Friday 27 September 2013

Niat...usaha...tawakal...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul pada penghulu sekalian hari ini. Sedikit perkongsian bersama siswi Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK) bertempat di 'pejabat' PKMK. Walaupun tak ramai yang dapat menghadirkan diri namun In shaa Allah semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaati bersama. 

Niat, Usaha & Tawakal

Kuasa niat...! Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat. Niat itu adalah sumber kekuatan. Ingin ira ketengahkan sedikit gambaran tentang kuasa niat. Setiap perbuatan yang dimulakan dengan niat itu adalah ibadah. Sebagai contoh ibadah puasa yang dimulai dengan niat. Bagaimana kita mampu menahan lapar dan dahaga sepanjang hari hanya dengan niat puasa..? Sedangkan tanpa niat puasa sudah tentu kita tidak akan mampu menahan lapar seharian. Terbukti bukan kepentingan niat dalam kehidupan..? Oleh itu...mulakanlah harimu dengan niat tulus dan ikhlas untuk meraih redha Allah dalam setiap perbuatan. Semoga niat yang ikhlas lahir dari hati ini membina kekuatan dalam diri.


Usaha tangga kejayaan...! Setiap usaha yang kita lakukan In shaa Allah diganjarkan pahala oleh Allah. Usaha itu tanda kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Usaha itu adalah perjalanan untuk mencapai sesuatu dan pastinya perjalanan itu tiada yang mudah. Penuh onak dan duri perlu ditempuh untuk mencapai apa yang kita inginkan. Perumpamaan yang dikisahkan oleh seorang sahabat mengenai perjalanan mencapai kejayaan sepertimana mendaki sebuah gunung. Pastinya terlalu banyak kesukaran yang ditempuh sehingga ada yang berputus asa di pertengahan jalan malah ada juga yang sanggup berundur sedangkan puncaknya sudah kelihatan. Bagi mereka yang terus berjuang hingga ke puncak akhirnya dia pasti akan mendapat kepuasan atas penat lelah daya usahanya. Sesungguhnya jalan berliku yang ditempuh itu membawa kepada pemandangan indah di puncak gunung. Biarlah kita tersungkur berkali-kali namun tetaplah berjuang mempertahankan apa yang diimpi.


A story about tawakal. Kisah tawakal seekor semut pada zaman Nabi Sulaiman a.s. Baginda berbicara dengan seekor semut tentang rezeki yang mencukupi untuknya dalam masa setahun lalu jawablah ia bahawa rezekinya hanyalah sebesar sebiji gandum untuk setahun. Kemudian Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut dalam sebuah balang dan menyediakan makanan sebesar sebiji gandum. Genap setahun Baginda membuka balang tersebut dan melihat bahawa masih terdapat separuh dari makanan yang disediakan olehnya. Baginda berasa hairan kerana semut tersebut tidak menghabiskan makanannya sedangkan sebelum ini ia memberitahu bahawa rezekinya untuk setahun sebesar sebiji gandum. lalu berkatalah semut itu bahawa sekiranya di luar balang tersebut ia bertawakal pada Allah yang telah menjanjikan rezeki untuknya dengan usaha yang dilakukan tetapi sekiranya ia bergantung pada manusia yakni Nabi Sulaiman a.s., tidak mustahil bahawa nabi Allah itu akan lupa kepadanya. Oleh itu, ia harus berjimat-cermat. Contohilah sifat tawakal seekor semut yang bergantung harap sepenuhnya kepada Allah dan bukan kepada sesama makhluk walaupun ianya adalah seorang nabi Allah. 

cc : kak syikin, hafizah, noor syahirah, najaa

Thursday 26 September 2013

Ciri-ciri Mahasiswa Islam

...بسم الله الر حمن الر حيم

Manusia sentiasa melalui alam peralihan. Sebagai contoh, peralihan dari alam sekolah ke universiti. Namun apakah peralihan itu hanya sekadar perbezaan suasana atau sistem..? Sebaik-baik peralihan seorang pelajar ialah berubah menjadi mahasiswa Islam.

