Saturday 26 October 2013

Sahabat...

Ira borak dengan sorang member nih. Kebetulan dia ada program KBM (Keindahan Bersamamu) kat Klang. errr...untuk orang tuh. Ira cilok program awak kejap yer. Ira sebenarnya tertarik bila awak cakap pasal kawan, sahabat. Taktau nape ira sensitif dengan sahabat. Bila awak cakap yang awak teringat member-member awak. Ira pun...seriously I really miss my friends. Boleh kata hari-hari jugak ira contact diorang but still I miss them so much. =(

Hampa-hampa...(Adila Syahira, Khairun Nisa', Aishah Sanusi) bila boleh jumpak hampa nih. Tak syok ar sembang fon ja. Asai cheq balik kedah time nak jumpak mesti sibuk benda len kan. Tak cheq yang busy hampa plak dah. Especially eyangku cyunk, Nisa'. Adoyaii...busy mengalahkan PM. hehe..bajet macam diri sendiri relax la sangat padahal busy jugak and starting tomorrow dah kena berkampung kat ofis. err...ofis PKMK (ofis la sgt). Mai la sini soghang jadik PA cheq senang qeja sket ada oghang tolong. Pehtu takdak la hampa bising-bising kan kalau cheq balik soghang ka pa. Kan hampa ada. Dah sah-sah takkan balik soghang. =P
Haaa...tak lambat dah nak konvo diploma sahabat-sahabat cheq nih. Alang-alang dah sampai Shah Alam tu singgah la mai. Kalau chah nak mai buat rombongan che kiah skali pun boleh gak. Mai pakat melawat cheq nah. Satu gi...dah mai tu sila la bawak hadiah nah. Penting tuh! Kalau takdak hadiah nak meqajuk sesaat ngan hampa. hmmm....dah la taun lepaih pakat buat lupa besday cheq. Sampai hati noh...makan hati berulam jantung cheq ngan hampa. Oghang len pakat wish tapi feel dia tak sama ngan hampa. Satu hari cheq tunggu sampai malam dah lewat dekat nak masuk haqi len dah baqu hampa wish noh. Sampai hati hampa menyeksa jiwa dan raga cheq. Penantian yang penuh dengan tanda tanya. Awat la hampa ni. Pakat lupa kat cheq ka. Tacing sat masa tu. Bila hampa jadik oghang terakhir wish huih...qasa macam nak lompat pi siling. err...hyperbola sket. Tak cukup tinggi nak sampai siling tuh. hehe...walaupun takdak present tapi wishes hampa tu la present terbaik cheq hampa tau dak. huhu...so taun nih toksah nak buat surprise buat cheq dok tunggu nah. Penat woo men tunggu-tunggu nih. haha...
huh...penat sebenaqnya nak tulih full loghat kedah so tak bopa nak full sangat la. hat dok tulih ni pun teqasa tegeliat lidah sendiqi. hehe...

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar 
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 

p/s: nie lagu feveret dilla kan...Ira dengar lagu nie semalam masa persembahan nasyid kat pesta konvo lepas ceramah. Terus teringat kenangan sekolah la especially masa dilla tengah fanatic dengan lagu nie. Hari-hari dengar, hari-hari nyanyi sampai kami pun terikut sama. The best moments was when we were together.

No comments:

Post a Comment