Wednesday, 7 March 2018

Kerna Syurga Bukan Percuma

Jarang sekali untuk Ira duduk menulis tentang mana-mana buku yang Ira baca. Mungkin pernah…hanya apabila ada yang bertanya. Tapi kali nie Ira terpanggil untuk menarikan jari-jemari di papan kekunci ini.

Kerna Syurga Bukan Percuma

Baru tengok tajuk, tangan ini laju mencapainya di rak buku. Seperti selalu…sukar untuk lepaskannya kembali. Cuba letak dan berinjak ke rak-rak lain namun tetap juga hati ini terpanggil untuk kembali membelek naskhah yang judulnya sahaja cukup untuk menarik perhatian Ira. Hampir sebulan buku ni tersimpan kemas dalam almari buku di rumah tu, baru kali ni Ira berjaya habiskannya. *skill habiskan bacaan cepat-cepat dah berkarat. Banyak sangat iklannya*

Buku ini mengisahkan watak Khairul Rafeeq, seorang pelajar tingkatan 5 yang jauh menyimpang hidupnya dari landasan agama. Terkapai-kapai sendirian mencari arah tujuan hidup yang sebenar. Semakin jauh apabila insan-insan yang sepatutnya bertindak sebagai pembimbing beralih arah menjadi penghukum. Seorang yang panas baran, sebut saja kenakalan apa yang tidak dilakukannya. Namun di sebalik perkara negatif tentang Khai, Ira tertarik dengan sikap penuh santunnya dia melayan seorang ibu.
    
Watak ‘Abang Surau’ yang tidak putus asa cuba menarik Khai untuk kembali ke jalan syurga. Sentiasa murah dengan senyuman. Ayat yang sering diulang-ulang “Syurga bukan percuma”. Dan setiap kali Ira baca ayat ini…Ira mula persoalkan diri sendiri “Apa yang dah Ira buat untuk meraih SyurgaNya?” *Allahuakbar…Moga Allah ampuni setiap hambaNya yang terleka*

Watak seorang Ketua Surau yang pada hemat kita haruslah seorang yang indah akhlaknya, tinggi ilmunya. Namun, kita tak boleh nafikan bahawa ada yang mengambil kesempatan atas dasar tiket agama. Mereka yang menjadi penunggang agama, yang mencemarkan imej-imej ustaz. Disebabkan latar cerita dalam buku ni mengisarkan kehidupan pelajar sekolah, Ira pun rasa macam Ira balik pada umur belasan tahun.

Kisah sebuah perjalanan anak muda yang meniti jalan-jalan untuk kembali padaNya. Jalan yang indah di penghujungnya tak semudah yang disangka. Jatuh bangun dalam membina iman dalam diri diuji dengan kehilangan. Lalu dipersoalkan “kau berubah kerana apa? Manusia atau Allah..?”  Banyak lagi plot cerita yang rasanya much better kalau korang baca sendiri. Mungkin tak semua bakal meminati bahan bacaan santai sebegini tapi pada Ira cukup untuk mengetuk pintu hati yang adakalanya terleka dengan nikmat dunia ini. Dan sepanjang Ira menghabiskan bacaan ini, ada seperkara yang tak lekang dari bergayutan dalam fikiran ini. In shaa Allah Ira luahkan kemudian.

Kerna Syurga Bukan Percuma…cari ia! Genggam ia! Fitrah manusia imannya turun naik tapi di mana usaha kita untuk betulkannya. *tersentak sendiri sambil taip ayat ni. Di mana imanku?*

In shaa Allah akan dapatkan jilid yang ke-2 soon

No comments:

Post a Comment