno je. Sya punya transfer nie pun banyak spekulasi. Yela...elok-elok kat kedah tetiba minta tukar ke bangi tak ke pelik. Orang lain semua nak balik negeri sendiri tapi sya sibuk nak datang bangi. haha...I have my own reason tapi bila banyak spekulasi nie 'senyum tak perlu kata apa-apa'. (^_^)

Lepas tu sekali lagi terperangkap dalam rumah masa Yan, kawan ukm kitorang datang tidur kat rumah. Kebiasaannya sya pegi pejabat naik bas je tapi hari tu yan offer nak hantar pegi pejabat so relax je la pagi tu padahal sya la yang paling rushing pepagi nak siap kejar bas. Tapi punya terlebih relax sampai tak perasan kunci rumah ada dengan Wahi. Elok dah siap nak keluar tengok grill berkunci, cari kunci rumah tak jumpa. Adoyai...tak pepasal korang kena patah balik rumah sebab nak bukakan kunci. Nasib la rumah dengan pejabat korang dekat je. Dah satu hal kena tunggu bas sekali lagi. Memang penunggu tetap bas smart selangor tu kita nih.

Diary Ramadhan 

Malam pertama Ramadhan, Dayah ngan Yana balik kampung. Tinggal la kami berlima. Malam tu excited dah masing-masing siap nak pegi terawih kat surau al-Islah depan tu. Semua dah siap bertelekung nak keluar rumah dah tapi tiba-tiba housemate kitorang pengsan! (memang dia tak sihat masa tu and tengah tunggu cousin dia datang nak pegi hospital). Bila dah pengsan tak sedarkan diri camtu kitorang pun ape lagi, gelabah cuak semua ada. Nasib la masa tu Serena Tijary ada kat rumah. Terus decide nak pegi hospital. Semua yang bertelekung terus ganti tudung capai yang penting and keluar rumah. But then after this and that, kitorang ke hospital putrajaya. Sampai je hospital dia pengsan balik so terus masuk zon merah. Maka jadi penunggu yang setia la kitorang berempat kat hospital tu sambil tahan lapar. Nak cari makan tak tahu jalan sangat putrajaya tu. Hospital pun semua dah tutup. Lepas solat maka bergelandanganlah kitorang, dah tak kisah dah terjelepok kat lantai masing-masing dengan lapar dan mengantuknya. Hampir pukul 3 pagi jugak baru selesai tunggu result test dan housemate kitorang tu pun boleh balik. Then kitorang berpecah, dia dengan cousin dia dan kitorang terus balik cari makan, Lapar weh!! Alhamdulillah rezeki dugaan malam puasa, kitorang dapat makan free kat restoran barra masa tu. Subhanallah...indahnya nikmatMu.

It's Barra Times dan semuanya free. Dengan muka ngantuk blur je bila diorang cakap semua tu free. Alhamdulillah rezeki awal Ramadhan.

Sepanjang Ramadhan ni, lepas housemate kitorang tu dah sihat sikit, berjangkit pulak dengan yang lain. Lepas sorang, sorang demam. Take turn sehati sejiwa betul kita ni sampai orang kat office semua pelik tengok memasing diam je, selalunya riuh rendah penceria suasana. Lepas sorang, sorang amek mc. Ada satu malam tu dah ke hospital kajang pulak kita ni. Dalam satu malam je ke klinik dan hospital. Terima kasih banyak-banyak dengan Yan masa tu. kalau takde dia, tak tahu la mana nak mintak tolong. Hampir 12.30 pagi jugak la baru selesai semua. Dugaan...tapi dengan dugaan dan ujian ni yang buat ukhuwah itu makin erat kan.

