Friday, 31 March 2017

30 - 30

Happy Birthday to you.....Happy Birthday to you.... ^_^

It has been 10 years and more right? Since we know each other. Yah...It's awkward at first. Bila difikirkan balik...kelakar pun ye jugak. Kenangan-kenangan yang jika diceritakan semula bakal mengundang gelak tawa tak sudah buat ira. Macam mana kita kenal?  Macam mana satu sekolah pernah kecoh pasal kita? Macam mana semua nie bermula? haha... Masih ingat lagi moment paling awkward ira saat pertama kali mulanya perbualan antara kita. Masih juga kekal di ingatan the most awkward moment saat pertama kali bersua muka setelah sekian lama. Sorang ke depan sorang ke belakang, sorang tengok kanan sorang tengok kiri, buat-buat tak kenal sokmo bila berselisih padahal rancak je masing-masing di alam maya. Masa tu...I'm not really sure what is there, deep inside my heart. Hari demi hari berlalu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Perkenalan kita juga makin bertambah usianya. Hampir setiap ketika itu ira bermain dengan teka-teki dalam diri sendiri. Persoalan demi persoalan bermain dalam fikiran. Bolehkah begini? Betulkah begitu? But...as time passed, ira makin kenal diri sendiri, ira makin belajar tentang hati. Permulaan kita salah, begitu juga perjalanan sebuah hubungan yang kita bina ni. 

H.O.P.E. >>> Harapan
Harapan itu pernah suatu ketika dulu wujud jauh di dasar hati. Tapi dulu la...sebelum cantuman hati ini lengkap disusun satu persatu. Dan saat lengkapnya sekeping hati ini...ira sedar seperkara. Tiada yang lebih berharga dari sebuah persahabatan. Itu menandingi segalanya. No need rasa serba salah sebab awak yang sedarkan ira tentang banyak benda especially tentang hati dan perasaan, tentang sebuah perhubungan, tentang sebuah prinsip yang ira pegang sampai sekarang. Yah...adakalanya goyah dibuai desiran angin ribut taufan but still it's there. Mungkin kita tidaklah serapat mana, mungkin kita tidaklah terlalu mengenali antara satu sama lain. Tapi ira mula kenal siapa ira melalui awak. So that's why...thank you so much sebab hadir dalam hidup ira sebagai teman yang tak selalunya ada bila ira need someone to talk but always there when I look for you. 

Actually...macam awkward jugak la ira tulis entry ni just for you. Entah...just teringat kat awak tengah-tengah malam buta ni. And today is your birthday!! Selamat hari tua!!! (^_____^)V
Perbezaan waktu kita...awak kat sana and ira kat sini. Masih consider your birthday la kan. hehe...
Selamat hari tua poksu! Jadi anak soleh ye... eh, macam wish birthday kat budak-budak pulak. haha... May Allah bless you always here and after, in everything you do. Wish you all the best. Thank you for being my friend yang macam chipsmore kejap ade kejap takde. 

30 Mac 1992...lahirlah seorang....ah! sambung sendiri ar ayat-ayat madah awak tu. Tapi ira nak cakap this one --> Pada suatu ketika dulu, ira pernah ter'excited' when I know your birthday is 30th March. Sebab apa? Sebab my birthday is 30th October la!! haha...sekarang takde dah. Lapuk dah bab-bab keterujaan melampau nih. Tak bagus untuk kesihatan. haha... Ok, tu je ira nak cakap. popeye~~~~

Thursday, 2 March 2017

Mujhse Dosti Karoge?

Hidup seorang gadis bernama syahirah shofe lebih dikelilingi dengan insan-insan bergelar teman. Minggu lepas mak mention about my sis issues with her friends. Makanya tersingkaplah kembali kisah persahabatan ira sejak dari bangku sekolah. 

Sebenarnya ira bukanlah seperti ira yang sekarang nie. I used to be extra introvert when I was a kid. Like somone said, "Kita akan sentiasa berubah sesuai dengan peredaran waktu sampai tiba waktu yang Allah pinjamkan kepada kita terhenti. Maka ketika itulah diri kita yang sebenarnya". Masa kecik-kecik dulu before I started school mak cakap kalau tak kerana jiran-jiran tak pernah putus asa untuk hari-hari datang rumah ajak main, mesti ira nie takde kawan langsung. Susah sangat nak adapt dengan suasana luar. Tapi bila kawan dah ramai tup tup kitorang pindah makanya, sekali lagi ira menyendiri dan lebih selesa bermain sendirian. Waktu tadika pun ira cuma ada sorang je kawan rasanya. Nama dia Insyirah. Apa yang ira ingat tentang dia, she's so lovely. Since ira selalu kena buli masa tadika dulu, dia la yang akan back up ira. Itu pun setahun je ira masuk tadika. Then masuk darjah 1, still kawan ira sorang je. Tak ingat pulak nama dia apa. hehe... Masa darjah 2 pun sorang je kawan yang rapat. Nama dia Khairun Dalila. Punya la macam belangkas kitorang ni ke mana-mana berdua je. Tapi baru nak rapat dengan budak-budak lain ira dah pindah sekolah. Makanya back to before, lone ranger la balik. Sama la kesnya bila dah nak kenal budak-budak dalam kelas tu, tukar kelas pulak. hmmm... setahun di sekolah baru rasa lonely sangat. Masuk darjah 4 baru keluar tanduk. haha...Nak dijadikan cerita ira masuk kelas first and mostly convent's girl yang kelas first ni memang student famous la. They are so bright, aktif, cikgu sayang dan semuanya la. Masa tu kawan-kawan pun extra ramahnya. Geng ira masa tu semua geng pengawas. Masa tu slowly an introvert girl turn to be extrovert. Thanks to my partner in crimes. hehe...masa nie jugak la ira start involve dengan segala aktiviti sekolah. Dari yang paling sopan wakil nasyid sekolah, choral speaking, main kompang, sampai la jadi 'pompom girl' (cheerleaders), always participate in dancing, model catwalk show. haha...sekolah perempuan kan. Memang semua redah je...cikgu lelaki pun berapa orang la sangat kat sekolah tu.

