Wednesday 1 January 2014

2013~2014

Alhamdulillah...akhirnya 2013 melabuhkan tirainya. Pada hemat ira...berakhirnya 2013...hadirnya 2014 tidak bererti apa-apa. Yang perlu kita lihat...yang perlu kita semak kamus hidup kita adalah pada saat maal hijrah menjelang. yea...di saat buku amalan kita ditutup dan diangkat dibawa menghadap Illahi. 

Ya Allah...semakin menginjak usiaku namun...aku masih lagi lalai dan alpa dalam mengerjakan suruhanMu. Aku masih terumbang-ambing dalam melaksanakan amanat kekasihMu. Aku masih leka dalam mengejar kenikmatan dan kesenangan hidup di dunia sedangkan aku tahu yang mengurniakan segala nikmat di muka bumi ini adalah Engkau...Tuhan Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa. 

La Tahzan...Robbuna ma'ana...
Jangan sedih...Allah bersama kita...
Ayuh! bangkit dari tidurmu yang lena...
Takkan kita hanya berdiam sahaja...
Siapa Tuhan kamu...?
Siapa guru kamu...?
Apa pegangan kamu...?
Apa cita-cita hidup kamu...?
_Heliza Helmi_

Jika cinta mampu untuk kulukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia dan teristimewa
Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahgia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir
Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan mula lafazkan janji yang terindah
Bersedialah menunggu di garis penghujung
In shaa Allah ke syurga bersatu kasih kita
_Hafiz Hamidun_

Syahirah....syahirah...memang sangat takde keje ira tulis lirik pulak. Adoyaiii...itulah padahnya bila asyik ulang playlist lagu yang sama. By the way...menjelang 2014 ni jugak means left with only a day before final exam started. huhu....to be honest ira belum ready. Dah pening dah kepala otak ni from Yahudi to Kristian...from Synagogue to church...from Iraq to Kana'an (Palestine) to Egypt to Madyan back to Egypt to Sinai back to Kana'an. huh...nampak tak flow perjalanan yang panjang berjela. Belom lagi from Hinduism to Buddhism....from Brahmin to Shakyamuni...from atman to karma to samsara to moksha. huhu...nampak tak keserabutan dia kat situ...? Trinity compare to Trimurti?? hmmm....Apesal la korang create agama yang entah pape ni. kan dah serabut kitorang nak memikirkan tuhan yang pelbagai...banyak sangat. Trimurti...refers to Brahman divide to Brahma, Vishnu, Shiva who's married to Sarasvati, Lakshmi, Parvati. Parvati who has two sons named....entah la tak ingat pulak. One of them is not married and another one has two wives. One is an arranged marriage and the other one is on his own choice. hmmm....it is a symbol for Hindu which is they can stay single, apply arranged marriage and choose by themselves and can also marry more than one. hmmm....macam gitu pun hado...?? Dah..dah..sebelum ira semakin pening. Lets we stop this. 

jom kita amalkan sunnah puasa sepanjang tahun nie. Ira tahu...ira cilok2 gak bab puasa sunat ni. so....lets baiki diri yuk...!

Di saat che roommate ira dah terlelap...ira bergelumang dengan buku-buku dan nota-nota yang bergelimpangan. Kembali dengan revision yang pelbagai. Almaklumlah..dia stay ira tido. dah dia tido ira pulak la stay. In shaa Allah...chaiyok! chaiyok!

Ya Allah....kurniakan aku kefahaman dan daya ingatan yang kuat dalam setiap apa yang aku pelajari. Permudahkanlah setiap urusanku jangan Kau sukarkan. Aminn...

No comments:

Post a Comment