Sabar Ukur Consultants...sedar tak sedar dekat 5 bulan dah kot ira kat sini. Rasa macam baru je ira datang office nak ambik pelan abah. Dah sampai office baru abah call cakap bos tengah cari staff baru so abah recommend ira kat bos. Alang-alang dah pegi office tu nak suruh interview sekali la. I was like what? "Abah...kakcik mai sehelai sepinggang kot. Tak bawak apa pun, pakai pun tak proper". Tapi abah kata takpa pergi je tengok bos nak cakap apa. Maka masuk la office Sabar Ukur ni dengan awkwardnya cakap nak ambik pelan SADA. Nasib baik at the same time bos keluar dari bilik dia dan minta ira tunggu. Kalau tak, tak tahu la macam mana nak cakap kata nak jumpa bos tu. huhu... Alhamdulillah a week after that ira setel dengan tempat kerja lama dan lapor diri kat sini. Now slowly getting adapted with the surroundings. Slowly getting along with the staff here. Dah mula faham selok-belok kerja kat sini. Dah mula faham kerenah bos dan lain-lain. Alhamdulillah everything goes well. And now...apa yang ira nak cerita kat sini ialah my first trip with Sabar Ukur Consultants.
Ni second time ira berjalan keluar dari Malaysia. First dulu pegi Singapore program u dan masa tu senangnya dapat keizinan abah. Terkejut jugak bila abah tak tanya banyak terus izinkan. Kali ni...boleh tahan banyak kali jugak ira tanya dan fikir. Sampai ira dah buat keputusan tak join trip kali ni. But guess what...abah izinkan!! Excited jugak sebenarnya. Maka bermulalah kembara Vietnam selama 4 hari 3 malam. Naik flight dari Penang terus ke Ho Chi Min. Pagi-pagi dah riuh dengan budak-budak ni sebab semua nak ikut hantar ira ke airport. Sepanjang jalan riuh rendah masing-masing. Dah sampai airport misi menunggu yang lain-lain sampai. Abah macam biasa, dah jumpa bos tu kira boleh tunggu lama la punya bersembang.
Around 11 kitorang check in, lepas tu sangkut kat autogate passport sebab tak boleh detect tumbprint. Beratur balik kat manual. Then terus masuk tunggu untuk boarding. Almost 2 hours kot dalam flight sebelum sampai vietnam. Turun flight lining up boleh tahan jugak sementara nak selesai tu.
|
Safely arrived |
Keluar tu jumpa dengan tourist guide kitorang, En Ahmad. Then naik bas ke tempat makan. Lapar seh...tapi sempat jugak lelap sekejap dalam bas walaupun perut tengah tahan lapar. Sampai tempat makan masing-masing senyap sunyi nampak sangat kelaparan tu. Lepas makan terus ke masjid terbesar di Ho Chi Min (tak ingat nama masjidnya).
To be honest...ira kurang berkenan kalau orang ambil gambar curi gini. Ok istilah baik sikit, gambar candid. Erm...tengok pada siapa yang snap the picture jugak la. Untuk kes ni...seriously ira tak suka. But still I love the photo la. Gambar sendiri siapa tak suka. So ira make sure ira dapat the gambar and orang tu delete gambar ira.
|
My favorite picture, taken by my favorite person, at my favorite place (^_~) |
Bookstreets!!! Sebelum ke vietnam ni, adik ira yang semangat search pasal ho chi min. Bila dia jumpa tempat ni dan bagitahu kat ira, I was like...hati tak keruan. Ok over! haha... I'm just hoping to be here sebab tempat ni takde dalam tentatif kitorang. Bila tetiba turun bas dan mata dijamu dengan pemandangan ni, I was so excited. That feelings...the excitement when u stroke the books with your fingers. Even semua buku kat situ in vietnamese, tak faham pun tapi I can't hide my happy face I think. I don't know how to describe it. Mungkin itu yang dinamakan 'bibliophiliac syndrome'. You just happy to be surrounded by books. Kalau boleh nak lama-lama kat situ. I am lost in my own world.
