Dalam menghitung detik waktu ijab dan qabul. Terimbau kembali saat awal perkenalan kami, kini setahun sudah berlalu. Ketika pertama kali aku memandang dia, ketika pertama kali bermulanya bicara kami, siapa sangka begitu hebat perancangan yang telah Allah aturkan untuk kami. Ketika usia perkenalan baru saja mencecah sebulan lebih, dia menyuarakan hasrat hatinya untuk mengenali aku lebih dari sekadar teman sekerja. Jujur aku katakan hati ini ragu-ragu. Siapa dia? Yang sewenangnya menyusun kata ingin berkenalan secara berdepan dengan aku. Aku curiga tapi dalam masa yang sama aku tidak mampu menyembunyikan senyuman yang terukir. Senyuman yang tanpa sengaja terukir bagi menghilangkan gundah di hati. MashaAllah hebatnya degupan jantung pada ketika itu. Dia yang aku hanya kenal atas tiket kerja, hanya tahu namanya, tak pernah terlintas untuk tahu lebih dari itu.
Entah kenapa sedari awal namanya mula meniti dalam setiap doaku. Pintaku cuma satu, "Jika dia jodoh yang Engkau tetapkan untuk aku maka satukanlah hati kami dalam redhaMu. Jika dia hadir sebagai ujian hati buatku maka jauhkanlah agar tiada hati yang terluka". Adakah aku mula menyenanginya? Hari demi hari yang berlalu aku mula mengenalinya sedikit demi sedikit. Aku faham dengan tingkah dan tutur katanya yang mengharapkan hubungan ini pergi lebih jauh namun aku masih lagi ragu-ragu dengan keputusan yang aku pilih. Ikhlaskah aku? Yakinkah aku?
As time goes by, there's kinda spark point that make me go with the step by step of decisions. And now here I am, menghitung detik bahagia InshaAllah. 2 minggu sebelum puasa, buat pertama kalinya dia datang ke rumah bersama mak dan bapanya dan itulah pertama kali aku bertemu dengan keluarganya. Is it merisik? Entah...lebih kepada nak kenal keluarga masing-masing dan alhamdulillah semua ok. 8 Jun 2019, kami mengikat tali pertunangan. Dengan persetujuan kedua-dua belah pihak, majlis perkahwinan akan berlangsung dalam tempoh 3 bulan lagi dan kini tempoh itu semakin hampir ke penghujungnya.
Jujur aku katakan, aku masih kekok untuk berhadapan dengannya walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari bertembung di pejabat. Jarang sekali berbual tentang hal-hal selain dari urusan kerja. Sampaikan berbual telefon pun selepas dia menjadi tunangku dan itu pun atas dasar perbincangan urusan perkahwinan. Sedikit demi sedikit aku mula selesa dengannya, itupun bila berdepan kadang kelu juga lidah untuk berkata-kata. Syahirah yang banyak cerita boleh tiba-tiba diam seribu bahasa.
Esok...dia bakal menjadi suamiku. Dalam masa setahun, perkenalan yang kukira terlalu singkat. Dia yang asing bagiku bakal menjadi insan terpenting dalam hidupku. Bersediakah aku? Pelbagai rasa bertamu di hati. Gembira, sedih, risau, takut...to start of something new. Ya Allah...permudahkanlah urusan kami, berkatilah perjalanan hidup kami dalam mencari redhaMu.
p/s...I'll come back later with another story k 😉. Tiba-tiba rasa tulisan ira kali ni terlalu formal. Well...I'm too nervous to think anything right now 😂
~kisah seorang syahirah~