Wednesday, 26 June 2013

kau kawan,sahabat, dan teman




Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Angannya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

sesi kemas mengemas

after finish the last paper for this sem...excited sangat untuk mulakan sesi kemas mengemas. 

ni la hasilnya pada malam paper terakhir

ntah bila la terhasil karya ni. yg pasti masa nie
kelas tutor metod QH. huhu...

okay...sesi kemas mengemas!

dari semalam sebenarnya semangat mengemas tp semalam setakat kemaskan buku-buku jer. kebluran xtau nak kemas apa. nampak sangat banyak barang kan...

hari nie...lepas lunch baru start kemas balik. start with clothes! x sangka bila plak baju makin bertambah. bila dah dilipat dikemas hampir 1 katil jugak la. hmmm...

erm...nie baru baju kurung & jubah

masalahnya bila ira start mengemas nie...not only my things but also everything in store. hadoyai...agaknya nanti kena wajibkan budak-budak ni amek kursus ilmu mengemas plak la. penat tau arrange balik barang dlm stor tu. klau x arrange nanti barang ira jugak yang xleh masuk. but really...tired! barang-barang tu bukannya ringan. kotak...bagasi..


dalam dok mengemas tu i found these boxes...


these are my birthday present last year from my bestie

so...i kept the presents back like before. really love it...appreciate it.




till the end of kemas mengemas nie...i've got 3 boxes of books and benda2 lain...1 bagasi for baju untuk masuk dalam stor...1 bagasi untuk bawak balik...2 beg novel...1 plastic bag of shoes...3 boxes of shoes...and ade lagi la lain2 tu...

nie kasut cantik namanya thats why masuk kotak rapi. hehe...

done kemas mengemas nie huhhh...penatnya. lost energy already! ira rest dulu yerr. daaa....

Saturday, 22 June 2013

feeling sick

two more papers left...

ya Allah aku mohon kekuatan dariMu. sesungguhnya apa yang Kau berikan ini pasti yang terbaik buat aku. pasti ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku.

from headache becomes fever...form fever now my hand was shivering. there's something wrong with my blood circulation. and also...feeling nausea. i can't stay any longer to really focus on studying. but there're two papers without gap.

monday - metodologi fiqh
tuesday - ilmu kalam

GO SYAHIRAH! CHAIYOK! CHAIYOK!

hot choc organo from my bestie. replace nescafe ye...
no more nescafe next sem. reduce it ira..
u'll be sick of taking it too much



Sunday, 16 June 2013

seuntai kata buat hati yang gundah

ya Allah...
seandainya hambaMu ini tersesat dalam kabus perasaan
bukakanlah hatinya agar menerima petunjukMu
seandainya dia diasak oleh 1001 godaan nafsu
bantulah dia dengan benteng imanMu
seandainya dia kecewa dan terluka
bantulah jiwanya dengan kehebatan alunan ayat-ayat suciMu
seandainya dia tertarik pada laranganMu
payungilah dia dari ajakan syaitan laknatullah itu
mudah-mudahan cintanya hanya padaMu
rindunya hanya pada kenikmatan syurgaMu
dengan setianya hanya pada perintahMu

**********

berserah diri pada Allah...berdoa padaNya...itu penawarnya
rasa sayang semua datang daripada Allah
fitrah manusia tetapi biarlah rasa cinta, rindu dan sayang itu
hanya untuk ummah, ibu bapa dan sahabat
jangan salah gunakan erti rindu itu kerana mungkin
dari nafsu atau syaitan yang tiupkan
kembali padaNya itu penawarnya
sukar menidakkan rasa hati tapi
itulah perjuangan nafsu yang paling besar
hanya iman yang teguh dapat menghalang semuanya
ingatlah janji Allah...
wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya
telah diungkapkan di loh mahfuz jodoh hambaNya
berserah padaNya...
hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat hambaNya

**********

setiap pertemuan sudah menjadi perancangan Allah
tetapi kita lupa untuk mesyukuri nikmatNya
dengan menyelubungi diri dengan cinta
dari nafsu yang penuh kelalaian dari mengingatiNya
oleh itu...
hijablah dirimu dengan iman
dan khasyatillah (takutkan Allah)
Allah menjadikan cinta sebagai satu ujian
melawan fitrah bukan mudah
tetapi ingatlah...
perkara yang susah inilah satu imtihan dari Allah
untuk menguji tahap keimanan kita

**********

seuntai kata dari teman yang pernah ira muatkan dalam blog sebelum nie sebagai peringatan buat diri ira sendiri agar x sewenangnya jatuh dalam kancah perasaan. x mudah sebenarnya untuk melawan fitrah ingin mengasihi dan dikasihi namun ingatlah janji Allah yang terbaik buat hambaNya.