"For those who have iman in their heart are different
 from those who doesn't have it"

CIRI-CIRI MAHASISWA ISLAM

Simple formula as 

1) Ask
2) Believe
3) Commitment
4) Desire
5) Expire (Excellent)











Ask ourselves...why I'm here?
                        kenapa kita di sini?
                        untuk apa kita di sini?
                        apa yang kita cari?
                        apa yang kita dapat?
Setiap persoalan ini memerlukan kita untuk berfikir. Sesungguhnya Allah mendatangkan hidayah kepada seseorang apabila dia mula berfikir. Titik perubahan itu juga ialah dengan berfikir. 














Mahasiswa islam perlu yakin dan percaya dalam setiap perbuatan kerana Allah sentiasa ada bersama berbeza dengan orang bukan islam yang hanya meyakini sesuatu berdasarkan usaha mereka sendiri.

"Tidak berakhir sesuatu itu dengan baik melainkan dimulai dengan niat yang baik"

Syed Qutb: Krisis yang melanda agama sekarang ialah krisis keyakinan. Tanpa keyakinan yang jitu kepada Allah akan menyebabkan berlakunya krisis nilai.














Islam memandang umatnya sebagai individu yang komited dan konsisten dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Commited will lead us to be a confident person. Commited is also stand for 'sahsiah islamiyyah kuliyyah'. While commitment is stand for istiqamah.


Desire = Hamasah = Kemahuan @ keazaman yang kuat

Mahasiswa perlu peka dan sensitif terhadap perkara-perkara maksiat serta bencikan penindasan yang dilakukan terhadap umat Islam. Islam sekarang berdepan dngan cabaran yang tinggi. Oleh itu, umat islam serta mahasiswa terutamanya perlu mempunyai sifat hamasah ini.













Expire = Excellent = Tamat @ projek mati

Perjalanan seorang manusia pasti akan tiba ke penghujungnya iaitu kematian yang kemudiannya dibangkitkan di hari akhirat kelak. Setiap apa yang kita lakukan akan dihitung di hari pembalasan. Oleh itu, mulakan perubahan ke arah yang lebih baik kerana apabila tiba di penghujung, kita tidak mungkin mampu putarkan masa untuk kembali berbuat kebaikan.

Wallahu a'lam...

by : Prof Madya Dr. Azizan Ahmad

Wednesday 25 September 2013

Perbandingan Agama

What is comparative religion...?

Comparative religion is the study of different religions and how they relate to each other. It examines similarities, differences, and the way in which different religions interact each other. 

This is my first class of comparative religion by Prof Madya Dr. Jaffary Awang. Satu persoalan yang dibangkitkan...
"Mengapa kajian terhadap agama kristian diutamakan berbanding agama yahudi sedangkan kedua-dua agama ini disebut dalam al-Quran..?"

Faktor utama yang menyebabkan kajian terhadap agama nasrani lebih mendalam berbanding yahudi ialah cabaran yang dibawa oleh agama tersebut. Agama nasrani membawa konsep ketuhanan dengan kasih sayang yang mana diketahui tuhan bagi mereka sanggup berkorban demi menanggung dosa mereka. Sedangkan perkara ini telah diseleweng daripada kitab asal agama nasrani iaitu Injil. Penyelewengan ini bertujuan menarik sebanyak mungkin pengikut agama lain untuk berpaling kepada agama mereka. Mereka membawa ideologi berdasarkan pengalaman hidup. Oleh itu, kajian mendalam terhadap agama nasrani diutamakan.

Golongan yahudi mendakwa diri mereka sebagai bangsa pilihan tuhan. Yahudi terbahagi kepada tiga golongan iaitu komited, sederhana dan liberal. Cabaran mereka dari sudut mempengaruhi golongan luar ialah kurang. Oleh itu, kajian terhadap agama yahudi tidak serancak dan sedalam kajian yang dilakukan terhadap agama nasrani. 

