Wednesday 23 July 2014

Ramadhan pergi...Syawal menanti

Ku singkap tirai Ramadhan
tika anak bulan kelihatan
bulan penuh rahmat dan barakah
langkah ku susun penuh rapi
bertatih di bulan mulia ini
mencari sekelumit rahmat dan kasihMu
mengemis keampunan dariMu
ketenangan cuba ku raih
dalam kealpaan mengejar urusan duniawi
aku cuba untuk kembali bertaut
pada kasihMu yang tak pernah luput
dalam tak sedar sebulan berlalu
Ramadhan bakal melabuhkan kembali tirainya
dan aku...
apakah akan bertemu lagi 
Ramadhan akan datang?

apakah masih diberi kesempatan 
beribadat di bulan mulia ini?
yang lebih baik dari seribu bulan
kini jendela Syawal bakal dibuka
kemeriahan terasa di sana sini
pelbagai persiapan mula dibuat
namun sedarkah kita
bezanya persiapan Syawal berbanding Ramadhan
moga Ramadhan ini bukanlah yang terakhir
moga Ramadhan akan datang
kita masih berkesempatan melewatinya

Saturday 19 July 2014

~ceriteraku~

Cuti sem kali nie dihabiskan dengan praktikal. To be honest I love to stay at home more but I need to be here. Sabar je la for two months only. Masa yang dihabiskan untuk praktikal nie jugak secara tidak langsung dah drag my time with family and my precious time to help my mom at home. Hujung minggu je yang ira ada untuk tolong mak kat rumah dan dua hari setiap minggu tu tak cukup untuk ira ringankan beban mak hari-hari buat keje rumah. Tapi difikirkan balik sampai bila ira boleh stay kat rumah je. Later, I'll be an official employee no matter what. Let this practical be my experience then. 

Setiap kali hujung minggu pasti ada saja cerita kami anak-beranak. Disebabkan sekarang ni bulan puasa...nak raya...so cerita utama shopping la..! Bila dah start shopping hmmm...seharian jadiknya. Hampir semua kedai masuk tapi pilihannya tak dapat jugak. Well...with all princesses sabar je la abah layankan kerenah kitorang. 


Dari dulu ira suka sangat perhatikan gelagat orang sampai kadang-kadang terleka dibuatnya. Penat berjalan cari tempat duduk perhatikan gelagat ayah-ayah layankan kerenah anak-anak bila ibu-ibu semua dah hilangkan diri shopping. Kelakar jugak tengok gelagat diorang nie yang mana anak kecik sibuk nak main, yang penat berjalan, yang menangis cari ibu dia, yang main kejar-kejar dengan anak pun ada. Hyper betul budak-budak nie. Kesian tengok ayahnya penat layankan diorang. 

wrong choice wearing heels while shopping
pantang ada port bleh duduk mesti stop dulu
When it comes to abah shopping anak-anaknya pulak la yang kena sabar layankan. Disebabkan selalu ikut abah sedikit sebanyak kitorang belajar about his style, or specifically guys outfit. Masa nie la memahami perasaan abah layan kitorang shopping. Dia sorang layan kitorang berlima but kami berlima cuma nak follow dia sorang je. Then should be ok la. hehe...

One thing yang selalu orang tanya especially time bulan puasa & raya nie sebab time nie je yang selalu jumpa orang. Bila pergi bazaar and terawih especially mesti ada aje yang tegur ira dengan kakak ni kembar. Seperkara lagi bila orang tahu kitorang adik-beradik semua perempuan. Ayat first keluar "untungnya mak dia anak perempuan ramai". Dah biasa sangat dah dengan ayat-ayat nie. 

my sis, my partner and most important...my TWIN..!! (^_~)
 we're glad to be your daughters... (^_^)