Tuesday 12 February 2019

Cousin got Engaged!

Alhamdulillah semua selamat mengerjakan ibadah umrah dan pulang ke tanah air semalam. Seronoknya dengar cerita pengalaman mengerjakan umrah. Satu perasaan dan pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Moga kita semua berkesempatan untuk jadi tetamuNya suatu hari nanti

Sebelum balik...dalam pelukan salam, mak sedara bisik ke telinga ira :
"Makndak doa kat kakcik masa kat Jabal Rahmah...moga Allah permudahkan jodoh kakcik"

Allahu...bergetar rasa hati. Sebak di dada dengar ungkapan ikhlas dari makndak. InshaAllah...Allah akan temukan jodoh seseorang tu tepat pada waktunya. Mungkin pada ketika tiada siapa yang menjangkakannya. Jodoh itu rahsia Allah. Rahsia yang tiada siapa mampu rungkai melainkan Dia Yang Maha Kuasa, yang memegang dan membolak-balikkan hati manusia. Jodoh pertemuan, ajal maut...mana dulu yang menghampiri kita? Dan kedua-duanya perlukan persiapan diri yang mana kedua-duanya bakal kita bawa ke alam sana. Jika Allah temukan jodoh di dunia ini, moga ia menjadi barakah dan salah satu asbab untuk melangkah ke syurgaNya. Jika ajal yang mendahului, moga Allah rahmati sebuah perjalanan hidup di dunia yang singkat ini. 

Terima kasih sebab ingat dekat anak sedara makndak yang sorang ni. I'm so glad to be remembered. Bila kau jadi the one yang orang risaukan...don't get offended. Alhamdulillah ada orang concern. Tipu la kalau cakap tak terasa hati langsung bila orang sibuk tanyakan itu ini. Erm...not really terasa hati. It just that I don't really like it when they ask my mom too much. Kalau tuju kat ira, I don't mind it at all. Biarlah mereka dengan soalan-soalan mereka. Sungguh ira sendiri tak pernah ada jawapan pada soalan-soalan tu. Ira lebih selesa berdiam diri. Senyum je tak perlu cakap apa-apa. Well...senyum tu kan sedekah. Or else...ask them for a du'a. Mana la tahu ada di antara yang bertanya tu makbul doanya. hehe... I just take it as a medium diorang nak beramah mesra and of course soal jodoh is one of the topic after 'belajar mana? kerja mana?'  It's normal la kan. 


It was a week before keluarga makndak berangkat mengerjakan umrah. Alhamdulillah their only one daughter got engaged. Everything was in rush sebab nak selesaikan semua benda sebelum tunangnya on duty (tentera) and before berangkat ke tanah suci Mekah. Surprised and excited jugak balik rumah tengok dah siap ni haa. Why? Sebab abah dari dulu pesan 'no pelamin!' alih-alih eh, boleh pulak. Ini tidak adil! haha...takde lah kitorang ok je dengan abah punya rules. 

Always be my favorite couple
Tahniah cousin!! One step closer~~
Bila sepupu-sepupu yang lagi muda dari kau take another step while you are in a relaxing mode, of course you'll be mangsa keadaan. Sehari suntuk kena bahan. Paling tak best bila disuruh makan sireh pinang. Haih...nasib baik tak suruh mandi bunga sekali. I was like...serious ar kena makan ni? Orang tua-tua cakap, supaya lepas ni jodoh kita pulak sampai. Sayur pun ira tolak tepi inikan sireh pinang? Ayat yang diulang-ulang "lepas ni kakcik pulak". InshaAllah doakan yang baik-baik ye. Abah punya statement dah tak nak komen dah. Scary punya statement. Adoiii... Ira tahu semua orang nak yang terbaik untuk ira, siapa je yang doakan yang negatif kan? Mesti la yang baik-baik aje. Maaf sebab pernah kecewakan ramai orang. Maaf sebab pernah kecilkan hati semua. When I decide to reject this one guy. Sorry for rejected even without knowing him. Bukan setakat belum kenal, nama dia pun ira tak tahu apatah lagi tengok gambar. Ira terus bina tembok sebelum sempat pun pintu diketuk. Masa tu ira tahu ramai yang terasa hati dengan ira. Ramai yang kecewa bila ira stick to my stand. Pujuk la macam mana pun but I strictly said no! And the worst part bila ira bersungguh nangis depan mak explain this and that. Thank you sebab dah tak ungkit cerita tu. Thank you sebab semua orang still ok dengan ira. Walaupun part mengusik tu of course tak boleh tinggal. "Kepada awak yang saya tak tahu pun siapa. I know mesti paksu bagitahu my decision as u got my number already. But it was stopped before u take any step. Sorry". Huduhnya lahai perangai masa tu...

Curi bergambar di saat orang lain kalut kat luar. hehe...ampunnn satgi kami sambung sinsing lengan k

Sempat jugak posing before pelamin dibuka. With my sisters...missing si kecik yang tak suka bergambar. Kakak-kakak dia semua pantang nampak camera. Laju ja masing-masing kalau bab detect camera ni.
p/s : padahal masa ni siap nak keluar pergi ofis siapkan kerja. Dengar je nak ambil gambar kalut pakat masuk balik. haha...


Tadaaa...this cute little aisyah yang laju je datang bila kita buka front camera with sticker. Padahal kalau orang nak ambil gambar dia masam je manjang taknak senyum. So...this is the trick nak ambik gambar budak-budak. Bukan budak je, yang besor panjang pun suka main front camera sticker ni sebenarnya. hehe... 

No comments:

Post a Comment