Balik Kampung...ho ho ho Balik Kampung 
  
Balik raya!!!! Semangat nak balik kampung. Macam-macam lagu dah berkumandang kat B-2-2 Sri Cempaka tu. Rasa macam rumah kita la yang paling riuh sekali. Kalau bab karaoke ni tak payah cakap la macam-macam lagu keluar. Biar salah lirik, lari tempo pun janji hati banyak senang maaa. Actually lagu raya nie dari awal Ramadhan lagi dah memenuhi segenap ruang B-2-2 ni. Azimah dan Sya la yang selalu menyumbangkan lagu tuh. haha... Walaupun berkali-kali ditegur salah lirik, lari tempo tapi tetap jugak lirik yang salah tu la keluar dari mulut kitorang nie.

Dalam tak sedar sampai ke penghujung Ramadhan kita habiskan sama-sama. Waktu sahur riuh kejutkan semua orang walaupun hakikatnya makan roti gardenia sejuk letak tuna je. Ok la tu...mewah sikit makan nasik berlauk. But mostly Sya tak sudah-sudah dengan roti tuna tu je la and bancuh Oligo Coco. Dah macam menu wajib waktu sahur dah. Then kita berbuka pun sama-sama. Tiap-tiap petang sampai rumah singgah bazaar. Area rumah kita tu ada dua bazaar, satu betul-betul dekat dngan rumah and another one kat office taski. Dok ulang dua bazaar tu la sampai kadang tu tak tahu dah menu apa nak berbuka. (Bukan malas masak ok!! Cuma takde dapur actually. huhu...). Terawih kita mostly dekat rumah berjemaah. Tu antara saat-saat tenang berada kat rumah, bila kita solat berjemaah.

Keletah masing-masing bila Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya, mesti la masing-masing sibuk nak beli tiket balik kampung. Walaupun isu nak minta cuti dengan tuan haji pun macam-macam jugak kerenahnya. Tapi sape je boleh halang kan. Pejam mata je la elaun nak kena potong ke apa yang penting balik kampung! Tu agenda utama!.

3 org nie balik dulu! Dayah, Azimah, Yana.
Eh...yana is missing! Can't find picture all of us. huhu...
Hari last dekat Bangi before balik cuti raya, tiga orang dah balik dulu. Disebabkan diorang yang nak balik ni amek cuti half day makanya, kitorang yang lain pun kira half day jugak la. Teng teng! Oups..!! hehe...Bukan selalu kitorang mengelat macam nie. Lagipun kat office taski ni dah takde orang dah. Semua dah cuti dulu. Office Sya pulak, kira dah dapat keizinan la half day tu. So...larikan diri pegi hantar anak-anak nie nak balik kampung. Then Sya, Wahi, Anis and sorang lagi kawan ukm kitorang, Ira (Nama dia syahira jugak), decide pegi berbuka dekat Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Alih angin before balik kampung nie. Nak jadi cerita boleh pulak kitorang terlajak so sesat la kejap kat putrajaya tu. huhu...Nasib la berjaya jugak kembali ke pangkal jalan. Dugaan hari tu, berpuasa dengan cuaca yang rasanya panas sangat hari tu lepas tu boleh sesat pulak tapi alhamdulillah semuanya selamat dan terkawal. Tapi elok sampai masjid lepas singgah bazaar memang terlentok la masing-masing sementara tunggu masa berbuka. huhu...nampak sangat penat tu.
*surrender...struggling to find the pictures but I just can't find it. huhu...misplace I think*

Ceritera Syawal

Orang lain cuti raya kejap je tapi geng kita ni sampai seminggu punya cuti. Almaklumlah semuanya merantau, time cuti macam ni la nak ambil kesempatan stay kat rumah lama sikit. lagipun takde kerja yang mustahak perlu disiapkan sementara cuti raya tu. Tapi memang berderet la program menanti. Jadual full dengan program office masing-masing. Yang paling banyak mesti la jamuan raya. Maaaakan je keje kita naik cuti tu. Jamuan raya sana sini, sape yang jemput in shaa Allah sampai la. Pejabat sendiri pun tak terlepas dari organize jamuan raya. Sya yang bukan dari taski pun minta excuse kononnya nak tolong apa yang patut kat korang. Panjang akal betul! hehe...