|
In front of Saigon Central Post Office |
Setelah penat ke sana sini seharian baru la kitorang check in hotel. Masuk bilik boleh landing atas katil rasa macam dah tak nak pergi mana-mana dah. Penatnya seharian ke sana sini. Tapi sekejap je landing, wash up dan solat kemudian terus turun untuk makan malam. Walaupun masing-masing penat sebenarnya tapi ada hati jugak nak berjalan di sepanjang night market area hotel tu. Kat sini kitorang stay di Hotel Aluna yang mana sepanjang jalan tu setiap malam akan ada night market. Meriahnya setiap malam tak pernah luak dek orang ramai. Tiga malam di sini, setiap malam tu la kitorang berjalan keluar masuk kedai tawar-menawar harga. Ira...sekadar menemani. I love spending time with them, I love jalan-jalan ambik angin malam, the best part kat Night Market ni ialah observing people around you. Lepas tu tetiap malam minum vietnam coffee. Bangun tidur breakfast dengan coffee nak tidur malam pun penutupnya coffee jugak. Lepas tu hyper sengsorang. Kalau bab shopping ira surrender. Not my interest. Sampai ramai yang tegur "sya tak beli apa-apa?", "pelik la sya tak shopping", "banyak-banyak ni takdak yang berkenan ka?". Alaaa...ira tak pelik kan, just not a typical maybe. Ira masuk kategori rare je kot. hehe.... Ira tak minat shopping-shopping ni dan ira jenis yang susah nak berkenan dengan satu-satu benda. Tapi kalau ira dah suka pada sesuatu tu, memang ira tak lepas. Dari zaman belajar, kawan-kawan semua jenis kaki shopping dan ira of course kaki ngekor tapi ira sekadar cuci mata je tak membeli pun.
Night Market view... Masa ni sebab vietnam punya team bola menang boleh masuk final. Memang meriah sungguh malam tu. By the way...budaya orang vietnam ni kat atas jalan lebih banyak motosikal berbanding kenderaan lain. Kelajuan hanya pada kadar 40 km/j, kalau jalan besar yang asing dengan moto boleh 60 km/j dan highway 80 km/j. Lepas tu pulak, hon akan sentiasa kedengaran di sepanjang jalan. Sebab apa? Hon tu sebagai isyarat minta laluan. Pasar malam moto boleh lalu tau. Kalau kat Malaysia ni pasar malam jangan harap la moto nak lalu, kena marah ada la tambah-tambah kalau hon tak berhenti. Tapi bab nak lintas jalan kat sini rasanya kalau sorang-sorang failed. huhu... tak berani. Kalau tunggu orang berhenti baru nak melintas jawabnya sampai sudah la kau tak lintas. They're not like Singapore, kau angkat tangan kenderaan akan berhenti bagi laluan. Kat sini kau kena redah je dan moto tu semua akan mengelak dari kau. Boleh bayangkan tak? 4 hari 3 malam kat sini buat kitorang pun dah lali dengan bunyi hon kenderaan.
Our second day is going along Mekong River. Perjalanan dari hotel ke Sungai Mekong lebih kurang dua jam. Sampai kat Sungai Mekong, kitorang perlu naik bot. One thing yang ira suka buat bila naik bot tapi sebab ramai orang ni ira jadi segan pulak. Actually ira suka pejamkan mata, just nikmati angin sepoi yang menghembus lembut ke wajah. Feel the ketenangan. Discover this masa dulu suka naik cruise kat The Mines, Serdang. Memang best sangat. Dia macam satu ketenangan hilangkan segala kekusutan.
