Saturday, 26 October 2013

Sahabat...

Ira borak dengan sorang member nih. Kebetulan dia ada program KBM (Keindahan Bersamamu) kat Klang. errr...untuk orang tuh. Ira cilok program awak kejap yer. Ira sebenarnya tertarik bila awak cakap pasal kawan, sahabat. Taktau nape ira sensitif dengan sahabat. Bila awak cakap yang awak teringat member-member awak. Ira pun...seriously I really miss my friends. Boleh kata hari-hari jugak ira contact diorang but still I miss them so much. =(

Hampa-hampa...(Adila Syahira, Khairun Nisa', Aishah Sanusi) bila boleh jumpak hampa nih. Tak syok ar sembang fon ja. Asai cheq balik kedah time nak jumpak mesti sibuk benda len kan. Tak cheq yang busy hampa plak dah. Especially eyangku cyunk, Nisa'. Adoyaii...busy mengalahkan PM. hehe..bajet macam diri sendiri relax la sangat padahal busy jugak and starting tomorrow dah kena berkampung kat ofis. err...ofis PKMK (ofis la sgt). Mai la sini soghang jadik PA cheq senang qeja sket ada oghang tolong. Pehtu takdak la hampa bising-bising kan kalau cheq balik soghang ka pa. Kan hampa ada. Dah sah-sah takkan balik soghang. =P
Haaa...tak lambat dah nak konvo diploma sahabat-sahabat cheq nih. Alang-alang dah sampai Shah Alam tu singgah la mai. Kalau chah nak mai buat rombongan che kiah skali pun boleh gak. Mai pakat melawat cheq nah. Satu gi...dah mai tu sila la bawak hadiah nah. Penting tuh! Kalau takdak hadiah nak meqajuk sesaat ngan hampa. hmmm....dah la taun lepaih pakat buat lupa besday cheq. Sampai hati noh...makan hati berulam jantung cheq ngan hampa. Oghang len pakat wish tapi feel dia tak sama ngan hampa. Satu hari cheq tunggu sampai malam dah lewat dekat nak masuk haqi len dah baqu hampa wish noh. Sampai hati hampa menyeksa jiwa dan raga cheq. Penantian yang penuh dengan tanda tanya. Awat la hampa ni. Pakat lupa kat cheq ka. Tacing sat masa tu. Bila hampa jadik oghang terakhir wish huih...qasa macam nak lompat pi siling. err...hyperbola sket. Tak cukup tinggi nak sampai siling tuh. hehe...walaupun takdak present tapi wishes hampa tu la present terbaik cheq hampa tau dak. huhu...so taun nih toksah nak buat surprise buat cheq dok tunggu nah. Penat woo men tunggu-tunggu nih. haha...
huh...penat sebenaqnya nak tulih full loghat kedah so tak bopa nak full sangat la. hat dok tulih ni pun teqasa tegeliat lidah sendiqi. hehe...

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar 
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 

p/s: nie lagu feveret dilla kan...Ira dengar lagu nie semalam masa persembahan nasyid kat pesta konvo lepas ceramah. Terus teringat kenangan sekolah la especially masa dilla tengah fanatic dengan lagu nie. Hari-hari dengar, hari-hari nyanyi sampai kami pun terikut sama. The best moments was when we were together.

Tuesday, 22 October 2013

Pilihanraya Kampus



Hari nie PRK...apa  itu PRK..? Sila baca sendiri la ye. Thats why attach the picture above. Malas nak cerita panjang-panjang. Apa yang ira nak katakan kat sini erm...

Sepanjang PRK macam-macam gelagat student UKM nih. Masing-masing nak berbalah tegakkan pendirian. Group-group ilmiah penuh dengan kempen PRK sehingga tenggelam info-info penting. Facebook terutamanya menjadi medium penting dalam sesi kempen nih. Pada ira...tak salah nak berkempen ke, nak berpolitik ke. Its all up to you. Tapi jangan la sampai nak burukkan sesama sendiri. Masing-masing bergelar siswa-siswi so think as an educated person. Tak payah la nak berbalah. Buruk bebenor nengoknya. Pilihan terletak kat tangan masing-masing. Semua orang boleh fikir mana baik mana buruk. 

