Sunday, 26 January 2014

Mini Library

love this design...!!!
Dah lama sebenarnya ira berangan if I've my own house. First thing to do is make my own mini library. Really...really love a room full of books. Ira pernah cakap dengan adik kalau orang lain dapat rumah akan beli full furniture for their house like sofa, katil, almari...benda-benda asas but....I'll focus to my library first. haha...adik ira cakap dah tu takkan la kakcik taknak beli perabot lain ke apa ke..? ermm...bukan taknak but I really want my own library. After that baru kita fikir pasal benda lain k. hehe...nama pun berangan kan. Bukan kena bayar pun so berangan la puas-puas. (^_^)

Sekarang pun ira dah sart kumpul banyak buku especially novels...especially Ramlee Awang Murshid..! Even dah banyak kali ira cakap tapi ira nak cakap lagi. Nie la satu-satunya novel yang ira takkan fikir panjang untuk beli. Setiap karya dia unik...the best thriller novelist ever. Setiap tulisan dia tak dapat dijangka kesudahannya. Lain yang terfikir lain pulak yang jadi. Antara novel kegemaran ira ialah kesinambungan Laksamana Sunan. Enam jilid novel Laksamana Sunan dan in shaa Allah akan diterbitkan jilid yang ketujuh. Pernah jugak ada orang tanya ira tak bosan ke baca Laksamana Sunan ni. Yela...dah sampai tujuh jilid kan. The answer is...nope..! Setiap jilid yang dinukilkan berlainan antara satu sama lain. Idea yang digarapkan dalam setiap tulisan dia is really awesome. Rujukan, kajian, everything is such amazing. 

6 jilid laksamana sunan
Untuk sesapa yang rasa nak baca novel nie start from Bagaikan Puteri pastu Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari and the last one is Sunan Musafir. The latest belum diterbitkan lagi. I'm not sure what the title is and I'll wait for it. Sekarang dalam misi pencarian novel Magis. Kesinambungan watak dari novel Laksamana Sunan, Tombiruo, Hatiku di Harajuku and Mandatori kot tak silap so...I need to get Magis compile with Hatiku di Harajuku and Mandatori sebab tak baca lagi yang ni. haha...kaki novel betul. Syahirah...! wake up!!! Nasib la akal fikiran nie masih waras untuk tak menghadap novel sepanjang semester. Buy and keep it till cuti sem. Kalau tak habis laaaa.....

Novel lain yang ira dah baca trilogi Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Pastu dah baca Rahsia Perindu, Ungu Karmila, Mikhail, 9 Nyawa, Rayyan Fantasi dan Fiksyen 302. Banyak jugak eh yang dah ira baca. 


My sis pulak suka kumpul karya Fatimah Syarha dengan Dr Farhan Hadi tapi selalunya dia beli ira yang baca dulu. Tunggu dia baca alahai...berbulan-bulan baru nak habis. Jenuh nak tunggu. Selain novel-novel ni ada jugak la karya penulis lain. Antara yang best Hilal Asyraf - Sinergi, Untuk Kita Pendosa etc. Taktau gak dah bapa banyak buku yang kitorang kumpul. So...bertepatan la kan dengan angan-angan ira nak adakan mini library ira sendiri. hehe...I'll make it come true one day. (^_^)V

Saturday, 25 January 2014

OPKIM '14 (Operasi Khidmat Masyarakat 2014)

Alhamdulillah atas kerjasama semua pihak, program Operasi Khidmat Masyarakat 2014 yang bertempat di KEDA Sungai Toh Pawang selama 5 hari 4 malam berjaya dilaksanakan hingga ke penghujungnya. 

Sekitar hari pendaftaran sebelum bertolak dari UKM ke tanah air tumpah darahku...Negeri Kedah Jelapang Padi. My hometown yang sangat ira rindukan. 

bersama kakak2 syg ira
huhu....serabut sbnrnya incharge pendaftaran nie. masa tu la org nak bayar yuran pendaftaran. masa tu jugak la pakat nak amek baju, tag.....kucar-kacir dibuatnya
Alhamdulillah kitorang sampai di sana dalam pukul 8am. Terkejut jugak sebenarnya bila kami disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar. haha.....terasa macam jadik rombongan pengantin pulak.

 perasmian dan penyampaian cenderahati oleh Prof Dr. Azizan Ahmad, penasihat PKMK UKM

penyerahan anak angkat kepada hampir 38 buah keluarga 

Petangnya adik-adik bawak pusing satu KEDA. fuhh....penat jugak berjalan satu KEDA tu sebenarnya.

 ketokohan kakak2 betul. pi la tang mana pun I'll be kakak2

Hari kedua...paginya diadakan senam aerobic tapi disebabkan budak-budak semua sekolah so kitorang exco dan peserta je la yang semangat ber'aerobic'nya. Kemudian rewang masak untuk makan tengah hari. 

