Tuesday 14 April 2015

Inter-Ideology @ Singapore

Tercari-cari ruang waktu untuk melakarkan coretan perjalanan di Kota Singa. Tercari-cari kata-kata yang ingin disusun seiring pengalaman di Kota Singa. Bersawang jugak entry blog ira ni tanpa sebarang coretan. Cerita ira...? Suatu pengalaman yang dengan izin Allah takkan pernah ira lupa. Keizinan abah melepaskan ira menjejakkan kaki ke Singapura membuka suatu lembaran baru dalam diari hidup ira. Suatu yang tak pernah terlintas dalam hati dan fikiran ini. Alhamdulillah...akhirnya ira peroleh peluang ini. 

malam sebelum bertolak. JMT ladies road to Singapore.
Malam Khamis kami bertolak Alhamdulillah subuh pagi tiba di Masjid Sallim Mattar, Singapore. Penatnya, peningnya tak terungkap dek kata-kata disebabkan tidur dalam bas. Terbiasa perjalanan semalaman akan buat ira pening dan tertidur seharian. But not this time! Sampai je terus wash up, solat subuh dan keluar mulakan aktiviti pertama kami. Fuhhh....tingtong jugak la kepala ni. You know what...? Its tadabbur alam at 'The Southern Ridges Trail'...our first thing to do. Erm...its not a big deal to walk here and there but the worst is. We start the journey dengan mendaki anak-anak tangga. Semputnya tak payah cakap la. Macam nak terlentang tergolek-golek jatuh tangga. Ternanti-nanti kiraan anak tangga yang terakhir. Feeling dia macam naik tangga seribu kat Titi Hayun, Yan. Ok...tu macam over je perbandingannya. But seriously tak tipu...penat gilos. Boleh krem kaki tetiba naik tangga mengejut macam tu. Almaklumlah...kami-kami sekalian nie bukannya selalu berjalan exercise bagai. Harapkan ulang-alik ke fac je jalan kaki. Tapi walau apa pun, penat nak pengsan ke apa, it's a best moment to remember...beautiful scenery untuk dirakam dan disimpan dalam kotak memori. Gurauan yang paling best sekali from my kakak-kakak. Wahai che bestie...nahas awak kitorang kerjakan! Sabar je dengan budak sorang nih. Penat dowh...! 



Sampai ke kemuncak pendakian tangga nih...disambung pula dengan beberapa task untuk diselesaikan. Misi bergambar sampai fobia. I'm not sure kot celah mana dah gambar tu pegi. Banyak sangat sampai tak terjumpa kepingan-kepingan gambar rare dari group ira. Berdrama tak sudah-sudah dalam setiap klik gambar yang diambil.

penat...membebel...semput...tapi kitorang yang first sampai. Tak kisahlah task tak setel ke apa. Yang penting kami tiba ke garisan penamat. Suatu nikmat yang tak terucap dek kata-kata. Punya la penat sampai kalau boleh dah taknak bergambar dah. Scene yang cantik kat Hort Park ni dipandang sepi. Maaf...ira dah tak larat nak berjalan. Patah kaki sudah
Selesai makan tengah hari, kami bertolak pula ke Science Centre. It was like a Planetarium. Actually...this is my first time! Dia punya excited like a school kid. Semua benda nak cuba, semua benda nak main. Seriously...it was awesome! Thinking of how they do this and that. How they created this and that. Terbaik ah...! hehe...dulu time kelas sains main-main. Then we go to Omni Theatre. It has a unique visual...its wonderful tapi kureng sket sebab masing-masing dah penat. Ada yang tak tidur sepanjang perjalanan ke Singapore so masuk situ dah jadi macam bedtime story dengan kerusi yang sangat selesa untuk beradu. Makanya melayari bahtera la kitorang ni.



Makanya berakhir la aktiviti luar for our first day in Singapore.Going back to Masjid Sallim Mattar. Ikutkan hati lepas solat memang nak tumbang je tapi lepas Isyak ada usrah @ perbincangan tentang isme-isme yang wujud. Penatnya sampai tak boleh nak fikir how to present in front others with question they gonna ask. End up kitorang berpantun sekaligus mintak sesiapa yang nak bertanyakan soalan pun mesti dalam bentuk pantun. Niat di hati supaya takde yang tanya sebenarnya. Apa pun...Alhamdulillah semua setel dan terus  pengsan tak sedar diri. Hmmm...yang tak best waktu nak tidur nie, I didn't bring my bantal busyuk yang selalu ira usung ke sana sini and also no blanket. Tidur dalam aircond yang suhunya lupa nak adjust which is 16 degree. Perghhh...menggigil-gigil tidur. Hampir jarum jam berganjak ke waktu subuh ira tewas mula menghimpit kakak-kakak sayang saya ni. 