Hmm...ira sendiri tak nafikan yang ira pun mengikuti perkembangan PRK nih. Kedua-dua belah pihak...Gabungan Mahasiswa (GM) & Aspirasi Mahasiswa (AM). Apa pun...fikirlah mana yang awla. Jangan terlalu giat sehingga lupakan awlawiyat. Mana yang utama kita dahulukan. Perlu ke dengan kita menyokong satu-satu pihak tu sehingga nak mencetuskan kontroversi. Kemon la...be matured! Ira...? rasanya semua orang tau kot ira sokong sape. Hak masing-masing...tak payah la nak bertanya or timbulkan satu perspektif yang buat orang lain keliru. Kalau nak rahsiakan sekalipun up to you. Ira tau boleh kata ramai jugak yang sambi lewa je dengan PRK ni. Ira hormat apa pun pendapat orang lain.

Pernah tak fikir..? Apa agaknya yang akan jadi sekiranya pemimpin yang kita sendiri pilih tidak meletakkan Islam sebagai cara hidup. Ini baru dalam kampus...kita sendiri boleh lihat, boleh fikir. Antara dua pihak yang mana mengetengahkan cara Islam. Adakah hanya atas dasar diri sendiri tanpa pemimpin kita mampu untuk meletakkan Islam sebagai yang utama. Yea...to build your own identity it is yours. But to make others do the same thing u can't. Tanpa pemimpin yang menegakkan Islam...what will happen here? Fikirlah...


 just love to see this..comeyy. ^_^

Today...ira and kajaians lepak cafe ngundi punya pasal. Kelas pulak dah memang kira cancel satu hari dah macam cuti dah. For me je la cause che roommate ade kelas petang nih. Same la yg lain-lain pun so bakal tinggal sorang. Alahai...lagi susah la nak jalan keje macam nie. Dah la kat bilik sengsorang pulak tuh. Nak pegi library pun malas sebab dah petang. Syahirah!!! Wake up! Jangan malas. Think...!! Nak buat mende ntah. 

 sempat jugak snap photos. kalau dah memang pantang nampak camera. Can't do anything la. hehe...


Monday, 21 October 2013

dear...

My day...

Since this early morning I woke up and doing my work. Entah la keje ape yang banyak sangat tu tak siap-siap jugak. Kelas ira hari ni pukul 4 petang. Lepas che roommate pegi kelas ira dah tutup buku. Niat di hati nak siapkan slide fiqh ibadat tapi rujukan semua kat kak shakyla so tangguh dulu la and I'm started watching 'Love You Mr. Arrogant'. hehe...memang dah stuck betul dengan drama nih padahal dah baca novel dia. Dah tau jalan cerita pun but still sangkut jugak. Abes layan citer tu kononnya nak sambung buat keje tapi tetiba berdenyut sakan kepala nih. Terus off semua kerja...'pengsan'. At that time teringat la advice someone nih to drink a lot of water sebab migrain akan sampai satu tahap if you drink less water you'll get headache and yea...I think I've reach that stage. My bestie also has always ask me to see a doctor...make full medical check up but sorry yea. Bukan taknak tapi ira tak suka jumpa doktor. As long as I can bear it In shaa Allah I'll be fine. Terlelap kejap tu pun Alhamdulillah dah kurang sikit. 

Then...its my date at library. Dating dengan kakak-kakak yer! Alhamdulillah almost 90% slide fiqh ibadat has done. I'll doing the rest tonight. Habis kelas pukul 6 petang dah tak balik bilik. Berkampung kat bilik kakyong & kak kyla. Lepas isyak sepatutnya ada kelas Psikologi Agama. Sampai kelas takde orang pulak. Lama kitorang tunggu and lastly there's no class. Huh...frust betul. Asal orang lain tau but we don't know anything? Selalunya ade je yang akan inform but tonight semua menyepi je. Berita gembiranya takde kelas for this whole week. Berita sedihnya setengah jam kitorang tunggu kat kelas but at last it has been cancelled and no one told us about that. Kalau tau awal-awal dah lama ira sampai kolej. Nie pukul 10 malam baru balik and I was alone. Boleh je nak call member tolong amek tapi fikir awal lagi bantai je la balik sendiri. Sorry to my eyang Khairun Nisa' kacau eyang tengah meeting and really thankful to makteh Adila Syahira for accompanying me while I'm walking back to my college alone. err...to my bestie. If u read this post...bukan taknak call awak tau. It just these two gurlz, eyang and makteh's name cross my mind first. Even tau kalau call budak berdua nie sah-sah kene dengar diorang membebel sebab jalan sengsorang malam-malam. Tapi...its fun to hear them bising-bising macam tu. haha...walaupun ira tak suka orang bebelkan ira, tak suka orang marah-marah ngan ira but for these two person, they make me laugh with their babbling. Sebab ira tau diorang sayang ira. Thats why la berleter mengalahkan mak nenek. Dengan orang lain kadang-kadang tak makan ira cakap dah makan, lonely but I told them that I'm not alone, tak tidur pun ira cakap dah cukup rest tapi dengan diorang I become the most truthful person. Tak payah cakap diorang dah tau. Pandai pulak deme nie main tembak semua tepat pulak tu. hmmm....

