Wednesday 25 September 2013

Perbandingan Agama

What is comparative religion...?

Comparative religion is the study of different religions and how they relate to each other. It examines similarities, differences, and the way in which different religions interact each other. 

This is my first class of comparative religion by Prof Madya Dr. Jaffary Awang. Satu persoalan yang dibangkitkan...
"Mengapa kajian terhadap agama kristian diutamakan berbanding agama yahudi sedangkan kedua-dua agama ini disebut dalam al-Quran..?"

Faktor utama yang menyebabkan kajian terhadap agama nasrani lebih mendalam berbanding yahudi ialah cabaran yang dibawa oleh agama tersebut. Agama nasrani membawa konsep ketuhanan dengan kasih sayang yang mana diketahui tuhan bagi mereka sanggup berkorban demi menanggung dosa mereka. Sedangkan perkara ini telah diseleweng daripada kitab asal agama nasrani iaitu Injil. Penyelewengan ini bertujuan menarik sebanyak mungkin pengikut agama lain untuk berpaling kepada agama mereka. Mereka membawa ideologi berdasarkan pengalaman hidup. Oleh itu, kajian mendalam terhadap agama nasrani diutamakan.

Golongan yahudi mendakwa diri mereka sebagai bangsa pilihan tuhan. Yahudi terbahagi kepada tiga golongan iaitu komited, sederhana dan liberal. Cabaran mereka dari sudut mempengaruhi golongan luar ialah kurang. Oleh itu, kajian terhadap agama yahudi tidak serancak dan sedalam kajian yang dilakukan terhadap agama nasrani. 

*Islam didatangkan melalui junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. bagi menyempurnakan penyelewengan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh umat terdahulu

Skop perbincangan perbandingan agma : 
1) Sejarah agama
2) Doktrin agama
3) Penganut agama - fahaman & olahan yang dilakukan

Perbandingan agama terhasil melaui perbincangan dan pengamatan. Elemen perbincangan yang terdapat dalam perbandingan agama antaranya ialah sirah, doktrin agama dan mantik yang mana bersifat kritikan dan pengisahan. Contohnya: Kitab Munqidh min al-Dhalal, kritikan Imam al-Ghazali.

Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment