Wednesday 23 December 2015

Salam Maulidur Rasul

Suatu kisah yang seringkali kita dengar...

Suatu masa, Bilal meminta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. Bila ditanyakan mengapa? Bilal ratapi buat kali terakhir Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah s.a.w. berkongsi segala kenangan di Madinah. Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah s.a.w. 

Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari Rasulullah s.a.w. muncul dalam mimpi Bilal, "Wahai Bilal! Alangkah kerasnya haitimu. Mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?"

Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi dalam mimpinya tadi lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah s.a.w. Bilal bersama tunggangannya menangis tanpa henti. Kalau boleh Bilal ingin terus meneruskan perjalanannya untuk cepat sampai ke Madinah. Bilal takut ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. Setelah beberapa hari, Bilal tiba di maqam Rasulullah s.a.w. 

Suaranya yang telah kehilangan akibat raungan tangisannya sepanjang perjalanan lalu memberi salam, "Assalamu'alaika ya Rasulullah."

Bilal masih tidak berhenti menangis. Tiba-tiba datang Amirul Mukminin menerpa Bilal daripada belakang. Saiyidina Abu Bakar r.a. memujuk Bilal hingga reda sebentar tangisannya. 

"Bilal, alang kamu sudah berada di sini. Azankan untuk kami Bilal," sapa Amirul Mukminin. 

"Tidak wahai Amirul Mukminin," tolak Bilal.

"Azanlah Bilal. Kami rindu suara azan kamu itu," sapa Saiyidina Umar pula. 

Bilal menggeleng. Tiba-tiba datang dua permata kesayangan Rasulullah s.a.w., Hasan dan Husin. "Pak cik Bilal, azanlah sebagaimana masa zaman datuk kami masih ada." Dipeluk dua orang cucu kesayangan Rasulullah s.a.w. dan diciumnya. "Sebentar tadi baru ku tolak permintaan khalifah dan Saiyidina Umar. Aku takut untuk menolak permintaan kalian, aku takut nanti aku ditinggalkan Rasulullah s.a.w."

Bilal naik ke menara, diratapi satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah s.a.w. sambil air matanya mengalir laju. 

"Allahu akbar, Allahu akbar!"

Riuh satu Madinah, keluar seisi rumah di setiap pelusuk Madinah. 


"Asyhadu alla ila ha illallah!"


"Abu 'isa Rasulullah?!" - "Apakah Rasulullah dibangkitkan semula?!"

"Asyhadu alla ila ha illallah!"

Tangisan kota Madinah kian pilu menggamit kenangan mereka bersama Rasulullah s.a.w. Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar, mengalir air mata dua orang sahabat ini. Satu Madinah dibanjiri oleh air mata tangisan kerinduan. Suara agung itu  kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatit sebagai satu sejarah buat umat akhir zaman.

"Asyhadu anna Muhammad Rasulullah!"

Tersungkur Bilal tidak dapat meneruskan azannnya lagi. Disambut dua orang sahabat dan bertanya, "Mengapa Bilal?"

"Waktu tengah azan sehingga aku menyebut nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita. Aku rindu Rasulullah...aku rindu Rasulullah...aku rindu Rasulullah."

Berlinangan air mata sahabat dan seluruh warga kota Madinah apabila suara agung itu kembali pulang  menghantui kerinduan buat jujungan besar Muhammad s.a.w.

********************

Suatu kisah yang seringkali kita dengar namun setiap kali itulah juga mengundang air mata. Subhanallah...Masha Allah...mulia sungguh cinta dan rindu para sahabat buat junjungan mulia kekasih Allah, Rasul Allah s.a.w. Begitu juga kasih dan cinta Rasulullah s.a.w. buat umatnya. Dan kita...masih di sini. Bibir mengungkap cinta namun di hati melupa. Ya Allah...kerdilnya rasa cinta yang ada ini, kerdilnya rindu yang cuba diungkap ini. Kita lebih mengagungkan cinta manusia melebihi cinta Allah, melebihi cinta Rasul. 

Aku juga begitu...kehilangan cinta manusia kita rasakan seperti satu ujian yang sangat berat untuk kita lalui, mengeluh dan merintih. Sedangkan dalam kita mengejar cinta manusia tanpa sedar kita kehilangan cinta paling agung. Lumrah manusia rasa tersakiti, fitrah manusia rasa dikecewa, sehingga ada ketika kita rasa ibarat jatuh ke lubuk yang dalam. Kita rasa tiada siapa yang memahami, tapi kita lupa kita ada Allah. Walau kita jauh tapi selangkah kita menghampiriNya 'seribu langkah' Dia 'hadir' mendengar keluh-kesah kita. Allah berikan ujian buat hambaNya kerana Dia rindu akan tangisan, rayuan dan memohon hanya padaNya. Allah memutuskan pengharapan kita pada manusia kerana Dia 'cemburu' pada pengharapan yang selain dariNya. Bersangka baiklah dengan Allah...perancanganNya adalah yang terbaik buat kita. Mengapa merindu pada yang menyakiti? Mengapa mengasihi pada yang mengecewakan? Sedangkan kita punya Allah yang tak pernah menyakiti atau mengecewakan. Cuma kita yang seringkali alpa dan leka dibuai indahnya mencintai manusia. 

Duhai diri yang sering hanyut dalam menongkah arus kehidupan. Capailah cinta Allah dan kau akan perolehi cinta hambaNya. Mutiara yang paling indah itu hanya boleh didapati di dasar lautan seperti indahnya mawar tapi berduri. 

***********************

Bila Syahirah mula bermadah...rasa macam dah lari tajuk je. hehe...kalau ada orang boleh guide ira untuk jadi seorang penulis ni hmmm...agaknya dah boleh terbitkan buku kot.