Puan Khairani's Comrade. hehe...bos yg happening & sporting
Hotel KK

YTP dengan Hotel KK, Kajang ni tak dapat dipisahkan. Apa saja meeting, bengkel dan yang sewaktu dengannya mesti buat dekat Hotel KK. Selalunya Anis la yang jadi mangsa. Sokmo kursus kat Hotel KK tu. Sekali Wahi dengan Sya kena heret bermalam kat sana sebab tolong di Bengkel Penulisan Buku Teks Diniy. Sebenarnya best je datang sini sebab boleh lari dari office kejap. Ngelat je kejenye. Bukan ngelat...tapi dari dok kat office yang takde keje apalah salahnya Sya melarikan diri kan. hehe... Itu pun tertangguh satu hari sebab nak deal dengan bos punyalahhhh susah.


Temasya Sukan Taski

Sekali lagi Sya jadi tetamu kehormat Taski, volunteer actually, to be a part of tenaga kerja untuk melaksanakan Temasya Sukan Taski. Sehari sebelum kejadian kita dah kat tempat kejadian (eh...banyak betul kejadiannya). Kita la yang angkut barang, kita la yang buat track, kita la yang buat serba-serbi. Jejaka melayu terakhir kononnya kalau bab nak minta tolong susahnyaaaa lahai. Daripada sakit hati nak suruh diorang buat, kita buat sendiri je la.



Hari kejadian, pagi-pagi dah merempit dengan Wahi. Yang lain-lain naik kereta kak Khai. Nasib baik kak Khai pinjamkan kereta dia. Kami nie adat merantau semua pakai public transport je belum ada yang empunya mobil lagi. Sampai je padang, lagi kelam-kabut kita dibuatnya. Nak dijadikan cerita, PA System tak function. MashaAllah gelabah takyah cakap ar. Mana nak handle budak-budak, mana nak menjawab dengan parents, mana nak start majlis. Semuanya tunggang-langgang. Tapi alhamdulillah sesi perasmian pembukaan tetap berjalan seperti yang dirancang walaupun lompong di sana sini. Bila dah start acara, lain pulak masalahnya. Budak tadika kan... Hampir 8 buah tadika untuk satu temasya. Faham aje la macam mana nak handle. Tenaga cikgu dan kitorang yang ada pun rasa macam tak cukup nak kepung. Sorang jaga hadiah, sorang jaga speaker, sorang jaga balapan, sorang jaga camera, sorang jaga budak, sorang jaga garisan penamat, pokoknya sana sini la kena jaga walhal tenaga kami berapa orang la sangat. Campur tangan waris lagi la tak payah cakap. Serabutnya lahai...Tapi apa pun alhamdulillah berjaya selesaikan hingga ke penghujungnya. Dah habis majlis and kemas-kemas semua balik rumah pakat terlentang belaka. Penat berlari sana sini tengah padang. huhu...

The Bees' in the house (^_~)


Muktamar Nasional

Selesai kerja-kerja di taski, disibukkan pula dengan urusan persiapan Muktamar Nasional Wadah. Boleh dikatakan hari-hari jugak la meeting di Anjung Rahmat. Bila dah namanya meeting tu, balik malam la jawabnya. Nasib baik bukan kat rumah. Kalau tak confirm dah kena bebel dengan abah sebab asyik balik malam je. Makin bertambah kesibukannya bila tiga program serentak diadakan selama 2 hari 1 malam berturut-turut. Pejabat punya tahap kecahnya barang-barang tak payah cakap la. Baru je kemas, eh dah sepah balik. Sya uruskan bahagian jemputan, pendaftaran, surat-menyurat, kewangan. Pejabat atas Wadah tu dah macam post office dah penuh dengan surat-surat jemputan yang perlu dihantar.

meeting + makan = tak boleh dipisahkan. hehe... 

