Saturday 28 June 2014

final exam done...!

Setelah hampir 3 minggu struggle for final exam...alhamdulillah akhirnya selesai jugak. Dengan itu maka berakhirlah jua sem 4...hampir 2 tahun ira di bumi ukm. Susah senang pahit manis sepanjang ira bertatih menimba ilmu dan pengalaman di ukm. Sepanjang ini jugak menyaksikan jatuh bangun ira, tangis dan tawa mengharungi segalanya. Tidak pernah sunyi dari diuji sukarnya menimba ilmu pengetahuan, sukarnya dalam mencari sebuah pengalaman, sukarnya mempertahankan sebuah persahabatan, sukarnya untuk tetap teguh dengan sebuah pendirian, sukarnya menguruskan soal hati dan perasaan. Namun...Allah masih beri kekuatan itu. Dia tak pernah tinggalkan ira. Hanya ira...yang seringkali lupa, leka, lalai dari terus mengingatiNya. 

hmm...bila syahirah & syahirah start kemas barang inilah jadiknya. macam tongkang pecah bilik dibuatnya. the best moment bila habis final...packing...! erm...walaupun sebenarnya packing barang nie sebelum habis exam. hehe...
Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu...going home..!! Sampai je rumah pagi khamis tu mak cakap malam nanti abah buat majlis yasin tahlil so...tak sempat rehat betul dah kena kemas rumah, tolong mak masak. Dari pagi sampai la malam buat keje. huhu...penat sebenarnya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sampai ira tertidur lepas majlis sedangkan yang lain sibuk layan tetamu. sorry eh...tak tertahan nak tongkat mata ni. 

 huh...nasib la semua benda abah order katering je. so...kitorang cuma perlu kemas rumah, arrange perabot & masak bihun, puding. best giler balik rumah terus dapat makan bihun goreng mak masak ni. memang best in the world la. hehe...

hmmm...one thing happened that night. Elok je habis baca yasin, tahlil, sempat jugak abah buat usrah dengan kawan-kawan dia tetiba mak dapat call dari kawan Syifaa. Diorang gtau adik masuk wad Hospital Sultanah Bahiyyah. Terpaksa mak abah tinggalkan majlis dekat kitorang and rushing pegi Alor Setar. Nasib adik-beradik sebelah abah semua ada. Diorang la yang banyak tolong kemas everything, packing semua. Thanks a lot..! Dah setel semua baru pakat balik rumah masing-masing. Pakcik siap tunggu kitorang kunci pintu, masuk rumah, baru dia gerak balik. Malam tu mak abah tak balik. Esoknya baru balik sekali dengan Syifaa. Dia cuti seminggu sempena Ramadhan. Actually...nothing serious with her and dia tak kena tahan wad pun. Masuk ER je sebab muntah banyak kali. Salah makan agaknya. hmmmm...for those who are giving information...thanks a lot but next time cerita la apa yang sebenarnya jadi. Jangan la buat ayat suspen sangat sampai buat orang salah faham, gelabah. Apa pun...alhamdulillah apa yang berlaku bukan seperti yang kitorang jangkakan. 

penat sangat buat keje seharian gini. hari tu pun sekali macam ni jugak. sampai rumah terus kena buat keje for gathering like this.

No comments:

Post a Comment