Thursday 9 January 2014

Personality & Behaviourisme

Personaliti berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu personalite dan juga bahasa Latin iaitu personalis yang bermaksud peribadi, sifat atau pemikiran individu. Ia turut didefinisikan sebagai ciri-ciritingkah laku yang ada pada individu. Personaliti mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat diperhatikan serta dinilai melalui tingkah lakunya dalam sesuatu situasi.

Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan dalam aspek perbezaan antara personaliti Islam dan barat. Dari aspek definisi, Imam al-Ghazali mendefinisikan personaliti sebagai satu tingkah laku yang berasaskan sifat-sifat kerohanian dan kejiwaan. Manakala kajian barat, Gordon Allport menrujuk definisi personaliti sebagai satu organisasi bersifat dinamik dalam diri manusia merangkumi sistem psikofizikal yang menentukan keunikan penyesuaian individu dengan persekitarannya. 

Selain itu, Islam menekankan aspek jiwa dan spiritual dalam membentuk personaliti manusia manakala barat sama sekali tidak meletakkan jiwa dan spiritual sebagai aspek yang mempengaruhi pembentukan personaliti manusia. Menurut John Locke berdasarkan teori tabula rasa, manusia dilahirkan kosong. Oleh itu, hanya pengalaman melalui pancaindera sahaja yang mampu membentuk personaliti seseorang individu. Mereka turut menolak kewujudan Tuhan kerana pancaindera zahir tidak dapat merasai adanya Tuhan. Sebaliknya Islam menekankan peranan jiwa dan spiritual dalam membentuk personaliti individu. Hal ini kerana, jiwa yakin dan percaya serta beriman kepada kewujudan Tuhan. Oleh itu, setiap tingkah laku manusia terdorong oleh perasaan adanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Dengan demikian, setiap perbuatan baik akan cuba diaplikasikan tetapi perbuatan buruk dihindari. 

Di samping itu, barat menyatakan bahawa pengalaman yang memainkan peranan dalam tingkah laku manusia. Berlainan dengan Islam yang meletakkan wahyu sebagai peranan penting dalam tingkah laku manusia. Hal ini demikian kerana, manusia hidup berlandaskan syariat al-Quran dan as-Sunnah. Setiap perbuatan manusia telah ditetapkan melalui wahyu yang diturunkan. Tetapi barat tetap menegaskan bahawa hanya pengalaman yang menentukan segala tingkah laku manusia tanpa adanya kuasa lain yang mendorong manusia melakukan sesuatu pekerjaan. 

Barat telah menetapkan beberapa aliran yang berkaitan dengan personaliti. Salah satu daripadanya ialah behaviorisme. Behaviorisme  merupakan aliran yang mewakili pandangan bahawa tingkah laku manusia sudah memadai dalam menggambarkan personality. Menurutnya lagi, jiwa dianggap tidak penting dalam membentuk tingkah laku. 

Behaviorisme ini terdiri daripada tiga andaian iaitu tingkah laku manusia dipelajari melalui proses perkaitan. Proses perkaitan ini boleh dilihat melalui tindak balas terhadap suatu rangsangan. sebagaimana seorang mangsa pergelutan bertindak balas untuk mempertahankan dirinya. Andaian kedua ialah tingkah laku manusia akan cenderung kepada kenikmatan dan menjauhi kesakitan. Jelas menunjukkan bahawa fitrah manusia inginkan kebaikan. Begitu juga tingkah laku dan personaliti manusia yang cenderung berbuat kebaikan berbanding kejahatan. Andaian behaviorisme yang seterusnya ialah tingkah laku manusia ditentukan oleh persekitaran. Hal ini merujuk kepada pengalaman melalui pancaindera yang mendorong manusia dalam menentukan tingkah lakunya. 

Menurut fahaman behaviorisme, jiwa tidak berperanan dalam membentuk personaliti. Di samping itu, tingkah laku manusia boleh berubah mengikut persekitaran. Oleh itu, persekitaran yang kondusif perlu bahkan amat penting dalam membentuk personaliti dan tingkah laku yang baik. Menurut John Locke berdasarkan konsep tabula rasa, manusia dilahirkan kosong. Oleh itu, pengalaman melalui pancaindera merupakan satu-satunya jalan dalam membentuk personaliti dan tingkah laku manusia. Dengan demikian, setiap individu adalah unik kerana mempunyai pengalaman yang berbeza dalam membentuk tingkah laku dan personaliti masing-masing. 

Menurut Skinner pula, behaviorisme terbahagi kepada dua teori iaitu teori pelaziman operan dan tingkah laku operan yang dibentuk melalui aspek peneguhan. Teori pelaziman operan diperoleh melalui kajian yang dilakukan oleh Skinner terhadap seekor tikus. Tikus yang dikurung di dalam sebuah kotak yang dilengkapi dengan alat penekan bagi mengeluarkan makanan. Apabila tikus tersebut mengetahui bahawa butang tersebut akan mengeluarkan makanan maka dia akan trus menekan butang apabila lapar. Namun apabila hubungan antara makanan dengan alat tersebut diputuskan, tikus tersebut tidak lagi menekan butang itu kerana telah mengetahui bahawa tiada makanan yang akan keluar apabila butang itu ditekan. Tingkah laku yang dipamerkan oleh tikus ini berdasarkan pengalamannya dijadikan sebagai rujukan dalam mentafsir perlakuan manusia. 

Teori kedua berkaitan tingkah laku operan yang dibentukoleh prinsip peneguhan melalui ganjaran (positif) dan hukuman (negatif). Aspek peneguhan positif boleh dilihat sebagai ganjaran yang diperoleh apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang dibenarkan bermain apabila menyiapkan kerjanya. Dengan demikian, kanak-kanak tersebut akan sentiasa menyiapkan kerjanya secepat mungkin bagi membolehkannya untuk bermain. Sebaliknya aspek peneguhan negatif ialah apa jua rangsangan yang bersifat negatif yang menyebabkan seseorang berhenti melakukan perkara tersebut. Sebagai contoh, seorang murid dikritik apabila bertanya. Oleh itu, dia akan berhenti bertanya kerana bimbang dikritik. 

Berdasarkan fakta dan hujah yang dikemukan oleh barat terutamanya, dapat disimpulkan di sini bahawa barat menolak sama sekali aspk jiwa mempengaruhi tingkah laku. Sebaliknya, jiwa atau hati yang mengawal setiap tingkah laku manusia. Sekiranya baik hatinya maka baiklah tingkah lakunya. Begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa pengalaman juga penting dalam membentuk tingkah laku manusia kerana fitrah manusia bukan sahaja terzahir mencari kebaikan tetapi juga mudah dipengaruhi persekitaran. Oleh itu, pengalaman turut memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku manusia. Justeru, persekitaranyang baik serta pengalaman yang bermanfaat perlu dibentuk agar pembentukan tingkah lau seiring dengan asek positif dalam kehidupan.


____________________________________________________
Finally...done another one. seriously....I'm sleepy right now. Since last night at 3 am stay not sleep yet till now. Ya Allah...permudahkanlah segalanya. I need my rest for a while. Really..really...need it. 

~the end~


No comments:

Post a Comment