Saturday 25 January 2014

OPKIM '14 (Operasi Khidmat Masyarakat 2014)

Alhamdulillah atas kerjasama semua pihak, program Operasi Khidmat Masyarakat 2014 yang bertempat di KEDA Sungai Toh Pawang selama 5 hari 4 malam berjaya dilaksanakan hingga ke penghujungnya. 

Sekitar hari pendaftaran sebelum bertolak dari UKM ke tanah air tumpah darahku...Negeri Kedah Jelapang Padi. My hometown yang sangat ira rindukan. 

bersama kakak2 syg ira
huhu....serabut sbnrnya incharge pendaftaran nie. masa tu la org nak bayar yuran pendaftaran. masa tu jugak la pakat nak amek baju, tag.....kucar-kacir dibuatnya
Alhamdulillah kitorang sampai di sana dalam pukul 8am. Terkejut jugak sebenarnya bila kami disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar. haha.....terasa macam jadik rombongan pengantin pulak.

 perasmian dan penyampaian cenderahati oleh Prof Dr. Azizan Ahmad, penasihat PKMK UKM

penyerahan anak angkat kepada hampir 38 buah keluarga 

Petangnya adik-adik bawak pusing satu KEDA. fuhh....penat jugak berjalan satu KEDA tu sebenarnya.

 ketokohan kakak2 betul. pi la tang mana pun I'll be kakak2

Hari kedua...paginya diadakan senam aerobic tapi disebabkan budak-budak semua sekolah so kitorang exco dan peserta je la yang semangat ber'aerobic'nya. Kemudian rewang masak untuk makan tengah hari. 

3 legasi smkak --> ukm 


 Sebelah petangnya diadakan kursus ringkas pengurusan jenazah yang telah diaturkan oleh pihak KEDA.


Pada hari ketiga pula kami mengadakan program motivasi di Sekolah Kebangsaan Sungai Toh Pawang. Sedikit kekalutan apabila sekolah menengah yang juga take part dalam program motivasi nie tarik diri last minit. Terpaksa la semua peserta seramai 80 orang terjun ke sekolah menengah yang hanya memuatkan 120 orang pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Agak keserabutan apabila modul yang telah disediakan terpaksa dirombak semula. Jumlah fasilitator yang terlalu ramai juga menimbulkan bebrapa perselisihan. Apa pun Alhamdulillah we managed to handle it. 

 para fasilitator

 LDK's group
keje ktorg makan je. huhu....klau program macam ni salu abeh laaaa...
 with kakak2


Petangnya abah bawak kitorang jalan-jalan ke Kota Kuala Muda dan Pantai Merdeka. Even ira dah selalu pegi sana tapi bila bawak orang jauh ni dengan ira sekali jadi excited. hehe...

my family angkat
tapak tsunami
Kota Kuala Muda. sunset kat sini subhanallah sangat cantik 

Pantai Merdeka. yeahhhh...tangan ira berseni upanya padahal ira taktau pun apa yang ira snap. haha...
my adik2 angkat, Hafiz & Alia Syahirah. thats my name. hehe...
 with mak wati

Sebelah malamnya kitorang jalankan survey area KEDA. Paling best pegi umah Pakcik Zakaria. Dia bela arnab and its so cute. Comel giler ah...!! 

 arnab yg sgt pandai posing. mcm tau2 je org nk snap pic dy

Hari keempat...fuhh...dah macam buat report plak. hehe...pagi nie patutnya kitorang ada gotong-royong tapi ira dengan kakak-kakak ikut mak abah pi market. Today's menu is ikan bakar. hoho...semangat kitorang membakar di sekeliling budak-budak yang sibuk nak main api. Adoyaii....


 check kesihatan

 ikan keli bakar! special picture je la for that person who loves ikan keli nie 

Petangnya diadakan sukaneka untuk penduduk KEDA nih. Macam-macam aktiviti jugak. Untuk budak-budak as usual cari gula-gula dalam tepung, isi air dalam botol, bawa bola pingpong dalam sudu dan yang best kerusi muzik. Semangat betul budak-budak ni main. Kitorang yang tengok pulak risau takut ada yang injured. 


 Untuk mak abah angkat ada futsal, musang berjanggut, parut kelapa, baling belon air


Sebelah malamnya kemuncak malam kebudayaan serta perasmian penutupan. Tak pasai-pasai ira jadi bidan terjun gantikan one of peserta pantun sebab ada masalah. wuaaaa....seriously mana pernah ira berpantun bagai. Nervous taktau nak cakap. Time tu la nak sakit perut la apa la. At last sekali dah dapat mic Alhamdulillah ok je. Gabra je lebih. hehe...


On the last day...majlis perpisahan bersama keluarga angkat. Ramai juga yang menitiskan air mata, luahan hati masing-masing. 


Alhamdulillah berakhir sudah program Operasi Khidmat Masyarakat kali ini. Segala jasa baik setiap pihak yang menghulurkan bantuan sama ada secara langsung atau tidak bagi menjayakan porgram ini amatlah dihargai. Apa yang kurang in shaa Allah akan dipertingkat lagi pada masa akan datang. Terima kasih atas segala teguran dan tunjuk ajar.

last bergambar bersama keluarga angkat
ahli pemikir yang sama2 meluangkan masa dalam opkim kali nie. thanks guys....sory tak sempat nak bawak korang jalan2 pusing kedah. In shaa Allah ada rezeki datang kedah lagi ye...nnt kte g jenjalan...(^_^)



No comments:

Post a Comment