Friday 27 February 2015

Adila's Birthday


Dia...
yg kukenal saat pertama kali kujejakkan kaki di bumi smkas
sebuah pertemuan dan perkenalan tika menjangkau umur 13 tahun
saat seorang puteri mula berjauhan dari keluarganya
cengeng hatinya...murah dengan air mata
hinggakan aku turut terjangkit dengan penyakit menangis tanpa sebab
dalam tak sedar...10 tahun sudah berlalu
saat indah alam persekolahan yang tak mungkin kembali
adakalanya kenangan itu seakan pudar
ingin kukembali melewati kenangan silam
ingin kutelusuri setiap ceruk memori yang pernah kita bina
namun adakalanya begitu segar di ingatan
setiap ceritera kita bagai tayangan filem diputar
sungguh aku rindu untuk kembali ke masa itu
sungguh aku rindu untuk mengingati kenangan lalu
setiap detik yang berlalu di bumi smkas akan terus terpahat
menjadi kenangan terindah perjalanan hidupku
aku bersyukur mempunyai teman sepertinya
yang sentiasa ada tika suka dan dukaku
yang sentiasa menemani gelak tawa dan tangisku
always be anak kecil...manja...sensitif
but...!
she can be matured bila keadaan memerlukan
selalu jadi pendengar dan penasihat pada setiap masalahku
terima kasih...
kerana masih menjadi sahabat yang terbaik buat diriku
Dia...
yang buat aku kenal erti cinta
cinta dari seorang sahabat
kehilangannya lebih dirasai dari kehilangan seorang kekasih
maybe I can't be the best
but I always try to be the best
sahabat yang terbaik...pendengar yang terbaik
untuk selalu ada bila aku diperlukan
puteri Hj Abd Aziz dan Hjh Aminah
genap 23 tahun usiamu
semoga terus dalam rahmat dan kasih sayang Allah
semoga terus berjaya dalam apa sahaja yang dilakukan
doa kami mengiringimu sahabatku...
jangan pernah ragu dalam setiap langkah yang kau atur
pasti ada hikmahnya yang tidak diketahui

~always love~
*last but not least...x sabar nak makan nasik minyak awok!!! hehe...*
~adila syahira~aishah sanusi~khairun nisa'~syahirah shofe~



No comments:

Post a Comment