Tuesday 28 July 2015

Ceritera Ramadhan & Syawal ku

Ramadhan....bulan yang penuh barakah ini buat pertama kalinya disambut di bumi ukm. Inilah yang pertama kalinya dan jua yang terakhir kalinya. Pengalaman pertama yang sangat bermakna buat diri ini. Walaupun...hati mana yang tidak sedih berjauhan dari keluarga. Hati mana yang tidak sayu melihat teman yang lain pulang menyambut awal Ramadhan bersama keluarga. Namun digagahi jua untuk terus bertahan kerna bukan aku sahaja di sini. Melihat wajah-wajah mereka yang ira sedar kami bakal mencipta memori indah bersama buat yang terakhir kalinya.

Alhamdulillah...
Allah masih berikan kesempatan untuk melalui madrasah Ramadhan untuk yang kesekian kalinya.
Madrasah Ramadhan tidak pernah sekali-kali gagal dalam memberikan ketenangan buat diri ira.
Madrasah Ramadhan tidak pernah sekali-kali gagal dalam mendamaikan jiwa ini.
Sungguh Ramadhan itu bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan.
Disambut Ramadhan kali ini dengan paper akhir final exam.
Disambut Ramadhan kali ini dengan moment akhir pertemuan sahabat.
Disambut Ramadhan kali ini dengan ketabahan hati menghabiskan tugas-tugas akhir Latihan Ilmiah.
Disambut Ramadhan kali ini dengan hati yang gundah dalam mencari ketenangan.
Disambut Ramadhan kali ini dengan segala macam rencah rasa yang berbolak balik dalam hati
Namun Allah itu Maha Kuasa
Kembali padaNya dan kau akan beroleh ketenangan yang menyenangkan
Pulang padaNya dan kau akan merasai kedamaian yang tiada tandingannya
Sujudlah padaNya dan kau akan merasai kerendahan hati yang sesungguhnya
Mintalah padaNya dan kau akan merasai kerdilnya diri di hadapanNya
Bertaubatlah dan kau akan merasai hinanya diri di pandanganNya
Kata seorang sahabat...apabila kita diuji maka ingatlah seperkara
Sesungguhnya Allah tidak menguji pada sesiapa yang tidak mampu
Yakinlah bahawa kau mampu maka kau akan redha
Yakinlah bahawa kau insan terpilih maka kau tidak akan jatuh

Seminggu terakhir Ramadhan barulah ira berpeluang berpuasa bersama keluarga di rumah. That moment...seriously sangat best!! Setiap detik bersama keluarga itu adalah detik yang paling berharga buat ira. Seminggu terakhir bersahur, berbuka, terawih semua dekat rumah. Masa ni jugak la sibuk nak kemas rumah, buat kuih, buat itu buat ini. Cuci mencuci kemas mengemas je hampir tiga hari baru setel. Bila puteri raja @ kakak telah mengeluarkan titah perintah untuk tidak mencemar duli yang maha mulia turun mencuci dan mengemas segenap ruang 'istana' makanya...dayang-dayang sekalian je la yang menyental setiap cerok pelosok rumah. Bila big bos dah keluarkan arahan cuci pagar, mop lantai, lap habuk, bersihkan kipas, trim pokok, basuh kereta dan segala macam tugas yang ada...saya menurut perintah. Disebabkan ira dah ambil alih tugas-tugas mengemas rumah, niat di hati tak nak usik yang lain. Kuih raya semua serahkan pada kakak but at the end...mencemar duli jugak. Baru plan nak jadi princess jugak. huhu...Alhamdulillah...siap jugak semua kerja before raya walaupun terguling tergolek terlentang semua penat mengemas itu ini. 

"Malam ni LAST terawih...
pagi nanti LAST sahur...
esok pulak LAST puasa dan...
maghrib esok LAST berbuka
harap Ramadhan tahun nie...
bukan LAST untuk kita semua" 

Mesej demi mesej diterima seawal malam terakhir terawih sebelum menyambut hari terakhir Ramadhan tahun ini. Terawih terakhir untuk tahun ini...ira dan adik berkesempatan berjemaah di Masjid Taman Peruda. Sebelum terawih...sempat mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh imam situ.