By the way...I'm gonna do my work again. Tengah cari mood nak sambung buat keje sebenarnya merepek kat sini. hehe....

Sunday, 20 October 2013

kala hening malam

kala hening malam...
seringkali aku bersendirian
di saat teman-teman diulit mimpi indah
aku masih terkebil-kebil mengadap bait-bait tulisan
adakalanya iri hati menjengah
melihat teman sebilik nyenyak melayari bahtera
umpama tidurnya seorang bayi dalam pelukan ibu
apalah yang nak dicemburukan
bukankah aku juga mampu memilih?
benar...
aku punya pilihan dan aku memilih untuk bertahan
dalam rasa kantuk yang tidak seberapa kugagahkan diri 

kala hening malam ini...
saat ketenangan menguasai diri
ketika itulah pelbagai agenda hadir dalam fikiran ini
ingin kutepis ingin kuhindari
namun makin kuat aku nafi makin jauh aku lari
makin hampir pula aku dengannya
makin aku ingin melupa makin kuat pula ingatanku

kala hening malam...
kuserahkan jiwa dan ragaku kepada Dia
duhai Pemegang hati-hati manusia
yang membolak-balikkan hati kami
genggamlah hati ini tautlah jiwa ini
agar sentiasa dekat denganMu
agar sentiasa mengingatiMu
jangan biarkan hambaMu yang terumbang-ambing ini
hanyut dalam arus dunia



~my weekend~


My programme for this weekend..."Taklimat Latihan Amali / Industri". Hari yang mana dalam fikiran nie I wanna stay at my room getting rest, doing my work, finishing my assignments but I'm here in the early morning. errrr...tak baper nak early sangat la. By the way...taklimat nie penting sebenarnya. Even Dr. Munawar cakap boleh jer kitorang nak baca sendiri buku Kaedah Penyelidikan tu tapi masalahnya...baca ke?? haha...confirm tak kan kalau takde orang suruh. Ira dah buka sebenarnya buku tu tapi disebabkan tak tau pape so baca pun tak faham mende. haaaa...now baru la ok kalau nak baca sendiri at least dah dapat sedikit pencerahan dari Dr. Munawar. Kalau tak sebelum nie bergelap pasang lampu pun malap jer tengok. 

nie tarikh2 penting must be remembered ok..!!
1 November nie dah boleh start proses tempat praktikal means dari sekarang kitorang kena la survey and decide nak praktikal kat mana. Actually niat di hati nie nak balik praktikal kat kedah je. Kalau cakap ngan abah pun confirm abah suh balik rumah but it'll be much easier for me to have my practical here. ermmm...sebabnya kalau balik kedah sah-sah ira sorang. Takkan la join Adnan pulak..? hmmm...membe kedah memang la ramai but usuluddin, agama & falsafah pulak just me and Adnan. Kang tak pasal-pasal mengulangi sejarah kak Syiqin pulak. The only woman at her practical's place. Kebetulan pekerja kat Arkib Negara tu pun mostly guys...tak pasal-pasal kena buli. Fikir balik sekadar praktikal it should be ok tapi kalau kena buat program aduhai...susah jugak. Our report lagi. At the same time...my kakak-kakak sekalian ajak stay sini jer and dalam fikiran kitorang sekarang nie nak try apply praktikal kat Islamic Thought and Civilization (ISTAC). Lain dari yang lain...adventure cause we must to improve our English communication skills. Pape pun...tunggu ira tanya abah dulu la. Ask for his permission first. 

At the end of this 'taklimat'...sempat pulak menyelit kempen Pilihanraya Kampus (PRK) yang semakin terasa bahangnya. 