*Islam didatangkan melalui junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. bagi menyempurnakan penyelewengan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh umat terdahulu

Skop perbincangan perbandingan agma : 
1) Sejarah agama
2) Doktrin agama
3) Penganut agama - fahaman & olahan yang dilakukan

Perbandingan agama terhasil melaui perbincangan dan pengamatan. Elemen perbincangan yang terdapat dalam perbandingan agama antaranya ialah sirah, doktrin agama dan mantik yang mana bersifat kritikan dan pengisahan. Contohnya: Kitab Munqidh min al-Dhalal, kritikan Imam al-Ghazali.

Wallahu a'lam...

Monday 23 September 2013

Birthday woman --> Nur Shakyla

SELAMAT HARI LAHIR buat kak kyla sayang... ^_^

Ya Allah...
jadikan aku instrument kasihMu
di mana ada kebencian biarkan aku menyebar cinta
di mana ada hati terluka biarkan aku menjadi penghibur
di mana ada keraguan biarkan aku menyebarkan keyakinan
di mana ada keputus asaan biarkan aku menyebar harapan
di mana ada kesedihan biarkan aku memberi kebahagiaan
di mana ada kegelapan biarkan aku memberi cahaya

kakakku sayang...
takdir kadangkala mempertemukan sesuatu yang tidak diundang
menduga bermacam ragam
memberi apa yang tidak dirancang
membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan
namun takdir memberi kita erti perkenalan
menyulam erti kasih sayang
mengenali erti sebuah persahabatan
merasai erti kegembiraan
mengenali sebuah ketabahan
memberi erti sebuah keakraban
memberi peluang menilai siapa sahabat, kawan
dan siapa sekadar kenalan dalam mengisi ruang dalam episod kehidupan

sory erk ktorg pnuhkn wall, wardrobe, meja akak dgn stick pad nih. hehe...




Nur Shakyla Abd Raub...
selamat hari tua yea sis...! hehe...syira doakan semoga hari-hari yang mendatang akak lalui dengan penuh ketabahan. semoga kebahagiaan menanti akak di kemudian hari. akak tau tak...? pengalaman hidup akak adalah sesuatu yang sangat bermakna. pengalaman akak itu jugalah yang memberi syira kekuatan. jangan dilihat dari sudut kesusahannya tapi lihatlah bagaimana Allah sayangkan akak. setiap ujian yang Dia berikan takkan pernah membatasi kemampuan akak untuk mengharunginya. Dia sayangkan akak sehingga Dia taknak akak lupakan Dia. cuba akak lihat mereka yang senang tanpa diberi ujian. berapa ramai antara mereka yang bersyukur...? sedangkan bila akak terus diuji pastinya tiada tempat lain untuk kembali melainkan padaNya. 


Akak...i pray for your happiness with your future husband. Hope everything will be fine with Allah bless till Jannah. Tak sabar nak makan nasik minyak kakak-kakak sayang syira nih. Walau apa pun jadik...I'll be here for you. Andai syira tak mampu nak selesaikan masalah akak paling tak pun jadikanlah syira ni pendengar setia akak ok..? Sekurang-kurangnya akak tak pendam sengsorang. Bahaya tau pendam sengsorang nih. Nanti terawang-awang Socrates, Aristotle, Plato dalam fikiran akak tuh. hehe...
Lastly...just wanna say that I luv u sis..! Luv u sooo much...^_^

I'm sorry...

Assalamualaikum...
Awak...I'm not sure whether u'll read this post or not but still I wanna say sorry. I know that I can just tell you face to face but i don't know how. Awak mesti akan tanya..."kenape syahirah nak minta maaf..?"
Awak tau tak...soalan awak tu is very difficult to answer. yea...I can just tell you but it becomes difficult because i can't say any single word. Futhermore...i had promised u before that i'll never say "nothing...takde pape" so of course i can't avoid from answering u right. You're very smart enough for making me promise u that thing. *pinky promise..? or between us its purplish promise..??
hmmm...you'd told me once right..? There's no such thing happen without any reason. so do asking forgiveness or saying thank you. There must be a reason for me saying that word.
So here...I'm sorry BECAUSE I'm not really spend my time with u recently...for not really be there for u...for sometimes ignoring u...forgot about u. NO!! That's not my intention at all. Entah la...if I tell u about this I'm sure yang awak akan cakap syahirah takde salah pape dengan awak. Syahirah akui yang syahirah tak pandai nak baca apa yang ada dalam hati awak. I'm lack of it so I'm afraid that I've hurt u. You know what..? Almost a year I know you but I think I'm not really understand you like what u did for me. You're one of all my friends that really understand me although with only my face expression, my voice till I can't hide anything from u. You'll do anything until I tell u the truth. Its not that u force me to say it but it slip out from my mouth just like that. 
Sincerely...thank you for your understanding. Thank you for always be there for me. If there's anything please don't keep it from me. Just tell me if I've done anything wrong. Awak juga cakap kan...if anything we'll clarify to each other. 

