Saturday 21 September 2013

Homeless Charity

Alhamdulillah...ira diberi kesempatan untuk melihat sendiri kesusahan orang lain. Kadar kemiskinan negara kita bukanlah semakin berkurangan tetapi sebenarnya masih banyak yang hidup melarat mencari sesuap nasi. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sesungguhnya terlalu besar nikmat yang telah Allah kurniakan. Andai kita rasa kita hidup susah lihatlah di luar sana. Masih ramai yang lebih susah dari kita...membanting tulang seharian bagi mencari rezeki buat diri dan keluarga.

One Charity dengan kerjasama ABIM dan zakat yayasan wilayah mencari peluang untuk cuba membantu golongan ini walau hanya dengan bantuan yang tidak seberapa. Setiap minggu hari khamis dan jumaat malam mereka menjalankan kerja-kerja amal memberi makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Alhamdulillah sudah hampir setahun ira menjadi salah seorang volunteer dalam melakukan kerja-kerja amal ni. First time ira join sekadar ikut kakak-kakak. Pengalaman hari pertama ira...dalam kesibukan sediakan makanan untuk mereka tiba-tiba ada kanak-kanak dalam lingkungan 3 dan 6 tahun datang kat ira cakap nak makan. Ya Allah...tersentak ira dibuatnya. Apalah yang kanak-kanak sekecil itu faham tentang erti hidup susah. Di saat kanak-kanak lain hidup senang bermain sesama sendiri tetapi mereka hidup dalam keadaan penuh kesusahan tiada tempat berteduh selayaknya seorang kanak-kanak membesar, bersekolah menimba ilmu. 

Ira tahu...tak semua orang boleh menerima kerja amal yang kitorang lakukan nih. Pada hemat mereka...untuk apa kita bantu mereka yang tidak berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupan masing-masing. Bukan ke bantuan demi bantuan yang dihulur membuatkan mereka semakin mengharap pada orang lain. Malahan mak dan abah ira sendiri kurang setuju pada mulanya. Ira tahu...diorang risaukan keselamatan ira. Mak..abah..homeless ni bukanlah mereka yang terlibat dalam kes-kes jenayah or penagih dadah. Tidak sama sekali! Mereka bekerja tapi mereka tidak mampu untuk menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal. Ada antara mereka yang bekerja sebagai guard, cleaner, buruh. Gaji diorang tak seberapa untuk membolehkan mereka mencari tempat tinggal di kota raya yang serba-serbi tinggi biayanya. Alhamdulillah sekarang mak abah dah ok..kasi greenlight kat ira. 

Bantuan yang kitorang hulurkan ni tidaklah seberapa. Semoga ini menjadi antara saham di akhirat kelak. Ya Allah...kami ikhlas membantu mereka tanpa mengharapkan balasan melainkan keredhaanMu. Kurniakanlah mereka kesempatan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Kehidupan melarat ini menyebabkan ada antara mereka yang menyalahkan takdir. Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik. Andai mereka terpesong dari landasan Islam, kembalikanlah mereka ke pangkal jalan. Kembalikanlah mereka dalam menilai kehebatan Islam. 

singgah solat kat masjid negara

makanan yang disediakan oleh zakat yayasan wilayah utk midnight run


No comments:

Post a Comment