Thursday 5 December 2013

sahabat...

sahabat...
andai saja kau tahu
betapa aku merindui kehadiranmu
rindukan gelak tawamu
rindukan senyum manismu
engkau mengajar aku erti sebuah persahabatan
berlandaskan kejujuran dan keikhlasan
badai yang melanda
hampir membuat aku tersungkur
namun dengan itu aku bangun
terus meningkah arus
kerana aku ingin menjadi kekuatan untukmu
aku ingin sentiasa ada di sisimu
walau jarak memisahkan
namun aku sentiasa dekat
kerana aku ada di situ
di sudut hatimu yang paling dalam
tersemat kenangan kita
terukir namaku
biar beribu tahun sekalipun terpisah
aku masih di situ
kerana selamanya kau sahabatku...
_______________________________________________________________

I found this in my note book. Entah bila ira coretkan kata-kata nie. Now...ira dah jarang sekali berpuisi. Takde masa nak fikirkan kata-kata puitis. Minat ira pun dah agak berkurangan untuk berkarya. Banyak lagi perkara lain yang perlu ira fikirkan and all this while...ira berkarya sekadar suka-suka. Hanya bila ira terasa ingin mencoretkan sesuatu maka terhasillah ia. Karya ira bukanlah untuk tatapan umum...bukan untuk sesiapa. Ira berkarya untuk diri ira sendiri...kepuasan ira. If ada orang request...tu la saat yang paling sukar untuk ira coretkan sesuatu. Jari-jemari nie seakan kaku untuk menari melakarkan keindahan puisi. Fikiran nie apatah lagi...seakan buntu menghuraikan rangkaian puitis. Dan saat itulah...hati ini seakan mati untuk terus bermain dengan kata-kata. 

No comments:

Post a Comment