oups...maaf ana syida. rasa macam gambar nie je yg ada kita semua. hehe... |
Masa sekolah dulu...kita tak rapat sangat. Kadang-kadang selisih sebelah-menyebelah pun balas senyuman je. Kadang tu tak bertegur sapa. Apa pun...di sini ukhuwah kita terjalin. Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK) menjadi pemangkin terjalinnya ukhuwah ini. Bila jarang bersua...rindu bertamu di hati. Tika bersama...gelak tawa senda gurau pengubat jiwa. Saat berduka...tangis kita seiring. Ada kalanya ira menyepi saat hati ini gundah dan ingin sendiri. Namun ira tau pabila hati ini sudah tak mampu menangisi ira ada semua untuk luahkan yang terbuku.
trial pre-convo with gegurl goges tp missing someone. huhu...tak cukup corum ni |
alkisahnya ada yg sukaaaaa sangat tengok running man sampai disuruh pose gaya running man. huhu....smpai nak jatuh senget benget la jadinya
saranghae...luv u muchos....!!!
ok...dah jd tangga. haha...
u know what dear...final sem kat ukm kadang2 ira rasa bersalah sangat sebab always takde masa, tak sempat nak spent time together-gether selalu macam dulu-dulu, tak sempat nak merendek, merempit macam awal-awal sem dulu. Kadang tu nak duduk makan sekali pun kena buat appointment sebab sibuk dengan urusan lain. Sorry sangat sebab macam menghilangkan diri.
acah-acah spaim uolls...! drama sangattttt
Ikutkan hati kalau tak disebabkan nak hujan, guruh, kilat semua mesti kita dah macam kindergarten kids berlari-lari main lubang tikus kat sebelah tu kan. hehe....
ok...now baru la tambah keahlian baru. Gigih berjalan sampai keluar pagar semata-mata nak amek gambar kat depan nie. Jam tak jam belakang kira. haha...lagi pun memang kita ni suka amek gambar masa tengah-tengah orang ramai kan. hehe...
saranghae....! |
penguin terlepas oooiiiii...!!! |
this is tak puas hati...!! ottoke paan can sit like that..??! |
seriously...padang ukm is the best place utk photoshoot kat ukm ni. Cantik sangattt...!! |
Ahaaa....alkisahnya bila ikut kursus sebulan nie setiap kali sebelum kelas bermula kena buat senaman ringan. Ermm...macam simple dancing pun ada. Dengan jubah-jubah kecoh kat tengah padang beraksi. haha...mana pulak video dia ntah.
kan dah cakap...obses dengan running man nih. |
Alkisahnya nak buat throwback gambar nie tapi disebabkan hujan dah start turun makanya kelam kabut semua dan ini aje la hasilnya. Itulah kegigihannya kitorang ni ber'photoshoot'. haha...
Sebulan sebelum Hari Jubah, kitorang dah berkampung di ukm, Kolej Keris Mas, mengikuti kursus ukm-carrier : Train & Place Executive in Admin & Account. Hmmm...ceritanya kitorang semua takde pengalaman langsung dalam bidang akaun. Oups...lupa Shakira and Najaa pernah belajar masa form 5 dulu. Makanya kitorang yang takde basic mula la tension, stress, rasa nak lari separuh jalan tapi apa pun alhamdulillah berjaya menghabiskan kursus nie hingga ke penghujungnya walaupun masing-masing dengan perasaan yang tak tahu nak digambarkan.
Tak cukup kat meja sampai ke bawah punya gigih nak siapkan tugasan. Kelas office hour 8am-5pm sambung malam dengan 'kerja sekolah' lagi. Betapa kentalnya hati kitorang belajar benda baru ni memeningkan kepala otak sendiri. Tapi...benda baru ni banyak manfaatnya. Yup...memang susah sebab main dengan nombor, main dengan computer setting, main dengan buku-buku akaun, istilah-istilah akaun yang kitorang tak pernah tahu, masa yang sangat singkat dan padat untuk habiskan silibus tapi tu la namanya pengalaman. Bukan semua orang berpeluang untuk belajar apa yang kitorang belajar kat sini walaupun ada yang cakap kenapa nak belajar akaun pulak, lepas tu nak kerja bidang akaun ke, then yang belajar islamic studies bape tahun dah nie nak tinggal macam tu je ke. hmmm...kalau ikutkan hati memang ada keinginan untuk sambung belajar dalam bidang yang sama, nak keje dalam bidang yang kita belajar tapi rezeki kita tak tahu kan. Mungkin Allah aturkan yang sebaliknya. Apa pun...inilah yang dinamakan pengalaman kan.
Cerita interview kitorang. hmmm...kalau kebiasaannya nervous for sure nak interview kan tapi kitorang nie relax giler. yea...before that terasa la jugak gabra dia tuh tapi dok ralit tunggu turn masing-masing buat hal sendiri tak fikir langsung pasal nak interview sampai la nama dah dipanggil to prepare baru la nak rasa gelabahnya, sakit perut la, tangan kaki sejuk la, dup dap dup dap jantung tak betul dah. haha...well it's really pengalaman berharga. Nasib la interviewer tu dari kalangan tenaga pengajar technocount sendiri. Dah kenal kan so kurang la sikit gelabah tu. hmmm...alhamdulillah setel satu fasa. Lepas nie tunggu panggilan penempatan pulak. Tak tahu la kat mana bakal ditempatkan (masa nie la). Now...hampir 3 minggu ira kat rumah, ira dapat offer ditempatkan di HQ Technocount Bangi, 3 bulan as a trainee. Erm...kalau diikutkan nak jugak pergi, ambil pengalaman kan tapi bila difikirkan dekat Bangi (walaupun dah biasa), tapi nak kena cari tempat tinggal, transport takde, belanja lagi akhirnya abah suruh tolak. Makanya tolak la...and now job hunting lagi la. Ya Allah...permudahkanlah urusan kami, murahkanlah rezeki kami.
