Wednesday 13 January 2016

Dear...

Dalam meniti arus kehidupan ini...pasti ada yang datang dan pergi dari hidup kita. Ada suka dan duka yang mewarnai perjalanan ini. Adakalanya kita perlu memilih antara dua sama ada suka atau tidak walaupun pilihan itu suatu yang menyakitkan dan cuba dielakkan. Ada ketika kita diuji dengan sesuatu yang tak tergapai dek akal. Kerana apa? Yang mengatur hidup manusia itu...DIA! Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Mungkin apa yang kita inginkan itu bukanlah yang terbaik sebaliknya yang kita cuba elakkan itu adalah yang terbaik buat diri kita. Kerana apa? Kita hanya mampu merancang tetapi DIA yang menentukan. 

Aku memilih...walau aku tidak pasti dengan pilihan ini. Yang aku harapkan semoga pilihan ini adalah yang terbaik buat semua. Mungkin pada pandangan mereka aku egois, pentingkan diri. Mungkin pada pandangan mereka aku cuba lari dari kenyataan. Mungkin...! Tapi Engkau Maha Mengetahui...semoga apa yang aku lakukan ini ada hikmahnya di kemudian hari. 

Hati...sakit sebenarnya melepaskan sesuatu yang kau tahu bahawa kau tak mampu. 
Hati...perit sebenarnya menjadi seorang egois dan hipokrit. 
Hati...pedih rasanya menyakiti insan yang aku sayangi.
Hati...bila dia terluka sungguh aku turut merasainya.
Hati...bertahanlah agar dia bisa pergi tinggalkan aku.
Hati...tabahlah walau segenap memori menginjak rasa.
Hati...kuatlah walau rasa seolah kau tidak mampu

Kata-kata yang dahulunya seringkali menjadi air penyejuk duka kini ibarat bara api yang menanti waktu untuk meletuskan lavanya. Kata-kata yang dahulunya sering memujuk aku tika diselubungi kesedihan kini ibarat minyak yang disimbah dalam api marak. Puas sudah kupujuk rasa hati tapi belum masanya lagi untuk aku terima. Kerasnya hati ini...! Tertutup sudahkah pintu hati ini? Segala kenangan manis seakan hilang ditutupi sepalit memori hitam. Ibarat penyakit yang merebak ke segenap ruang memori menukarkan bebola gembira menjadi kesedihan dan kemarahan. 

Aku tahu kau kecewa. Pastinya kau kecewa dengan hati ini yang terlalu keras untuk melupakan semuanya, degil untuk memaafkan segalanya. Aku tahu pastinya kau kecewa dengan setiap amarahku. Aku tahu pastinya kau kecewa dengan setiap perubahan diriku.  Sungguh aku juga lelah...mungkin caraku salah tapi aku cuma mengharapkan dengan begini aku mampu lepaskan semuanya. Hanya apabila kau juga lelah dengan aku. Hati ini rawan dengan setiap perhatianmu. Hati ini runtun dengan setiap bicaramu. Hati ini luluh dengan setiap tutur kata dan nasihatmu. Aku takut...sungguh aku takut kelihatan lemah. Sedangkan kini aku jauh dari sekadar kelihatan lemah bukan? I'm worst...look terrible, miserable. I tried to look fine but I don't even know how to act in front of you and I hate this. I hate myself in this situation!! 

Bila hati dan fikiran tak seiring...pertimbangan rasional hilang diganti emosi. Hati dan fikiran yang tidak sehaluan menzahirkan sesuatu di luar jangkaan. Mustahil untuk aku undurkan waktu dan mustahil untuk aku kembalikan semuanya. Apa yang berlaku telah pun berlaku dan aku tak akan pernah mampu untuk perbaikinya. 


No comments:

Post a Comment