Mahasiswa Bijak Memilih

Calon FPI :

Muhammad 'Ammar bin Azlan
Calon No. 1

Calon Umum :

Hasyimah binti brahim(No.1)
Mohd Hafizi bin Samsuari (No.4)
Mohammad Fadhli bin Mohamad Asimoni (No.7)
Siti Nor Bahijah binti Mohd Zaki (No.12)

"Calon Mahasiswa, Calon Berintelektual
Calon Anda, Pastinya Mantap"

#ber-GM lebih baik#moving forward#

*mohon diberi mandat*


Friday, 18 October 2013

Aidiladha...

Alhamdulillah...aidiladha tahun nie ira sempat pulang berkumpul bersama family di rumah.

Tahun nie...aidiladha lagi meriah berbanding aidilfitri. Wanna know why..? The reason is my big family gathering together this aidiladha. ^__^

Alhamdulillah tahun nie berkesempatan buat korban sekaligus dengan aqiqah my cousin's daughter.

khadeeja al-hannan
1st aidiladha kecoh tak terkata bila semua dah berkumpul kat rumah maktok. Dengan budak-budak...my cousins, anak-anak diorang. Huh...! Sabar je la nak melayan but its fun!! hehe...

Kerja-kerja potong daging we leave it to kaum adam. Nasib la memang diorang yang buat semua kerja. 

my abg2 spupu
Kitorang..? Ape lagi...jadik babysitter la sambil kemas rumah, and macam-macam kerja lain la untuk kenduri esoknya.

khadeeja with her brother,
ahmad amru thaqif
nie la anak sedare yg paling ayu skali,
aisyah humayra'
abg2 kt blkg dh x pduli skeliling
sbb dh dpt fon main game. ish3...
(kiri, ahmad amien
kanan,ahmad anas)
bdk bdua nie je xde. dorg tpksa braya
kat labuan sbb their mom x dpt cuti pnjg
(muhamad faiz daniel & fatin sumayyah)
Melayan diorang nie sakit kepala jugak dibuatnya. Biasa la budak-budak...sebaya pulak tuh. semua benda nak direbutkan. Bukan mainan je, makanan, air, even kerusi pun nak berebut. Amru pulak aduhai...hyperactive sangat-sangat. Kerjanya berlari aje dari luar masuk rumah, dari ruang tamu sampai dapur.

Hari kenduri...bertambah la sibuknya. Melayan tetamu lagi...budak-budak lagi. Alhamdulillah kitorang guna khidmat catering so takde la penat sangat nak mengemas. 

Lepas setel mengemas petangnya kitorang bergegas balik kampung abah sebab raya ke3 kenduri kat sana plak. Sebelah abah kenduri rewang...masak sendiri so lagi teruk la kerjanya. Mana nak kemas rumah, sedia pinggan mangkuk, masak-memasak. By the way...dah biasa kampung abah merewang. Alhamdulillah ramai jugak orang kampung datang tolong. Kerja ira...main sabun. Kat belakang basuh pinggan mangkuk. 

Dari semalam dah terasa sakit pinggang masuk hari nie bertambah sakitnya. Tetiba jadik careful giler nak buat kerja. huhu...dah sakit baru la teringat physio therapy. Cara duduk yang betul...cara angkat barang yang betul....segala cara buat yang betul la. hmm...kalau always take care macam nie kan tak teruk. Syahirah...syahirah...rasanya sesape pun macam tu. Asal sakit baru beringat. Masa sihat bantai je kot mana pun.

Ape pun...akhirnya setel jugak. lepas asar dah habis basuh-membasuh, kemas-mengemas and I have to prepare going back to ukm. Will be back again after 2 weeks yea. daaaa....^_^

Friday, 11 October 2013

i'm coming home...!!

Starting last night dah ramai heret beg masing-masing balik kampung. Kajai nie dah sunyi since semalam tapi erm...ada orang pun sama jugak tahap kesunyiannya. 

Today...my beloved che roommate pagi-pagi dah siapkan barang-barang dia nak balik kampung. Ira masih perlu attend 3 kelas pagi nie. Actually...attend je la kelas tu. Fikiran nie dah takde dalam kelas dah. Rasanya dah naik flight awal balik kedah. Dalam kelas...gelisah ira dibuatnya menghitung detik waktu yang berlalu. Entah kenapa hari nie semua kelas rasa macam lama sangat padahal satu kelas satu jam jer. Kes balik kampung punya pasal. huhu...nak request hari balik kampung takde kelas boleh tak..?

