Monday 10 October 2016

Asam Garam Sebuah Kehidupan

Pagi yang indah saat mata ini merenung ke luar jendela...langit biru dihiasi tompok-tompok awan putih. Sang mentari masih belum menampakkan dirinya. Mengimbau kenangan manis yang mengusik. Terlalu banyak berfikir yang indah-indah tanpa mahu mengungkit walau sekelumit pun kepahitan yang pernah singgah. Ternyata...senyuman menghiasi wajah ini. Tersenyum dan terus tersenyum.

Mulakan harimu dengan senyuman....

Tapi...
Senyuman yang bergayutan di bibir sebentar tadi perlahan-lahan memudar. Melihat yang di depanku tiba-tiba menangis dalam diam. Sebaik mungkin cuba menyembunyikan tangisannya. Menyapu sisa air mata yang mengalir di pipi. Melarikan anak mata saat bertembung dengan sepasang yang empunya aku. Ya! Aku tahu apa yang membelenggu hatinya namun aku tak mampu untuk memujuk dirinya. Aku tak mampu untuk menyuruhnya bersabar. Kerna dia telah sedaya upaya berlagak kuat di hadapanku. Tidak pernah mahu mempamerkan resah hatinya. Tidak pernah mahu menunjukkan bahawa dia lemah. Dan kerana itu aku hanya terpaku melihatnya dengan lirik mataku sambil jari jemari ini ligat bermain di key-board menyiapkan kerja yang tertangguh. Cuba untuk tidak pedulikannya. Membiarkan dirinya melepaskan segala yang terbuku melalui tangisannya. 

Ya Allah...berikan dia kekuatan untuk mengahadapi dugaanMu. Berikan dia ketabahan menempuh segala apa yang mendatang. Permudahkanlah semua urusannya. Tunjukkanlah dia hikmah yang tersembunyi di sebalik ujianMu ini. 

Perkahwinan...pastinya mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya. Namun manusia hanya merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah s.w.t. Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Walau singkat perjalanan seorang isteri yang kau lalui...yakinlah Allah telah menetapkan ganjaran pahala seorang isteri buat dirimu. Adakalanya kita bertemu dengan orang yang salah sebelum dipertemukan dengan yang sebaik-baiknya. Kerna pengalaman itu akan mematangkan diri. Pengalaman itu akan menjadikan kau seorang insan yang lebih tabah dalam mengharungi hidup ini. Kau bukan insan lemah! Aku percaya kau mampu bangun dan mengorak langkah jauh ke hadapan. Yakin pada diri...sang suami bukanlah satu-satunya tempat untuk bergantung. Biar hilang kebergantungan pada seorang manusia asalkan jangan pernah hilang rasa kebergantungan pada Yang Maha Esa. Hati manusia itu sifatnya berbolak-balik. Tetapi Allah tidak pernah berpaling. Mohonlah padaNya supaya dipeliharakan hatimu dari rasa keluh kesah resah gelisah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui....

Aku bukan selayaknya insan untuk memberi kata nasihat. Aku mentah dalam soal perhubungan apatah lagi sebuah perkahwinan. Siapalah aku yang hanya mendengar dan memerhati apa yang berlaku di sekeliling. Perkahwinan...bukanlah sebuah perjudian. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tapi perkahwinan adalah sebuah perjanjian. Aku dan dia terima seadanya antara satu sama lain. Bukan suatu eksperimen untuk melihat siapa yang lebih hebat, bahan eksperimen untuk merealisasikan apa yang pernah terbayang dek akal fikiran, angan-angan umpama sebuah novel cinta yang bahagianya "happily ever after". Melangkah ke alam perkahwinan ertinya kau memikul sebuah tanggungjawab yang besar dan berat. Memimpin pasangannya menuju redha Allah. Manusia pasti ada khilafnya tapi jangan pernah menghukum. Perkahwinan bukan hanya antara dua insan, dua jiwa, tapi juga dua buah keluarga serta yang paling penting penyambung zuriat. 

Please don't misunderstood. I am not against marriage but...

Berkahwin hari ini dan bercerai di kemudian hari...Soal kahwin soal cerai bukan sebuah permainan untuk diperjudikan

No comments:

Post a Comment