3 legasi smkak --> ukm 


 Sebelah petangnya diadakan kursus ringkas pengurusan jenazah yang telah diaturkan oleh pihak KEDA.


Pada hari ketiga pula kami mengadakan program motivasi di Sekolah Kebangsaan Sungai Toh Pawang. Sedikit kekalutan apabila sekolah menengah yang juga take part dalam program motivasi nie tarik diri last minit. Terpaksa la semua peserta seramai 80 orang terjun ke sekolah menengah yang hanya memuatkan 120 orang pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Agak keserabutan apabila modul yang telah disediakan terpaksa dirombak semula. Jumlah fasilitator yang terlalu ramai juga menimbulkan bebrapa perselisihan. Apa pun Alhamdulillah we managed to handle it. 

 para fasilitator

 LDK's group
keje ktorg makan je. huhu....klau program macam ni salu abeh laaaa...
 with kakak2


Petangnya abah bawak kitorang jalan-jalan ke Kota Kuala Muda dan Pantai Merdeka. Even ira dah selalu pegi sana tapi bila bawak orang jauh ni dengan ira sekali jadi excited. hehe...

my family angkat
tapak tsunami
Kota Kuala Muda. sunset kat sini subhanallah sangat cantik 

Pantai Merdeka. yeahhhh...tangan ira berseni upanya padahal ira taktau pun apa yang ira snap. haha...
my adik2 angkat, Hafiz & Alia Syahirah. thats my name. hehe...
 with mak wati

Sebelah malamnya kitorang jalankan survey area KEDA. Paling best pegi umah Pakcik Zakaria. Dia bela arnab and its so cute. Comel giler ah...!! 

 arnab yg sgt pandai posing. mcm tau2 je org nk snap pic dy

Hari keempat...fuhh...dah macam buat report plak. hehe...pagi nie patutnya kitorang ada gotong-royong tapi ira dengan kakak-kakak ikut mak abah pi market. Today's menu is ikan bakar. hoho...semangat kitorang membakar di sekeliling budak-budak yang sibuk nak main api. Adoyaii....


 check kesihatan

 ikan keli bakar! special picture je la for that person who loves ikan keli nie 

Petangnya diadakan sukaneka untuk penduduk KEDA nih. Macam-macam aktiviti jugak. Untuk budak-budak as usual cari gula-gula dalam tepung, isi air dalam botol, bawa bola pingpong dalam sudu dan yang best kerusi muzik. Semangat betul budak-budak ni main. Kitorang yang tengok pulak risau takut ada yang injured. 


 Untuk mak abah angkat ada futsal, musang berjanggut, parut kelapa, baling belon air


Sebelah malamnya kemuncak malam kebudayaan serta perasmian penutupan. Tak pasai-pasai ira jadi bidan terjun gantikan one of peserta pantun sebab ada masalah. wuaaaa....seriously mana pernah ira berpantun bagai. Nervous taktau nak cakap. Time tu la nak sakit perut la apa la. At last sekali dah dapat mic Alhamdulillah ok je. Gabra je lebih. hehe...


On the last day...majlis perpisahan bersama keluarga angkat. Ramai juga yang menitiskan air mata, luahan hati masing-masing. 


Alhamdulillah berakhir sudah program Operasi Khidmat Masyarakat kali ini. Segala jasa baik setiap pihak yang menghulurkan bantuan sama ada secara langsung atau tidak bagi menjayakan porgram ini amatlah dihargai. Apa yang kurang in shaa Allah akan dipertingkat lagi pada masa akan datang. Terima kasih atas segala teguran dan tunjuk ajar.

last bergambar bersama keluarga angkat
ahli pemikir yang sama2 meluangkan masa dalam opkim kali nie. thanks guys....sory tak sempat nak bawak korang jalan2 pusing kedah. In shaa Allah ada rezeki datang kedah lagi ye...nnt kte g jenjalan...(^_^)