Our first station...tempat madu lebah. Teh herba campur dengan satu sudu kecil madu lebah asli, campur dengan limau nipis, campur dengan sunflower seeds. Tadaaa....sedap! Lepas tu dia bagi kitorang rasa jelly apa entah. Erm...with honey is ok. Kalau jelly tu je rasanya tak boleh masuk tekak kot. Sebelum naik bot balik untuk ke station lain dah dia keluarkan ular pulak. Ok ira angkat kaki dulu...diorang yang lain-lain ni berani betul. Ni kalau ada adik ira pun keberanian boleh tahan jugak tu.
Kemudian naik balik bot dan turun semula kat satu station ni then kitorang kena exercise jalan kaki sampai ke hujung naik sampan untuk balik ke bot semula. First turun kat tempat proses gula-gula kelapa dan apa lagi entah. Lepas tu going all the way kiri kanan tempat jual barang kraf tangan, beg-beg. Membeli-belah lagi diorang ni. Sampai bos cakap perempuan ni kalau dah boleh shopping tu tak reti berhenti. "Bos...saya tak ok. Baik je saya kat belakang ni haa tak beli apa pun". Maka berjalanlah kitorang sepanjang perjalanan tu berhenti sekejap kitorang dihidangkan dengan buah-buahan tempatan. Lepas tu berjalan lagi hingga ke jeti sampan. Seriously ingatkan nak kena dayung sendiri sampan tu balik ke bot. Memang rasa macam tak sampai-sampai je ke bot. Eh salah rupanya, kitorang jadi penumpang sampan je la! hehe...
|
Hi there...best jugak eh topi vietnam ni. Best nak posing. hehe... |
|
Sabar Ukur Comrade..! |
Lepas dari Sungai Mekong, sempat lagi singgah ke sini shopping again. Ira dah tak nampak apa dah. Actually ada la berkenan jugak dengan this one baju kurung cotton. Cantik sangat corak dia tapi sebab dah penat, takde mood nak mencari dan membelek so here I am main camera orang. Sapa suruh bagi camera kat ira. Kan dah jadi suka hati nak snap gambar apa, gambar sapa.
Our third day here...travel to Chu Chi Tunnel. Tempat bersejarah bagi Ho Chi Min City. Somehow like kubu perang. Hampir 25 tahun askar vietnam dahulu kala korek kubu ni sepanjang 250km. Panjang kalau nak cerita sejarahnya. Sila google sendiri lah ye. hehe... tak banyak gambar yang boleh ira kongsikan as I record most of our journey here so takde gambar sangat. Pengalaman berharga kat sini, going through the terowong sepanjang 200 meter je. Memang kecik sangat terowong tu dan gelap sangat. Actually ira memang tak suka gelap, tak suka tempat sempit tapi memikirkan dah sampai kali ni kalau tak cuba bila lagi nak dapat peluang ni kan. Ira masuk siap jadi dua kali dah sebab mira tak boleh nak go on sampai habis, kitorang patah balik but still ira nak try jugak sampai hujung so masuk balik. The first one ira ok sebab ada orang kat depan. But the second one, ira panik sebenarnya sebab takde sapa kat depan and it was so dark. Masa tu jantung dah berdegup laju, tangan dah menggigil. Dalam kepala ni cuma fikir takpe dekat je nak sampai hujung dah and at the same time ada orang suluhkan lampu kat belakang so I manage to the end. Tapi elok keluar tu je terus peluh sejuk, rasa nafas tak lepas. Nasib baik lepas tu kitorang duduk sekejap dihidangkan dengan ubi rebus dan teh. Ulangkali ira tuang teh kat cawan sendiri. Memang dahaga sangat berjalan kat situ tak bawak air dan ira memang suka teh herba ni plus sebenarnya nak redakan gelisah hati, nak redakan rentak jantung yang dah hilang tingkah. Bila dah reda sikit kitorang mula bergerak ke bas semula. Tapi baru nak ok masuk bas rasa macam berkuap sangat sebab baru start enjin terus dah nak jalan. Ira jadi sesak dada balik. Nasib baik dekat je sampai kat tempat makan. Nak suap nasi pun tangan menggigil tak hilang lagi. Lepas makan pergi solat, buka tudung sekejap, rest for a while, ambil nafas balik, tenang diri balik baru slowly ok and normal balik.