Sepanjang program nie ditemani dengan housemates Sya yang sama-sama volunteer jadi ajk. Nasib baik ada korang. Kalau tak sunyi la Sya nak ke sana sini sorang-sorang. Hari pertama program dimulakan dengan Muktamar di Kolej Darul Hikmah. Sehari sebelum program dah sibuk kat sana untuk persiapan tempat. Hari program pulak pagi-pagi lagi kami dah terpacak kat sana uruskan pendaftaran. Nasib baik ramai yang jaga bahagian pendaftaran. Tak menang tangan dibuatnya dengan urusan pendaftaran dan duit. Duit kot....cuak pegang duit banyak-banyak ni.


Selesai je urusan pendaftaran, kitorang rushing ke Bangi Golf Resort pulak. Tengok apa yang patut untuk Majlis Makan Malam nanti. Kelam-kabut lari sana sini sempat jugak curi-curi balik wash up siap-siap untuk majlis malamnya. Macam biasa masih di meja pendaftaran. Sampai makan pun dekat meja pendaftaran. Sambil tunggu majlis habis boleh la rehat sekejap sambil kemas kini balik borang-borang pendaftaran yang dah tunggang-langgang tu. Risau ada yang tak kena untuk post-mortem nanti. Majlis selesai dalam pukul 11.00 malam tapi....untuk ajk masih belum selesai. Sekali lagi rushing ke Hotel Bangi-Putrajaya untuk program esok. Atas ehsan Tuan Haji Kamin (bos Sya), dia kasi kereta dia untuk mudahkan kitorang ulang alik. Almaklumlah...kami ni mesra public transport je. Nasib baik Sya ada lesen. Kalau tak ma'assalamah je la. hehe... Kemas-kemas apa yang patut masuk kereta terus pecut ke Hotel Bangi-Putrajaya untuk sesi briefing program esok. Campur masa tunggu sorang-sorang sampai, then briefing, lepas tu melencong sikit, makanya dekat pukul 2.00 pagi jugak la baru boleh balik.


Macam biasa esoknya pagi-pagi kita dah keluar dengan semangat "Last dah ni. Habis nanti boleh rest". Halsuitta!! Meja pendaftaran menanti...Walaupun hari nie dah macam tingtong sebab dah letih sangat tapi wajah masing-masing tetap perlu senyum. Lagipun pendaftaran hari ni tak peningkan kepala sangat. Duit-duit pendaftaran semalam pun dah simpan so takde la macam risau sangat duit hilang ke apa. Boleh relax makan-makan masa seminar dah mula. Sepatutnya sampai petang tapi untuk housemates Sya sampai tengah hari je. Esok keje kan. Fuhhhh...nasib baik Sya dapat cuti esoknya sebab Tuan Haji cakap "kesian dah dekat dua minggu sibuk sangat kat office tu". So tengah hari balik hantar korang, Sya masih kat sana sampai habis program. Alhamdulillah selesai semuanya dengan aman. Bersedia untuk post-mortem la pulak.


Dusun Tuan Haji

Merdeka! Merdeka! Merdeka kita di dusun Tuan Haji Abd Rahman. Serena pun merdeka jugak, keluar ‘wad’. Kalau tak boleh keluar ‘wad’ tu…tak sampai dah kita dusun tuan haji. Itu pun lepas ‘doktor’ warning jangan bawak lebih dari 80km/j. Makanya sehabis santai yang mungkin drive pergi Batu Pahat. Kak Khai follow belakang. Risau anak-anak dara ni nak jalan jauh dengan keadaan kereta yang tak berapa ok. Gigih jugak lah ye. Hehe… Sampai je terus bersila canggung melantak durian. Perghhh…sedap gila durian kampung. Lepas satu, satu dikopeknya. Makan tak ingat nak drive balik kejap lagi. Haha… Lepas makan, tuan haji ajak masuk dusun dia pulak tapi hujan punya pasal, azimah je yang follow kot tak silap. Excited betul. Itu baru excited tengok dusun durian, belum lagi tengok pokok rambutan, kedondong, kacang tanah. Seronok layankan kak khai yang memang asal dari bandar. Nak balik tu kereta lain siap berbekalkan durian tapi serena is so sorry…tak sanggup nak tahan bau durian dalam kereta. Udah ler yang naik serena ni migraine belaka. Kang nak tahan bau durian sampai bangi tu jenuh kita. Masa pergi Dayah yang drive, balik sya yang drive bertemankan playlist wahi + cuaca mendung hujan gerimis dekat highway bawak 60-70km/j. Layan betul. Haha… Masa balik takde yang temankan kita. Si viva tu…ingatkan nak follow kita sebab kak khai terus balik kampung. Tapi ditinggalnya kita lepas sya break emergency sampai berdesing bunyi sebab tak perasan kereta dia break kat depan. Wuaaaa…. (TT_TT) Cuak kot…! Tapi act cool sebab takut korang cuak jugak. Mula la mulut sya bercakap tak henti nak hilangkan nervous kejap tadi. Huhu… Puas makan durian, malam tu migraine menyapa. Haha…sendiri buat sendiri tanggung la. Apa pun…still best dapat makan durian free. Hehe…




