Thursday 5 November 2015

Pre-Pasca Convo JMT Ladies (^_~)

tik..tok..tik..tok..
jarum jam berdetik dan jari jemari ini masih kaku di papan key-board. Lost pulak rasa tak tahu nak tulis apa padahal sebelum nie macam-macam madah pujangga bermain di fikiran. 

Dear ukm...tiga tahun akhirnya tiba jua ke penghujungnya. Saat pertama kali menjejakkan kaki ke bumi ukm, bermacam perasaan bergolak dalam hati dan fikiran ini. Bagaimana agaknya perjalanan hidup ira bergelar seorang pelajar? Alhamdulillah...Allah berikan kesempatan untuk ira melakar kenangan indah di bumi ukm...Allah beri ira kesempatan untuk merasa pahit manis di sini...Allah beri ira peluang untuk menimba pengalaman ini. Sungguh jika ingin diceritakan pahit manis suka duka sepanjang bergelar seorang pelajar...tak cukup rasanya lembaran yang ingin dicoret. Mengimbau kembali semua kenangan itu buat ira tersenyum sendiri. Mengingat kembali detik-detik itu adakalanya mengundang air mata. Rindu mula bertandang di lubuk hati. 

'penguin' pulang ke sarang ke ni?? 
JMT Ladies yg so sweet together
*haha...macam puji diri sendiri je*
kegembiraan itu...apabila melihat senyuman terukir di wajah semua
finally...we did it. congrate!!
ketenangan itu ada...bila kita menghargai apa yang ada di depan mata
terima kasih sebab kongsi kenangan 3 tahun di ukm dengan ira
truthfully...korang kakak yg sangat awesome
JMT Ladies in the house...!!! Macam lama tak dengar that words "JMT Ladies" coz it turns to "JMT Sweet Siblings" right..? Disebabkan ira lost words tak tahu nak tulis apa makanya...biarlah gambar berbicara. Bila JMT Ladies photoshoot pre-convo...macam-macam telatah, macam-macam kerenah. Camera detected gelarannya...tak payah la bajet nak photoshoot ala-ala candid confirm tak jadi punya. Masing-masing mata mesti menjeling ke lensa camera jugak. haha...


6 budak nakal konvo jugak akhirnya...!! 


Jika dihitung kenakalan zaman belajar Masha Allah...ada je perangai kecoh masing-masing. Nakal-nakal JMT Ladies akhirnya konvo jugak kan. hehe...sungguh ira beruntung dipertemukan dengan kakak-kakak yang menemani perjalanan ira di bumi ukm ni. Thanks again for these 3 years...

*Ingat tak dulu...ada orang tu sampai nak berenti belajar sebab fikirkan masalah dia. Puas jugak la kita pujuk, lepas meeting pemikir merayau pusing KL kononnya nak hilangkan stress, cari ketenangan la sangat kan sampai sesat-sesat. haha...akhirnya habis jugak dalam mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran, onak dan duri, ombak dan badai. 

*Tips nak pergi kelas kalau dah lambat...mohon jalan dengan penuh sopan-santun dan ayunya tanpa tengok jam walaupun dalam hati "Ya Allah...lambat sangat dah aku ni". Paling best bila dah rasa macam lewat giler then rushing pergi kelas, dah sampai kelas "laaa....aku paling awal ke".

*Malam Jumaat pergi homeless balik dekat pukul 2 pagi, tak sedar diri kelas esoknya pukul 8 pagi. Berjuang habis-habisan nak sampai ke kelas lepas tu nak bertahan dua jam kuliah Masha Allah...kritikalnya tak payah cakap la. 

*"Unity mane unity..??" haha...sampai sekarang kalau ingat moment ni mesti gelak sengsorang. "err...maaf prof. diorang semua tak datang, wakil KPD main bola tampar." haha...main bola tampar ke jadi pompom girl bola tampar nih? Yang paling best...last presentation masa berlakon tu dapat pujian pulak padahal keje last minit sangat-sangat last waktu-waktu kritikal punya last dah tu. Cakap pasal last minit punya kerja, ingat tak masa cesmed kita? Sampai 3 pagi lepak kat foyer fpi nak siapkan video presentation lepas tu 'buli' kak Maryam Anajat main Mogul. Moment yang agak awkward bila kita satu-satunya group fpi masa kelas PD2, still last minute keje, berebut mic nak present dulu. Ya Rabbi...nakalnya lahai JMT nih.