u have told me bout the meaning of white rose right..?
err...but i'm sorry. syahirah dah lupa. Is it kesetiaan, kejujuran, keikhlasan or something like that?

Saturday 21 September 2013

Homeless Charity

Alhamdulillah...ira diberi kesempatan untuk melihat sendiri kesusahan orang lain. Kadar kemiskinan negara kita bukanlah semakin berkurangan tetapi sebenarnya masih banyak yang hidup melarat mencari sesuap nasi. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sesungguhnya terlalu besar nikmat yang telah Allah kurniakan. Andai kita rasa kita hidup susah lihatlah di luar sana. Masih ramai yang lebih susah dari kita...membanting tulang seharian bagi mencari rezeki buat diri dan keluarga.

One Charity dengan kerjasama ABIM dan zakat yayasan wilayah mencari peluang untuk cuba membantu golongan ini walau hanya dengan bantuan yang tidak seberapa. Setiap minggu hari khamis dan jumaat malam mereka menjalankan kerja-kerja amal memberi makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Alhamdulillah sudah hampir setahun ira menjadi salah seorang volunteer dalam melakukan kerja-kerja amal ni. First time ira join sekadar ikut kakak-kakak. Pengalaman hari pertama ira...dalam kesibukan sediakan makanan untuk mereka tiba-tiba ada kanak-kanak dalam lingkungan 3 dan 6 tahun datang kat ira cakap nak makan. Ya Allah...tersentak ira dibuatnya. Apalah yang kanak-kanak sekecil itu faham tentang erti hidup susah. Di saat kanak-kanak lain hidup senang bermain sesama sendiri tetapi mereka hidup dalam keadaan penuh kesusahan tiada tempat berteduh selayaknya seorang kanak-kanak membesar, bersekolah menimba ilmu. 

Ira tahu...tak semua orang boleh menerima kerja amal yang kitorang lakukan nih. Pada hemat mereka...untuk apa kita bantu mereka yang tidak berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupan masing-masing. Bukan ke bantuan demi bantuan yang dihulur membuatkan mereka semakin mengharap pada orang lain. Malahan mak dan abah ira sendiri kurang setuju pada mulanya. Ira tahu...diorang risaukan keselamatan ira. Mak..abah..homeless ni bukanlah mereka yang terlibat dalam kes-kes jenayah or penagih dadah. Tidak sama sekali! Mereka bekerja tapi mereka tidak mampu untuk menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal. Ada antara mereka yang bekerja sebagai guard, cleaner, buruh. Gaji diorang tak seberapa untuk membolehkan mereka mencari tempat tinggal di kota raya yang serba-serbi tinggi biayanya. Alhamdulillah sekarang mak abah dah ok..kasi greenlight kat ira. 

Bantuan yang kitorang hulurkan ni tidaklah seberapa. Semoga ini menjadi antara saham di akhirat kelak. Ya Allah...kami ikhlas membantu mereka tanpa mengharapkan balasan melainkan keredhaanMu. Kurniakanlah mereka kesempatan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Kehidupan melarat ini menyebabkan ada antara mereka yang menyalahkan takdir. Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik. Andai mereka terpesong dari landasan Islam, kembalikanlah mereka ke pangkal jalan. Kembalikanlah mereka dalam menilai kehebatan Islam. 

singgah solat kat masjid negara

makanan yang disediakan oleh zakat yayasan wilayah utk midnight run


Ketenangan itu pasti ada...

