Friday, 25 January 2019

Walimah : Hakimah & Zaki

Jarum jam mula beranjak ke pukul 9.30 namun masih tiada khabar dari mereka. Entah sudah di mana perjalanan mereka. Hati mula gundah...risau keizinan abah ditarik semula sedangkan diri dah excited sangat nak bertandang ke walimah kak kim, sahabat STIQ. Jari mula menaip pesanan ringkas namun tiada jawapan. Mula mencari nombor dalam simpanan pula untuk cuba dihubungi. Alhamdulillah talian bersahut. "you...ada mana dah sekarang?" . Rupanya masih sangkut di highway akibat jalan sesak penuh dengan kereta. Not sure whether there is an accident or just saja-saja buat pesta jammed. hehe... Takpe la sabar menunggu lagi ira yang kat rumah ni. Nasib baik abah dah terlelap. Takde la mati akal nak jawab kalau abah tanya mana diorang ni tak sampai-sampai lagi.

Akhirnya...almost 11 pm baru sampai driver tak bertauliah I ni. Kejut abah cakap baru nak bertolak (nasib tak bising sangat anak dara dia ni keluar lewat malam). Masuk je kereta tadaaaa...mashaAllah riuh sekampung! Tak pernah tak riuh dengan diorang ni. Padahal dalam kereta tu yang betul-betul kenal dan rapat dengan kak munirah je. Lagi dua orang...kak muna just pernah jumpa dua kali kot tak silap. Itu pun jumpa atas program STIQ, sekadar bersembang biasa-biasa je. Lagi sorang pulak fasilitator Kem STIQ, tak pernah kenal. First time jumpa dalam kereta tu la. Tapi dia punya bersembang riuh rendah macam dah lama kenal. Betul la kata kak mun, "STIQ ni paling best adalah ukhuwah dia. Tak kan pernah jumpa ukhuwah macam ni kat mana-mana. Maksudnya ukhuwah hebat yang mampu merapatkan jurang walau baru berkenalan". Yup...yang ni ira setuju sangat-sangat. Ira dah rasa betapa rapatnya sebuah ukhuwah dalam keluarga STIQ ni. Sebab apa ya..? Mungkin keikhlasan dalam menjalinkan sebuah ukhuwah? Atau chemistry yang mungkin susah nak dapat kat tempat lain. Apa pun syukur Alhamdulillah dikurniakan peluang berukhuwah dengan orang-orang hebat seperti mereka.

Hampir jarum jam menunjukkan pukul 2 pagi baru kami sampai ke bandar baharu tapi masih lagi tersadai di tepi jalan sebab tak sure kat mana rumah pengantin. hehe... Siap boleh berkelah tepi jalan tu makan jelly kelapa (padahal nak bagi orang tapi kita dah makan dulu) sambil riuh bersembang macam-macam cerita sementara tunggu adik kak kimah datang ambil. Dekat setangah jam jugak rasanya menunggu baru nampak bayang si angah. Sebab dah lewat, tak kesampaian la nak kacau pengantin. Kami terus je ke homestay. Terharu mak ayah kak kimah siap tunggu kami di homestay walhal dah lewat sangat dah. Cepat-cepat kami pun angkat barang masuk supaya mak ayah dan adik-adik kak kimah semua balik rehat jugak.

After wash up tadaaa...mula la sesi buka cerita macam-macam. Walaupun sebenarnya sepanjang jalan tadi pun tak berhenti bercerita itu ini. First...of course sebab lama tak jumpa. Second...alang-alang nak tunggu si alia dgn shida yang naik bas dari kl, ok la tu bersembang. Takut kang dah letak kepala terlelap susah dah nak bangun. Sambil-sambil take turn iron baju jugak. Anak-anak dah dikerah tidur awal-awal. Biar mak-mak je membawang pagi-pagi buta k. hehe... Satu per satu kisah disingkap. Dari kisah suka hingga ke kisah duka. Dari bergelak tawa hingga menitiskan air mata. Ya Allah...Kau berikanlah kekuatan pada hambaMu yang sedang diuji ini. Sesungguhnya Engkau tidak mendatangkan sesuatu ujian itu melebihi kemampuan hambaMu. Ringankan beban hatinya, tunjukilah dia jalan keluar dari setiap permasalahan itu, redhakanlah hatinya dengan segala kesulitan yang sedang ditempuhinya. Sungguh berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dialah insan pertama yang ira jumpa, melihat dia seolah bebas dari masalah sedangkan andai ira diletakkan di tempatnya SubhanAllah ira tak rasa ira mampu jadi setabah dan sekuat dia. Ujiannya terlalu berat di mata seorang wanita. Moga yang terbaik menanti dirimu...