"Tazkirah terawih tadi ustaz pesan manfaatkan malam terakhir ini untuk rebut peluang beribadah sehabis baik, ada peluang untuk dapat lailatul qadar (malam ni malam ganjil). Ustaz juga selitkan ada golongan yang amalannya ditolak walaupun dia beroleh lailatul qadar iaitu ; 
- orang yang mensyirikkan Allah
- org yg derhaka terhadap ibu bapa
- org yg memutuskan silaturrahim
- org yg suka caci dan maki
dan lima raya yang dinikmati oleh golongan yang beriman iaitu ;
- orang yang tidak melakukan dosa sepanjang hari
- orang yang dapat mengucap di saat sakaratul maut
- orang yang tenang di padang masyar
- orang yang dapat masuk syurga dan orang yang dapat melihat Allah di syurga kelak."

Ya Allah...semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan terakhir buat kami. Temukanlah kami dengan bulan mulia ini pada tahun akan datang. Semoga kami istiqamah dengan segala amalan sepanjang Ramadhan ini. Tetapkanlah hati-hati kami di jalan redhaMu.

Akhirnya Ramadhan melabuhkan tirainya dan Syawal menyingkap jendelanya. Hari kemenangan umat Islam setelah sebulan melawan hawa nafsu. Pagi raya disambut meriah walau tanpa kepulangan semua sanak saudara setelah masing-masing berkeluarga. Pagi raya dah kecoh anak cucu tokcik leha ni siap nak ke masjid. Solat sunat aidilfitri kami di Masjid Abdullah Fahim. Seusai solat, bergegas kami pulang menyiapkan juadah hari raya. huhu...ayat dah macam nak buat karangan dah. 

as usual...pagi raya kami tanpa abah
puteri Hj Shofe (^_^)
with maktok tersayang
with abah masa petang raya
Kebiasaannya, petang raya kitorang akan balik kampung abah then konvoi ramai-ramai ke rumah adik-beradik sebelah abah tapi...atas sebab-sebab tertentu kitorang terus balik rumah. Esok paginya baru kitorang start jalan raya. Dari pagi sampai malam baru balik. Seharian ke sana sini dari rumah adik-beradik sampai la rumah kawan-kawan abah. Sampaikan pergi rumah orang jamah air je tak larat nak makan dah. haha...


having a great time with family is the most happiness moment ever.

Masuk raya ketiga...kakak dah heret si kecik ke rumah kawankawan dia. Ira pulak...jadi anak manja mak ikut ke rumah jiran-jiran. Makanya...bersedialah dengan pelbagai jenis pertanyaan sebab makcik-makcik jiran nie semua kenal ira sebab selalu ikut mak ke mana je. Dalam banyak-banyak pertanyaan..mostly semua tanya dah habis belajar ni taknak sambung lagi ke? Nak kerja apa? Hmmm...bukan taknak sambung. Honestly ada keinginan untuk sambung belajar tu tapi ada kekangan-kekangan tertentu yang buat ira hold dulu. In shaa Allah ada rezeki nanti ira sambung belajar ye. Thesis degree ni pun tunggang-langgang ira nak siapkan inikan pula nak terus sambung master? huhhhh...I need a rest for a while. Otak jam dah nak pikir thesis and segala research if ira terus sambung master. Orang lain...tu rezeki diorang la and diorang mampu maka teruskanlah. Ira pun suka tengok kawan-kawan yang sambung belajar. As for me...later perhaps. Banyak benda yang ira kena fikir sekarang dan salah satunya bila abah cakap nak berhenti kerja. That means...I need to work so untuk sambung belajar mungkin nanti kalau ditakdirkan rezeki ira untuk sambung belajar, Soalan killer budak dah habis belajar nie...tak lain bila nak kawen la. Adoyaiii....takde soalan lain agaknya. Kalau ada ceo kaya masuk meminang...ira on je. haha...Ok tak..!! Macam yang ira cakap. Perancangan ira banyak lagi dan soal perkahwinan masih belum ada dalam list perancangan tu. In shaa Allah sampai jodoh ira kawen la. Perancangan Allah tu lagi hebat jadi...untuk apa kita risau dan orang sekeliling pun tak perlu risau untuk ira. Walaupun dah macam trend sekarang nie ramai yang kawen awal. Kawen awal murah rezeki blablabla... Rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Tak semestinya kawen je murah rezeki. Kalau kita niatkan untuk tolong mak ayah kita kan Allah buka juga pintu rezeki. Tak perlulah sibuk nak cari bakal imam sedangkan imam yang sentiasa di sisi sejak kita lahir itulah yang lebih utama. Fitrah manusia tak siapa dapat hindari but how to handle with it is the important thing to do. haa....kan dah lari topik cerita raya ira nih. haha...