Ketenangan itu pasti ada untuk mereka yang mencarinya. Dekatkan diri pada Allah...itulah sebaik-baik ketenangan yang diraih. Or else...lihatlah alam semesta ciptaanNya ini. Pencipta yang Maha Agung. Hanya dengan mentadabbur alam juga mampu membuat kita meraih ketenangan dari kekusutan yang melanda. Andai kau berduka...lihatlah alam seluas saujana mata memandang. Pasti kau akan tersenyum melihat betapa indahnya alam ciptaan Allah ini. Lihatlah pada awan biru...langit yang tergantung tanpa tali dan menongkah alam tanpa tiang. 

pada awan biru ku melakar kata-kata
pada langit cerah kupadam semua cerita
dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
berterbangan jiwa merentasi pelangi
gerimis menitis gugur membasahi bumi
bagai menangisi sebuah cerita hati

-hafiz hamidun: cerita hati-

Dua hari lepas ira dengan kakak-kakak pegi lepak kat tasik taman botani. Cuba mencari ketenangan...talk heart to heart (err...x bopa nak heart to heart sgt la). Talk to the fish ye la kot...kasi makan dekat ikan-ikan dalam tasik tu. That is what we always do whenever we get into a difficult time. Cukuplah sekadar bersantaian di situ...berdiam diri seketika. Look at the nature in shaa Allah you'll find the calmness. Setiap ciptaan Allah itu ada hikmahnya cuma kita yang tak peka dengan keadaan sekeliling.


 ikan byk giler dlm tasik nih. ni la port lepak paling best utk cari ketenangan, kedamaian




Wednesday 18 September 2013

Birthday girl --> Nazatul Aqilah

Happy birthday to my beloved friend...Nazatul Aqilah.

My dear friend...
may Allah be with you in every step that you take
may He always guide you in each decision you make
may He help you when life gets rough
may He lift you when you have had enough
may He protect you when you fall
may He hear you when you call
may He soothe your heart when you don't understand
may He always hold you in His hand
may Allah bless you always in this precious day and forever

I know its hard for you to hear simple words from me..."I love you" but the truth is I do love you dear. Just..sometimes for me 'love is silence' or else 'action is more powerful than word'. Ungkapan sayang tu sesape pun boleh cakap. Aku sayang kau..! It's not difficult right..? I don't wanna say that words easily but I'm not be like a person who loves you. On this precious day...kakyong! Be a good muslimah...success in your life here and after. One more...I pray for your happiness with your future husband. Hope everything will be fine with Allah bless till Jannah. I'm sorry for every mistakes I've done to you. I'm sorry for every moments I've been scolding you. I just wan't the best for you dear. That's all...

lama kitorg pilih kek nak kasi kt kakyong tau.
I know dat u don't really like choc right

and...thanks for let me be like a birthday girl....^_^

 thanks again for not only let me be a birthday girl with that cake but also ur present.
guane hadiah kakyong ira plak kene buka. hadoyaii....

wangi bilik kakyong pasnih...^_^



Sunday 15 September 2013

sepi itu indah

Sepi itu indah...is it..??
ira quote this from novel Ramlee Awang Murshid but i don't really remember which novel this tagline belong to. yeaa...adakalanya sepi itu memang indah. Tika hati dan fikiran ini kusut, truthfully i wanna be alone sometimes. Ketenangan diraih melalui kesepian, kesunyian. That was my habit since i was in school. Whenever there's a problem i used to be alone thinking of it. Mostly it's all about friends. I dunno why but i always concerned about my friends since i was in primary school. Biasanya budak-budak sebaya ira masa tu will not really thinking about others.

i was a little princess right. haha...sory eh ira nk msuk bakul sndri jp...=P
Bila masuk sekolah menengah still...i'm with my habit. Well...semakin menginjak dewasa semakin banyak masalah yang perlu kita tempuh. Alhamdulillah i managed to get through it. Well done syahirah! hehe...tapi masa sekolah menengah even takde masalah pun kadangkala ira suka duduk sengsorang because of the scenery...sangat menenangkan.

