Monday 4 November 2013

dear...

Setelah 2 minggu kembali ke kampus alhamdulillah ira berkesempatan pulang seketika bersama keluarga selama seminggu. Pada mulanya ira teragak-agak jugak nak balik sebab baru 2 minggu lepas ira dah balik tapi fikir kalau tak balik sekarang mungkin ira dah tak berkesempatan sehingga habis final nanti so gunakan peluang yang ada sekarang ye. Nie pun ira dah curi 2 hari stay kat ukm sebelum balik. Niatnya nak setelkan serba sedikit kerja yang tertangguh di samping mengekor kakak-kakak release tension. Plan asal nak pegi berkelah tapi last minute cancel sebab cuaca tak mengizinkan. Lastly kitorang lepak kat rumah makcik kak atin jer area Klang. Seharian kat sana dah cukup untuk ira lupakan seketika masalah-masalah yang melanda. Aktiviti kitorang..?? Bak kata kawan ira, letupkan dapur makcik dia..? hehe...kitorang main2 buat kek, cocktails, paling penting...I got kiwi!!! dah lama sangat tak makan kiwi even kiwi juice pun dah lama tak minum. Nie kes ter'influence ngan member ira masa form 6 yang sangat sukakan kiwi. *miss u dear...

sempat sesat dulu pusing2 klang tu sebelum jumpa umah makcik kak atin
keje kitorang kecohkan dapur and....makan!! hehe...

Sepanjang hidup ira di bumi ukm nie...pelbagai dugaan perlu ira tempuh. Dari first sem sampai sekarang. Its normal right...tanda Allah sayangkan hambaNya, pasti kita akan diuji dengan pelbagai ujian dan kali nie...sahabat. Perkara yang sangat sensitif buat ira. Dua perkara yang tak pernah sunyi dari menduga ketabahan ira...tentang hati dan perasaan serta sahabat. Soal hati, soal perasaan bukanlah satu perkara besar untuk ira tempuh kerana ianya milik Allah. Andai hati ini terjatuh...yang tahu keseluruhannya hanya ira dan Dia, yang menguatkannya Dia, yang menanggungnya ira, hanya ira. Tapi sahabat...ia buat ira lemah. Sangat-sangat lemah sebab sahabat melibatkan dua hati, dua jiwa atau lebih. Andai kita menjaga hati di satu pihak, pihak yang lain terluka. Ibarat kaca yang mana kita perlu menjadi air untuk melaluinya. Ibarat api yang juga memerlukan air untuk memadamkannya. Kadangkala ira terfikir kenapa sahabat sangat mempengaruhi ira dan jawapannya...IRA SAYANGKAN SAHABAT IRA!! Ira terbiasa dikelilingi sahabat berbanding keluarga ira. Ira lebih senang berkongsi suka duka dengan seorang sahabat berbanding keluarga ira sendiri. Mungkin ira yang paling jauh, ira yang paling jarang ada dengan family buat ira lebih bergantung pada seorang sahabat. Tolonglah faham...sekali ira bersahabat, sesulit mana sekalipun biarlah kita tempuh bersama. Biar sakit hati ini ira rela pendamkan agar tali persahabatan itu takkan putus. Tolonglah faham...hati ira juga tak sekuat mana. Ira berusaha untuk kuat tapi dalam nie...hati nie...merintih, menangis. Ira nak sahabat ira balik. Ira nak kita macam dulu balik. Kenapa perkara remeh nie boleh buat kita berpecah, berbalah? Ira tak sebelahkan mana-mana pihak...ira tak nak pun sebelahkan mana-mana pihak. Tolonglah...jangan buat ira jadi orang tengah. Korang buat ira serba salah. Ira harapkan penyelesaian kepada perbalahan nie. Ira harapkan jalan keluar dari perselisihan faham ini. Biarlah persahabatan ini kekal sehingga ke akhir hayat.

 syes best lepak ngn korg. nnt lepak lg ye. hehe...
but i wish another one of us will be here too

No comments:

Post a Comment