Sunday, 24 May 2015

Family Day Pemikir

Throwback our last family day pemikir...kenangan terakhir kita sebagai satu keluarga di bumi UKM. Mungkin kita tidaklah seakrab mana...mungkin antara kita ada yang berselisih namun hati ini terasa dekat. Ada ketikanya hati ini terluka, tersentak, namun ira cuba baikinya walaupun ira tak pasti apakah ira mampu atau tidak. 3 tahun bersama keluarga pemikir...banyak sebenarnya yang ira belajar especially pengalaman yang sangat berharga. 


Akhirnya setelah bermacam-macam dugaan yang kitorang hadapi untuk menjayakan misi last family day pemikir ni...alhamdulillah berhasil jugak. JMT's support will always be there. huhu...ke sana ke sini cuba mencari tempat yang sesuai untuk menjayakan family day ni akhirnya here we are...Sungai Pisang Waterfall, Gombak. 

To be honest...sebenarnya hati ira tak senang hari nie. Pagi-pagi lagi tanpa sedar air mata laju membasahi pipi. Terlalu banyak rasa hati yang ira simpan. Terlalu banyak ketidakpuasan hati yang ira tahan. Ira cuba berlagak biasa tapi ira tak rasa ira mampu. Orang tak faham apa yang ira rasa. Orang tak faham pun apa yang cuba ira sampaikan dan orang tak faham pun apa yang cuba ira jelaskan. Ira tewas...takpe la...hati ira je pun. Walau sakit macam mana pun yang ira rasa. Biarlah ira simpan sendiri. Lagi baik kalau ira jaga hati orang kan...walaupun hati ira terus terluka. 

"It's not a selfish to make your happiness a priority. It's necessary..!!" This quote somehow comforting me but I'm wrong. It's necessary to comfort others than our own heart. It's ok syahirah...bukannya tak pernah kau biar hati kau sakit kerana orang lain. Ok...dah menyimpang sebenarnya dari apa yang ira nak tulis. 

Family day ni...sedikit sebanyak mengubat hati ira. Main game...main air...bergelak tawa dengan kakak-kakak ira. Lupa sekejap rasa hati yang terluka.

I was thinking that I have to fake my smile that day
but alhamdulillah they make me smile and laugh
Seusai game, muslimin pemikir semua sibuk untuk setelkan BBQ dan kitorang apa lagi...laju je menuju sungai. Ira dan kakak-kakak antara yang paling awal turun main air. Tu main point dia sebenarnya. Dari tempat cetek hingga ke arus deras. Habis semua batu dipanjatnya. Ada jalan mudah pun taknak ikut...sibuk nak lalu jalan air. Biar berapa kali pun terjatuh ira masih mampu tersenyum dan tertawa. Sampai kejang kaki dalam air sebab sejuk sangat masih lagi tak serik nak harungi air. Semakin ramai muslimat pemikir yang turun semakin kecoh jadinya. The best moment bila kak bainun panggil kitorang ramai-ramai buat bulatan dan katanya..."Nak lepas tension tak? Anggap permukaan air ni seperti masalah kita...atau orang yang buat kita marah sekarang nie and...jom kita pukul dia kuat-kuat..!!" Dalam hati ira...macam tau-tau je ira tengah sakit hati sekarang nie. Ira la antara orang yang paling heaven pukul permukaan air tu. Ira la orang yang paling obvious sekali lepaskan tension masa tu. Then kitorang sibuk kenakan orang lain. Yang tak basah habis semua dikerjakan. Walaupun ira nie cepat panik sebenarnya bila tenggelam dalam air tapi tak sudah nak kenakan orang jugak. Sebab apa..? Sebab tu buat ira puas....buat ira lupa semuanya. hehe....main kan...sape yang tak suka. Hampir dua jam kitorang main air sampaikan solat pun kat tebing sungai je. 
gigih betul kakyong susun batu-batu nie sampai hilang spec jatuh dalam air. Nasib jumpa balik.
Puas main air kitorang naik and makan!! hehe...tapi tak makan sangat pun. First time makan nasik lemak buluh. BBQ kureng...maybe penat main air then elok kitorang naik tu budak laki plak turun so bajet macam nak simpankan untuk diorang so tak makan sangat pun la. Sebenarnya tak puas lagi main air. Yang lain semua naik makan and wash up tapi ira dengan kakak-kakak boleh turun sekali lagi kat kawasan air cetek. Siap boleh main syampu, sabun semua cukup. haha...kak fatin dah naik awal nak salin baju memandangkan bedak laki semua sibuk mandi lagi. Diorang kat atas, ira dengan kak shakyla dan kak bainun kat bawah. Cetek je air dia siap boleh tidur lagi atas air tu. Rasa tenang sangat...terasa air dingin yang mengalir seolah-olah membawa pergi masalah yang melanda. Hati ira tiba-tiba sebak. Tanpa sedar air mata nie mengalir lagi. Kak bainun...dia seolah mengerti apa yang bergolak dalam hati nie. Dalam kiasan dia memujuk hati ira. 