"carilah cinta Allah dan kau akan bertemu dengan cinta hambaNya"

"sesungguhnya kita bertemu kerana Allah  dan kita berpisah juga keranaNya"

"kudusnya mujahadah memelihara cinta atas landasanNya"





Friday, 14 June 2013

cycling time...

mencari ruang untuk diri sendiri during this weekend...

cycling!! semalam pukul 10.00 p.m. sanggup keluar kolej pegi izish (Kolej Ibu Zain) semata2 nak ambil basikal. amek waktu malam it'll be easier pagi2 lepas subuh dah boleh pusing2 ronda satu ukm nie. memang lepas subuh betul kitorang keluar. dari kajai (nama kolej ira-Kolej Rahim Kajai) sampai ke tasik kejut (Fakulti Kejuruteraan). jauh jugak la kitorang kayuh sampai lenguh kaki nie. tapi...its fun! really enjoying ourselves. about 30 min lepak kat tasik tu kitorang patah balik pegi KKM (Kolej Keris Mas) breakfast sana then terus pulangkan basikal kat izish. 

but actually my ankle was injured...=( 

itulah penahan bila dah lama bertahun2 jugak x naik basikal nie. bajet pro ar laju je kayuh naik turun bukit. sekali silap tahan kaki sebab nak jatuh. ok fine...steady boleh lagi kayuh sana sini xde la terasa sangat sakitnya but only now...it hurts...dah terseliuh rasanya. x bengkak lagi but soon...maybe. sapukan minyak panas pun dah x terasa pape sebenarnya. hmmm....canner nak naik turun bas pegi exam hall nanti. nampaknya kena mintak jasa baik kak fatin sayang jugak la amek dengan myvi comel dia tu. kem BTN after exam nie lagi laa...excuse boleh...? kalau x baik kaki nie canner nak pegi kem. 

get well soon dear...

Thursday, 13 June 2013

~exam~

I must be crazy by creating this blog during exam. huhh....

Syahirah binti Muhamad Shofe...errr...feel weird calling my own full name. yeaa...it used to be call whenever there is 'something'. 

but Syahirah...please realize that u have another 3 more paper next week. 
* Falsafah Islam, Metodologi Fiqh, Ilmu Kalam....
by the way...i just pass 3 paper for this week.
* Metodologi al-Quran & al-Hadith, Fiqh Sirah, Metodologi Dakwah...

errr...what actually i wanna write...??! feeling lost already... (o.O)

oh yea...about my exam for this sem. wanna finish it soooo soon but feel too nervous to face it and now...feel lazy to study. oh no! its really critical. fuhh...with killer subjects. please...don't do this ira. gain ur spirit of study errr....cm plek je. pape la....



teringat masa zaman sekolah...this time was trial STPM i think 
or maybe MUET test... (o.O)


my roommates... <3


sudah terang lg bersuluh. confirm! time nie exam MUET...=P

nak sesatkan pic bdk2 nie bleh...hehe...


Wednesday, 12 June 2013

starting...

assalamualaikum...

ira_maezuki is back again. 

sebelum nie penah je ira buat blog tp ntah nape ira decide nk tutup akaun blog tu. sekarang teringin pulak nk buat balik. satu hal plak nak belek benda alah nie sebab dah lama tinggal. lupa dah canner eh nk buat blog nih. nk decorate lagi la...failed je rasa. by the way...the only reason i create this blog is to save all memories by writing it here. its not for public but for myself. yeaa...if only its become public erm...never mind la. i just wanna share my story, my writing. wlaupun writing yg ntah pape.

ermm....nk tulis ape lg eh...just for intro actually. huh...with my broken language...broken english or...rojak perhaps. 

well dear...see u soon...^_^



look here...my favourite pet ---> CAT!!!!
haaahhhhhh....can't stand by looking those eyes