Checklist Sri Cempaka

Sedar tak sedar...6 bulan kita habiskan masa bersama. Mula mengenal satu sama lain. Trying to understand each other. Tempoh 6 bulan yang cukup untuk buat kita kecoh bila berkumpul. Ada saja yang diriuhkan. Antara best moments kita...bila semua sibuk nak buat checklist. Erm...tak semua berjaya dilaksanakan tapi banyak jugak kenangan kita ke sana sini. 
  • Nasi ayam penyet! Misi nak cari ayam penyet ni boleh dikatakan satu bangi kita pusing try ayam penyet mana yang best. Mana je orang suggest in shaa Allah sampai la kita. 
  • Seoul Garden! Actually misinya bukan Seoul Garden tapi steamboat but we end up berbuka puasa kat Seoul Garden, The Mines (masa ni bukan bulan puasa la). Orang lain dah keluar masuk kita masih lagi kat situ. 

  • ICT! Sebelum balik kampung masing-masing, last minute plan ke Shah Alam. The main is nak pegi ICT. Sebenarnya lebih kepada nak spend time sama-sama je. Nanti dah balik kampung masing-masing, tak tahu la bila lagi boleh jumpa kan.

Kenangan Sri Cempaka
  • Olimpik Rio! Ok ni bukan checklist. Tapi kenangan paling best dan paling riuh kita. Sya yang bukan jenis follow sukan sangat ni pun terjebak sama. Time tengok badminton paling riuh. Sanggup tunggu sampai 3 pagi semata-mata nak tengok badminton. Bukan badminton je, segala macam sukan kita tengok. Gigih nau! haha... Dia punya tahap riuh tu rasa macam rumah kita je yang bising. Almaklumlah...foreigner belako jiran kita. Diorang tak tengok Olimpik Rio kot. hehe... Time tengok bola pun sama naik ja riuhnya. Sya yang tak layan bola pun boleh tunggu sekali (walaupun masa final Kedah vs Selangor tu nak habis dah boleh sya tertidur malas nak tunggu and kedah menang! Yeayyyy!!! And selangor tak cuti sila pegi keje ye masing-masing. hahaha...)
  • Serena Tijary! Walaupun dah dimamah usia Serena tu tapi banyak jasa dia. Ke sana sini dia bawak kita. Susah payah dengan dia tu korang lebih mengetahui. Sehabis baik kita cuba jaga dia. Ingat lagi masa mula-mula dapat Serena, tengok tangki air dia je sampai kering. Enjin takyah cakap la. Dalam hati fikir "ish3...diorang bawak serena ke sana sini tak pernah check ke?" 