"Cuba tidur atas air nie...bila telinga kita dalam air, ia seolah-olah menahan dari kita mendengar sekeliling. Cuba dengar aliran air yang mengalir. Cuba rasa kedinginan air yang membasahi tubuh. Indah kan ciptaan Allah? CiptaanNya yang sentiasa mampu memberikan ketenangan buat hambaNya." Lama ira berkeadaan begitu. Bila ira bangun...rasa ketenangan mula menyelinap. Then kak bainun kutip batu-batu kecil dan mula membaling ke permukaan air. Ira tiru perbuatan dia dan katanya..."Cuba kutip satu batu. Anggap tu masalah kita. Jom...baling jauh-jauh. Bukan bererti kita buang masalah kita jauh-jauh. Bukan bererti kita lari dari masalah tapi sekadar untuk pujuk hati sendiri. Apa pun yang berlaku, kita kena hadapi masalah tu. Mungkin kita rasa kita tak kuat tapi kalau bukan kita yang selesaikan...sape? Ambillah sebanyak mana masa pun yang kita nak...tenangkan hati dan kita boleh selesaikannya." Tetiba rasa macam tengah potong bawang pulak dengar ayat kak bainun nie. huhu...serious ira tak mampu nak tahan tangis. Hati ira sakit...sangat sangat sakit. Tapi mereka tak faham. Mereka tak faham pun apa yang ira cuba jelaskan. And the last one dari kak bainun sebelum kitorang naik. "Cuba bongkokkan badan, rapatkan muka ke permukaan air. Cuba tengok betul-betul...jernih kan? Cantik sangat macam tengok akuarium dengan batu-batu kecik, air yang jernih, siap ada ikan kecik lagi. Ada ikan...!!! Boleh tangkap tak eh ikan ni. Nak mancing tak boleh kecik sangat dan kak bainun terus-terusan berceloteh. Tap...tap...tap...air mata ira makin laju menitis di bawa pergi arus sungai yang mengalir. Cukuplah...biarlah ini yang terakhir kalinya ira menangis. Ira penat...penat untuk menangis lagi. Penat untuk bazirkan air mata lagi. Biarlah ira simpan semuanya. Biarlah ira kuburkan semuanya. Penjelasan...apa yang tersimpan dalam hati nie...mungkin perlu ira luahkan satu hari nanti tapi buat masa sekarang biarlah ira telan semuanya. Biarlah apa yang orang fikir...biarlah orang anggap ira selfish, pentingkan diri sekalipun. Ira ada sebab...but now I have to put it aside. Biarlah ira korbankan hati ira untuk berlagak biasa demi orang lain. Biarlah walau sukar sekalipun untuk ira berlagak biasa demi mereka. Hampir sejam kitorang kat situ baru la masing-masing naik untuk salin baju. Thanks a lot kak bainun. Ira tau kak bainun sedar apa yang berlaku tapi terima kasih sangat-sangat sebab tak tanya ira kenapa. Kak bainun pujuk dan terus pujuk tanpa sikit pun sentuh tentang masalah ira. You have been there with me when I have no words to say anymore. You keep accompany me even I have never share anything with you. 

And last but not least...sesi tukar farewell letter yang digantikan dengan write down anything you wanna say bout us masa first sem and now our final sem. Dalam banyak-banyak komen pasal ira mostly cakap ira dulu nampak sombong, nampak pendiam tapi bila dah kenal ira sebenarnya peramah, suka senyum, manja dan satu komen yang takleh blah..."nampak seperti suka menggayakan tudung". haha...komen nie buat ira ketawa sengsorang. sape la yang punya gerangan komen cenggini. Thanks for this memory guys....!! I will miss our moment together. Lepas nie bertebaran la kita ke sana sini. Ira doakan semua capai impian masing-masing. 

