Tuesday 26 July 2016

Throwback Raya 2016

Assalamualaikum...!! 

Here I am again...!! Kali nie using wifi hotel KK, Kajang, sebab ada bengkel kat sini. As I told you before...ira rinduuuuuu sangat nak update blog. Hamek kau! Fikir la apa yang nak di'hupdate' ok. haha...*fikir guane nak start ayat sebenarnya.

Tahun 2016...It is different. My Raya punya cerita. Banyak sangat benda yang lain tahun ni. Antaranya...

Malam raya...ira dan adik, syifaa, je yang balik berbuka puasa dan tidur kat kampung sebab mak, kakak dan si kecik syahidah stay kat rumah teman abah. Yelah...takkan nak tinggalkan abah sengsorang pulak kat rumah kan. So...malam raya cuma ada ira, syifaa, dan cousin dua beradik, athirah dan anas. Kitorang je la yang sibuk tolong maktok kemas rumah, main bunga api, main mercun but still tak semeriah tahun-tahun sebelum nie. 

selalunya pagi raya berebut iron dgn kakak tp kali ni ira sgsorg je la xyah nak berebut dgn sesape + kurang la baju yg perlu di'iron'
Pagi raya...cuma ira dan adik ke masjid. My favourite mosque, Masjid Abdullah Fahim. Makngah dengan yang lain-lain ke surau kat kampung je sebab maktok tak boleh jalan jauh-jauh. Pakngah as usual ke Masjid Kepala Batas. Maka berayalah kami dua beradik di Masjid Abdullah Fahim tu. 

sementara tunggu kereta kena block. huhu...
maktok...mohon bersabar tunggu cucu-cucu kesayangan maktok ni balik ok
Pakchaq ira tak sihat jadi tak dapat balik kampung. 2nd day raya, pakchaq masuk wad sebab (hypo-kadar gula dalam badan rendah sangat).

Kakchaq ira busy kat rumah dia so tak sempat nak jumpa. Lagipun dia dah ada rumah kat kampung so busy layan tetamu kat sana. Kitorang pun tak sempat nak pergi sana sebab sibuk dengan hal lain. Masa plan nak pergi rumah dia sekali awal-awal subuh dia dah balik KL daaa...sedih jugak tak dapat jumpa, like something was missing coz dia antara cousin yang rapat dengan kitorang adik-beradik.

Adik-beradik sebelah abah pun banyak yang balik kampung mertua makanya tahun nie takde konvoi as usual. Makngah ira pun tak sihat. Arwah maklong baru meninggal...Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Sempat jumpa makndak dan paksu je. Makteh ira balik perlis sebab nak 'memanggil' untuk majlis perkahwinan abang iwan nanti. 

Abah ira sendiri pun tak cuti sebenarnya sebab masalah air teruk kat kedah kali ni sampai tahap dikecam oleh citizen, siap masuk berita kot. Paling takleh blah orang 'viral'kan nombor telefon orang-orang penting SADA (Syarikat Air Darul Aman) dengan caption "call sampai ada ayaq". Amboiiii...hampa ingat warga SADA ni tak buat qeja ka?? Sesuka hati ja nak condemn nak report sedangkan hampa tak tau apa sebenaqnya masalah yang jadik. Hampa tak tau betapa warga SADA ni tak cuti, tak tidoq malam dok naik turun keluaq masuk hutan check tangki, check meter, check pam semata-mata nak selesaikan masalah ayaq ni. Hampa ingat warga SADA ni goyang kaki ka??? Hampa kata SADA tak supply ayaq. Hello...!! Hampa tau dak berapa banyak kawasan yang terjejas bekalan ayaq? Hampa ingat cukup ka lori tangki ayaq SADA tu nak ulang alik pi hantaq ayaq sedia. Tau dak driver lori tangki tu semua tak berenti rotate pi hantaq ayaq kat setiap kawasan?? Hampa tau dak berapa peratus peningkatan penduduk masa raya tu?? Bila peningkatan penduduk semakin tinggi...hampa expect kadar penggunaan ayaq sama ka??? Of course la naik jugak!!! Macam mana pam di tangki-tangki utama nak supply ayaq ke seluruh pengguna kalau kadar penggunaan melebihi kadar ayaq seida ada??? Haiyooo...kan syahirah dah beletiaq. *Hilang cerita raya den. huhu...


Selalunya setiap tahun mesti ada proper gambar khusus untuk hari raya tapi tahun nie tak sempat pun nak posing kat rumah sendiri. Kecoh setup tempat, setting camera. Tahun ni tangkap muat je. haha...but still kecoh jugak la. 
the only family potret this year
Tapi....

Walau apa pun...I'm happy with my family. Be there with them. Alhamdulillah...syukur ya Allah kerana panjang umur kami, limpahi kami dengan rahmat dan kasih sayangMu. Maka nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan? 


Hj Shofe & Hjh Dalila's daughtersssss....
 port wajib setiap tahun bila nak bergambar. haha...klasik bertul rumah maktok den ni. Nasib beranda depan rumah dah buang. Kalau tak lagi suka la nak posing kat depan ni

test camera di pagi syawal
the only cousins di pagi syawal

Acah-acah outdoor sangattttt...

 Disebabkan dah hujan masa diorang ni sampai...kita indoor je la ye

3 dara pingitan di pagi syawal
Thank you Allah...for these memorable moments with my family.

********

Ada satu kekurangan raya tahun nie...I used to contact these two persons. Someone that closed to me. Always chatting with them story mory this and that. Cerita tentang raya masing-masing. Happy moment together, Tapi tahun ni I don't have it. Syahirah...people come and go in your life. They'll not forever stay in your sight but they will in your heart. Keep that in your mind k. I love you dear...*lately ira suka sangat saying that words "I love you". Not for others...but for me! You need to love yourself too right. 


Ok...last but not least. Happy Eid Day to all Muslims. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Buat semua yang mengenali diri ira...kalau boleh ira nak susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada salah dan silap terkasar bahasa tersilap bicara sepanjang perkenalan kita. Halalkan segala apa yang terlebih atau terkurang antara kita. Especially to those who are really closed to me. Ira tau kadang-kadang ira tak matang, ikut emosi dan perasaan, naik angin tak tentu pasal, cari gaduh tak tentu pasal, kejap ok kejap tak. Sorry for everything. 

Dan yang paling penting...for you my bestie. I'm sorry for everything. Ingat tak tahun lepas awak request tahun nie punya wish raya family potret bagai but...I can't do that anymore. Ingat tak...awak pernah share dengan ira, our conversation ntah tahun bila punya raya. Ira minta maaf tp tak promise to not repeat it again next time. Ayat awak masa tu yang paling ira ingat..."Ade pulak gitu eh. dah minta maaf tak janji pulak ulang lagi". haha... kenangan kita sangat banyak untuk diungkapkan satu per satu dan ira sangat hargai semua tu. Thank you dear...

Last word from me...Selamat Hari Raya! *raya kan sebulan. hehe...




No comments:

Post a Comment