*Ingat lagi tak masa kelas workplace kita...? Masa awal-awal kelas tu excited la jugak sebab sir yang ngajar tu cakap accent ala-ala harry potter. Lepas 2-3 minggu...bila hari ada kelas je mula la masing-masing muka monyok stress je nak cari alasan taknak pergi kelas. 

*JMT Ladies tak boleh nak dipisahkan langsung. Kalau sorang tu join program habis semua diheretnya, kalau takde maka takde la kelibat JMT Ladies kat situ. haha...teringat masa ustaz nizam tegur kita "awak ni...sorang tak pergi DOA semua tak pergi, sorang pergi Singapore semua diheretnya." Teringat muka cuak kak atin tolong mintak izin untuk kakyam. Macam-macam hal semata-mata nak heret pergi Singapore jugak. 

*Tiap-tiap sem tak payah berangan la nak study awal-awal. Mesti jadi last minute punya. Lagi 2-3 hari nak exam tu mula la pusing sana sini cari tempat nak study. Time tu jugak la terzahirnya macam-macam nota, macam-macam peta minda. Penat-penat lecturer ngajar kita satu sem tapi kita ni satu malam je habiskan silibus. Hebat sangat ni...jangan ditanya la bila resultnya tak seberapa. haha...

*Soalan wajib tiap-tiap hari..."akak nak pegi mane?" "nak ikut!" ngekor je manjang tapi bila ditanya nak pegi mana semua terdiam. Soalan "nak makan kat mana?"...soalan yang paling susah sekali untuk dijawab. Kalau final soalan macam nie failed dah kot. Tapi sabar je kak atin layan kitorang kan. hehe...

*Bab masak-memasak mula la nak membodek kak amna. Buatkan steamboat la, 'buli' kakyong masakkan bubur bila demam. Lepak bilik orang ni orang tu. Dah macam bilik sendiri pun ada jugak. 

*Dalam kereta...jangan berangan semua boleh lepak dengan tenangnya *walaupun dulu selalunya ira la yang alghuyub dulu. hahaha...* Sepanjang jalan ada je ceritanya. Ilmiah sikit, merepek sikit, melalak lagi dan ntah ape lagi. Bak kata kak amna "bukan destinasi itu yang menjadi keutamaannya tapi pengalaman sepanjang perjalanan itu yang penting". 

JMT Ladies...mana munculnya istilah tu pun ira tak pasti. Tau-tau kita dah selesa dengan gelaran tu. Sekurang-kurangnya mesti cukupkan korum dalam kereta 5 orang. Kalau tak rasa macam something missing. Ingat tak masa first year dulu orang cakap JMT ni bela saka sebab sekali naik 8 orang padahal myvi je pun. 

Jika ingin diimbau semuanya sungguh tak mampu untuk jari jemari ini menulisnya. Kenangan demi kenangan ini akan terus hidup dalam memori ira selagimana Allah pinjamkan ingatan ini. Banyak sangat benda yang ingin dicoretkan. Banyak sangat kenangan yang ingin dilakarkan. Saat berakhirnya hari graduan kita maka berakhirlah jua kehidupan 3 tahun kita di bumi ukm. Ukhuwah ini...moga tersimpul utuh dalam redhaNya. Ukhuwah ini...moga sentiasa dalam rahmatNya. Ukhuwah ini...biarlah ia sentiasa mekar dan tidak layu. Ya Allah...ira mohon tolong jaga mereka. Mereka kakak ira yang sangat ira sayang. Walaupun zahirnya ira lebih banyak menjadi pendengar dari berbicara. Walaupun zahirnya ada perkara yang selalu menjadi rahsia ira dari mereka tapi sungguh jauh di dasar hati ini, mereka yang terbaik, yang selalu ada, yang selalu buat ira tersenyum. Maaf...ada ketikanya ira jadi pendiam, ada ketikanya ira rahsiakan sesuatu, ada ketikanya ira hamburkan kemarahan dan ketidakpuasan hati bukan pada tempat atau waktunya. Tapi ketahuilah...ira sangat bersyukur kerana mereka hadir sebagai peneman ira. Banyak ketikanya ira selesa untuk merahsiakan gundah hati ini kerana bila ira dengan mereka, ira mampu tersenyum dan lupakan segalanya. Sehingga ke tahap walaupun ira terbungkam dalam kedukaan, mereka masih di sisi ira.

Terima kasih sebab tak pernah tinggalkan ira. Wish you all the best in you real life my dear kakak's'. (^_^)




No comments:

Post a Comment