|
With our tourist guide here. Love his explanation... |
|
Told you right...I'm not that so 'ayu'. Kalau bab memanjat ni rugi la lepaskan peluang. hehe... |
Alhamdulillah hari ni kitorang balik awal makanya sempat la pusing-pusing cari vietnam roll. Erm...quite ok la. Lepas tu yang lain-lain terus pusing-pusing pasar malam while ira dengan mira balik bilik mandi solat dulu sebab makan malam pun lewat sikit hari ni. For the last one, pusing habis-habisan malam tu. Guess what I bought for me?
Di saat yang lain-lain rambang mata with so much things. Di saat yang lain-lain sibuk memilih tudung, telekung, baju, kain pasang but I am just happy with these two pairs of earrings. Adding to my collections. Dah kira macam hadiah wajib for dear self every year setiap kali birthday. Hmmm...ni dah beli birthday tahun ni earrings lagi ke? Kenapa bukan emas? Sapa tak suka emas cheq ooi...cuma tak pernah jumpa design yang berkenan di hati. Mungkin kena kumpul duit and customize kot. Lagipun kalau emas tak boleh main tukar-tukar selalu.
Malam terakhir di Ho Chi Min. Sebenarnya dah terlelap pun selepas naik turun lift pergi bilik-bilik lain. Disebabkan barang ira tak banyak so relax je tak kemas apa lagi. Sementara diorang kemas barang tu, ira dah sempat terlelap dah tapi terkejut bangun sebab dengar suara mira dengan shu datang bilik tengah riuh bagitahu dah turun timbang beg masing-masing. Dah sekali bangun tu segar terus mata, boleh pulak merantau ke bilik kak nurul. Niatnya nak temankan jiha iron baju je. Tapi dah sampai tu faham-faham la sangkutnya sampai dekat 3.30 pagi baru balik bilik masing-masing. Ira pulak mata segar sampai dekat nak subuh dah baru terlelap. Sedar-sedar tengok luar dah cerah (kat sana awal sejam dari waktu Malaysia), apa lagi kelam kabut bangun solat subuh mandi. Turun breakfast sekejap then naik balik tunggu yang lain-lain mandi ira sempat lelap sekejap (cover balik yang semalam tak boleh tido). Pukul 9.00 pagi kitorang setelkan everything make sure takde barang tinggal dan turun ke lobi. Check out hotel pukul 10.00 pagi, sempat la check balik beg semua.
Finally, bertolak ke airport. Dah sampai airport kelam kabut pulak nak check in luggage sebab mostly geng lelaki pakat-pakat over limit. Baru la masa tu nak adjust everything. Finally setel jugak baru boleh check in. Naik flight ira dah mengantuk sangat. Memang letak kepala terus tidur. Tahu-tahu dah nak landing. Turun flight yang lain-lain pergi tunggu luggage masing-masing while ira satu-satunya perempuan kat situ yang takde luggage. Ok...sendiri rasa diri sendiri weird. haha... Lepas selesai everything baru la gerak keluar, tunggu kereta, singgah solat, lepas tu on the way balik singgah makan dulu sebelum terus gerak balik ke rumah masing-masing. That's the end of my first trip with Sabar Ukur Consultants. Thank you for this memorable trip and experience. Such a nice one trust me.
Tak pernah tak riuh diorang ni semua. I am so glad to know all of you. Having fun with you. Enjoy days by days with everyone. Getting to know you more and more. Thank you for this memories. Thank you for helping me to get along with all of you since I was so awkward with everyone before. Thank you for everything. Being alone thinking and remembering my days getting close with everyone make me terharu actually. Hope there're more memories to create.