Lepas kelas...for the first time ira masuk canselori bahagian pentadbiran ukm. fuhh...gabra jugak masuk situ eh. Pegi situ sebab nak teman member ira jumpa Naib Canselor, Prof Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. Dia nak dapatkan tandatangan Naib Canselor untuk sijil-sijil PKMK. Lepas dapat tandatangan tu kitorang merendek kat muzium akademik ukm. thanks to akak 'jaga'...baik sangat dia layan kitorang. Paling penting senyuman tak lekang dari bibir dia. Sincerely...i wanna be like her who always keep smiling even though she might be annoying with our lots of questions. hehe...maaf...asyik ulang alik tanya akak itu ini. 

replika pusat islam ukm

Dah setel tu kitorang balik bilik masing-masing and its time to pack our things! I'm going home this night!!!! hehe...excited plak. Syahirah...syahirah...tak boleh ke sekali awak tak excited and homesick like this. Bukannya baru dok jauh dari family. Its almost 8 years since u first stay in hostel. Nak buat cano..terima je la yer duhai hati. I can't avoid from thinking home...the best place ever! 

hmmm...since che roommate pagi-pagi dah selamat balik Kluang, tinggal ira sengsorang kat bilik ni taktau nak buat ape. Abeh sume benda ira dah kemas and one thing...i'm doing all that while listening to this song below. Che roommate dah drag ira dengar 'hanya aku', 'sandiwara cinta' and 'masih mencintainya'. hehe...jiwang pulak. dok ngan che roommate gini la jadiknya. But now...dah tersangkut ngan 'in heaven'. Canner ntah leh start dengar lagu ni padahal dah lama i'm not listening to korean song. errr...sorry la yer. just for a while. Pasnih tukar minat balik eh. 




Done packing! Done kemas bilik! erm...nak buat ape lagi eh...tak larat nak tenung jarum jam dah. Awat la lambat sangat cheq pusing ni..??

Kedah i'm coming!! the most excited day is the day i'm coming home...^__^

Sunday, 6 October 2013

Psychology of Religion

First class attended! Our assignment for this subject is to translate a journal and my journal is about child psychology and psychiatry. 


=> Factors associated with acceptance of peers with mental health problems in childhood and adolescence. 

Actually, its not really difficult to translate this but to make it as a Malay Journal from English huh...sakit jugak la. 






Semalam...ira tido awal around 12 something but as usual at 4 am dah terbangun. Capai fon nak tengok jam ada mesej cakap kak kyla nak pegi hospital sebab batuk teruk sangat around 2 am. Ape lagi...terus bangun call kakyong. Diorang baru balik dari hospital. Alhamdulillah...kak kyla is fine. Dah terkejut segar macam tu takde harapan la nak tido dah. Around 5 am saat che roommate sayang ira nie tengah nyenyak lagi tido ira start translate this till subuh till siang hari. Lepas zohor tingtong dah ira dibuatnya and now...got headache already. How am I suppose to finish this translation. Dah macam penterjemah bahasa dah. The problem is I'm not really good in Eng to translate all this standard language. In shaa Allah...I'll try to finish this as soon as possible. Taknak la tangguh banyak lagi keje lain perlu disiapkan. 

Dedicate to my fellow friends, Khairun Nisa', Adila Syahira, Aishah Sanusi, who helped me with this translation. Tak pasal-pasal korang jadi kamus bergerak ira sama-sama berpeningan dengan ayat-ayat bombastik Eng ni.

One more thing...start next week ira ade kelas hampir setiap malam till 11 pm. Terpaksa la cancel every activity yang clash dengan kelas. Antaranya iftar dan interaksi first year student esok. Ummah Talk every Tuesday. Kelas Tajwid every wednesday. Nur Qolbi every Thursday. On Thursday also...I'll be rushing enough from PKMK's usrah to class. Nampaknya berbuka ira pun on the way ke kelas je la. Fiqh awlawiyat...utamakan yang lebih awla that is class so ira...pengorbanan seorang pelajar in shaa Allah ade hikmahnya. Nak kena cari bodyguard hantarkan ira balik camnie. Sebelum nie setakat balik sorang pukul 9-10 malam tu ok jer tapi dan berganjak ke jam 11 nie erm..tak berani ira nak jalan sorang. 

