Wednesday 2 April 2014

AGM PKMK UKM 2014



Berlabuh sudah tirai pimpinan Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah bagi sesi 2013/2014. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan oleh PKMK. Tanpa sokongan kalian PKMK tidak mampu gah berdiri melaksanakan segala amanah yang diberikan. Segala tunjuk ajar yang diberikan sangat berguna dalam kami mengorak langkah berpersatuan. Terima kasih tidak terhingga kerana menerima kami sebagai keluarga PKMK. Adakalanya kita di atas adakalanya kita di bawah. Jatuh bangun dalam usaha menjayakan segala aktiviti yang dirancang mengajar kami untuk lebih kuat, lebih berani. 

Someone has told me that everyone has their own definition of family. No doubts that your mom, dad, and siblings are your family. But on the other side...my friends are my family. Sahabat yang melihat jatuh bangun ira, yang ada di sisi saat ira ketawa, menangis. They're my family. Walaupun secara dasarnya pasti ada perselisihan, ketidaksefahaman tapi selagi mana dia mampu buat ira tersenyum, itu sudah mencukupi bagi ira. Mungkin sebab ira terlalu menghargai sebuah persahabatan walau sekadar atas dasar kerja persahabatan kami terjalin pada mulanya. 


AGM...Annual Grand Meeting yang sama ira attend last year. Masa tu ira baru menjinakkan diri dalam persatuan, baru menerima watikah perlantikan untuk sesi 2013/2014 sebagai timbalan eksekutif kerohanian dan kepimpinan. Kali ni sekali lagi AGM bagi meneruskan amanah yang diberikan bagi sesi 2014/2015 sebagai NYDP 2 merangkap eksekutif kebajikan dan modal insan. Semakin berat tanggungjawab yang diberi namun in shaa Allah semuanya akan dipermudahkan oleh Allah. Sebelum nie pun title jawatan tak melambangkan apa-apa. Semua kerja masih dilakukan bersama-sama. In shaa Allah semoga ukhuwah ini berterusan. 

sesi lepas kami berlapan smkak-pkmk but now kami tinggal berenam je..=(

 exco pkmk sesi 2013/2014

 mantan exco pkmk sesi 2013/2014

p/s: sory sesi 2014/2015. can't find that pic. 

Semoga ukhuwah ini berkekalan walaupun kita tidak lagi bersama dalam pahit manis pengalaman berpersatuan. Buat keluarga baru...semoga ukhuwah yang baru berputik ini kembang mekar...(^^,)

No comments:

Post a Comment