Sunday 30 August 2015

Awak~~

Awak...saya tak tahu antara kita siapa yang lebih dahulu berubah. Tapi awak dan saya...kita sama-sama berubah. Awak dengan jalan awak dan saya dengan jalan saya. Kita sama-sama expect more than what we have. Awak expect saya to be a bestie like this and that and I expect you to be like this and that. Saya tahu...expectation will ruined the friendship but still I expect you to be the person I know before. Always be by my side...always be there in any situation I have. Saya tahu saya selalu negative...saya terlalu banyak berfikir dan saya tahu semua tu destroy my inner self. Awak...jika ditanya apakah ini yang saya inginkan? Tidak...sama sekali tidak kerana saya tak sanggup pun untuk terima hakikat kehilangan awak. Tapi saya nekad. Kenapa? Bila awak cakap dia jeles. I know where my place is. Awak cakap it's normal to be jealous. Nope! It's not normal. Macam mana untuk saya terus jadi bestie awak dalam keadaan saya tahu dia jeles. Macam mana untuk saya terus jadi bestie awak dalam keadaan hati saya tak tenang. Saya tak nak awak pergi. Saya harap awak terus jadi bestie saya tapi saya tak boleh.Terus terang saya sendiri seolah-olah tak kenal awak. Mungkin awak jugak rasa benda yang sama. Seolah-olah awak dah tak kenal saya. Awak tahu tak sakitnya bila saya seolah-olah trying to get your attention almost everyday. Awak tahu tak betapa tak tentu arahnya saya hanya untuk fikir ayat mulakan conversation antara kita. Saya rasa macam saya dah lama hilang awak dan yang paling sakit saya hilang bicara awak. Kalau dulu saya boleh cari awak bila-bila pun. Saya boleh nangis depan awak. Saya boleh cerita everything tapi sekarang tak. Saya sedih tapi saya takde awak. Saya nak bercerita tapi saya tak tahu nak mula dari mana. Bila difikir lagi dan lagi...saya tak nampak jalan lain melainkan berhenti jadi bestie awak. Awak kawan saya...awak sahabat saya...awak best friend saya tapi saya tak boleh jadi bestie awak dengan melukakan hati orang lain. Andai saja...hanya saya yang terluka. Andai saja...hanya saya yang menyimpan rasa hati ini. Mungkin...saya boleh terus berpura-pura kuat di hadapan awak. Tapi bila saya tahu dia cemburu...bila saya tahu dia terasa hati. Tak mungkin...tak mungkin untuk saya biar awak terus jadi bestie saya. Tanpa saya sendiri sangka...sungguh saya sangat-sangat terluka. Lebih dari apa pun untuk lepaskan awak pergi. Mungkin awak cakap saya terlalu negatif untukdiri saya sendiri dan terhadap orang lain. Tapi bila ditanya mereka dan mereka ini yang terbaik. Tapi untuk yang terbaik ini...saya tak tahu berapa lama saya perlu untuk bangun semula. Saya doakan awak bahagia...saya doakan awak sentiasa gembira tanpa saya di sisi awak yang seringkali terlalu banyak susahkan awak. Saya dan awak perlukan masa. Bahkan saya lebih-lebih lagi. Saya perlukan masa untuk berfikir. Saya perlukan masa untuk saya sedar dan berubah menjadi diri saya yang dahulu. Saya ingin menjadi Syahirah yang dulu. Tolong saya...agar saya kembali menjadi Syahirah yang dulu.

No comments:

Post a Comment