*err...selingan kejap ngadap blog nih. Dah sakit kepala sangat tak cukup tido agaknya. Pain killer please...=(

Wednesday, 2 October 2013

Sebiru Hari Ini...



sebiru hari ini...
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama di sini
seindah hari ini...
indahnya bak permaidani taman syurga
seindah hati kita walau kita kan terpisah
bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan Illahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan terpisah
selamat jalan teman tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita
sebiru hari ini

our pinky promise...^_^

bergetar jiwa di persada bercahaya
pertemuan harapan pertama kalinya 
bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
sukar dipercaya pintunya terbuka
di sini jua memori tercipta
walau seketika terjalin kasih kita
mungkin di sini kita kan terpisah
kenangan bersama tiada kulupa
mengalun suara sesuri bisikan hati
seiringan mencari haluan berseni
bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
tiada pun terduga pintunya terbuka
yang terpahit jua termanis
semuanya bagiku terindah 
kuingati buat selama-lamanya

SMKAS'S MEMORIES

di sini aku mengenal erti hidup berdikari
warga MPP
 
love u dearest friends who always be my side

SMKAK'S MEMORIES

jatuh bangun sbg prasiswa-siswi akan kupahat di ingatan

 majlis perpisahan Ust Badruddin...ustaz kesayangan kitorg

UKM'S MEMORIES
from smkak to ukm
ex-smkak at usim n ukm

kajaians... ^_^


Tuesday, 1 October 2013

dear...

Malam nie seriously ira jadi serabut sangat just because of that comparative religion's video is not settled yet. 

everything has gone wrong
tell the reason please tell me why
for a while could we sit back and think for a while
thinking the thing that we should have done
just the dream that never will come true 
if we still sleeping and still dreaming
just another day hoping to survive
hoping there will be someone out there

Balik kelas tadi last minit kena panggil masuk meeting. Masa tu ira dah rasa macam nak rebah. I've many work to do. Niat di hati nak masuk meeting kejap je dengan alasan ira baru balik kelas tak sempat nak masuk bilik pun. Sebelum start meeting ira dah cakap yang ira takleh lama and hope that meeting will not take a long time. Tak tau pulak yang diorang nak buat sesi taaruf dengan AJK baru lajnah. Meleret-leret pulak sesi taarufnya. Jam di tangan dah banyak kali dikerling. Agenda meeting memang la jelas tapi hati ira tak tenang. Mana tak nya dengan fikiran melayang-layang teringatkan kerja yang belum siap, penat badan nie seharian belum sempat nak wash up and take a rest for a while. Pelbagai komitmen menuntut ira mendahuluinya sampaikan adakalanya ira rasa ira perlu berhenti. I have to stop this but at the same time its my soul. Ira sukakan kerja-kerja ni. I can't let it go just like that. Ira gagahkan diri juga untuk menunggu sedaya termampu. Tepat 10.15 malam akhirnya ira undur diri. Maaf...ira dah tak mampu untuk terus bertahan. Ada kerja lain yang perlu ira selesaikan. Sampai bilik makin penat pulak rasanya bila lihat katil, meja yang tak sempat dikemas seketika tadi sebelum pergi meeting. For the first time ira abaikan semua tu terus capai laptop kesayangan dan siapkan ulasan terakhir perihal perbandingan agama. Selesai edit ulasan tu baru la capai towel to wash up siap basuh baju lagi. Kalau diikutkan kepenatan nie malas dah nak membasuh tapi fikir nanti banyak pulak kerja di kemudian hari. Masuk bilik sakit mata tengok katil meja yang bersepah. Macam lipas kudung ira kemaskan semuanya. Dah setel baru start belek utube nak rakam dan upload video pasal perbandingan agama tu. Nak dijadikan cerita internet connection pulak low malam nie. Ya Allah...betapa ira teruji dengan kesabaran. Fizikal yang letih buat minda ini turut letih ditambah pulak dengan connection problem. Banyak kali ira try but still connection off tengah jalan. Ikutkan hati rasa macam nak nangis. Ira penat.....! Asal la kena buat video pulak ni...kan senang if submit je by writing. Ira kena upload video ni before kelas esok. Nampaknya dah takde jalan lain pagi-pagi esok je la. Maharat kelas pagi esok pun tak siap lagi. Hmmm....bakal buka kelab burung hantu je rasanya. Cepat sapa nak daftar kasi resume. 

Kurniakanlah aku secebis kekuatan ya Allah...dugaan dalam menimba ilmu. Biar apa pun yang mendatang tetapkanlah aku dalam membina kekuatan untuk terus bertahan. 

"Tiada kejayaan semanis madu tanpa perjalanan sepahit hempedu"