Second day...pagi di Sallim Mattar starting with a speech from Ustaz Saifuddin and team building game. Solat Jumaat di Masjid Sultan. After that, doing a street survey and jalan-jalan around Arab & Bugis Street. 






Alhamdulillah rezeki kami semua makan nasi ambeng hari nie. Moga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan beliau yang belanja kami makan. huhu...tak ingat namanya. Perjalanan diteruskan ke Garden by the Bay. It's beautiful...!! Tu je kata-kata yang mampu ira ungkapkan. Niat di hati by hook or by crook nak jugak naik ke titian kat atas tu tapi harapan tak kesampaian. huhu...we spent our time with a sharing moment bout our street survey. Oh ye...sebelum tu terubat jugak la kekecewaan tak boleh naik atas tu dengan persembahan lampu erm...I don't know what to call it. Kalau kat sini kita ada dancing water. Boleh tak kalau ira nak panggil dia dancing lamp..? haha...sesuka hati den je. 



Sesampainya di Masjid Sallim Mattar, makan pun dah tak pandang. Penat berjalan. Alhamdulillah hari nie program santai makanya bersantai-santai jugak la buka cerita masing-masing sementara nak lelapkan mata. Tentatifnya esok pagi qiamullail tapi nak dijadikan cerita budak lelaki boleh keluar pulak malam tu. Makanya jadi la qiam sendirian berhad. Paginya aktiviti ke St. Andrew Cathedral. Kebetulan its Easter Day. Pihak gereja sediakan persembahan dalam bentuk lakonan untuk dipersembahkan kepada pengunjung. Setiap persembahan mengingatkan ira tentang apa yang telah dipelajari. Mengingatkan ira tentang apa yang tertulis di dalam bible, Tentang cerita-cerita yang telah dipesongkan dari ajaran Islam itu sendriri dan paling penting...rasa ralat yang belum sepenuhnya luput disebabkan tak boleh sambung belajar Kristian di Nusantara for this sem. hmmmm....in shaa Allah ada hikmahnya. 





Selesai program kat sini, amazing race dimulakan. huhhh...betul la tu amazing race. Amazing sungguh kitorang ke sana sini. Hampir 6 jam berjalan tanpa henti berpandukan klu yang diberikan. Masih task yang sama iaitu bergambar tapi untuk ke satu-satu tempat tu mashaAllah...macam nak patah kaki. huhu...




faci...ust Saif yg awesome, best, sempoi!
At the end of this amazing race, semua lari balik Masjid Sallim Mattar dengan teksi berbekalkan 10$. Dah penat sangat...nak melangkah pun rasa macam nak rebah. Malamya semua sibuk susun dan kemas kini gambar group masig-masing. Cukup jam terus semua tidur tak sedar diri. 

Our last day...pagi-pagi kitorang kena kemas barang and going to Hajar Consultancy Service Centre. Disebabkan ira back packer makanya takde la susah sangat nak bergerak tapi mau senget jugak bahu menggalasnya. Kemudian teruskan perjalanan ke MZ Quran Centre dan destinasi akhir kami adalah...shopping! errr...ira tak shopping sebenarnya. haha...dah pening sebab ramai sangat orang. 




And..the last moment. here we go...going home!! errr...ukm sebenarnya.

great moment with kufah's family
wonderful time to spend with kakak-kakak sayang ira nih. Senyum yang tak pernah mati dari bibir masing-masing. Celoteh usik-mengusik yang sentiasa menceriakan suasana. Sungguh kenangan ini akan tersemat kukuh dalam hati.

Women of Pemikir..!! 3 tahun semakin menghampiri penghujungnya. 3 tahun yang tak terasa pun perjalanan waktunya. Pejam celik semakin hampir kita ke garisan penamat. Moga ukhuwah yang terbina ini kekal walau di bina jua kita bakal bertebaran selepas nie.

A great, wonderful, sporting group ever...!! Kumpulan yang paling rare dari yang lain. Orang ke kanan kita ke kiri. Orang ke depan kita ke belakang. Sampai ada orang tu risau bestie dia nie hilang. Perbezaan umur tak menghalang kita untuk sefahaman. Terpaku dengan kenyataan one of us has reached 27 years old. Biar rasa macam nak patah kaki, nak rebah, nak pengsan tapi masing-masing tetap bersemangat nak habiskan task yang diberikan. Biarpun terlepas stesen task masih fikirkan inisiatif untuk sedapkah hati sendiri. Dalam setiap langkah ada selfie...itulah kami. Camera detected..! Biar muka letih tak bermaya bila nampak kamera semua lontarkan semyum ceria. 

adik -beradik JMT in da house...!!
Thanks for this great experience before we graduate
Thanks for this great moment before we being apart
Thanks for every moment we were being together
Thanks for every kesabaran dengan kerenah ira yang macam-macam
Thanks for listening all of my story
Thanks for being there with me
Thanks for making me cry and smile
Thanks for everything...!!

No comments:

Post a Comment