Tuesday 24 December 2013

pembahagian agama-agama di dunia

Menurut para sarjana Barat dari kalangan antropologist dan sosiologist, agama-agama di dunia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu spiritualisme dan materialisme. 

Spirititualisme ialah agama yang menyembah sesuatu zat yang tidak boleh diperhatikan secara lahiriah. Spiritualisme ini pula terbahagi kepada dua iaitu monoteisme iaitu menyembah Tuhan yang satu seperti agama Islam dan Yahudi. Manakala politeisme ialah menyembah banyak tuhan seperti agama Kristian Hindu. 
Monoteisme ialah agama yang mempercayai satu zat Yang Maha Esa dan tidak menyembah selainNya. Kepercayaan ini tidak boleh digapai oleh pancaindera serta disampaikan oleh perantaraan nabi dan Rasul. Kitab-kitab suci seperti Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran merupakan panduan yang dipegang oleh umat manusia. 

Materialisme ialah kepercayaan terhadap tuhan yang dilambangkan dalam benda-benda seperti patung-patung manusia, binatang dan berhala. Mereka mempercayai roh nenek moyang atau pahlawan mampu membantu dan melindungi mereka melalui upacara khusus seperti amalan korban. Agama ini terbahagi kepada dua iaitu animisme yang bermaksud kepercayaan kepada roh yang berkuasa dalam kehidupan manusia. Manakala dinamisme ialah kepercayaan kepada kesaktian pada benda seperti alam, binatang dan persekitaran manusia. Hal ini dikemukakan oleh seorang sarjana Inggeris iaitu Edward Burnett Tylor yang menyatakan bahawa setiap di dunia ini bernyawa dan mempunyai roh.
Sebagai contoh, agama Hindu menyembah binatang iaitu lembu kerana mempercayai ianya sebagai sumber rezeki. Agama Majusi pula menyembah matahari dan menganggapnya sebagai kuasa teragung kerana ianya adalah sumber yang menyinari bumi. Agama lain ialah Kristian yang menganggap nabi Isa a.s. sebagai tuhan atas mukjizatnya yang boleh menghidupkan orang yang telah mati, menyembuhkan mata si buta, menukarkan pasir menjadi burung dan boleh bercakap ketika masih bayi. 

Jika dilihat pada zaman moden, masih terdapat segelintir masyarakat yang mempercayai barang-barang lama seperti keris sebagai satu keramat lalu memujanya. Pemujaan yang dilakukan diyakini mampu menghindarinya dari ditimpa wabak dan bencana. Islam melarang sama sekali umatnya mempercayai perkara-perkara tahyul sebegini. Ianya membawa kepada syirik kerana menyekutukan Allah.

Walau bagaimanapun, fitrah manusia sebagai hamba ialah kembali kepada Tuhan Yang Esa. Apabila dicampakkan manusia itu di tengah-tengah lautan dan tiada tempat bergantung maka dia akan kembali kepada Allah untuk memohon pertolongan. Selain itu, empirisme iaitu melihat sesuatu dengan pancaindera bukanlah kayu ukur pada sesuatu kepercayaan. Sebagai contoh, oksigen untuk bernafas tidak dapat dilihat oleh pancaindera namun ianya wujud.

Kesimpulannya, sebagaimana firman Allah dalam surah ali Imran ayat 19 yang bermaksud: "sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam." Melalui pemikiran akal sekalipun, dapat diketahui bahawa segala benda yang dijadikan asbab penyembahan itu tidak mampu memberikan manfaat kepada manusia, Sebagai contoh, kisah nabi Ibrahim memusnahkan berhala raja Namrud dan meninggalkan berhala yang paling besar memegang kapak. Apabila ditanya siapa yang memusnahkan patung-patung tersebut, maka nabi Ibrahim mengarahkannya untuk bertanya pada berhala yang memegang kapak itu. Jelas di sini bahawa melalui akal sahaja manusia dapat berfikir bahawa mustahil patung berhala yang diperbuat daripada batu mampu bergerak apatah lagi memusnahkan patung-patung yang lain.

_______________________________________________________________

Finally done for my test tomorrow. Done here means...alhamdulillah I really understand this. May Allah ease everything tomorrow. Errrr...this morning perhaps. Its almost 4 am already and 6 hours left for the test. One more question...but I'm too sleepy to write it here. Thanks to my bestie for giving me this draft and...I have adding some or...little perhaps. 

No comments:

Post a Comment