Tenggelam dalam sesi luahan perasaan ini, terasa sekejap masa yang berlalu. Sempat lelapkan mata sebentar cuma sebelum azan subuh berkumandang. Seusai subuh, kerahkan anak-anak dan yang lain-lain mandi, bersiap untuk ke rumah kak kimah. And surprise!!! Berjaya surprise'kan kak kimah dengan kehadiran rombongan kami ni. Berseri-seri wajahnya dirias selayaknya pasangan raja sehari. Di sebalik senyuman yang terukir, tersembunyi kesedihan semalam. Dalam menghitung hari bahagia, Allah jemput insan yang paling hampir dengannya kembali menghadap Illahi. Moga engkau tabah duhai sahabat. Sungguh lapang dada kami melihat senyuman tak lekang dari bibirmu walau kami tahu kau sedaya upaya sembunyikan kesedihan jauh ke sudut hati. Mendengar cerita wan yang masih diselubungi kesedihan kehilangan isteri tercinta turut membuat hati ira sebak.


Alhamdulillah...sah Nur Hakimah sebagai isteri kepada Mohamad Zaki. Be a good wife dear kakak! Mohon jaga kakak saya ni baik-baik ok. I'm sooo happy for you both. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bersama-sama di hari bahagian kak kimah. Lepas majlis apa lagi...kita makan dulu. hehe...Cik puan pengantin dah takdak selera makan dah. Kami je la tolong habiskan makanan k.



Terima kasih angah...tolong jadi 'monopod' untuk kakak-kakak sibuk nak bergambar ni. hehe...First time jumpa dengan family kak kimah sebenarnya tapi adik-adik kak kimah sangat friendly, sangat sporting. First time jumpa tapi rasa macam dah kenal lama. InshaAllah ada rezeki jumpa lagi ye adik-adik sekalian. 

Lepas habis majlis kami terus gerak balik. Singgah bertam ke rumah adik ipar kak ma ada majlis kesyukuran sempena anaknya berkhatan. Sampai je kat rumah dia, solat zohor terus tertidur masing-masing. Kes tak tidur semalaman la ni. Sedar-sedar dah pukul 3.00 petang. Terpisat-pisat bangun then ke dapur tolong apa yang patut. Lapar punya pasal sambil goreng karipap sambil ngap masuk mulut. Patut la tray tak penuh-penuh. hehe...Alhamdulillah selesai tolong apa yang patut kami jamah hidangan dulu sebab nak rush gerak balik ke alor setar diorang semua ni. 


Oups...kasi can menyelit sat nahhh. Bangun tidur tengok eh...ada kakak cantik tengah main make up. Sekali dengan kita yang baru celik mata ni pun terjebak sama. haha...tadah muka je la. Then tengok cermin terus rasa macam that's not me. But still nak ambik gambar buat kenangan jadi model light make up by kak muna. Moga diberi kesempatan untuk bertemu mengeratkan lagi ukhuwah ini satu hari nanti. Moga terus success semuaaaa!! Sayang kakak-kakak ira nih! Moga cepat-cepat ditemukan jodohnya. Especially kak mun, jodoh tak larat nak ketuk pintu dah tu. Moga Allah bukakan pintu hati kak mun dengan kehadiran insan yang terbaik untuk membimbing dan memimpin tanganmu ke syurgaNYa. Aminnn....

(Sekian cerita short journey to kak kim's solemnisation yang dah lama tersimpan dalam list draft entry blog ira)