Alhamdulillah...kitorang sempat jugak buat open house kecil-kecilan jemput co-workers abah datang rumah setelah penat bertungkus-lumus kerja time hari raya gini. Semua yang datang tu dari site sibuk dengan masalah tekanan air rendah la, air takde la, paip pecah la. Have a nice day pakcik-pakcik sekalian. Thank you for your hard works. Walaupun ira terpaksa batalkan perancangan untuk konvoi raya dengan kawan-kawan sekolah ke rumah cikgu-cikgu tapi takpe la. In shaa Allah ada hikmahnya. Antara hikmahnya...makan mee udang tak tau berapa mangkuk. haha...

And now...here I am. Back to ukm...back to do my work...back to finish my thesis. Moga Allah mudahkan semuanya. Aminnnnn....

scene paling win kat rumah maktok




Monday 20 July 2015

...Unspeakable Secret...

A secret you can't tell anyone
Everyone has a secret like that
Even if you say it's nothing special
Even if I try to be indifferent, it hurts...
Don't love me
I can't help my heart being like this
What I can give you
Are just unstoppable tears
With a strange face you've seen for the first time
I would only give you scars in your heart
I'm just going to leave you so I can love you alone
Even loneliness feels like a long-time friend
It's time to get used to it but I miss you
Don't come to me
I can't help my heart being like this
I'm afraid my pain will go to you
I don't know if you know 
That's why I'm pushing you away
Forget the me that used to love you
Just remember the bad me who only made you cry
Though I can't tell you I love you
I love you...

_Kill Me, Heal Me_

Saturday 11 July 2015

Epilog Sekeping Hati...

Sukarnya untuk aku memahami sekeping hati
di situ tersimpan segalanya
perasaan...suka atau duka, kasih atau sayang, cinta atau benci
hati...anugerah Illahi dan Dia jua yang membolak-balikkannya
jangan pernah terpedaya oleh bisikan hati
kerana ada ketika didorong nafsu yang merajai
sentiasalah bergantung harap padaNya
kerana Dia yang memegang setiap hati manusia
ku kira...aku juga pernah tewas
fitrah manusia yang tak siapa mampu nafikannya
tapi...jangan pernah tunduk pada ketewasan
kerana di sebalik jatuhnya seseorang 
tersimpan secebis kekuatan untuk terus bangun
tersimpan secebis kekuatan untuk terus menghindar
rahsia Allah...tak siapa tahu
mungkin kita fikir apa yang ada di depan mata itulah yang terbaik
tapi kita lupa...yang tersirat itu lebih hebat
ada ketika kita rasa lemah dengan hati yang meronta
sungguh itu ujian Allah yang Maha Kuasa
kembalilah padaNya...setiap dugaan itu mendekatkan kita pada Rabb
hati...mainan perasaan yang sentiasa mengelirukan manusia
jangan pernah mengalah..! jangan pernah tunduk..! 
kerana aku tahu kau bukan sebarang insan
kerana itu Allah memilih dirimu untuk diuji
kerana Allah menguji pada hambaNya yang mampu

**********************************************

Duhai hati...kau tak jatuh. Kau tak pernah jatuh, Kerana apa? Kerana kau tahu diri. Kau tak hanyut...kau sentiasa sedar. Kerana itu kau terus berjuang. Maka berjuanglah sehingga ke akhirnya. Jangan pernah biarkan hati menguasai walau ada kalanya kau rasa tewas...walau ada kalanya kau rasa kau jatuh...walau ada kalanya kau rasa tak mampu. Hati dan perasaan tak semudah itu untuk kau kawal tapi selagi mana kau berpegang untuk tidak pernah jatuh selagi itu kau mampu. Jangan pernah persoalkan kenapa begini dan begitu...jangan pernah persoalkan kenapa kau sering terperangkap dalam permainan sebegini. Pada rasional fikiranku...selagi mana kau berpegang pada prinsip itu maka selagi itu kau akan terus berdepan dengan semua ini. Maka kau ingin berundur? Kau ingin lepaskannya? Tidak bukan...? Dan jangan pernah sesekali kau buang prinsip itu walau beribu kali kau diuji sebegini. Kerana itu mengangkat martabatmu. Kupujuk hati...moga kau terima pujukanku ini kerana aku sangat sayang padamu. Tangis itu lumrah...sakit itu biasa. Tapi yang luar biasa ialah...kau masih mampu tersenyum. Maka teruslah tersenyum walau dalam duka atau tangis. 

~ikhlas dari hati~