 JMT Ladies in da house....!! *without kak amna. huhu....

...Family Day Pemikir end...
 bila pemikir sibuk ber'wefie'

_with lots of love_thank you for all the memories we had together_really fall in love with all of you_

Thursday, 21 May 2015

AGM '36 PKMK (2015)


YDP PKMK sesi 2015/2016 : Hafifi MOhamad Rafee
Akhirnya khidmat kami sampai jua ke penghujungnya. Dua sesi berada dalam PKMK mengorak langkah demi langkah persatuan. Bertatih mempelajari semua perkara. Tidak tergambar...tidak terlakar setiap kenangan yang tercipta dalam keluarga PKMK. Tahun akhir di bumi UKM nie semakin banyak masayang tak dapat ira luangkan bersama PKMK. Sungguh ira rasa jauh dari adik-beradik PKMK especially my 6 siblings SMKAK-PKMK. 

Alhamdulillah dalam kelam kabut siapkan semua perkara dalam masa yang singkat, we manage to do it. Sungguh itu adalah hari yang paling menyerabutkan ira. Dari pagi sampai malam setelkan itu ini. Dari habis kelas terus ke PKMK, perkampungan setelkan semuanya sebelum majlis bermula. Kerja last minit, cuak dengan teks mc dan macam-macam lagi. Tak menang tangan dibuatnya bila hasil salinan fotostat Laporan Setiausaha dan Bendahari tersalah..!! Terpaksa buka semua dan buat balik padahal waktu tu dah lewat sangat. Tak tergambar betapa gelabahnya setiausaha bila benda macam nie jadik. Dah lewat petang bergegas pula ke dewan AGM untuk set up tempat. Hampir Maghrib baru la bergegas ke bilik masing-masing. Tak sempat rehat terus mandi dan solat. Nasib la roommate ira baik hati tolong ironkan baju korporat ira untuk malam tu siap pinjamkan tudung lagi. 

Lepas Maghrib terus gerak ke Dewan Kuliah Geologi, Fakulti Sains dan Teknologi. Seeloknya sampai....seriously kelam kabut sangat buat persiapan terakhir. Rasa macam nie la AGM paling kelam kabut ira pernah alami. Dengan teks doa lupa nak print, salutasi tak cukup, Laporan AGM ada yang salah, VIP sampai awal, exco sesi baru macam wujud tak wujud, masa drag sebab wakil PPMPA inform lambat datang but at the end tak datang pun. Kalau nak disenaraikan kekelambutan, kekeserabutan kitorng masa tu huh...tak tahu nak cakap. Ira pulak perlu ke kelas. Dari FST ke FPI tak dekat sebenarnya. Nasib la dapat pinjam kereta membe untuk ke kelas. Itu pun dah lewatsampainya. Dalam kelas...masih lagi terfokus kepada AGM yang sedang berlangsung. Memang tak dapat input la dalamkelas tu apa yang diajar. Fikiran melayang ke sana sini. Selesai kelas terus bergegas kembali ke AGM. Mujur majlisnya belum selesai. Hampir pukul 12 baru selesai majlisnya. Kemudian masing-masing sibuk bergambar, makan kek dan baru jumpa nasi setelah seharian buat kerja. Lapar tu memang la lapar tapi penat punya pasal dah takde feel nak makan. 

Akhirnya berakhir sudah pimpinan kami bagi sesi 2014/2015. PKMK...yang mengeratkan hubungan kami. MOga ianya terus berkekalan. Sesi 2015/2016...moga terus success. PKMK...walaupun ira selalu merungut bila ada meeting, merungut kena buat itu ini, merungut bila nak jalankan sesuatu program tapi hati ira tetap pada PKMK. Susah untuk ira tinggalkannya. Terlalu banyak yang ira pelajari. Mungkin orang pertikaikan...dah lepas jawatan buat apa nak ambil tahu lagi. Yes...!! Ira pun pertikaikan benda yang sama. Tapi walau macam mana pun ira merungut tetap jua ira buat. Bahkan ira tak mampu berhenti berfikir dan risaukan PKMK bila sesi baru macam acuh tak acuh untuk take part dalam meeting dan gerak kerja. Semoga apa sahaja yang kami lalui dalam PKMK ada hikmahnya. Mereka yang kukenal atas tiket PKMK lebih kepada ukhuwah gerak kerja namun mereka tetap sahabat yang menegur bila tersalah, yang ada bila susah. Looks like they don't care but they do. They always be there when we're in trouble. Lepak sampai 2-3 pagi gara-gara moto. Balik 2-3 pagi sebab post mortem. Balik 2-3 pagi sebab selesaikan tugasan akhir perkampungan sebelum program. But we always being together in whatever situation it is. Meeting habis lewat...akan ada yang escort balik. Walaupun kami tak tahu...rupanya ada yang ikut dari belakang. Thanks a lot for everything. Maaf atas kekurangan yang ada dari diri ira. Seriously korang adalah tenaga kerja yang sangat awesome walaupun kerja dalam tekanan mesti akan ada yang cuba cool down emosi orang lain. 

