Sunday 14 June 2015

Photoshoot Kajaians

Ok...!! Here we go...! haha...curi masa nak jugak update blog malam nie walaupun sebenarnya plan awal tadi nak kemas barang la, nak kemas meja la, nak fokus study la, dapat gambar semua tinggal. Lepas ira post entry nie ira sambung study ye. (^_~)

Bila kajaians ber'photoshoot'...macam-macam ragamnya. Yes...kenangan itu bukanlah pada gambar, bukanlah pada harta benda tapi kenangan tu akan sentiasa tersemat dalam hati dan sanubari selagi mana kita menghargainya. Namun...apa yang tersemat di sebalik setiap candid camera itu tersirat pelbagai rahsia. Setiap senyuman dan tawa yang terakam bakal meninggalkan suatu kenangan yang sangat berharga. I will always appreciate our moment walaupun kadang-kadang tak bersua sebab sibuk dengan hal masing-masing. 


misi jelajah photoshoot bermula....!! (^_^)
aku mencintai kamu kerana dirimu...
baik buruknya kamu, aku terima seadanya
genggam ukhuwah kita sebagaimana kita satukan hati
walau jalan kita tak sehaluan
moga jalinan ini seiring menuju redha Allah
"dah macam geng nashid plak" (Wahidah : 2015)
*that's my college...!!! 
pada awan biru ku melakar kata-kata
pada langit cerah ku padam semua cerita
dengarlah mentari suara hati ku menyanyi
berterbangan jiwa merentasi pelangi
gerimis menitis gugur membasahi bumi
bagai menangisi sebuah cerita hati
misi sabotaj gambar wahidah kat belakang. hehe...
sebiru hari ini...
birunya bagai langit terang-benderang
sebiru hari kita bersama di sini
seindah hari ini...
indahnya bak permaidani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah
bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan Illahi
genggam erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan terpisah
selamat jalan teman tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita
sebiru hari ini...
drama betul kanak-kanak ribena nih..!!
che roommate sayang....
sungguh awak kenangan terindah saya di bumi kajai
sebab apa...?
sebab awak roommate saya la...!! (^_~)
saya pasti rindu awak....
saya pasti rindu bilik kita...
di sebalik jaring pun jadik keje bebudak nih
biarlah di sebalik semak sekalipun
andai itu mampu mencipta memori indah kita
aku turuti~~~
ketika mula bertemu terasa bagai telah lama bersua
kau sambut hulur tanganku bertegur sapa penuh mesra
masa terus berlalu dan kita tetap seiringan berjalan
menempuh onak liku lalui semua suka dan duka bersama
biarlah apa pun rahsia dan kelemahanmu tetap engkau temanku
riangnya saat kita ketawa asyik senda dan bercerita
walau sesekali pandangan kita berbeza
angannya tetap serupa
adakalanya kita juga saling terluka
namun di akhirnya kita tetap bersama
bahagia itu dari dalam diri
kesannya zahir rupanya maknawi
terpendam bagai permata di dasar hati
bahagia itu ada pada hati
bertakhta di kerajaan diri
terbenam bagai mutiara di lautan nurani
bahagia itu ada di jiwa
mahkota di singgahsana rasa
bahagia itu adalah suatu kenangan
susah sebenarnya nak kumpul ramai-ramai
sorang ke sana sorang ke sini
walau berbeza fakulti...kita dipertemukan di kolej yang sama
walau berbeza umur...kita serasi bersama
walau berbeza negeri...kita selesa bersama
walau berbeza bahasa...kita sesuaikan bersama
aku sayang kamu tau...!! sayang sangat-sangat!!!
thanks sebab selalu layan ira berceloteh
thanks sebab selalu layan ira punya bebelan
thanks sebab selalu layankan ira punya cerita
thanks sebab selalu layan ira punya ketidak puasan hati
thanks sebab selalu layan ira punya keterasaan hati
thanks untuk semuanya
nampak tak highlight dia...ira nie banyak cakap. haha...
te quero muchos...!!!! 


No comments:

Post a Comment