serabut serabainya la masing-masing. haha...
SK Convent Father Barre #conventgirl
Masuk secondary school...seminggu ira di Maktab Mahmud. Pelajar asrama masa tu wajib ada seorang kakak angkat to monitor and teach you everything about hostel life. Tapi ira ada sampai 3 orang kakak angkat. See...! How much adorable I am masa tu. haha... Tapi seminggu je kat sana dah pindah ke smkas. First time masuk smkas, little bit culture shock for me. Sebab biasa sekolah perempuan semua, maktab mahmud pulak diasingkan kelas lelaki dan perempuan tapi smkas campur. Awkward rasa kelas bercampur macam tu. Nak buat apa pun rasa macam diperhatikan, pokoknya tak selesa la. So once again I became introvert tapi sekejap je la. Lepas berapa bulan kat sana dah ramai kawan yang riuh rendah so slowly I'm getting better. But still hanya dalam kalangan perempuan je. Lelaki macam tak wujud je ira buat masa tu. haha... dah naik tingkatan dua baru la mula tunjuk belangnya. Both lelaki dan perempuan ira dah boleh buat riuh. Alhamdulillah...since secondary school ira sentiasa dikurniakan such a very great friends. Syukur sangat-sangat ada kawan yang sentiasa di sisi susah senang sedih gembira. Share everything, spend the most time with them. Friends like family. Lima tahun di bumi smkas we take care of each other. 


Lepas spm, masing-masing bawa haluan sendiri. Chah masuk matrikulasi, Dilla dan Nisa masuk uitm while ira sambung form 6 ambik stpm. Minggu pertama tingkatan 6 ira di SMK Ibrahim. Once again culture shock. haha... dulu sebab tak biasa sekolah campur lelaki perempuan, kali nie sebab they are too social. I just can't blend with them. Sebolehnya ira minta tukar sekolah so second week dapat tukar ke smkak. Disebabkan ira masuk lambat dari orang lain so krik krik la juga. huhu... First person yang ira kenal masuk smkak ni Noor Syahirah. Dalam kelas duduk sebelah dia, dalam dorm pun katil sebelah dia. Bila time exam selalu lawan kejut sesama sendiri stay up sampai lewat malam. Dekat smkak erm...I am quite different from what I used to be in smkas. Kenapa? Sebab student form 6 terdiri dari pelbagai sekolah. Ada yang memang asrama penuh sekolah agama, ada jugak yang sekolah harian biasa tapi aliran agama. So perangai pun macam-macam la. Kalau kat smkas, susah nak tengok ira beramah terlebih mesra dengan pelajar lelaki. Tapi kat smkak, kitorang boleh study group sesama, siap boleh buat sesi kaunseling cerita masalah masing-masing lagi, share this and that, erm...pokoknya lebih bersosial berbanding masa kat smkas. haha... Beza kan? For me la...itu yang membezakan ira masa kat smkas and smkak. Masa kat smkak ira rapat dengan geng ex-smkak yang terus sambung form 6 kat situ makanya, nakal tak payah cakap. Syahirah shofe yang selalu orang gelar ayu masa kat smkas dah hilang. Apa yang ira tak buat masa smkas dulu semua ira buat kat smkak, bawak handphone, ponteng kelas, tak pegi surau, lari dari usrah, nusut dari kelas tambahan, fly semata-mata nak makan cendol, lari balik kampung sesuka hati. haha... sampai ada member yang sama-sama dari smkas, Farhana Ibrahim, cakap dekat Adila "Kawan hang ni mai sini buaih sungguh la. Tak padan dengan jadi pengawas". Komenasai...! dan semua kenangan tu adalah kenangan terindah ira di bumi smkak. 