  • Kedai Maktok! Favourite place nak beli makan petang-petang. Memang pelanggan tetap betul. Kadang main order dari office je. Ni bila kita dah takde hilang regular customer maktok. hehe...
  • Haa! Sebelum terlupa... Nina! Macam mana boleh muncul nama nina pun tak tahu la. Rasanya Azimah dengan Nina tu takde sipi-sipi bunyi sama pun tapi guard Sri Cempaka tak sudah-sudah panggil Nina. Rasanya kita antara residents yang paling riuh kat situ kot sampai pak guard pun kenal. Ramah terlebih pulak tegur setiap kali keluar masuk. Kadang pelik tengok kita keluar masuk keretanya lain-lain. Sekejap dengan serena, kadang jalan kaki, kadang skuter pink, ada sekali balik naik myvi. haha... Kami menumpang ehsan orang je. Bila ada program lain-lain la kereta yang dibawa baliknya. But still...thanks a lot sebab kita antara yang mudah nak keluar masuk walaupun takde pass kereta (kamcing dgn guard kan? haha...
  • Smart Selangor/Rapid KL! Sometimes...it's Grab Car or Taxi. Bersyukur sangat-sangat to all this public transport yang sentiasa ada untuk kitorang ke sana sini especially Smart Selangor and Rapid KL. Pergi keje naik bas ok! Sampai rasanya driver bus tu semua dah kenal kita. Sekali naik berderet ja 5-6 orang. Bersyukur sangat Smart Selangor is free uolls!! (Jimat. hehe...). Sya pulak dari rumah pagi-pagi lepas subuh dah menggila rushing siap mesti keluar rumah paling lewat 6.50 a.m. so that I can catch up with 7 a.m. punya Smart Selangor ke Hentian Kajang and then got on Rapid KL at 8 a.m. Kadang bebai sebab Rapid KL buat hal tak gerak 8 a.m. so that sya akan lambat sampai ofis. Balik kerja pulak terpacak kat depan Hospital al-Zahraa tunggu Rapid KL nak balik. Berpanas berhujan kat situ. Kadang hampir sejam berdiri. Kadang rasa nak nangis sebab penat sangat pastu bebai tunggu bas lambat gila (tak ikut schedule dia betul-betul). Tapi subhanallah...Allah bagi sya kesabaran yang cukup tinggi untuk hadap semua tu for 6 months. Walaupun kadang-kadang sampai je rumah sya terus nangis sebab penat sangat-sangat. Sya ingat lagi korang pernah cakap kalau korang kat tempat sya, rasa macam nak give up je. Yes...so do I. Sya pun banyak kali rasa nak give up. Tapi sya kuatkan hati. This is what I choose...so nak tak nak hadap je la. And I have you! Housemates yang happening. (^_~)
Hmm...kalau nak senaraikan semua tak tau berapa panjang lagi karangan Sya ni. So...Sya stop kat sini dulu la. Apa kata korang pulak yang tambah. hehe... Apa pun... kenangan kita walaupun singkat tapi bermakna. Susah senang yang kita harungi sama-sama. Segala ketidakpuasan hati, segala rasa yang terbuku di hati, bila kita jauh dari family, kita cuma ada satu sama lain untuk saling meluahkan. Walaupun tak mampu nak hulurkan tangan untuk membantu, sekurang-kurangnya mampu meminjamkan telinga untuk mendengar segala keluh-kesah. Moga itu dapat mengurangkan walaupun tidak menghilangkan. Sya doakan yang terbaik buat semua, moga masa depan yang cuba kita corakkan ini sentiasa dalam rahmat Allah. Susah yang kita lalui sebagai pelatih SL1M yang orang di luar sana tak tahu (yang cuma tahu nak condemn), let them be! Moga kesusahan ini memberi kesenangan buat kita satu hari nanti in shaa Allah. 


Glad to meet you...gadis sri cempaka. (^_^)

 Hope the memories of sri cempaka will remain forever. Satu persinggahan buat kita si perantau yang mencari secebis pengalaman, cuba mengorak langkah dalam arus dunia yang tak mengenal erti simpati. Tempat berteduh yang melindungi diri bukan sahaja pada zahir panas dan hujan, tapi membalut emosi yang kekadang goyah dek sepak terajang sebuah realiti. Moga semuanya mematangkan kita dalam mencorak sebuah masa depan.