Saturday 18 January 2014

Seminar Dakwah Non-Muslim

Alhamdulillah akhirnya ira diberi kesempatan untuk mencoretkan pengalaman yang tidak seberapa ira timba dari Program Seminar Dakwah Non-Muslim anjuran MAIS & JAIS. Last minute planning kitorang join this program bertempat di Institut Tahfiz al-Quran lil Muttaqin, Sungai Tekala, Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Program selama 3 hari 2 malam ini bermula pada 10 Jan - 12 Jan. Kami dijemput ke sana dari ukm oleh pihak pengurusan akibat ketiadaan transport. Program yang sepatutnya bermula pada jam 2.30 petang ditunda hingga ke malam. Selama itu...nak tahu apa yang kitorang buat..? 

haaa...ni dia Qeja kami. hehe...penat menunggu so kita asah minda main sahiba
Alhamdulillah tepat jam 8 kitorang diambil oleh pihak pengurusan. Sampai kat sana terus dipelawa makan malam. Tercengang-cengang jugak dibuatnya. Almaklumlah program dah start dari petang tapi kitorang baru sampai. Malam tu just briefing bout the program. Hampir 200 peserta semuanya termasuk para facilitator dari pelbagai universiti. Ira difahamkan majoriti from kuis sebab diorang datang dengan bas. Kira tau awal la bout this program. For supper...kitorang terus bergerak ke bilik. Alhamdulillah kitorang disediakan dorm yang memuatkan hampir 50 peserta i think or...more than that. Kawasan tu berhampiran dengan air terjun Sungai Tekala and its seriously sekjukkkk....sumber air kat situ dari bukit, mandi air kolah. perghhhh....mengigil-gigil kitorang dibuatnya. Mandi before subuh pulak lagi la. Paling best...selimut takde, sweater tak bawak. stokin pun takde (ira biasa tido with stokin). Kalau la boleh mandi ala-ala P.Ramlee rasanya dah buat kot. Tak sanggup nak menadah air bukit pagi-pagi. 

 before start program

First day kat sana. errr....first day full program indoors. Kitorang didedahkan dengan street dakwah oleh bro Firdaus Wong Wai Hong. He's muallaf bout 8 years. Antara topik perbincangan kitorang ialah alasan-alasan orang menghindar dari melakukan dakwah. The excuses....terasa kurang ilmu, takde keberanian, tak tahu mana nak mula, malu and so on. 

Perkara penting untuk menyampaikan dakwah ialah :
1) Niat
2) Ilmu
3) Faham 
4) Amal
5) Jemaah
6) Usaha & istiqamah
7) Doa & tawakal

Do's & Don'ts ketika berdakwah especially when you're doing street dakwah : 

Do's : - sabar
         - kongsi & bukan mengIslamkan
         - elakkan konfrontasi
         - bergerak secara berkumpulan
         - menggunakan bahasa yang mudah
         - penampilan yang kemas
         - mencari titik persetujuan
         - iktiraf intelektual mereka
         - sekiranya tidak tahu just be honest that u don't know
         - expect the unexpected
         - kenali mereka
         - ketahui kepercayaan mereka
         - elakkan halangan
Don'ts - serang
          - menaikkan angin orang lain dengan isu sensitif
          - mengganggu rakan
          - berbohong atau menokok tambah cerita
          - menghukum seseorang berdasarkan penampilan luaran
          - berputus asa

There're many prospect of peoples so we need to learn how to tackle this person. Kalau nak diceritakan kat sini susah la kot. Much easier if face to face discussion. The unique here is bro Firdaus describe this people into 7 groups which are Mr. Bean, Yellowman, High five, Sheikh Google ibnWifi al-Internet, deaf & mute, zombie, provoke person. haaa...nak tau ape? 
- Mr. Bean : who always ignore everything
- Yellowman : who always busy on phone
- high five : who tried to ignore with hand gesture
- Sheikh Google ibn Wifi al-Internet : who always busy with the internet
- deaf & mute : who tried to avoid
- zombie : who always keep saying don't have time
- provoke : who always ask provoke questions

That night we have LDK to conclude what we get from this whole day. Intan from kuis shared her experience while joining Sarung Kaki Project in Safiyya. Nice experience I guess. Kak Mariam cerita pasal homeless and Kak Amna cerita pasal program bersama orang asli.
And me....? My experience in studying comparative religion. Yeaa...to be honest ira pernah persoalkan kenapa la ira kena belajar banyak sangat agama dan fahaman yang mengarut-ngarut ni. But at that time...difikirkan balik....ada hikmahnya. With that knowledge, we know the similarities of each religion and its important to attract other people to talk about Islam. Alhamdulillah wa syukurillah...ira diberi peluang untuk belajar tentang semua benda. Setiap yang ditetapkan untuk kita tu pasti ada hikmahnya cuma manusia...seringkali mempertikaikan.

my LDK's group
on the second day @ last day...masih berkisar tentang 'Syoknya Berdakwah' disampaikan oleh bro Fakharuddin, pengarah Hidayah Centre. Antara persediaan untuk menjadi seorang da'ie ialah perlu mengenali diri sendiri dan mad'u, menguasai ilmu dan method serta kajian impak.
- Diri sendiri : kekuatan dan kelemahan
                    : manfaatkan kekuatan
                    : baiki kelemahan
                    : pendekatan yang sesuai
- Mad'u : latar belakngan keluarga, pendidikan dan minatnya
             : agama dan pegangan
             : budaya dan persekitaran
             : cara hidup
             : pantang-larang dan perkara sensitif. Contohnya gelaran, makanan, tuhan
- Ilmu : tauhid
          : sunnah / sirah
          : ilmu Islam
          : ilmu perbandingan agama
- method : rapport building, bina hubungan
               : diagnosis, listen-response-relax
               : prescription, muzakarah
               : follow-up

Sebelah petangnya kitorang didedahkan tentang persoalan Kristian. Antara soalan yang dikemukakan ialah berkenaan dosa warisan. Kristian mengatakan bahawa setiap manusia yang lahir di muka bumi ini mewarisi dosa Nabi Adam a.s. Persoalannya ialah...how the sin is inherited? Kalau melalui roh...Allah memberikan roh kepada Nabi Adam a.s. dan Allah juga yang memberikan roh kepada manusia lain so kat mana yang dijelaskan di sini roh itu bersangkut paut. Jika dikatakan melalui fizikal...ibu bapa mereka telah dibaptiskan which means diorang dah takde dosa so...kenapa tetiba boleh anaknya mewarisi dosa pulak..? Fikir-fikirkanlah ye...
Christian propagation strategies :
- missionaries, media & film, good manners, deceit, open bible class, local language and brain washing

Alhamdulillah akhirnya selesai kami berprogram di Institut Tahfiz al-Quran lil Muttaqin. Semoga setiap ilmu yang kami timba di sini menjadi suatu pengajaran yang sangat bermanfaat.

before going back to ukm


No comments:

Post a Comment