Tahun 2012 buat pertama kalinya ira menapak ke bumi ukm. Alhamdulillah kawan-kawan semua baik sangat. Tu yang paling penting buat ira. Kolej...persatuan...kelas...ira sentiasa dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang sangat baik. Ada yang tanya macam mana ira boleh rapat dengan kawan-kawan kolej sedangkan kitorang  berlainan kelas, fakulti, negeri. Pada ira, kuncinya satu! Sentiasa cari ruang dan peluang untuk duduk bersama bercerita perihal masing-masing. Dan ira pilih untuk sentiasa luangkan masa makan bersama-sama. Sebab masa tu macam-macam cerita akan keluar. Bila ingat balik macam mana kajaians boleh rapat mesti tersenyum sendiri. Asalnya ira dengan che roommate rapat dengan jiran depan bilik je, Munirah dan Ika. Then sebabkan ira memang dah kenal dengan Najaa dari smkak so roommate dia pun rapat dengan kitorang. Lepas tu muncul Sarah yang rapat dengan Munirah. Erm...Nadia sebab satu kelas dengan ira and kitorang satu group buat esaimen masa first sem dulu dan secara automatik rapat dengan Wahidah yang berjiran depan bilik Nadia. Lepas berapa bulan tu rapat pulak dengan Raihan sebab satu kelas foundation dengan Nadia. Mula dari sesi perkenalan yang berangkai-rangkai ni...kitorang mula bina ukhuwah sesama sendiri. Sekurang-kurangnya seminggu sekali mesti makan berjemaah. Asal ada masa luang je mesti lepak sesama. Bilik ira or nadia yang selalu jadi port lepak. Semua rutin tu buat kitorang jadi akrab walaupun hakikatnya terlalu banyak perbezaan. 


Beralih ke kisah persatuan...thanks to my seniors yang drag kitorang join persatuan anak kedah tu akhirnya buat kitorang geng smkak-ukm rapat walaupun masa kat smkak dulu kadang tak bertegur pun. I love being with them. Feel like home...6 sekawan yang bila berjumpa riuh sekampung. Sama konsepnya, cuba cari ruang walau hanya sekejap untuk berjumpa dan berborak itu dan ini. Alhamdulillah melalui persatuan dan ukhuwah yang diadakan seminggu sekali nie bagi kami peluang untuk berjumpa dan mengeratkan ukhuwah. Setiap kali lepas usrah mesti pegi lepak dekat kiosk fep makan sama-sama, sembang macam-macam. Setiap waktu solat jumaat pulak, gegurl pkmk punya usrah. Walaupun kadang-kadang lebih kepada bersembang je pun but still I'm glad to create the bonding between us. 


Dan akhir sekali, the most important for me of course my JMT sweet siblings. Jika diimbau setiap pertemuan pertama kita pasti buat ira mengukir senyuman. Kakyong...ira cuma kenal dengan nama Hamra' Aqilah sebelum masuk ukm. She's so bright, kecohnya mashaAllah sabor je la. First time bersua muka terus dah boleh teka "Ni Hamra' Aqilah kan?" From that moment kita terus rapat. Well...with all of the upside down punya friendship, we manage to overcome it right? Kak Shakyla...the same day ira jumpa kakyong, masa tu jugak la ira kenal kak kyla. At first, I was thinking..."Akak nie...serabutnya dia" haha...dengan jubah denim biru tu, sangat la serabut muka dia masa tu sebab nama takde dalam sistem dan macam-macam masalah lagi la dengan pengurusan. Kesian punya pasal ira always be by her side till everything was settled. Because of that, kita jadi rapat. For my 3 orang lagi kakaks, kak fatin, kak maryam and kak amna, kita jumpa masa kelas ust siddig, kelas kajian tafsir. Masa tu akak baru masuk duduk belakang ira dalam kuliah. Sebab syahirah yang introvert dah berkubur, maka syahirah yang sedikit extrovert ni tanpa segan silu terus pusing belakang and tanya nama akak. Walaupun a little bit awkward masa tu tapi ira bersyukur sebab tegur akak masa tu. You be my sisters for my 3 years in ukm. Setiap masa yang kita luangkan buat kita makin rapat antara satu sama lain.



Oh ya...here we go my bestie. Erm...you don't remember our first moment but I do. It was library...when you bought those chocolate bar. You are not given that for me but...could I said it was the most memorable moment between us? Perjalanan hidup bersama teman-teman yang sentiasa buat ira lebih menghargai setiap hubungan yang terbina. I'm too happy with the blessing of friends around me. Buat yang punya masalah dengan teman, ira doakan everything will be just fine. Yeah...for sure friends can't replace your family. They might come and go. You might hurt each other. You might become stranger. But the memories will forever stay. As you go step by step forward, you will realize what has you left behind is your courage. 

Tamatnya zaman belajar seolah meletakkan garisan penamat dalam membina ukhuwah persahabatan umpama keluarga. You will meet new people but they will not be the same as your student's life. 

Entah bila lagi agaknya ira akan hulur salam perkenalan...? Mujhse dosti karoge?