Lepas dah selesai sesi interview kitorang pergi rombongan...!! haha...macam budak sekolah kan. Kitorang dibahagikan kepada dua kumpulan, separuh ke MARDI, Serdang dan separuh lagi ke Akademi al-Huffaz, Kajang. Tujuan utama...nak tengok macam mana diorang punya pengurusan pentadbiran dan perakaunan. Err...tapi lagaknya macam pergi over bergambar je. haha...
Group ke MARDI, Serdang
Group ke Akademi al-Huffaz, Kajang
Selain pergi sini, kitorang jugak sempat join program under Fakulti Sains Sosial dekat Sepang. Kat program nie, kitorang belajar buat video resume. Ermmm...sebenarnya kan...macam kejutan budaya sikit bila sampai kat sana sebabnya...student dari FSSK then diorang punya pergaulan agak tidak terbatas, kecoh dia tak payah cakap ar jadinya...kitorang yang dari Pengajian Islam ni macam terdiam, terkaku, terkelu, terkedu tak tau la ter apa lagi tapi seriously betul-betul culture shock. Apa pun yang bestnya...lecturer diorang sporting giler dowh...!! Sangat sempoi even pangkat Prof, Dr. and so on. Diorang layan student rasa macam dekat sangat tak rasa gap langsung even kitorang yang tak pernah kenal pun rasa senang nak masuk. Siap offer make up before buat video resume. Tu paling tak leh blah. Fuhhhh...kalau Fakulti Pengajian Islam nie mahunya skema abes program macam tu. ok...bukan niatnya ira nak bandingkan. Cuma...just have fun with them walaupun awal tu awkward sebab student dia ter'over' sosial.
Sebulan kursus tiba ke penghujungnya...hari 'konvo' kitorang. hehe...semangat bawak jubah sebab nak bergambar ramai-ramai. We're special in our own way. We came from different background study but here we learned something new. Try to challenge sesuatu yang jauh lari dari bidang masing-masing. Finally...we did it...!! Required a certificate of professional skill in administration and account. Terima kasih tak terhingga kepada semua consultant dan tenaga pengajar yang sabar mendidik dan memberi tunjuk ajar selama sebulan di sini.
congratulations dear gegurl goges. luv u to the moon to the star and whatever. hehe... |
hari jubah ana syida |
Terima kasih tak terhingga kepada semua exco pkmk yang susah payah datang cari siap bawak souvenir lagi. PKMK yang menghubungkan silaturahim ini. Sebuah persahabatan umpama keluarga. Terima kasih atas semua tunjuk ajar dan nasihat, susah senang sama-sama jayakan program-program pkmk. Satu kenangan yang tak dapat kat tempat lain. Thank you so much especially for our YDP, Abdul Wafiy Hadana, kerana telah menjadi pemimpin yang terbaik untuk kami.
Special dedicated to Farhana Ibrahim yang selalu ada dengan Syahirah Shofe. Stick with me from 13 years old, smkas, going to smkak, stpm and now finishing our degree at ukm. Siapa sangka dulu walaupun satu kelas masa form 1 tapi kita tak rapat pun. Masa masuk form 6 baru acah-acah nak rapat sebab satu kelas, study sama, kadang p lepak kat dorm sama-sama. Bila masuk ukm, first year banyak kelas kita yang sama. Almaklumlah masa tu tak kenal orang lagi. Lepas tu kita join pkmk makanya kita lagi rapat. Lepas tu join technocount ni pulak. Thank you for being there with me.
Cerita kita....the end buat masa sekarang.................
Eh....ada lagi...kerja kita bila dah sampai kedah. Memang kerja kita buat masa sekarang ni kumpul sijil eh. hehe....join kursus keusahawanan selama dua hari kat Hotel Grand Crystal, Alor Setar, anjuran Bank Rakyat. Nak dijadikan cerita masa nak balik tu bateri kereta dah kong. Nasib la ada makcik sorang ni tolong. Alhamdulillah sempat lagi merendek pusing Aman Central Mall. hehe...siap terserempak dengan Arif Jainury lagi. Lepas asar baru reti nak balik. Drop Najaa dan Fyzah dekat yan so terpaksalah kitorang balik jalan lama lepas tu lencong ke baling sebab hantar ana syida. Lambat punya pasal mak asyik call je sebab abah dok bising tanya mana la kakcik ni tak sampai balik lagi. Apa lagi...memang pecut la sampai ana syida pun tegur "boleh tahan eh syira bawak laju jugak". hehe...kebiasaannya tak tapi sebab rushing tak nak abah membebel kat rumah terpaksa la pecut. Alhamdulillah selamat sampai kat rumah semuanya. Nanti free kita merendek lagi eh.