Monday, 17 July 2017

C.I.N.T.A.


Ingin ku sampaikan salam terakhir untukmu
Sebelum ku tutup cerita cinta ini
Bila ku hanya kata 
Denganmu bisa jadi kalimah
Menyusun semua perjalanan cinta kita
Kamu biasa denganku
Kamu biasa ada aku
Namun hidup ini jangan berhenti 
Hanya bila aku pergi
Kenanglah aku di hati 
Kenanglah senyum dan tangisku
Baik dan marahku dan segalanya
Simpanlah saja dalam-dalam
Simpanlah selamanya dalam kenangan




Awan hitam bergulung-gulung 
Mengabarkan berita pahit
Aku harus gimana pada cintaku
Bisakah aku jadi langit 
Biar ku lindungi mendungnya
Tak ku biarkan duka berkawan denganmu
Biarkan hatiku bertudung menutupi kenyataanku
Menangis sekaligus tersenyum pada takdirku
Tak bisa kau paksa cintaku
Berpindah kepada yang lain
Sampai nafasku habis ku mahu denganmu
Inilah surga yang kurindukan
Memastikan kau baik-baik saja
Walaupun kita tak bersama lagi
Kenanglah aku
Cinta..........
_Surga yang Kurindukan_

Cinta itu punya maksud yang pelbagai. Juga merujuk pada banyak perkara. Cinta agung Sang Pencipta. Cinta penuh hikmah dari kekasihNya. Cinta tulus seorang bonda. Cinta penuh pengorbanan seorang ayah. Cinta sesama manusia. Cinta sesama makhluk. Cinta pada alam semesta...

Saat kamu memilih cinta dari manusia. Ingatlah bahawa cinta itu tidak kekal. Ia datang dan pergi. Ia memberi bahagia tapi ia juga menyakiti. Cinta itu cuma pinjaman dari Yang Maha Esa. Menemani perjalanan hidup kamu di muka bumi ini. Kamu juga yang harus memilih bagaimana untuk mencorakkannya. Apa kamu memilih untuk menghambakan diri pada cinta, menggantung sepenuh pengharapan pada cinta manusia. Atau...memilih untuk mecari cinta Allah terlebih dahulu supaya cinta manusia yang hadir dalam hidup kamu itu sentiasa dalam redhaNya. 

Cinta...apabila kamu siap untuk memberi dan menerima seadanya. Cinta yang tersimpul dalam ikatan sebuah perkahwinan perlu pada dua jiwa yang ikhlas antara satu sama lain, siap untuk berkorban demi pasangannya. Perkahwinan adalah sebuah janji yang termeterai menjadi satu tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul. Justeru toleransi itu perlu. Memahami antara satu dengan yang lain, melengkapi sesama sendiri. Walau dilanda bermacam dugaan namun harus tetap yakin padaNya bahawa jalan keluar itu pasti ada. Jangan pernah putus asa dengan janji Allah yang Maha Mendengar setiap rintih hati hambaNya. Mohon padaNya, sujud padaNya...

Suka...Sayang...Cinta...
Sama tapi tidak serupa. Pada aku...suka itu apabila kamu senang dengan paras rupanya, tingkah lakunya atau dengan tutur katanya. Sayang hadir bila kamu ingin selalu dekat dengannya. Jadi ingin tahu segala tentangnya, ingin dia juga melihat kamu dari persepsi yang sama. Dan cinta...bila kamu tidak mengharapkan balasan darinya. Cukup saja kebahagiaannya menjadi kebahagiaanmu, senyumannya menjadi senyumanmu, tangisnya menjadi tangismu. Pasti kamu pernah kan merasai yang sebegini. Perasaan yang Allah hadirkan dalam hati yang cuma kamu mengertinya, menjadi rahsia hati jauh di lubuk hati yang paling dalam, biar ia terkubur di situ. 

*************
Dan ira...bagai terngiang-ngiang pulak cakap-cakap indonesia ni. Tu la...feeling sangat nak tulis blog lepas tengok cerita indon. Surga Yang Tak Dirindui... Tidak pernah ada syurga yang tidak dirindui. Namun ditafsirkan melalui filem ini yang tidak dirindui itu adalah "dijanjikan payung emas di syurga kelak bagi mereka yang membenarkan poligami". Dilema wanita yang rata-rata tidak menerima poligami dalam kehidupan berumahtangga. Bukan menolak hukum Allah tetapi hati seorang wanita yang pasti tersakiti andai kasihnya terbahagi. Walau ketika dia menerima, redha dengan ketentuan Allah dalam perjalanan hidup rumahtangganya untuk berkongsi kasih, tetap jua hati kecilnya terluka. Ya Allah...cekalkanlah hati mereka yang terpilih olehMu melalui ujian hati yang dasyat ini. Pada ira yes! (Cewahhhh...cakap macam berpengalaman ja. Kahwinnya aja belum. hehe...ampun bu! Lagi teremosi) Ujian poligami ini sangat berat dalam mengimbangi kekuatan emosi dan diri. Berat dalam usaha meraih keredhaan, menerima seadanya qada' dan qadar Allah. Insan-insan yang terpilih ini adalah mereka yang sangat kuat imannya, sangat tinggi redhanya. Moga mereka ini mendapat ganjaran terbaik dari Allah. Aminnn...


No comments:

Post a Comment