Akhir kata, moga PKMK terus mengorak langkah yang hebat, melahirkan insan-insan yang mampu menjalankan gerak kerja yang cemerlang dan yang paling enting terus menjadi platform membina ukhuwah sesama kita. 


sesi 2015/2016
sesi 2014/2015
bila dah dapat kek masing-masing tak pandang lain

~Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah~
~Syoknya anak Kedah~hat nie la kita caghi~

Wednesday, 6 May 2015

Sakit...aku sakit

Sakit...aku sakit...kala ku mengalah...salah...aku salah...sudah...ku mengalah

Satu topik menjadi perbualan dengan seseorang pada malam ini. Cemburu...

Cemburu...? Itu fitrah. Tapi aku tak nafikan cemburu itu suatu fitrah yang menyakitkan. Sungguh kesakitan itu hanya kau yang rasa. Takkan ada yang mampu memahami. Sedangkan kau sendiri adakalanya hilang punca kenapa timbulnya rasa itu. 

Cuba selami ke dasar hati...
cuba tanyakan pada diri. 
Apa sebenarnya yang ada jauh di sudut hati itu? 

Hati kau....hanya Allah yang mengetahui. Bahkan kau sendiri tak mampu selami ke sudut hati yang paling dalam. Andai kau rasa sakit itu...kembalilah pada Allah. Mohonlah padaNya agar dihilangkan rasa itu. Aku tak ingin lihat kau sakit. 

Tolonglah...aku mohon kau kuat. 
Tolonglah...aku mohon kau tabah.
Tolonglah...aku mohon kau jangan jatuh.
Tolonglah...aku mohon kau kembali.
Tolonglah...kembali menjadi insan yang kukenal
Biar perit yang kau rasakan...aku tahu kau mampu harunginya.

Aku tahu tak mudah untuk kau pelihara hati dari jatuh. Apatah lagi kau perlu menjaga hati yang lain. Sungguh mereka tak memahami betapa kau terseksa dalam menjaga hati mereka. 

Kau dituduh egois hanya kerana ingin memelihara hati sendiri dari dilukai. 
Kau dituduh pentingkan diri hanya kerana kau tak ingin disakiti.
Kau dituduh negatif hanya kerana meletakkan kesalahan pada orang lain semata-mata untuk pujuk hati sendiri
Sedangkan mereka tidak tahu apa yang kau lalui
Sedangkan mereka tidak tahu apa yang cuba kau redahi
Sedangkan mereka tidak tahu apa yang sedang kau perangi

Aku tahu tak mudah untuk kau pujuk hati yang terluka. Aku tahu bukan ini yang kau inginkan. Percayalah...akan ada penyelesaiannya. Sebagaimana kau pernah tabah...aku yakin kau mampu kuat. 
Sungguh kau bermain dengan api. Namun apa guna aku marah andai itu bukanlah sebenarnya yang kau inginkan. Aku tahu kau terlalu menghargainya. Percayalah...rasa sakit itu akan hilang seiring waktu yang berjalan. Biar kau yang rasa sakit itu...asalkan mereka bahagia. Walau ketika ini kau menangis melihat mereka tersenyum. 

Satu persoalan...mana satu yang lebih sukar?
Try to get off from it or try to not get involve with it...? Suatu persoalan yang kembali bermain dalam hati dan fikiran ini. Pernah aku katakan...mereka yang jatuh dan mampu bangkit itu lebih kuat dari mereka yang bertahan untuk tidak jatuh. Namun sekarang aku sendiri tak pasti dengan kenyataan itu. Benarkah hati kau tak pernah jatuh? Mampukah kau pertahankannya untuk tidak jatuh?