kt blkg asrama ni antara tempat ira lepak. we have pokok pelam kt blkg tu n i used to have picnic there. hehe...with mpp members. ptg2 bwk tikar, mknn, bncuh air n stdy kt blkg tu. much better dr tperuk kt bilik
Then..after spm i continue with form 6. Erm...masa tu ira dah jarang lepak sengsorang. Maybe we gain strength from each other. That make us close to each other even we just being together about a half and a year. Like a family we go trough it. 






and now...i'm here in ukm. Tempat baru...kenalan baru...everything is new. Its almost a year i'm here. Again...sepi itu indah when there's a problem. Even it is hard but Allah is there for me. In shaa Allah i'll be fine. =)

1st class for dis sem. erm...tp lect x msuk pn sbnrnya. p buka cerita masing2 jer
Dari kenyataan sepi itu indah...melalut jauh ira pegi. Actually tengah kesepian pun menanti che roommate balik sini. Sepi itu indah bila tiba masanya kita perlu bersendiri. Tapi sepi itu menyeksakan bila kita perlukan seseorang untuk menemani. hmmm....

Thursday 12 September 2013

Brave

Bosan giler malam nie. My beloved che roommate balik rumah abang dia petang tadi. Dia tak sihat. hmm...tinggal la ira sengsorang kat bilik nie. Siang tadi ok la tak terasa sangat dia takde tapi dah malam nie...sunyi pulak rasa. Selalu dok merepek dengan dia. Kalau masing-masing buat keje sendiri pun at least ada teman. Ini dok ngadap laptop nampak bantal tengok dinding. Sedihnya...lonely...sokmo sengsorang forever alone betul la. 

Awal-awal nie...kelas belum start, assignment belum ada. Senang citer tak busy sangat la. Kat bilik santai jer. Tapi bila dok sengsorang ni how i wish there's something i can do. Boring...=(

Bosan punya pasal ira buka citer brave. erm...citer kartun sebenarnya. hehe...

citer nie!!!

trailer cartoon brave

BRAVE...kisah seorang puteri, Princess Merida, yang sangat suka buat haluan sendiri sehingga menimbulkan huru-hara. Sikap tidak puas hati terhadap ibunya sendiri yang sentiasa cuba untuk mengatur hidupnya membawa kepada perubahan dahsyat. Sesuatu di luar jangkaanya namun as usual with happy ending don't worry. hehe...nak tau citer ni sila tengok sendirilah yer.

But...an unbelievable thing happened tonight is...my tears drop because of this story. Bila fikir balik...syahirah! why did you cry just because of watching cartoon..?? Such a ridiculous perhaps. But yea...sape suruh pengarah dia buat part sedih dalam citer nih even its a cartoon. Terlebih menjiwai cerita dan watak la pulak. 

Erm...dah lewat sebenarnya nih. Esok ira ada kuliah pagi so..need to sleep right now walaupun macam susah je nak tido. Memang problem untuk tido malam kalau dok sengsorang. But will try...good night dear...^_^

Seminar I

Islamic Criminal Law in Modern World: A Case Study of Pakistan


First week at ukm kena attend seminar atas arahan Dr Zaizul, pensyarah bagi kursus Psikologi Agama. Hmm...actually ira blur sebenarnya masuk seminar nie. Seriously ira tak faham amende so tak fokus langsung. Tak faham + tak fokus = just attend sekadar penuhkan kehadiran. Bosan pun ada kat dalam bilik senat ni. Sejuk satu hal...forgot to bring my coat...T_T

Esok ada lagi seminar nie tapi taktau la pasal apa pulak. Sebelum tu kena attend kuliah Muamalat & Jinayat dulu. Justeru itu...(err...macam nak buat karangan BM plak) ira...sila bangun awal ok!! Subuh and make breakfast. Kali nie ira berazam at least setiap pagi mesti breakfast walau sekadar secawan choc drink. 

Keluar bilik senat tadi my bestie asked me..."what did u get from the seminar bestie..?"
hmmm...nak tau ira dapat ape..? These is what i get...=P

 ira dapat posing take photos

Most important ira dapat tajamkan minda main game unblock me. Ahaaa...seriously don't ask me what i get but do tell me what u get. I think that is more useful. Sharing is caring right...^_^