Sunday 16 February 2014

dear abah...

Alhamdulillah hampir sebulan ira luangkan masa bersama keluarga terchenta. For the first time I guess...this is the most wonderful holiday I have. Bukan sebab pergi bercuti ke ape tapi cuti kali nie ira banyak habiskan masa dengan kakak, adik-adik, mak. Syifaa dah habis spm so lepak kat rumah. Hari-hari ada je benda nak dibuat. Kemas rumah, main, lepak, merepek, ntah mende lagi. Satu je kurang...abah. Akhir-akhir ni abah sibuk sangat disebabkan masalah air kat kedah. Dia terpaksa kerja dari pagi ke pagi. Weekends pun kerja jugak. Kalau abah cuti tak henti-henti orang call. Kitorang sampai boleh hafal masalah air kat kedah nie. Kolam air kat gurun kering, pressure rendah kat sungai muda, paip pecah kat dalam hutan semeling, berapa lori yang hantar air kat kawasan tinggi gurun sebab water pressure tak boleh nak pam sampai atas, banyak lagi la masalah lain.

Dua hari sebelum ira balik sini baru la kurang sikit keje abah. Dua hari abah spend time dengan kitorang, balik kampung, that is the precious moment for me. When abah is there in front of us. Malam terakhir kat rumah berjemaah sekali, dengar alunan abah baca al-Quran. Hampir sebulan kat rumah and I just have two days to spend with him. 


Selalu ira baca orang sibuk post "menunggu bakal imamku" or ayat-ayat yang seumpamanya. As for me...cukuplah abah sebagai imamku, pendampingku, cinta hatiku. Kenapa menantikan imam yang kita tak tahu sape sedangkan dia yang menjadi imam sejak kita mengenal dunia. Kenapa menggembar-gemburkan penghargaan kepada 'bakal imam' yang belum pasti milik kita sedangkan imam yang telah ditetapkan Allah untuk kita sejak lahir tidak ditaburkan dengan ayat-ayat cinta. Kalimah Allah yang pertama didengari lahir dari bibirnya. Kasih sayang dan cintanya tak mampu ditandingi. Amarahnya kerana sayang, nasihatnya kerana cinta. Abah is the best abah I ever had...always love you.

No comments:

Post a Comment